*MAGERAN Cadangan Dr M kepada Agong*
*Keanggotaan*
Mahathir berkata sungguhpun beliau menawarkan diri untuk menerajui majlis itu, ia tidak perlu dipimpin oleh beliau atau dianggotai oleh mana-mana ahli politik.
“Kita memerlukan pakar-pakar yang terbaik dalam bidang masing-masing. (Contohnya dalam bidang) kesihatan, ekonomi dan pendidikan. Majlis itu hendaklah berbentuk inklusif – dalam erti kata pakar-pakar yang terbaik diambil menganggotainya, tak kira latar belakang mereka,” kata Mahathir.
Di tanya siapa yang harus mengetuai majlis itu, Mahathir berkata calon berkenaan harus berpengalaman luas dalam menguruskan pelbagai krisis sebelum ini, terbukti sebagai pemimpin berkaliber, dan mempunyai integriti.
Mahathir berkata calon berkenaan juga harus berpengalaman dalam kerahan jentera pentadbiran kerajaan dan menggerakan rakyat ke arah mengatasi empat krisis berkenaan.
Bekas perdana menteri itu berkata mana-mana parti bebas mencadangkan calon untuk menganggotai majlis ala MAGERAN itu namun Agong mempunyai kata putus untuk menentukannya.
*Kebertanggungjawaban*
Mahathir berkata walaupun majlis ala MAGERAN akan berfungsi sebagai eksekutif, ia tidak akan mempunyai kuasa-kuasa meluas sebagaimana yang dimiliki oleh pentadbiran sekarang menerusi perisytiharan darurat.
“Menerusi MAGERAN, kita mengembalikan kuasa kepada Parlimen dan Agong. Sebagai contoh, jika MAGERAN mengusulkan dasar untuk menangani isu tertentu, ia akan dibahaskan terlebih dahulu di Parlimen.
“Undang-undang akan melalui proses Parlimen,” kata Mahathir.
Mahathir berkata sistem sedemikian akan menamatkan pendekatan bahawa “hanya kerajaan tahu apa yang terbaik” untuk rakyat.
Mahathir juga menegaskan cadangan penubuhan MAGERAN akan memastikan segala tindakan dan operasi majlis itu tidak terbantut atau dikekang oleh mereka yang tamak kuasa.
“Agong sendiri akan menentukan keahlian MAGERAN, jadi majlis dan operasinya tidak akan terjejas dengan apa-apa tindakan sesiapa yang berniat merampas kuasa,” kata beliau.
“Pada masa sekarang, orang berfikir bahawa satu-satu cara untuk menukarkan kerajaan atau memperolehi kuasa adalah dengan mendapatkan sokongan majoriti Ahli Parlimen. Hakikatnya tidak ada sesiapa yang mempunyai sokongan mencukupi.
“Jadi, apa yang berlaku adalah institusi Parlimen sendiri ditindas kerana pihak yang memegang kuasa (kerana sentiasa) khuatir kehilangan sokongan mencukupi di Parlimen,” tambah Mahathir.
Beliau berkata MAGERAN berupaya memastikan politik melampau diminimumkan dan negara memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengatasi krisis yang dihadapi.
“Kita juga boleh menjimatkan banyak wang rakyat yang dibazirkan. Ketika ini kita mempunyai 72 menteri dan timbalan menteri tetapi kerajaan tidak boleh mengatasi masalah negara. Bayangkan betapa banyak duit rakyat boleh dijimatkan dengan sebuah pasukan kecil (MAGERAN) yang tidak melebihi 20 orang.
“Semua wang itu yang dijimat itu boleh disalurkan kembali untuk kebaikan rakyat, dalam bentuk vaksin, makanan, dan lain-lain kebajikan,” tambahnya.
*Jangka hayat MAGERAN*
Mahathir berkata MAGERAN perlu berfungsi sehingga empat krisis yang disebutnya diselesaikan, tetapi menegaskan bahawa ia tidak bermaksud majlis itu berfungsi sehingga semua masalah selesai 100%.
