Benda merapu seronok buat. Benda sunnah tak mau buat. Apa hal ? Muhasabah!
.
Siapa sini ride kuda comment sikit! Boleh lah kita pergi ride sekali nanti. Harap boleh kejar lah hahahahah🤪
.
Thank you @pennendurance @althaarique @aaaarfiq @fariszulkharnane sudi race dengan ana❤️
.
#alifteega #ride #kongsi #sahabatride #sunnahberkuda #manfaat #kebaikan #hijrah #ubah #muhasabah
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
fariszulkharnane 在 Heliza Helmi Facebook 的精選貼文
Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Engkau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelasan atas petunjuk dan perbezaan antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan solat di dalamnya. Ya Allah, perjalankanlah bulan ini kepada kami dengan penuh kebajikan dan iman, serta keselamatan dan Islam. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.�
Ya Allah! Segala puji bagiMu yang telah membimbing kami untuk memujiMu supaya kami mengerti bersyukur atas segala kebaikanMu dan supaya Engkau membalas kami dengan balasan yang Engkau berikan pada mereka yang berbuat kebajikan. Segala puji bagi Allah yang menganugerahi kami dengan agamaNya, mengistimewakan kami dengan millahNya dan menunjukkan kami jalan-jalan kebaikanNya, dengan pujian yang Dia terima dari kita dan membuatNya redha kepada kita.��Ya Allah! Semua yang ada dalam hati kami: keraguan, penentangan, keberputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riak atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Dikau redhai.
Kerana itu, kami memohon kepadaMu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janjiMu, mematuhi perintahMu, redha pada ketentuanMu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisiMu, ketenangan dan taubat yang sebenarnya, kami memohon semua itu kepadaMu, Ya Rabb Al-‘Alamin.
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Baginda Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wa Sallam dan keluarganya dan ilhamkan kepada kami untuk mengenal kebesarannya (Ramadhan), mengagungkan kesuciannya, menjaga apa yang dilarangnya. Bantulah kami untuk menjalankan puasanya dengan menahan anggota badan dari derhaka kepadaMu dan menggunakannya untuk segala apa yang Engkau redhai.
.
Sambungan doa di komen
.
Jazakumullahu khair Haji @fariszulkharnane share doa ni
fariszulkharnane 在 Heliza Helmi Facebook 的最讚貼文
Manusia itu tidur, apabila dia mati barulah dia akan terjaga. Berapa ramai manusia yang hakikatnya ‘tertidur’ di dunia ini. Mereka tidak menggunakan sepenuhnya dunia mereka sebagai persiapan untuk ke alam yang seterusnya. Akhirnya mereka tersedar dan mereka memohon untuk kembali semula ke dunia namun semuanya itu sudah terlambat dan menjadi sia-sia.
_
Malam ini kita sambung perbincangan Kembara Mahsyar kita. Kita sudah melalui 3 Alam pada siri yang lepas dan malam ini kita akan masuk ke Alam Barzakh dan Hari Kiamat pula.
_
Apakah yang akan terjadi selepas kita mati nanti? Bagaimanakah rupa malaikat maut? Siapakah yang akan menjadi peneman kita di kubur? Bagaimanakah Hari Kiamat terjadi dan siapakah makhluk yang terakhir akan mati?
_
Nantikan semua ini di LIVE EXPERIENCE KEMBARA MAHSYAR bersama @nurhelizahelmi dan @fariszulkharnane di IG LIVE Heliza Helmi.
_
Kita akan melalui setiap satu alam yang pernah kita lalui dan bakal tempuhi yang ada di dalam buku Kembara Mahsyar. Bagi mereka yang ingin dapatkan E-Book Nota Kembara Mahsyar boleh whatsapp ke 016-400 3274.
_
Jangan lupa LIVE kita pada malam ini, Rabu 22 April pada jam 9.30 malam.
_
Kembara Mahsyar, Ya Allah Aku Ingin Pulang.