Jangan berdakwah dengan hujah dari mimpi?!
Itu pesan tok guru saya masa awal belajar agama duhulu.
Masa tu tahun 1998, lagi dua tahun nak masuk Y2K.
Konspirasi zaman tu adalah, computer akan reset pada tahun 2000, sebab sebelum ni robot computer hanya faham dua digit mewakili 00 hingga 99, bermaksud 1900 hingga 1999 yang mana bila digit belakang bertukar jadi 00, maka computer akan pening antara 2000 atau 1900?, dan ejen dajjal akan ambil peluang ini untuk hack semua system peluru nuclear, dan lancarkan, malahan semua jet yang dikawal guna computer akan dirampas oleh tentera dajjal, lalu perang dunia ketiga akan Meletus.
Kemudian dalam ceramah agama, ada ustaz yang taksub dengan konspirasi ini hebahkan Imam Mahdi dah lahir sekarang dah 38 tahun, lagi dua tahun Nabi isa akan turun baiat Imam Mahdi, Kaabah dah berkunci, Imam Mahdi sahaja boleh masuk, Salji dekat Madnah, tanda Dajjal nak dekat, Rusia hantar satelit ada KFR pada tulisannya, bermakna kafir. Gerhana berlaku dua kali tanda Kuasa Dajjal makin kuat.
Menambahkan lagi perisa, ada ustaz lain yang gunakan mimpi dia kuatkan hujah teori konspirasi, dia Nampak Singapore serang Malaysia, Indonesia serang Malaysia, perang kaum berlaku di Malaysia, dan katanya Imam mahdi adalah orang melayu sebab bani jawi keturunan Nabi Ibrahim, Imam mahdi bagitahu dalam mimpinya. Lepas tu dikatanya tun Mahadir ejen freemason ilmuniti dajjal, dahsyat.
Ya tuan tuan dan puan puan, teori konspirasi pernah ramalkan, Tahun 2000 dunia akan kiamat. Ada yang berhenti kerja, tak nak sekolah, beli barang dapur banyak, dan menyorok sebab buat apa lagi kerja? Buat apa lagi Belajar? Sedangkan kiamat lagi dua tahun?
Mereka lupa hadis Nabi suruh tanam pokok walau esok kiamat..
Saya waktu tu baru nak belajar-belajar agama, belajar iktikaf di masjid, belajar berdkawah rumah ke rumah, ada peluang saya tanya pada tok guru saya tentang berita teeri konpirasi ini, betul ke?
Tok guru cakap, saya mimpi jumpa Nabi suruh ikut Jemaah Tabligh, tapi saya tak akan gunakan hujah mimpi dalam ceramah saya, lepas tu ada sorang lagi sampuk, saya pun jumpa Nabi, peluk saya sebab saya keluar tabligh, kemudian sorang lagi berkata mimpi jumpa Nabi dan tanya apa tanda ahli syurga? Jawab Nabi, orang yang ada kelengkapan itikaf di masjid. Dalam hati saya, arghh, sudah, sayapun ada jumpa Nabi suruh dakwah rumah ke rumah.
Diam semua! Kata tok guru! Walau apapun mimpi kamu, jangan guna dalam ceramah, jangan sebarkan sebab pesan tok guru saya (wow, tok guru atas tok guru)
Jangan cakap ramalan! Berdosa meramal masa depan sebab orang akan berjudi nasib, dan judi itu haram, berapa ramai orang yang dah berhenti kerja, tak nak pergi sekolah bila ramalan perang dah dekat!? Tinggalkan cakap hal ramalan!
Banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi sahaja
Cakap sekitar enam sifat sahabat, dan Banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi sahaja.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)
Dan jangan quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)
Dunia ni dalam perancangan Yahudi? Bagaimana dengan ayat : Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) yang bermaksud, Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang!
Kita Sekarang ni buat kerja Nubuwah sahaja, dakwah dari pintu ke pintu, kerja jihad perang orang kafir ni belum tiba masanya sebab mereka masih belum melarang kita berdakwah.
Saya angkat tangan, tanya, apa dalil kita hanya perlu buat kerja Nubuawah sahaja? Kenapa tak Nubuwah sambil jihad.