“Untuk kesihatan, kita boleh kata masalah sudah diselesaikan apabila jumlah kes Covid-19 rendah dan negara mencapai imuniti kelompok 80%. Untuk ekonomi, ia (dianggap selesai) apabila kegiatan ekonomi boleh berfungsi semula seperti sediakala,” kata Mahathir.
“Kita harus ingat bahawa semua empat krisis berkenaan adalah saling berkait. Namun adalah selamat untuk mengatakan bahawa MAGERAN tidak harus berkuasa melampaui Mei 2023.
“Pada masa itu, kita bubarkan MAGERAN dan kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan pada PRU15,” kata Mahathir.
*Darurat atau tidak?*
Mahathir juga berkata sekiranya cadangan beliau diterima, MAGERAN boleh berfungsi bawah perisytiharan darurat yang ada sekarang atau tanpanya.
“Keputusan untuk tamatkan darurat adalah di tangan Agong. Namun, apa yang membezakan MAGERAN dan kerajaan darurat adalah pemulihan Parlimen.
“Malaysia adalah sebuah demokrasi dan Parlimen adalah asas demokrasi itu. Berbeza dengan kerajaan sekarang yang dikendalikan oleh ahli politik, MAGERAN akan berpandu kepada kumpulan pakar dalam bidang masing-masing.
“Dan berbeza dengan kerajaan sekarang yang telah melumpuhkan Parlimen, MAGERAN akan diperkasakan oleh Parlimen dan institusi itu akan mengawasi MAGERAN,” kata Mahathir.
「siapa yang memilih perdana menteri malaysia」的推薦目錄:
siapa yang memilih perdana menteri malaysia 在 Facebook 的最讚貼文
" Apa pendapat saudara jika saya katakan tuhan tidak adil, kerana tuhan boleh ampunkan semua dosa kecuali dosa syirik, saya mengaku selalu syirik dengan tuhan, maka apa gunanya saya buat baik lagi jika taubat saya sudah tidak diterima, apa pendapat saudara tuan? Lagi satu kenapa Tuhan bersifat kejam dengan menyiksa hambanya di neraka?”
****
OK, kamu kata Tuhan tidak adil sebab tak ampunkan dosa syirik, dan Tuhan kejam sebab seksa manusia di neraka.
Satu bab adil, kat dunia ni siapa yang hina Allah, murtad, buat dosa, tak solat, takde pun terus Allah azab ke neraka, atau Allah terus lumpuhkan, atau datang wabak kusta, tapi Allah akan datangkan peringatan dalam bentuk common sense, macam teguran, nasihat, dan lain lain.
Ada hadis bagitahu, kasih sayang Tuhan lebih dari ibu kepada anaknya, mari kita buktikan:
Jika Mak Cik Kiah panggil anaknya, Wahab, oh Wahab, mari sini jap mak nak ajar mengaji, dan Wahab buar bodoh aje, maka mak cik Kiah panggil lagi sampai lapan belas kali, dan saya rasa kali yang ke sembian belas tentu mak cik kiah akan menjerit dan mungkin anaknya wahab kena rotan. (saya dulu, kali ketiga dah kena rotan)
Tapi Tuhan, Panggil korang 5 kali sehari : Marilah solat! Marilah Berjaya! Dan Korang buat bodoh bukan setakat 12 kali, tapi dah sampai 60 tahun buat bodoh, pun masih Tuhan bagi makan, bagi udara, bagi minum, takde pulak korang tiba tiba mati kena panah petir ke. Bumi merekah telan korang hidup hidup ke, mati terhempap peti ais ke, takde! Ini bukti Tuhan lebih rasional dari mak cik Kiah atau mana mana Mak dalam dunia ni.
