BILA KITA MATI NANTI, SIAPA YANG NAK SYAFA’AT AL-QURAN???
Apabila kematian mendatanginya, Al-Qur’an pun datang dan berdiri dekat kepalanya ketika mana orang-orang sedang memandikannya. Selesai mandi, masuklah Al-Qur’an mengambil tempatnya sehingga antara dada dan kapannya. Apabila mayat diletakkan dalam kuburnya datanglah Malaikat Munkar dan Nakir, sedang Al-Qur’an pula mengambil tempat (mencelah) di antara diri mayat dan dua malaikat tersebut. Dua malaikat itu berkata kepada Al-Qur’an :
“Menjauhlah daripada kami kerana kami mahu bertanya kepadanya.”
Al-Qur’an menjawab :
“Demi Allah, aku tidak akan memisahkan diri daripadanya, sehinggalah aku dapat memasukkannya ke dalam Syurga. Jika benar engkau berdua telah diperintahkan untuk melakukan sesuatu, maka itu adalah hak engkau.”
Kemudian Al-Qur’an itu melihat ke arah si mati dan bertanya :
“Adakah engkau mengenaliku?
Jawab si mati :
“Tidak”
Maka berkata Al-Qur’an :
“Aku adalah Al-Qur’an. Akulah yang menyebabkan engkau bangun sepanjang malam, menyebabkan engkau dahaga (puasa) sepanjang siang, mencegah nafsu engkau, pendengaran engkau dan penglihatan engkau (daripada perkara-perkara mungkar yang dilarang). Engkau akan mendapati aku di antara teman-teman engkau sebagai teman yang paling jujur. Oleh itu, aku akan menyambutmu dengan penuh kegembiraan. Setelah pertanyaan Munkar dan Nakir terhadap engkau, engkau tidak akan mendapat lagi sebarang kesulitan dan kesedihan.”
Kemudian Malaikat Munkar dan Nakir pun keluar. Lalu naiklah Al-Qur’an ke hadrat Tuhannya memintakan baginya (mayat) tempat tidur dan selimut. Lalu diperintahkan kepadanya untuk mengambil tempat tidur, selimut dan pelita daripada cahaya Syurga, dan bunga Yasmin dari Syurga. Semuanya itu dibawa oleh seribu malaikat yang ada di langit dunia. Mereka didahului oleh Al-Qur’an, lalu Al-Qur’an berkata kepada mayat.
“Apakah engkau masih takut setelah aku berada semula di sisi engkau? Adapun pemergian aku meninggalkan engkau ialah untuk memohon tempat tidur, selimut dan pelita kepada Allah . Sekarang aku telah datang semula kepada engkau membawa semua itu.”
Bayangkan apa perasaan kita, apabila kita sedang dalam ketakutan yang amat sangat kerana kehadiran Malaikat Munkar dan Nakir untuk menyoal kita, lalu datang Al-Qur’an untuk membantu dan menyelamatkan kita. Semua mahukan Syafa’at Al-Qur’an bukan? Kalaulah kita mati sekarang, agak-agaknya Al-Qur’an datang tak kepada kita untuk membantu kita? Kalau kita tidak membacanya, agak-agak dapat tak kita akan syafa’atnya?
Ramadhan ini bulan terbaik untuk kita lazimi diri kita untuk membaca Al-Qur’an. Ingat, kalau kita rasa kita perlukan pertolongan daripada Al-Qur’an, maka bacalah ia. Semoga kita semua mendapat syafa’at daripada Al-Qur’an di dalam kubur nanti. Aamiin.
*Cerita ini diambil daripada buku Kembara Mahsyar tulisan Faris Zulkharnane terbitan Nur El-Hikmah. Buku ini telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019. Ada promosi hebat sempena hari ulangtahun kelahiran beliau. Untuk pembelian boleh wassap ke 016-400 3274.
https://kembaramahsyar.wasap.my/
https://kembaramahsyar.wasap.my/
https://kembaramahsyar.wasap.my/
#KembaraMahsyar
#FarisZulkharnane
#Nurelhikmah
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
kembaramahsyar 在 Heliza Helmi Facebook 的最佳解答
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Sama ada engkau bersedia ataupun tidak, engkau tetap akan pergi meninggalkan dunia yang disayangi ini ke suatu destinasi yang kekal abadi.
.
Tim Nur El-Hikmah dengan kerjasama @hikmahspace akan mengadakan SEMINAR KEMBARA MAHSYAR. .
Seminar selama dua jam ini akan menceritakan perjalanan-perjalanan yang pernah dan akan dilalui oleh setiap daripada kita. Bermula daripada Alam Roh sehingga ke Syurga ataupun Neraka.
.
Perkongsian ini akan disampaikan oleh penulis buku Kembara Mahsyar itu sendiri iaitu Saudara Faris Zulkharnane Islam.
.
Tarikh : 23 Mac 2019
Tempat : Hikmah Space, KL
Masa : 10 AM - 12 PM
Yuran Penyertaan : RM20
.
*10 peserta terawal akan menerima Keychain Exclusive Kembara Mahsyar.
.
Untuk maklumat lanjut & PENDAFTARAN whatsApp ke 016-2166400.
.
Daftar sekarang, tempat terhad!
.
Kembara Mahsyar
‘Ya Allah, Aku Ingin Pulang’
.
#HikmahSession #Nurelhikamah #KembaraMahsyar #FarisZulkharnane
kembaramahsyar 在 Heliza Helmi Facebook 的最佳解答
KEMBARA MAHSYAR
.
.�Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Sama ada engkau bersedia ataupun tidak, engkau tetap akan pergi meninggalkan dunia yang disayangi ini ke suatu destinasi yang kekal abadi.
.�Kembara Mahsyar ini ialah sebuah buku pengembaraan yang akan membawa engkau mengembara daripada satu alam ke satu alam lain yang pernah engkau lalui dan bakal tempuhi. Bermula daripada Alam Roh yang mana engkau diciptakan sehinggalah ke Alam Mahsyar yang akan menjadi penentuan.
.
Kalaulah malaikat menjemput engkau pada saat dan ketika ini, bagaimanakah keadaan engkau ketika di Alam Barzakh dan Alam Mahsyar nanti? Dengan amalan dan persiapan engkau tatkala ini, adakah Syurga atau Neraka yang akan engkau diami?
.
Adakah engkau akan berjaya melepasi Titian Sirat untuk menuju ke Syurga atau terjatuh ke Neraka?
.�Buku ini akan menjawab segala persoalan bagaimanakah keadaan engkau sekiranya engkau mati pada ketika ini.
.
‘Kembara Mahsyar, Ya Allah Aku Ingin Pulang’.
.�.�Dapatkan buku tulisan @fariszulkharnane terbitan Nur El-Hikmah ini sekarang! Untuk pembelian whatsapp ke 016-400 3274.
.
Ingin menjadi 7 orang pertama yang akan memiliki buku ini secara percuma? Komen KEMBARA MAHSYAR di ruangan komen. 7 bakal ahli Syurga bertuah akan dipilih pada Isnin ini.
.�#KembaraMahsyar
#AkuInginPulang
#WaktuIniAkanBerlalu�#Disconnect2Reconnect�#FarisZulkharnane