Kata Tok guru dengan ayat paling klise bermakan dalam:,
Selagi subuh tak ramai macam solat jumaat, jangan berharap nak pergi berjihad!
Tiba tiba Di luar masjid, kelihatan sepohon pokok yang baru nak membesar, tak lama kemudian, pohon itu mulai membesar, daunnya mulai lebat, lepas tu berbuah, kemudian, buah di petik orang, lepas tu berbuah lagi, di petik lagi, juga sesekali bergoyang dipukul ribut, kadang kadang buahnya buruk lalu jatuh, juga di timpa hujan, dan angin kencang, kini, tak lama kemudian, daun daunpun mulai berguguran, dan lepas tu, tiada daun lagi, hanya ranting ranting yang tinggal, akhirnya di tebang JKR..
Ops!, prosa di atas adalah kesan khas cinematography bagi menggambarkan masa yang telah berlalu selama 22 tahun.
Ya 22 tahun kemudian..
2021, masih ada orang percaya teori konspirasi padahal teori itu boleh ditulis oleh mana mana penipu, dan siapa percaya orang penipu adalah bodoh.
2021, masih ada orang percaya mimpi tentang ramalan masa depan, padahal Agama dah sempurna, Tiada lagi Nabi baru kerana maksud agama sempurna adalah Nabi dan wahyu tidak diperlukan lagi untuk selesaikan masalah ummat terbaik kerana, Khairun Ummatan wasata al wasatiyyah mampu atasi apa jua masalah akhir zaman dengan berpegang pada Alquran dan sunnah.
2021, bilangan orang islam lengkap dua dos cucuk vaksin pergi solat subuh berjemaah masih tak sama dengan orang lengkap dua dos cucuk vaksin pergi solat Jumaat.
Renung renungkan.
Di tulis oleh orang yang berguru dengan orang yang mimpi jumpa Nabi tapi tak benar gunakan mimpi sebagai hujah.
Woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah pada malam Sabtu (semalam) bersama ...
pintu kaabah 在 Facebook 的最佳貼文
Jangan baca tempat awam. Nanti orang tengok kamu menangis.
Alkisahnya... cerita kita semua..
Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud cinta dan kini tenang menjamah makanan sahur yang menyelerakan…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan anak beranak demi nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…
Dalam kemeriahan kita berbuka puasa pula, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban demi mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…
Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta ruang solat yang sungguh indah saujana mata, bersama deruan penghawa dingin, sungguh di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak sehingga mati kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang turut mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji sehingga terbelah dua atau juga Nabi Yahya a,s yang di pancung kepalanya, semuanya telah terkorban demi kerana ugama!
Sesungguhnya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan terus terkorban dan di korbankan....
Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hayat hidupnya di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...
Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, daging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya demi kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang...
Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Izinkan untuk aku terus titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…
Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...
Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..
Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.
Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.
Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..
Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.
Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.
Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.
Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam. Bapa mana yang tidak rindu pada anaknya? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapanya? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..
Memuji Nikmat Allah..
Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!
Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?
Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir bin Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .
Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.
Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.
Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
"Mana ayah ku?”.
Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda mengusap rambut Basyir....
“Anak.., Ayah mu telah syahid.”
Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....
Lantas Nabi memujuk: “Mahukah kamu aku menjadi ayahmu? Aisyah menjadi ibumu, dan Fatimah menjadi kakakmu?”...
Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..
Disini juga biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain,
Lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.
Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..
Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. Namun, Bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!”
Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah more sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang Raja kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "
Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, kerana di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang, di simbah sampah dan di baling batu serta najis..,
Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...
Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..
Hati mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:
“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”
Nabi menjawab...
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”
Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu rumahmu dan pintu hatimu.., kerana mereka hakikatnya sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.
Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arashy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...
Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Selamat bersahur, selamat bertilawah, selamat menyambut Lalatul Qadar, juga Lalilatul Jaizah, dan selamat menikmati Ramadhan.
Semoga Woha sampai syurga!
Hamka keretamayat
Ps: Jom belajar MUDAHNYA HAFAL YASIN, klik sini:
pintu kaabah 在 Facebook 的最讚貼文
Kita ni anak cucu nabi adam, manusia pertama, DNA nabi adam ada dalam badan kita. Ahli sains namakan DNA ni: Y-chromosomal Adam -MRCA (most recent common ancestor) yang mana ahli genetik membuat kesimpulan bahawa semua manusia yang hidup adalah berasal daripada seorang manusia yang tinggal di Afrika sekitar 338,000 tahun dahulu.
