Antara Waktu Asar Dan Maghrib Ini Perut Saya Akan Jadi Kembung Dan Membesar
「perut membesar dan kembung」的推薦目錄:
- 關於perut membesar dan kembung 在 Aqeef Anaqi Amyramarjr Facebook 的最讚貼文
- 關於perut membesar dan kembung 在 El Darwena Page Facebook 的最佳解答
- 關於perut membesar dan kembung 在 Parent University ID - Semakin perut membesar saat hamil ... 的評價
- 關於perut membesar dan kembung 在 Fakta atau Mitos: Perut Sering Kembung Tanda ... - YouTube 的評價
perut membesar dan kembung 在 El Darwena Page Facebook 的最佳解答
Dah kerap sangat aku jumpa sekarang ni, kes di mana patient mengadu penat penat badan...letih...susah tidur....dan mereka pandai pandai buat diagnosis, dan self treat dengan beli produk yang kata nya boleh mengembalikan kesegaran tubuh. Ataupun,ada yang terus pergi jumpa ustaz nak check kot kot kena gangguan jin, lebih lebih lagi bila dia kata dia kuat makan tapi berat tak naik..mungkin jin punya kerja :P
OK, BACA INI BETUL BETUL : Aku tak kata jangan makan supplement, atau jangan mintak second opinion dari ustaz...sebab memang ada kes badan letih lesu tak bermaya, susah tidur sebab kurang rehat + kurang vitamin & mineral..dan memang ada kes jadi macam tu sebab ada jin bertenggek kat badan. Tapi sebelum nak come to conclusion kurang vitamin ke, jin bertenggek ke...sila check dulu keadaan kesihatan betul betul...
Benda yg aku tulis ni memang real case scenario, dan kerap jadi...
Tengok ada tak simptom2 ni, terutama nya kalau korang perempuan:
1- Cepat letih / tak bermaya / takda tenaga
2- Badan selalu sakit sakit / sakit sendi
3- Sakit kepala / pening yang kerap
4- Susah nak tidur malam
5- Selalu rasa panas badan, macam demam tapi tak demam.
6- Demam on off yang kerap tanpa simptom lain ( takde batuk, selsema, sakit tekak)
7- Perut selalu meragam / kembung
8- Kerap / mudah cirit
9- Period yaang heavy / panjang tempoh
10- Mood swing...mudah terasa hati / marah
11- Mudah rasa risau tak tentu pasal / anxiety
12- Kuat berpeluh dari biasa
13- Tangan selalu menggeletar / shaking
14 - Rambut gugur
15 - Asyik lapar / kuat makan
16- Berat badan statik atau turun walaupun kuat melantak( sebab lapar selalu)
Perasan tak semua simptom tu, memang nicely fit dalam testimoni mana mana produk yg melambak kat pasaran? Minumlah Jus XYZ yg boleh menghilangkan letih badan dan merawat sistem pencernaan anda. Atau makan lah kapsul ABC yg diperkaya dengan makanan sunnah yg boleh melancarkan perido dan beri tenaga, dan menyeimbangkan hormon :P
Padahal simptom2 tu ialah simptom HYPERTHYROIDISM.
Hyperthyroidism ialah keadaan di mana kelenjar thyroid mengeluarkan terlalu banyak hormon thyroid. Kelenjar thyroid ni keluarkan 2 jenis hormon thyroid, iaitu T3 dan T4.
Fungsi T3 & T4 ialah utk mengawal atur sistem metabolisme semua sel dalam badan. Ya, semua. Jadi T3 & T4 ini mengawal sistem pernafasan, sistem jantung, sistem pencernaan, sistem reproduktif, sistem kawalan suhu badan. Jadi bila sistem sistem ini di rangsang secara berlebihan ( oleh T3 & T4 yang tinggi), maka everything jadi over, jadi berlebihan, jadi hyper.
* jantung pam laju --- rasa dada berdebar / nadi laju/ boleh jadi darah tinggi
* pencernaan jadi laju ---- selalu lapar, kuat makan, tapi berat badan tak naik/ boleh menurun, perut selalu rasa angin/ gastrik
* kawalan suhu terganggu --- rasa panas / kuat peluh / macam demam on off
* sistem reproduktif & hormon dikacau -- period jadi panjang / tak menentu
* sistem saraf pusat terganggu - --- mood swing, selalu risau, tak boleh fokus, insomnia
Nak cerita pasal hyperthyroidism ni, atau nak cerita pulak pasal kelenjar thyroid yang bengkak / membesar....memang panjang lebar. Cukup lah utk post kali ini, aku nak buka mata & tarik perhatian korang, tentang simptom simptom hyperthyroid yang selalu di salah erti sebagai tak cukup rehat / kurang vitamin / gangguan jin.
Kalau ada simptom2 tu, nak buat apa?
Jumpa doktor..cerita kan simptom2 anda.
Doktor akan buat blood test utk check bacaan hormonT3 & T4.
perut membesar dan kembung 在 Fakta atau Mitos: Perut Sering Kembung Tanda ... - YouTube 的推薦與評價
kata dokter - Perut kembung adalah kondisi ketika perut terasa kencang, penuh, dan terlihat membesar. Kondisi ini terjadi karena gas di ... ... <看更多>
perut membesar dan kembung 在 Parent University ID - Semakin perut membesar saat hamil ... 的推薦與評價
Batasi makanan yang bisa menstimulus perut kembung seperti: gandum, kubis, kentang, brokoli karena mengandung serat dan gula raffinose yang tinggi sehingga ... ... <看更多>