Tak percaya cuba tengok Mak si Tanggang, panggil Tanggang hanya beberapa kali, tapi Tanggang buat bodoh sebab dah ada bini cantik, terus mak dia sumpah jadi batu, kita hari ni, buat bodoh dengan penggilan Tuhan, ada terus jadi batu? Kena batu karang pun sebab lain, bukan sebab tak jawab panggilan Tuhan.
So, terbukti Tuhan lebih sayangkan Hambanya lebih dari mak sayang pada anak.
En Hamka, boleh Bagi bukti lain tak?, bukti tu tak sesuai sebab ambil dari kisah rakyat!
Baik! Saya yang menurut perintah, jadi kita ambik sejarah Tuhan dan Raja Firaun dalam Al quran.
Firaun semua tahu betapa jahatnya dia, mengaku tuhan dan memerintah dengan zalim.
Tapi sebab Allah masih sayangkan firaunlah, maka Alllah hantar Nabi Musa pergi Berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun dan bunuh beribu ribu bayi, dan seksa bani Israel dengan penghapusan etnik, tapi tetap Allah bagi peluang bertaubat sehinggal Firaun di uji dengan 7 bala, tapi masih degil jugak, so sebagai Tuhan Yang Menunaikan JANJI, maka kena azablah Firaun sebab JANJI DITEPATI!
Berkenaan Allah zalim sebab azab manusia,
Mari rujuk Al quran, Tuhan berjanji pada hambanya, siapa buat baik masuk syurga, dan siapa buat jahat masuk neraka, setiap perbuatan akan dinilai walaupun sebesar zarah, Allah dah janji, Allah juga janji siapa banyak dosa, tapi bertaubat, akan diampunkan sebab dia dah janji. So sebagai Tuhan yang Maha Adil, janji mesti ditepati.
Macam macai politik selalu cakap, Manifesto bukan janji, Tapi Janji mesti ditepati!
Jadi bila hamba Tuhan memilih untuk buat salah dan tak kisah masuk neraka, atau bila orang kapir memilih sembah berhala, atau memilih untuk tidak bertuhan, di sinilah letak nya situasi dimana Allah telah berjanji akan mencampakkan hamba yang engkar ke dalam neraka, kerana Allah Maha ADIL, dan SANGAT MENEPATI JANJI!
Macam kerajaan Malaysia sekarang buat penjara bukan bertujuan untuk masukkan semua rakyat Malaysia dalam penjara, hanya untuk peringatan agar keselamatan dan hak orang lain dipenuhi, tapi bila dah korang langgar undang-undang Malaysia, korang dah rogol anak orang, korang dan mencuri, merompak dan sebagainya, maka kerajaan yang adil dan baik mesti laksanakan janji dan undang-undang.
Walaupun yang buat salah tadi anak perdana Menteri, tak patut ayah sebagai PM tergamak melihatnya anaknya mati diseksa di kerusi elektrik kata korang yang tak faham undang-undang. Tapi jika benar ada PM yang macam korang bayangkan, tak tergamak nak siksa anak sendiri walaupun buat salah?, lalu lepaskan maka apa guna lagi undang undang? Apa guna lagi mengundi PM yang tidak menunaikan janji? Korang pun marah jika PM tak tunai Janji tapi kenapa bila Allah nak tunaikan Janji korang kata zalim pulak?
Adohai..
Zalim ke jika diseksa hanya kepada yang engkar. Jika korang hidup baik baik tak buat salah dengan tuhan kenapa nak takut masuk neraka? Ingat pepatah sekolah rendah dahulu:
“Berani kerana benar, Takut kerana salah”
So, walaupun PM itu sangat baik, tapi penjenayah yang salah tetap dihukum kerana PM yang baik adalah PM yang menunaikan janji berdasarkan undang undang menghukum pesalah dalam penjara atau tali gantung, tertakluk kepada kesalahan masing masing. Engkar arahan PKP akan ditangkap tak kita Menteri atau orang awam, tiada dua undang undang pilih kasih, itulah PM yang adil!
