2021 dan Malaysia menuju kehancuran.
Banyak pekara berlaku dalam hidup Saya bermula tahun ini. Banyak pekara yang membuka mata hati Saya setelah melihat apa yang berlaku dengan lebih dalam terutama hal politik yang mana Saya sedar bahawasanya negara ini semakin hari semakin hancur dek kerana politikus yang rakus gila kuasa tanpa mempedulikan masa depan rakyat dan negara ini.
Malaysia perlu dibina semula, bina dengan lebih kukuh agar rakyat dan negara ini tidak lagi dibebankan dengan siplis politik yang menjadikan rakyat mangsa.
Agent PPBM, Agent Tun Mahathir dan apa lagi agent yang sesuai dilabelkan kepada Saya waktu ini? Pengkhianat? Apa lagi?
Saya tak peduli dengan semua label yang digelarkan kepada Saya. Apa yang terpenting pada Saya hari ini adalah masa depan negara ini yang perlu diselamatkan dan kita semua perlu menjayakan nya.
Ini bukan soal Kau UMNO Aku PKR atau apa parti sekalipun. Ini bukan soal ideologi politik kepartian yang taksub nya membabi buta. Ini juga bukan soal siapa perlu jadi Perdana Menteri. Tapi ini soal rakyat. Rakyat yang perlu melakukan perubahan demi negara ini.
Sebab itu sejak tahun lalu Saya kerap melontarkan cadangan agar MAGERAN perlu dilaksanakan bagi menghentikan segala perebutan kuasa politik dan menfokuskan kepada menyelesaikan krisis yang melanda dan membina semula negara ini.
Kepada anda semua yang membaca apa yang Saya lontarkan ini. Saya mohon untuk berfikir sejenak dan bayangkan apa yang berlaku kelak jika landskap masih sama seperti hari ini.
Kita perlu mengambil langkah berani melakukan perubahan total menyusun kembali landskap negara ini. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk kita jayakan nya dan kunci nya adalah pada YDP Agong dan majlis Raja Raja Melayu.
Semoga negara ini berjaya dibina semula dengan kekuatan yang lebih unggul dan memberikan manfaat buat rakyat khususnya generasi anak cucu cicit kita.
InsyaAllah.
#resetreborn
#mageran
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過5萬的網紅Azizan Osman,也在其Youtube影片中提到,?Megalive Result RichWorks episode ke- 26! PKP atau tanpa PKP, Bisnes anda boleh survive. Dengan ELMU yang tepat! “Masa PKP ni lah peluang dan masa...
「siapa perdana menteri malaysia sekarang」的推薦目錄:
siapa perdana menteri malaysia sekarang 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
*MAGERAN Cadangan Dr M kepada Agong*
*Keanggotaan*
Mahathir berkata sungguhpun beliau menawarkan diri untuk menerajui majlis itu, ia tidak perlu dipimpin oleh beliau atau dianggotai oleh mana-mana ahli politik.
“Kita memerlukan pakar-pakar yang terbaik dalam bidang masing-masing. (Contohnya dalam bidang) kesihatan, ekonomi dan pendidikan. Majlis itu hendaklah berbentuk inklusif – dalam erti kata pakar-pakar yang terbaik diambil menganggotainya, tak kira latar belakang mereka,” kata Mahathir.
Di tanya siapa yang harus mengetuai majlis itu, Mahathir berkata calon berkenaan harus berpengalaman luas dalam menguruskan pelbagai krisis sebelum ini, terbukti sebagai pemimpin berkaliber, dan mempunyai integriti.
Mahathir berkata calon berkenaan juga harus berpengalaman dalam kerahan jentera pentadbiran kerajaan dan menggerakan rakyat ke arah mengatasi empat krisis berkenaan.
Bekas perdana menteri itu berkata mana-mana parti bebas mencadangkan calon untuk menganggotai majlis ala MAGERAN itu namun Agong mempunyai kata putus untuk menentukannya.
*Kebertanggungjawaban*
Mahathir berkata walaupun majlis ala MAGERAN akan berfungsi sebagai eksekutif, ia tidak akan mempunyai kuasa-kuasa meluas sebagaimana yang dimiliki oleh pentadbiran sekarang menerusi perisytiharan darurat.
