Ketika mana kita berhadapan dengan mereka yang mencerca dan mencaci maki kita, ketika itu lihatlah wajah mereka!!.. SENYUMLAH!!, kerana mereka itu sedang berhadapan penyakit hati yang amat kronik dijiwanya, jiwanya mati diatas 'tenggekan syaitan yang menggelupur', hatinya cukup pedih dengan iman yang hancur, terguris perasaannya cukup mengilukan, kasihanlah kepada mereka, kerana jiwa mereka hancur kerana kebhatilan yang mereka lakukan..
... saat indah kita, ketika kita mampu melihat dengan senyuman peribadi yang memerlukan doa yang berpanjangan.. pengalaman itu mengajar kedewasaan..
#sissharing #sispesan #akusislin
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「sissharing」的推薦目錄:
- 關於sissharing 在 AKU Sis Lin Facebook 的最佳解答
- 關於sissharing 在 AKU Sis Lin Facebook 的最讚貼文
- 關於sissharing 在 AKU Sis Lin Facebook 的最佳貼文
- 關於sissharing 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於sissharing 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於sissharing 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於sissharing 在 #sissharing - 探索 | Facebook 的評價
- 關於sissharing 在 HE SNATCHED OFF MY WIG IN BED..SIS! SHARING THE ... 的評價
sissharing 在 AKU Sis Lin Facebook 的最讚貼文
Kadangkala Allah uji kehidupan kita dengan rasa tidak cukup. Sedikit yang suami beri tetapi banyak lagi yang kita ingini. Seringkali pula kita rasa tidak memadai.
Kadangkala Allah uji pandangan mata kita terhadap kehidupan orang lain. Terasa suri orang lain lebih bertuah dari diri sendiri. Cukup segala benda dan asal dipinta sahaja, akan dapat semuanya.
Maka hiduplah dalam keluh kesah setiap hari. Makin dibanding-bandingkan, makin terasa sempit dalam sanubari.
Sebenarnya, ada banyak ujian Allah pada hati seorang isteri.
Apabila tandusnya sifat mahmudah, maka kian menebal keghairahan kita pada duniawi. Lahirlah golongan isteri yang derhaka pada suami, membelakangkan maruah suami, curang dan memilih jalan haram asal dapat memenuhi segenap tuntutan dalam diri.
Moga segala watak nusyuz itu, Allah jauhkan dari kita yang bergelar isteri.
Biarlah kita melihat bahagia itu dengan pandangan mata hati. Betapa ramai isteri yang setia di sisi suami meski dilihat kurang serba serbi, namun senyum ikhlas mereka menceritakan kebahagiaan hidup yang mereka miliki. Dan siapa lagi yang menganugerahkan senyuman seikhlas itu pada mereka jika tidak DIA Yang Maha Memiliki.
Pintalah pada Allah, moga diberi kekayaan jiwa lebih dahulu dari kekayaan harta. Hanya dengan kayanya jiwa, kita bisa mengerti hakikat sebenar kebahagiaan di dunia.
#SisSharing #AkuSisLin
sissharing 在 AKU Sis Lin Facebook 的最佳貼文
Allah dah beritahu bahawa kita semua diuji berdasarkan APA yang kita mampu. Ya, dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya PASTI dan PASTI kita kuat dan mampu sangat untuk hadapi. Percayalah, you never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have.
Sebab Allah dah beritahu bahawa kita semua PASTI akan diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Allah dah sebutkan di dalam Al Quran; “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al Baqarah 2:286).
Tarik nafas sedalam yang mungkin. Ketahuilah, apa yang kita fikir, adalah apa yang kita doa kepada Allah. Maknanya, kalau kamu fikir tak mampu, selamanya kamu tak akan mampu dan tak akan boleh hadapi. Tetapi kalau kamu fikir mampu, selamanya kamu akan mampu dan boleh hadapi.
Allah adalah seperti apa yang kita sangkakan. Maksudnya, apa yang kita sangkakan itu secara tak langsung akan menjadi DOA kepada Allah. Kalau kita sangka tidak mampu, seolah kita sedang berdoa kepada Allah supaya bagi kita untuk tidak mampu, dan paling kritikal adalah, jika Allah tunaikan ‘permintaan’ kita. Lalu selamanya kita tak akan mampu. Naudzubillah !
Sebab itu, penting untuk kita bersangka baik kepada Allah dan diri sendiri. Kita semua mampu hadapi setiap ujian yang Allah berikan, cuma tinggal lagi pada diri kita untuk uruskan mindset macam mana saja. Betul, memang easier said than done. Cakap memang mudah, nak buatnya susah. Tetapi, apa salahnya kalau kita mencuba bersangka baik pada Allah. Kan?
Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), Allah mengetahui, siapakah orang-orang yang benar-benar beriman, dan dapat diketahuiNya, tentang siapakah orang-orang yang berdusta. (Surah Al Ankabut 29:2-3)
Allah nak melihat (walaupun Allah Maha Mengetahui dan sudah tahu apa akan berlaku) sejauh mana kesungguhan kita untuk taat perintah Allah dan menjauhi larangan Allah! Dan dalam masa yang sama, Allah menguji supaya kita dapat tahan lasak untuk hadapi dan perbaiki kelemahan diri kita.
Ujian Allah antaranya kepada 4 bahagian :
1. Allah menguji sebab nak menaikkan darjat kita.
2. Allah menguji sebab nak membimbing hati kita.
3. Allah menguji sebab nak mengampunkan dosa-dosa kita.
4. Allah menguji sebab nak hukum dan sayang kita.
Boleh jadi ada lebih lagi sebab. Apabila Allah menguji, kita hanya ada dua pilihan, sabar dan redha atau sebaliknya.
Jika bersabar dan redha, maka Allah akan menaikkan darjat kita di sisiNya. Darjat ini tak akan nampak pada mata kasar, seperti darjah kebesaran diRaja. Tetapi kesannya boleh dilihat dengan mata.
Jangan cuba membanding-bandingkan ujian kita dengan orang lain. Ketahuilah, Allah menguji setiap orang BERBEZA-BEZA. Ujian yang dilalui adalah sesuai dengan kemampuan orang itu. Allah tidak akan beri ujian secara ‘pukul rata’.
Yakin di dalam hati, bahawa setiap ujian daripada Allah adalah untuk menguatkan lagi iman dan nak menghapuskan segala dosa-dosa kita. Dan Allah hanya menguji bergantung pada sekuat mana iman kita. Tidak lebih, dan tidak kurang.
Jangan cuba melarikan diri daripada masalah. Hadapi, dan berusaha untuk selesaikan walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Bahkan mungkin mengambil masa seumur hidup. Yang penting, hadapinya, jangan putus asa. Putus asa bukan satu pilihan. Semakin kita lari daripada masalah, semakin besar masalah itu mengejar kita. Ada orang cuba lari daripada masalah dengan harapan hati akan tenang. Ketahuilah, kalau tenang pun, ia cuma sementara saja. Hakikatnya, kita tak boleh menipu diri sendiri.
Semoga kita semua mampu menghadapi ujian yang dihadapi masing-masing. Aamiinn..
#SisSharing #AkuSisLin
sissharing 在 HE SNATCHED OFF MY WIG IN BED..SIS! SHARING THE ... 的推薦與評價

today I'm trying to make Keto MAC & Cheese while I share the whole truth about a lot of different topics and answer your dilemas! # ... ... <看更多>
sissharing 在 #sissharing - 探索 | Facebook 的推薦與評價
Daripada Zaid bin Tsabit r.a. berkata ia: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu yang hanya sekali sahaja (bagi ... ... <看更多>