So, sama juga, walaupun Allah itu Maha baik, tapi hambaNYa yang salah tetap dihukum kerana Allah Yang MAHA BAIK adalah Tuhan yang menunaikan janji berdasarkan undang undang dalam Alquran menghukum pendosa dalam neraka tingkat demi tingkat, tertakluk kepada dosa masing masing.
Tapi bang ni saya nak bagitahu satu rahsia, kita bercakap Allah ni zalim macam kita dah sampai ke mahkamah Allah, sedang Allah bagitahu DIA MAHA PENGAMPUN!
Ni yang ramai terlepas pandang, Allah bagitahu banyak kali DIA Maha Pengampun, bunuh 100 orang dan bertaubat, Allah ampun, berzina, merompak, mencuri, Allah Maha Pengampun.
Bab Allah tak ampunkan dosa syirik, Ayat tu di tuju kepada orang yang dah jadi MAYAT sahaja! yang dah mati, yang dah masuk dalam kubur, yang dah masuk dalam neraka!
Mereka yang jadi mayat dalam keadaan syirik, confirm masuk neraka SEBAB ALLAH DAH JANJI
Tapi Maha PengapunNYA Allah, waktu korang hidup ni, SYIRIK pun ALLAH ampun!
Siapapun kita kat dunia ni, murtad ke, hina ugama ke, hina Sunnah ke, bila bertaubat, maka Allah akan ampunkan dosa dengan syarat taubat sungguh-sungguh.., dan taubat itu di buat sebelum naik keretamayat.., walaupun dosa syirik.!
Jadi, kepada kita semua, Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat.., faham?
Cuba renungkan, Nabi berdakwah pada orang kapir masuk islam, maknanya Allah terima taubat mereka, dan Allah yang Maha Kaya bukan setakat terima taubat mereka, malahan Allah ampunkan segala dosa mereka, lebih lagi, Allah ganti dosa mereka menjadi pahala.., tapi orang kapir sombong tetap nak sembah tuhan selain Allah, maka bila mati, masuk neraka, baru nak bertaubat, waktu itulah ayat di atas sesuai dibaca untuk mereka.., faham?!
Bab orang murtad, zaman pemerintah islam dulu, mereka di beri peluang bertaubat, tengok.., orang murtad buat dosa syirik besar, pun masih boleh U turn, tapi bila orang murtad tak nak taubat dan mati dalam syirik, kekallah mereka dalam neraka. Nauzubillah!
Jadi tuan tuan, bertaubatlah kepada Allah walaupun korang sedang Syirik, bertaubatlah, kerana Allah MAha Pengampun : Nabi pernah bersabda:
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali. “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di malam hari, sehingga matahari terbit dari barat (HR. Muslim)
PS: Jangan berkata Allah zalim sebab Neraka belum di buka depan mata kita, tapi kitalah yang menzalimi diri sendiri kerana abaikan Pintu Taubat yang sedang terbuka depan mata kita. Sungguh Allah Maha Pengampun dan Penyayang, Hayatilah kasih sayang Allah yang sedang terbuka ini sepenuhnya sebelum pintu kereta mayat pulak terbuka!
Woha!
siapa yang memilih perdana menteri malaysia 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
KENYATAAN OLEH
TAN SRI DATO’ SERI (DR) HAJI MOHD YUSSOF LATIFF
VETERAN UMNO
----------------------------------
PULAU PINANG – Saya ingin memberi penjelasan dan maklumbalas mengenai kritikan terhadap gesaan supaya Pengerusi Majlis Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah segera menganjur rundingan dan mempelawa bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke pangkuan parti itu.
Pandangan saya telah mendapat banyak reaksi yang menyokong namun terdapat juga yang mengkritik dan menyifatkannya sebagai tidak wajar.
Sebagai Veteran UMNO yang mula menyertai Parti keramat UMNO ini pada Oktober 1947, saya pernah melalui pelbagai cabaran ketika mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulau Pinang semenjak 1922 dan Ketua UMNO Bahagian sejak zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman sehinggalah UMNO dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1988.