Sebagai cucu yang bermaruah, kenalah tahu seba sedikit tentang Atuk Adam kita.
(baca sampai habis dan korang akan menjadi cucu yang berbeza di hujung artikel)
Alkisahnya, Allah dah cipta makluk yang taat Allah macam robot, namanya malaikat, dan Allah telah cipta makluk yang derhaka pada Allah juga macam robot, nak membatah ker kerjanya, namanya iblis.
Sekarang Allah nak cipta pula makluk yang ada sifat taat macam malaikat dan sifat derhaka macam iblis dalam satu kejadian, iaitu manusia.
Malaikat dan iblis sama sama tak setuju penciptaan ini, tapi malaikat akhirnya taat sebab itu dah kehendak Allah, dan taat adalah sifat malaikat, tapi Iblis tetap tak setuju, adohai…
Semua tahu, Malaikat di cipta dari cahaya, iblis di cipta dari Api, dan untuk cipta manusia, Allah guna tanah.
Maka turunlah malaikat Jibrail ke bumi nak ambik tanah, tapi bumi tak bagi, Lepas tu turun lagi Malaikat Mikail dan Israfil pujuk bumi benarkan ambik tanah, bumi tetap tak setuju Allah cipta manusia dari tanah lepas tu akan buat kerosakkan atas bumi sebab manusia akan ada sifat iblis dalam diri.
Maka akhirnya turun Malaikat Maut give him an offer he can't refuse, terus bumi bagi.
Maka dalam riwayat mengatakan, Tanah Baitulmuqaddis jadi kepala, Tanah Mesir jadi telinga, Tanah Iraq jadi dahi, tanah Yaman jadi muka. Tanah Taif jadi lidah.
Tanah Kaabah tangan kanan, Tanah Paris tangan kiri, Tanah Iran jadi perut, tanah Babylon jadi alat kelamin, Tanah Tursina jadi tulang, Tanah India jadi kaki.
Mata dan hati, dicipta dari tanah Syurga, so kita semua ni keturunan Mix, bumi dan syurga.
Bila dah siap, Roh masuk dari kepala, mata terbuka NAbi adam terlihat nama Allah dan Muhammad dipintu Syurga, kemudian bersin, lalu mendengar ucapan Alhamdulillah yang terpacul dari mulutnya sendiri, semuanya datang dari Ilmu Ilham, yang mana ilmu ilham adalah kelebihan Nabi adam berbanding malaikat dan Syaitan.
Roh sampai perut, dah rasa lapar, roh sampai kelamin, terus nak bergerak padahal kaki masih keras, begitulah sikap manusia yang tak sabar terzahir.
Bila dah siap sepenuhnya, Allah perintah malaikat dan Iblis sujud hormat, Malaikat semua sujud, Iblis bantah.
Pendek cerita, Adam hidup di syurga, dan Malaikat yang banyak Tanya pada Nabi adam tentang ilmu di syurga kerana semua Adam tahu. Nama pokok, nama haiwan, sifat serangga semua Nabi Adam tahu, Bapa of National Geographic!
Namun hidup di syurga yang semua indah, lokasi indah, makan sedap, the best place untuk mengembara, tapi Nabi adam rasa sunyi, sebab tengok burung ada pasangan, rama rama ada kawan, tapi aku mengembara sorang sorang tak best jugak.
“Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan, Sayang engkau tak duduk disampingku kawan”
Eh? Menyanyi lagu Ebiet G lah pulak, sunyi bang, kenalah nyanyi sikit, huhuhuhu.
Lalu Nabi Adam minta diciptakan satu lagi makhluk sebagai teman, maka bangun pagi esok, Malaikat tak sabar nak Tanya Nabi adam, siapa tu tidur sebelah kamu? Kenapa tak sama? Kenapa cantiknya berbeza?
Adam dengan ilmu Ilhamnya, The Curse of Knowing, anugerah Allah, terus bagitahu ohhh, ini Hawa namanya, jantinanya wanita, isteri saya, dia ni lebih lemah dari saya, tapi jiwanya kuat, Bapa of Sains Wanita pulak, he he.
