Perut saya kadang-kala sakit. Adakah ini normal?🤰
Sebenarnya kesakitan pada bahagian bawah abdomen sangat biasa berlaku ketika hamil.
Tidak seperti kekejangan, kesakitan ini disebabkan oleh penegangan otot-otot dan ligamen iaitu tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda, yang menyokong uterus (rahim).
Kesakitan ini biasanya dipanggil round ligament pain.
Hormon-hormon yang dihasilkan oleh badan mommy semasa hamil menyebabkan regangan ini berlaku.
Mommy akan rasa bila mommy bangun daripada katil atau kerusi, apabila anda batuk atau keluar daripada bilik mandi.
🧘♀️TIPS paling berkesan untuk melegakan kesakitan mommy ialah dengan...
✅Duduk dan berehat. Berehat dengan selesa dapat memulihkan kesakitan. Jika duduk tidak mengurangkan kesakitan, cuba duduk bertelengku atau bongkok ke hadapan dengan menghadap belakang sofa.
✅Jangan bangun secara mengejut! cuba bergerak perlahan-lahan dan berhati-hati daripada posisi duduk atau berbaring juga boleh membantu kerana ini memberi masa kepada otot-otot anda untuk bersedia dan menyokong mommy sebelum anda menukar posisi. Cuba tolak punggung ke belakang sebelum mommy berdiri. Papa tolong bangunkan mama ya kalau dia tak larat.
✅Mommy boleh cuba pakai pinggang sokongan atau pembalut tubular berelastik (tubigrip) yang direka khas untuk wanita hamil, ia boleh membantu menampung berat bayi dan mengurangkan tekanan pada otot-otot perut.
Moga bermanfaat!
Search
uterus ligament 在 Ligaments of the Reproductive System - YouTube 的推薦與評價
... <看更多>