Pengalaman telah mengajar kita merasai betapa susahnya untuk melaksanakan agenda memperkasakan orang Melayu dan bagaimana orang Melayu dan Islam dipandang rendah jika kita berpecah.
Ini kerana selain saya pernah berada dalam barisan kepimpinan UMNO, saya pernah juga menjadi pembangkang suatu ketika dulu dengan menyertai barisan kepimpinan Parti Semangat 46 pada tahun 1988 setelah UMNO Baru menghalang saya menyertainya (Rujuk Utusan Malaysia 14 April 1988) kemudiannya saya kembali menyertai UMNO pada tahun1996.
Sebagai “orang lama” saya dan veteran UMNO yang lain melihat UMNO dari “mata burung” iaitu melihat masalah orang Melayu dari segala sudut, memahami masalah dan mempunyai pengalaman menyelesaikan masalah berkaitan isu orang Melayu.
KENAPA CADANG TENGKU RAZALEIGH HAMZAH ATUR MEJA RUNDINGAN PELAWA MAHATHIR
Seperti yang saya katakan, sebagai “orang lama” Tengku Razaleigh Hamzah juga melihat UMNO dari “mata burung” dan setakat ini beliau adalah wakil rakyat yang paling lama berkhidmat secara berterusan di negara malah di dunia.
Bersesuaianlah dengan jawatan yang disandang sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO untuk menasihati kepimpinan UMNO sekarang dan juga mereka yang telah keluar dari UMNO supaya kembali bersatu demi Agama, Bangsa dan Negara.
Kita bukan bercakap soal siapa hendak menjadi Perdana Menteri dan siapa harus memimpin parti tetapi kita sedang berhadapan dengan kehilangan pengaruh dan kuasa politik akibat perpecahan.
Tengku Razaleigh layak untuk menasihati dan memperbaiki kerosakan yang berlaku kerana beliau adalah antara jurutera dan arkitek pembangunan orang Melayu dan negara ini.
Adalah tidak melampau jika saya katakan Tengku Razaleigh tidak mempunyai sebarang isu kontraversial dan tidak terpalit dengan sebarang skandal rasuah malah kebanyakan Veteran UMNO yang lain pernah mendapat didikan politik dari beliau termasuk Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah menjadi pembantu khasnya semasa berkhidmat di Petronas dan semasa menjadi Timbalan Menterinya.
Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak untuk membantu merangka Sistem Ekonomi Negara dan membina Landasan Kemajuan Negara dan ketika itu kebanyakan Pemimpin UMNO sekarang belum lagi memegang sebarang jawatan dalam parti.
Beliau mempunyai pengaruh dikalangan para peniaga kaum Cina dan India di negara ini dan mempunyai hubungan yang baik dengan pihak Istana.
Jadi apakah beliau tidak sesuai untuk dipanggil supaya menjadi “orang tengah” bagi membuka meja rundingan kearah perpaduan orang Melayu dengan mempelawa Dr Mahathir kembali ke pangkuan UMNO?
KENAPA TIDAK ZAHID
Ada juga yang bertanyakan saya kenapa tidak membuat desakan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi menganjurkan rundingan memandangkan beliau adalah Presiden Parti
Jawapan saya mudah sahaja iaitu Zahid sedang berhadapan dengan pelbagai tuduhan melibatkan kes rasuah dan pengubalan wang haram di Mahkamah Tinggi dan beliau harus fokus untuk menyelesaikan masalahnya. Sama ada beliau diperangkap, difitnah atau sebaliknya, kita biarkan mahkamah yang tentukan.
Setelah namanya dibersihkan kelak, barulah beliau boleh memberi fokus kepada parti yang mana dalam keadaan yang singkat ini untuk menghadapi pilihan raya, rakyat akan ragu-ragu untuk mengundi Barisan Nasional (BN) jika Presiden UMNO sedang menghadapi tuduhan di mahkamah.