“Menerusi MAGERAN, kita mengembalikan kuasa kepada Parlimen dan Agong. Sebagai contoh, jika MAGERAN mengusulkan dasar untuk menangani isu tertentu, ia akan dibahaskan terlebih dahulu di Parlimen.
“Undang-undang akan melalui proses Parlimen,” kata Mahathir.
Mahathir berkata sistem sedemikian akan menamatkan pendekatan bahawa “hanya kerajaan tahu apa yang terbaik” untuk rakyat.
Mahathir juga menegaskan cadangan penubuhan MAGERAN akan memastikan segala tindakan dan operasi majlis itu tidak terbantut atau dikekang oleh mereka yang tamak kuasa.
“Agong sendiri akan menentukan keahlian MAGERAN, jadi majlis dan operasinya tidak akan terjejas dengan apa-apa tindakan sesiapa yang berniat merampas kuasa,” kata beliau.
“Pada masa sekarang, orang berfikir bahawa satu-satu cara untuk menukarkan kerajaan atau memperolehi kuasa adalah dengan mendapatkan sokongan majoriti Ahli Parlimen. Hakikatnya tidak ada sesiapa yang mempunyai sokongan mencukupi.
“Jadi, apa yang berlaku adalah institusi Parlimen sendiri ditindas kerana pihak yang memegang kuasa (kerana sentiasa) khuatir kehilangan sokongan mencukupi di Parlimen,” tambah Mahathir.
Beliau berkata MAGERAN berupaya memastikan politik melampau diminimumkan dan negara memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengatasi krisis yang dihadapi.
“Kita juga boleh menjimatkan banyak wang rakyat yang dibazirkan. Ketika ini kita mempunyai 72 menteri dan timbalan menteri tetapi kerajaan tidak boleh mengatasi masalah negara. Bayangkan betapa banyak duit rakyat boleh dijimatkan dengan sebuah pasukan kecil (MAGERAN) yang tidak melebihi 20 orang.
“Semua wang itu yang dijimat itu boleh disalurkan kembali untuk kebaikan rakyat, dalam bentuk vaksin, makanan, dan lain-lain kebajikan,” tambahnya.
*Jangka hayat MAGERAN*
Mahathir berkata MAGERAN perlu berfungsi sehingga empat krisis yang disebutnya diselesaikan, tetapi menegaskan bahawa ia tidak bermaksud majlis itu berfungsi sehingga semua masalah selesai 100%.
“Untuk kesihatan, kita boleh kata masalah sudah diselesaikan apabila jumlah kes Covid-19 rendah dan negara mencapai imuniti kelompok 80%. Untuk ekonomi, ia (dianggap selesai) apabila kegiatan ekonomi boleh berfungsi semula seperti sediakala,” kata Mahathir.
“Kita harus ingat bahawa semua empat krisis berkenaan adalah saling berkait. Namun adalah selamat untuk mengatakan bahawa MAGERAN tidak harus berkuasa melampaui Mei 2023.
“Pada masa itu, kita bubarkan MAGERAN dan kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan pada PRU15,” kata Mahathir.
*Darurat atau tidak?*
Mahathir juga berkata sekiranya cadangan beliau diterima, MAGERAN boleh berfungsi bawah perisytiharan darurat yang ada sekarang atau tanpanya.
“Keputusan untuk tamatkan darurat adalah di tangan Agong. Namun, apa yang membezakan MAGERAN dan kerajaan darurat adalah pemulihan Parlimen.
“Malaysia adalah sebuah demokrasi dan Parlimen adalah asas demokrasi itu. Berbeza dengan kerajaan sekarang yang dikendalikan oleh ahli politik, MAGERAN akan berpandu kepada kumpulan pakar dalam bidang masing-masing.
“Dan berbeza dengan kerajaan sekarang yang telah melumpuhkan Parlimen, MAGERAN akan diperkasakan oleh Parlimen dan institusi itu akan mengawasi MAGERAN,” kata Mahathir.
siapa perdana menteri malaysia sekarang 在 Papa Azri Facebook 的最佳解答
Masaalah segelintir kita yang berada dalam landskap politik sama ada berjawatan atau pun tidak hari ini adalah GAGAL mengenal siapa Anwar Ibrahim yang sebenar. Maka sebab itu ada dikalangan kamu yang tanpa rasa malu menyokong Anwar malah tak kisah jika bekerjasama dengan Anwar Ibrahim.
