Ada banyak "perkara" berlaku bila saya travel. Bukanlah suka sangat travel seorang2 tapi itu namanya Priorities dan Diana tak ikut kali ini dan most of the trip this year sebab the kids baru start sekolah dan nak make sure mereka follow disiplin yang betul dari awal.
So, trip kali ini adalah ke Boston, tempat terletaknya Harvard University. Perjalanan kali ini dari KL ke Singapore, dari Singapore ke New York via Frankfurt. Then dari New York flew in ke Boston. Total travelling time adalah hampir 28-jam. Anyway.
Kali ini berbeza daripada kelas Singularity University di Silicon Valley beberapa minggu lepas atau kelas Investment 2- bulan lepas di Atlanta. Saya hadir 2 kelas yang berbeza di Boston ini. Satu adalah Content Marketing Conference dan satu lagi adalah Biz Growth Workshop. Dua-dua best. In fact, kelas investment yang saya attended 2-bulan lepas telah bantu saya membuat keputusan yang lebih baik dalam portfolio pelaburan saham saya.
Banyak perkara yang related dengan Richworks dan masalah besar bila saya travel dan masuk kelas adalah, ia membuatkan saya nampak lebih jelas kepastian Insha Allah strategi untuk capai sasaran Richworks Insha Allah menjadi billion dollar global company. So apa masalahnya? Team saya akan sibuk! 😂
Dan yang best juga di Boston adalah Harvard University. Insha Allah I will be back here for Harvard University Advanced Management Program soon. Banyak ilmu yang ke hadapan di US. In fact, ulang-alik ke sini hampir tiap-tiap bulan buat saya rasa macam saya boleh tinggal sini. Rasa jer.... 😂😂. Beruntungnya #titaniumpremier dan #TitaniumCircle nanti sebab saya akan kerjakan Insha Allah dalam #InnerCircleMeeting Mei nanti.
Soalan yang selalu orang tanya saya, kenapa saya sanggup travel berjam2 susah payah ulang alik Jet Lag bagai ke US? Jawapannya mudah- Tuntutlah ilmu walau ke China. Dalam kes saya, saya memang sekolah cina. Maksud ayat tu adalah, kita mesti sanggup walau berapa jauh pun kita perlu berjalan, berkorban untuk menuntut ilmu. Apakah yang membezakan kita dengan orang sebelah kita atau pesaing2 kita contohnya dalam bisnes? Jawapannya adalah, Ilmu. Ilmu yang ada proven success dan coach aka Mentor. Jika anda tidak mahu belajar di seminar-seminar yang ada terlalu banyak proven succes result then apa kata rajinkan diri baca buku-buku yang bagus kurang2 2 buah buku sebulan. [Disclaimer: Bukan nak promote orang hadir seminar saya, ia bukan untuk semua orang pun dan kami share banyak video2 free, cuma Alhamdulillah kami ada banyak Result mereka yang berjaya kan. Ramai juga buang masa dan duit hadir seminar tapi tidak ada tindakan lepas tu salahkan orang lain. Ibarat, Doktor bagi ubat bila kita sakit tapi kalau tak nak makan, kenapa salahkan doktor]
Doakan perjalanan pulang saya dipermudahkan Insha Allah. When we stop learning, we will stop growing! Nanti saya share lagi Insha Allah.
Salam Jumaat buat anda! Sollu A'lan Nabiy
#MentorUsahawan
Search