Tapi bersama dengan anugrah Hawa, ada larangan, Allah benarkan adam dan hawa buat apa sahaja dalam syurga, berjimak, mengembara, hiking, menyelam, makan, tidur, bekarya, menyanyi, berguling di kebun bunga, semua boleh tapi satu sahaja tak boleh, jangan makan buah dari pohon larangan.
Kat sini kita boleh belajar tentang takdir, iaitu Allah cipta manusia mahluk yang boleh buat pilihan dalam system kebarangkalian pilihan takdir., maka Iblis akan guna kelebihan ini untuk sesatkan manusia dengan kaedah pilihan yang berkadaran dengan kebarangkalian Takdir.
Di sisi allah, ada berjuta juta Universe hasil pilihan manusia, manakala disisi kita, pilihan kitalah yang membentuk universe tersendiri dan itulah hakikat takdir!
Pendek cerita syaitan datang untuk menggoda Nabi Adam makan buah tu agar takdir Nabi adam berubah, tapi orang lelaki memang cool!, orang lelaki tak mudah terpengaruh dengan anasir luar, tak terpengaruh dengan iklan murahan, tak terkesan dengan promosi jualan murah…, tapi tidak dengan perempuan, selamba je syaitan pujuk suruh makan buah larangan, Hawa percaya dan terus makan, ohhh perempuan memang mudah terpengaruh dengan pujukan, sebab tu jika seks dengan perempuan bawah umur di kira rogol, sebab mereka mudah dipujuk, maka janganlah bangga dapat mengorat awek pakai baju sekolah, adohai.. eh? Ni cerota pasal apa pulak ni?
Balik kepada kisah Hawa, hmmm, Tapi kan? ada bagus jugak perempuan ni sebab dia ingat kat laki dia, dia makan separuh je, lepas tu simpan separuh kat Nabi Adam… kalau laki korang pergi kedai mamak pekena roti canai dengan teh tarik, takdenya laki kau nak bungkus bagi bini dia tapi bini korang kalau ada jamuan kat opis dia, mesti bungkus bawa balik kat laki dia.., saya respect betul lah bini bab simpan makanan untuk laki, he he..
Maka marahlah Nabi Adam bila Hawa dah makan buah larangan, tapi, adohai..… orang lelaki kena pujuk rayu ngan perempuan cantik… habis tergoda! sama macam kau: sebab kaulah yang drive kereta pergi pasaraya dan pikul barang-barang yang di borong oleh bini kau, semuanya gara gara kau yang memang cair kalau perempuan macam bini kau datang pujuk kau…, siapa tak sayang bini kan?
Akhirnya syaitan datang jugak, sumpah dengan nama Allah boleh makan buah ni, hmmm, lelaki semua sama, Nabi Adam pun kena tipu jugak dengan iblis, sebab Iblis sebut nama Allah! maka Nabi adam percaya dan makanlah buah tu sama dan terdedahlah aurat serta aib mereka yang buatkan mereka tak layak lagi duduk dalam syurga lalu di buang ke dunia..,
Sampai dunia, Allah takdirkan Adam dan Hawa terpisah jauh di bumi yang penuh dengan binatang buas dan tak ada pula perkhidmatan kereta dan mungkin masih ada saki baki dinasour belum pupus yang lapar, tapi…
Tapi last last ada kita dengar Nabi Adam mati dimakan Dinasour?, atau Kaki Nabi Adam kudung sebelah sebab kena baham dengan T- Rex? Ada? Atau Siti Hawa jatuh dalam kawah gunung berapi?, ada dengar kisah Hawa mati kena virus Ebola? ada mereka berdua sesat tak jumpa-jumpa?
Mereka elok jer berjumpa sebab mereka diuji dengan pantauan Allah, Allah pantau segala keselamatan mereka, segala keperluan mereka, segala makan minum mereka, sedang Allah nak tengok mereka menyesal dan bertaubat, lepas tu Allah ampunkan dosa mereka. Simple.