Kamu hanya fikirkan situasi sekarang tanpa mengambil kira apa akan berlaku 10 tahun ke depan jika kali ini kita GAGAL mengekang Anwar Ibrahim. Ini lah situasi yang berlaku sejak 2006 apabila UMNO BN dilemahkan hari demi hari oleh gerakan Anwar dan konco konco nya.
2008 UMNO BN dihentak cukup hebat oleh PKR yang diketuai Anwar Ibrahim dan mendapat sokongan penuh dari DAP dan PAS. Begitu juga 2013 bila mana sekali lagi Anwar berjaya mengurangkan sokongan rakyat kepada BN terutama melalui faktor pengundi bukan Melayu.
Sesuatu perlu dilakukan bagi menghalang kemaraan Anwar Ibrahim. Sesuatu yang tak terfikir dek akal perlu direncanakan agar negara ini tidak jatuh ke tangan yang salah. Suka atau tidak suka akan ada yang perlu dikorbankan demi menyelamatkan negara ini.
PRU 2018 UMNO BN tumbang, satu kejayaan besar Pakatan Harapan tanpa Anwar Ibrahim dan sekali lagi Malaysia masih selamat kerana kuasa tidak jatuh ke tangan Anwar Ibrahim.
Rakyat dihidang kerakusan PH mentadbir Malaysia. 22 bulan rakyat hidup dalam kegelisahan yang mana kemuncak nya apabila Anwar Ibrahim mahu peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada nya dipercepatkan kerana paymaster Anwar sudah tidak sabar mahu Malaysia dijadikan boneka.
Tun Mahathir meletakkan jawatan PM secara tiba tiba dan pengkhianatan team Azmin dan PPBM telah menyebabkan Pakatan Harapan runtuh sekelip mata. Satu sejarah baru dalam negara yang belum pernah berlaku sejak negara ini Merdeka.
Anwar Ibrahim GAGAL dan terus GAGAL merebut kerusi Perdana Menteri. Dan hingga saat ini beliau masih belum berhenti dari kemaruk nya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Maka, kenal lah sosok tubuh badan Anwar Ibrahim ini. Belajar lah menyelak latar belakang nya sejak dari ABIM hingga kini. Jangan lah dah ada jawatan dalam parti tetapi GAGAL mengenal musuh sebenar parti UMNO dan negara ini.
Perjuangan ni bukan soal nak menang jawatan dalam parti mahupun menang pilihanraya. Perjuangan ni soal masa depan negara dan bangsa ini. Salah langkah maka merempat lah kita dibumi sendiri.
siapa perdana menteri malaysia sekarang 在 Azizan Osman Youtube 的最佳貼文
?Megalive Result RichWorks episode ke- 26!
PKP atau tanpa PKP, Bisnes anda boleh survive. Dengan ELMU yang tepat!
“Masa PKP ni lah peluang dan masanya untuk saya fokus dalam bisnes!” - Puan Suraya
Malam ini kami bawakan kisah Bina Bisnes Berjaya khas untuk anda yang mula rasa ‘down’, sedih dan tertekan selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri semalam. Tunggu! Jangan ‘stress’ dulu Puan Suraya yang menjalankan perkhidmatan unit trust konsultan nak kongsikan kejayaan beliau sepanjang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas.
Beliau berjaya capai hampir setengah Juta dalam masa 4 bulan sahaja. Walaupun ketika itu masih PKP dan beliau hanya buat bisnes secara separuh masa sahaja! Tahniah Puan Suraya! Siapa yang nak menjalani kehidupan seperti Puan Suraya sepanjang PKP ni? Atau nak tahu apa yang Puan Suraya lakukan dan macam mana beliau menghadapi PKP dengan kehidupan yang lebih baik? Jom tonton!
RichWorks akan sentiasa ‘support’ dan bersama anda untuk bimbingan anda lakukan tindakan yang tepat sepanjang PKP dan Darurat ini. Kami sentiasa ada di sini, untuk membantu usahawan dan rakyat Malaysia.
Ada yang nak jadi The next Usahawan Jutawan PKP?
Layari BinaBisnesBerjaya.com SEKARANG!
#AzizanOsman
#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#BangkitBerniagaBangsaku
#SokongPerniagaanKecilSederhana