一家名為Trust Your Journey嘅公司告《Frozen 2》
---------------------------------------------------
FanPiece🖋https://www.fanpiece.com/
instagram https://www.instagram.com/fanpiece.hk/
#FanPiece #迪士尼 #Frozen
trust your journey frozen 在 GANK 電玩誌 Facebook 的最佳貼文
稱迪士尼非法地將該口號用於《冰雪奇緣2》的周邊商品中...
詳細:https://s.fanpiece.com/KLbcon0?page=gank
-----------------------------------------------
喜歡我們的分享請 Follow 及設定 “搶先看 (See First)”
GANK電玩誌 🕹http://gank.fanpiece.com
instagram https://www.instagram.com/gank.fp/
#GANK電玩誌
trust your journey frozen 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Perkongsian di FB ini ditulis oleh Anwar A. Zaki.
Terima Kasih Untuk 8 Tahun Yang Teristimewa
Tahun Pertama - Toleransi
------------------------------------
Tahun nie tahun pertama awak jadi isteri saya. Hati riang bagaikan baru bercinta. Tapi bila time nak raya, problem pertama menjelma. Masing-masing nak balik ke kampung dan bandar sendiri. Saya nak balik ke Kampung Pondok Kenali (Kota Bharu) dan awak nak balik ke Bandar Baru Uda (Johor Bahru), bagaikan drama yang kita tengok dekat TV. Ingatkan dalam drama jer, tapi rupanya memang berlaku dan kita sendiri yang rasa.
Raya pertama kita ambil jalan tengah. Kita raya asing. 364 hari setahun dah bersama, takkan sehari tak boleh berpisah.
Orang tanya, “Eh, wife mana? Tak balik sekali ke?”. Saya jawab selamba, “Kitorang setuju nak raya asing”. Memang tak di buat orang, tapi ini jalan terbaik untuk kita. Tahun pertama nie, saya belajar sesuatu yang berharga. Jangan fikir sangat apa orang nak kata, kita urus family kita, cara kita. Sebab hidup ini, hidup kita dan kita urus family kita ikut kesesuaian kita. Raya seterusnya pun kita ikut kesesuaian kita.
Tahun Kedua - Kenal dan Memahami
--------------------------------------------------
Tahun nie kita dah mula kenal sikit-sikit siapa kita, apa yang kita suka, apa yang kita menyampah, cuti-cuti yang macam mana yang kita suka, apa makan kegemaran kita. Kita melalui proses discovering each other.
Tahun ini kita ke Phuket. Saya berangan, alangkah indah jika hari-hari kita bagaikan bercuti di pantai-pantai indah. Bak kata Seth Godin, “Instead of wondering when your next vacation is, maybe you should set up a life you don’t need to escape from”. Kata-kata nie memang terngiang-ngiang dalam benak saya. I could not shake it off. Bila sebut Phuket jer, we had a great time there from Amata to Ban Thai, banana smoothie, road side mango, the bike ride, Red Boat restaurant and seafood green curry.
Tahun nie juga saya tahu awak takut giler dengan lipas dan chikada. Saya tahu yang pimple akan buat awak runsing. Friends is one of your all time favorite and you are a sucker for citer-citer P. Ramlee. So, bila ada game show pasal P. Ramlee, I want you on my side.
Tahun Ketiga - Tanggungjawab
------------------------------------------
Tahun nie Allah hadiahkan kita orang ketiga sebagai penyeri dalam hidup kita. Sebab dia kita kurang tidur malam. Sebab dia saya paksa diri untuk belajar nursery rhymes. Sebab dia, saya belajar tentang tanggungjawab. Tiada tanggungjawab yang lebih besar dari menjaga dan memberi sepenuh perhatian kepada insan lain.
Awak bangun pam susu, saya bangun bagi susu. Memang tag team yang serasi. Awak tak kisah awak tak cukup tidur. Awak tak kisah mata awak bengkak macam panda, asalkan si kenit kita kenyang dah sihat. Tanggungjawab sebagai ibu bukan tanggungjawab yang kecik-kecik. Terima kasih kerana menjadi seorang mummy yang awesome.
Tahun Keempat - Perkara Kecil Yang Penting
-------------------------------------------------------------
You are great with small details. Kalau harap kan saya, memang banyak benda akan nampak cincai bonchai. You put thought in buying presents for people, especially kids. You take notice of their interest. Kids love getting presents from you. Away macam fairy god mother diorang. They think you know what they want.
Awak sangat particular kalau nak hidangkan makanan kepada tetamu. Setiap orang akan ada satu benda yang dia suka terhidang atas meja. Makanan kalau tak sedap dan tak ikut spec takkan di hidangkan.
Our kids look good because of you. Kalau harapkan says, Imran akan pakai baju Boboboi dan Iris pakai baju Frozen all the time. They will not look chic and good in our pics. And I would not look good without you.
Thank you for taking care of the small details.
Tahun Kelima - Pengorbanan
---------------------------------------
Tahun nie saya banyak bertugas di obersee. Kena pulak negara yang saya kena pergi nie negara perang. Bukan awak jer yang risau, saya sendiri pun risau sampai doa siang malam supaya segala urusan berjalan lancar dan selamat. Sebanyak mana saya berdoa, saya tahu awak berdoa dua kali ganda lebih banyak dari saya. Berkat doa awak, Alhmadulillah, Allah permudahkan segalanya.
Terima kasih selama pemergian saya, awak berkorban dan ambil alih tempat saya. Memastikan hal ehwal rumah terkawal dan berjalan lancar. Terima kasih kerana semasa saya tiada di sisi, awak lah ibu dan awak lah ayah kepada bujang dan dara kita, awaklah yang memastikan anak kita kenyang dan terdidik, awak lah drebar mereka dan awaklah penjaga mereka, awaklah peneman mereka dan awaklah juga storyteller mereka. Saya tahu awak isteri yang tabah.
Pengorbanan awak nie saya takkan lupa dan ingat sampai bila-bila selagi nyawa terkandung badan.
Tahun Keenam - Kepercayaan
-----------------------------------------
Tahun nie saya banyak keluar dan balik lewat malam sebab nak membina bisnes cinonet saya. Sekali pun awak tak pernah sangsi dan tanya saya keluar dengan siapa, saya bincang dengan siapa, saya minum kat mana.
You gave your full trust to me and I appreciate and honor that. Terima kasih kerana memberi kepercayaan penuh kepada saya.
Tahun Ketujuh - Redha
-------------------------------
Dah tujuh tahun kita bersama. Banyak Allah dah uji kita. Bila musibah datang menguji, kita berserah dengan berdoa supaya Allah beri jalan terbaik untuk keluar. Kita banyak belajar, apa yang kita nak tak semestinya yang terbaik untuk kita.
Ujian-ujian besar yang datang membuatkan kita lebih sabar dan redha. Kita belajar untuk berserah dan kesudahan yang indah, hanya Allah yang tahu.
Tahun Kelapan - Jatuh Cinta Semula
-------------------------------------------------
Dalam diam saya jatuh cinta semula. People say life is a journey but with you by my side, life is an amazing adventure. Saya tahu saya tak sempurna tapi dengan awak di sisi saya, saya rasa hidup saya sudah cukup sempurna.
Terima kasih Liana Demot Ahmad untuk 8 tahun yang teristimewa.