Percayalah, Allah jaga kita, Allah pantau keperluan kita. Allah pantau kesalamatan bumi, Sama macam Allah pantau keselamatan Adam dan hawa sehingga mereka berjaya jumpa dan beranak pinak. Allah yang Jaga kita!
Bila tak ada air, Allah turunkan hujan, bila lapar nak makan, Allah tumbuhkan tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab Allah pantau kita. Bila nak berak, tuhan datangkan tanda nak berak, perut sakit, dan bontot tak selesa, bayangkan jika kita berak tanpa ada tanda tanda, terus berak dalam kereta, kan susah?
Begitulah jugak alam ini, semuanya penuh dengan tanda kepada kewujudan Tuhan, sains namakan Ecosystem atau Artificial Intelligence sebagai keajaiban kosmos dalam evolusi manusia, tapi ketahulah Ecosystem atau Artificial Intelligence atau lain lain so call Scientific, itulah sebenarnya sistem Pantauan Allah. Andai kita mahu berfikir.
Balik kepada kisah Nabi adam dan Hawa, akhirnya mereka berdua taubat, lalu Allah ampunkan dosa, dan untuk kembali ke syurga, mereka diuji dengan perlu menjalani hidup sebagai hamba yang taat, sabar dengan semua ujian hidup, syukur dengan semua baki nikmat, ikhlas dalam semua amalan kebaikkan, dan bertaubat dari semua dosa.
Akhirnya Adam dan Hawa wafat,semua orang akan jadi mayat, yang mana jasad mereka kembali ke dalam bumi, namun roh mereka masuk ke dalam jasad baru yang dibuat dari tahah syurga sepenuhnya…, lalu hidup bahagia selamanya di syurga yang tidak ada buah larangan.
Manakala di Neraka wujud Pohon berduri bersama buah berduri yang mana itulah satu satunya makanan ahli nereka, bila makan, sakit perut yang lebih azab dari neraka…
Di tingkat tiga neraka, tinggalah Iblis dan Syaitan di azab siang dan malam.
Di neraka terbawah, adalah untuk orang munafik, yang pura pura islam, di azab siang dan malam.
Maka end of story, Nabi adam dan hawa kembali ke syurga dan hidup bahagia selamanya, manakala Iblis dan Syaitan masuk neraka bersama anak cucu Nabi adam yang tak ambik pengajaran dari kisah nenek moyang mereka.
Akhir kata:
Cukuplah sekali Datuk Adam dan Nenek Hawa makan buah larangan, jangan kita ke neraka makan buah neraka pulak, adehhhhhh…
Nota kaki.
(1) Kita semua di beri nikmat hidup yang pelbagai
(macam Nabi adam di syurga, kita ada negara yang aman, maka boleh melihat, ada kaki, ada akaun FB)
(2) Kita semua perlukan teman
(seorang ibu, seorang anak, seorang suami, seorang isteri, seorang kawan, jika takde, cukup Allah bagi saya)
(3) Kita semua ada benda yang dilarang buat
(macam makan buah larangan, kat dunia ni dilarang makan babi atau minum arak, atau hisap dadah, jangan buat yer)
(4) Kita semua mudah tergoda dengan Iblis tapi pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa masih di kandung badan.
(tiada anak adam yang tidak buat silap, maka janganlah malu bertaubat kerana banyak dosa, tapi malulah buat dosa kerana sudah banyak bertaubat-woha!)
Maka atuk ku, Nabi adam, tunggu saya datang! Dan di syurga nanti boleh tak cerita pengalaman makan buah larangan, sedap dia macam mana? Ada macam musang king tak?
Woha!
(Di tulis oleh Hamka Keretamayat penulis buku Tazkirah berunsur Santai tapi Sampai-woha!)
pintu kaabah 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah pada malam Sabtu (semalam) bersama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain. Detik pembukaan pintu Kaabah, turut dirakam beberapa jemaah yang berkongsi momen itu di media sosial dan ini merupakan kali pertama tetamu memasuki Kaabah sejak lebih setahun lalu. Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri tiba di Jeddah pada pukul 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi. Muhyiddin adalah ketua negara pertama yang mengerjakan ibadah umrah sejak penularan pandemik Covid-19 sejak Mac 2020. #MUHYIDDINYASSIN #BULETINVIRAL
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Thanks for watching!