𝐏𝐀𝐓𝐔𝐇𝐈 𝐒𝐎𝐏 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐋𝐔𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐁𝐀𝐑𝐔
Kini pembukaan lebih banyak sektor sosial yang dibenarkan beroperasi, selepas lebih tiga bulan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan sejak 10 Jun 2020, sektor sosial mula dibuka beransur-ansur dengan kelonggaran dan kebebasan diberi kepada rakyat untuk ‘hidup’ dengan amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak COVID19.
Selain pembukaan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta, mulai esok (1 Julai) juga lebih banyak kelonggaran termasuk membenarkan taman tema beroperasi, selain saringan suhu badan dilakukan sekali sahaja di pusat beli-belah.
Selain itu sebanyak 54 taman tema termasuklah taman tema air akan beroperasi semula, yang melibatkan lebih 10,000 tenaga kerja di seluruh negara.
Selain itu, pusat spa, pusat perapian kesihatan atau wellness dan urut kaki, pawagam, teater serta acara secara langsung di dewan tertutup dan juga aktiviti riadah kolam renang turut dibenarkan beroperasi pada 1 Julai.
Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis berkaitan keagamaan seperti tahlil, akikah, doa selamat serta majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir mulai pada tarikh sama.
Semua pihak diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk memastikan jarakan sosial dipatuhi pada setiap masa dan mengehadkan jumlah pengunjung berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan.
Bagi majlis sosial seperti majlis perkahwinan dan akad nikah pula, jumlah tetamu yang dibenarkan adalah tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa sama ada ia dijalankan di masjid, dewan, rumah ataupun lokasi lain.
Pastinya kita tidak mahu timbul pula kluster kenduri kahwin seperti di Bandar Baru Bangi sebelum ini atau pun kluster taman tema, atau apa jua kluster baharu sekalipun, maka sebab itulah pentingnya untuk kita mematuhi kawalan kendiri di kala berseronok.
Harus sentiasa ingat bahawa perang terhadap COVID-19 belum lagi tamat meskipun sudah ada petanda baik yang menyaksikan negara berada di landasan betul untuk menuju sifar kes, sekali gus bebas daripada ancaman COVID19, berdasarkan kes jangkitan yang kembali mencatatkan satu angka semalam.
Sumber telegram MKN
#KitaJagaKita
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
sambutan pembukaan acara 在 Aznil Hj Nawawi Facebook 的精選貼文
#bestnine2017 untuk IG #paknil jatuh kepada :
Tangga Pertama : Ucapan tahniah Paknil pada berita pertunangan @missfazura dan @fattahaminz
Tangga kedua : Ucapan tahniah #paknil pada penganugerahan Dato Seri kepada @ctdk
Tangga ketiga : Sambutan hari lahir Paknil ke 55
Tangga keempat : Ucapan tahniah Paknil atas berita kehamilan DS @ctdk
Tangga kelima : Foto perbandingan setahun sudah berlalu bersama #ted @rumirizqeen
Tangga keenam : Temubual #paknil dgn DS @najib_razak
Tangga ketujuh : foto persembahan majlis paknil di acara pembukaan Sukan SEA
Tangga kelapan : Foto surat perlantikan Paknil sebagai Duta Alumni Universiti Malaya
Tangga kesembilan : Foto saat Paknil berlibur di Los Angeles
Yang nyata, dari sebanyak 1,960 foto yg paknil kongsikan dari awal 2017 sehingga kini, Paknil telah meraih lebih 5juta likes.
Terima kasih semua 😁