Ini kerana rakyat mungkin tidak mahu mempunyai seorang Perdana Menteri yang berhadapan dengan tuduhan rasuah. Menyokong Zahid dalam UMNO bukanlah bermakna BN akan menang.
Zahid haruslah berjiwa besar, berundur tidak bererti kalah jika mara tidak membawa kemenangan.
Contohilah Dato Sri Najib Tun Razak yang melepaskan Jawatan Presidan UMNO untuk beliau menyelesaikan kes-kesnya di Mahkamah. Kini Dato Sri Najib hanya menjadi penyokong kuat Parti UMNO dan Barisan Nasional.
Kita harus memilih jalan untuk menang dan rakyat yang mengundi dalam pilihan raya umum kelak bukanlah hanya dari golongan anggota UMNO sahaja.
KENAPA TIDAK MUHYIDDIN
Ada juga yang bertanya kepada saya, seharusnya Perdana Menteri adalah orang yang mempunyai kuasa dan boleh manganjurkan rundingan perpaduan Melayu.
Jawapan saya ialah kita sedang bercakap soal memperkukuhkan politik Melayu dengan UMNO adalah sebagai tonggaknya. Muhyiddin kini menjadi Perdana Menteri atas sokongan UMNO yang mempunyai anggota parti lebih ramai dan kerusi parlimen yang lebih banyak.
Muhyiddin terperangkap dengan beberapa anggota parlimen yang melompat masuk ke dalam Parti Bersatu sehingga memaksanya untuk meminda perlembagaan Parti itu bagi membuka pintu kepada bukan Melayu yang menjadi Parti Bersatu kini bukan lagi Parti Melayu.
Beliau sedang menghadapi tekanan dari kiri dan kanan, dari luar dan dalam dan tidak mungkin beliau mampu menjadi orang tengah untuk membuka meja rundingan untuk memperkukuhkan PN menerusi parti-parti Melayu yang lain.
Begitulah juga dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi tekanan kerana kredibiliti kepimpinannya mula dipertikaikan oleh anggota parti sendiri.
Anwar juga tidak berani untuk bercakap isu perpecahan dan perpaduan orang Melayu dan Islam kerana beliau terperangkap dengan sokongan DAP.
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang pula hanya mewakili minoriti dan perana mereka ialah menyokong parti-parti majority supaya dapat menumpang kuasa politik dan PAS sendiri sedang bergelut untuk mempertahankan kerusi pada pilihan raya akan datang.
Ini kerana sudah pasti UMNO akan menuntut semula kerusi yang pernah dimenangi mereka dan merampas semula Kedah dan Terengganu malah mungkin juga akan berusaha merampas Kelantan.
Pemimpin ibarat air, sifat air hendaklah bersih terlebih dahulu sebelum ia dapat membersihkan tubuh kita. Air yang kotor tidak mungkin dapat membersihkan.
Berbalik kepada kenyataan saya, yang layak untuk membuka meja rundingan bagi Perpaduan Melayu dan juga boleh menarik pengundi-pengundi Melayu atas pagar dan khasnya pengundi-pengundi generasi muda yang bilanganya mencecah 30% termasuk juga juga pengundi-pengundi bukan Melayu ialah Tengku Razaleigh.
Insyaallah dengan pendapat dan cadangan saya ini Parti UMNO akan menjadi Parti dominan seperti mana yang di laksanakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang mengandungi 14 buah parti termasuk di Sabah dan Sarawak mengantikan Parti Perikatan pada tahun 1974 setelah Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil alih Pimpinan Negara dan juga Pimpinan UMNO.
Sejarah telah membuktikan bahawa Barisan Nasional Pimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak memenangi Pilihan Raya pada tahun 1974 dengan cemerlang dan mempunyai majority lebih daripada 2/3 memihak kepada Barisan Nasional.
Sekian.
24 Februari 2021
12 Rejab 1442