ISTIMEWA KATA-KATA SEMANGAT DARI MAK ❤️
Bengah ada kesempatan ni.. rasa nak berkongsi apa yang Bengah dapat harini. Bila Bengah minta Mak yang Bengah sayang ni beri kata-kata semangat kepada keluarga yang baru mendapat anugerah kelahiran anak istimewa macam Cik Pia..
Mak pesan.. “KITA KENA JAGALAH AMANAH YANG DIBERI NI. ANAK NI IALAH REZEKI DAN KITA PERLU MENJAGA DAN MENDIDIK MEREKA. SETIAP DUGAAN ADA GANJARANNYA..” begitulah kata-kata dari seorang Mak yang menjaga tujuh anak yang dilahirkan ini dan paling bongsu itulah adik Bengah, Cik Pia yang lahir istimewa Down Syndrome. Tidak ada cacat cela dimata keluar malah dia lah penyeri dan penghibur dalam keluarga ini.
Membesar dengan adik yang istimewa ni tidak susah pon.. Saat diuji itu bila waktu dia membesar kerana ada juga masalah jantung berlubang kerana kompilasi dalaman. Pendengaran yang kurang jelas seperti insan biasa. Seperti didalam video yang Mak Bengah jelaskan..
Bengah juga nak beri kata-kata semangat pada keluarga yang punyai anugerah insan istimewa seperti ini.. JAGALAH dengan penuh kasih dan sayang. Bengah tak pernah rasa ada kesusahan sebab terlalu sayangkan adik yang istimewa ini..
Bengah tak rasa adik Bengah ni lain.. dia tetap rasa sama layanan hidup seperti insan yang ingin hidup bahagia. Kalau dah dikata dia ANAK SYURGA.. bimbinglah dia dan sayangilah dia... mana tahu disana nanti dia akan pimpin kita bersama sama jalan masuk ke syurga 😊 dia lah Kesayangan Alam...
#AbangYangPenyayang
#KesayanganAlam
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「pendengaran kurang jelas」的推薦目錄:
pendengaran kurang jelas 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Jenis jenis OKU.
Bila sudah ada anak OKU kadang-kadang kita rasa ujian sangat besar, tapi jika pandang kiri kanan, ada banyak lagi ujian OKU yang tidak menimpa anak kita. Maka kita tak layak untuk mengeluh langsung, Tarik nafas dan bersyukurlah.
Bagi yang tidak tahu saya cuba senaraikan jenis jenis OKU yang saya tahu, jika ada tambahan boleh bantu.
1. Down syndrome, wajah sama pada semua OKU ini, dan cara berfikir tidak normal dan dikatogori di bawah masalah pembelajaran. Bunyi suara yang dikeluarkan juga tidak jelas kerana masalah pendengaran ada pada mereka.
2. ASD- Autism spectrum disorder. wajahnya normal tapi susah focus sebab cara fikir yang berbeza mengikut tahap Autisme masing masing, ianya dikatogori di bawah masalah pembelajaran.
3. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), juga berwajah normal, tapi cara kelakuan yang sangat aktif dan sukar dikawal, juga termasuk dalam masalah pembelajaran.
4. Dyslexia, Dyscalculia, Dygraphia- lewat perkembangan global, terkebelakang dari segi umur, berwajah normal dan termasuk dalam masalah pembelajaran
5. Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder dikatogori dalam Kurang Upaya Mental. Nampak normal tapi selalu tertekan dan perlu bantuan dalam setiap tindakan. Cenderung membunuh diri jika tidak ditangani dengan baik.
6. Kurang Upaya Pendengaran dan pertuturan- Bisu atau Pekak-Fizikal normal, cara berfikir normal, tapi tidak dapat mendengar langsung atau bercakap langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan.
7. Kurang Upaya Penglihatan-Buta: Fizikal normal, cara berfikir normal, tapi tidak dapat melihat langsung atau penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
8. Kurang Upaya Fizikal-Apabila anggota badan tidak berfungsi seperti lumpuh atau kudung. Cara berfikir normal. Cuma cacat anggota badan, ada juga type: Amniotic Band Distruption Syndroms (ABDS) iaitu kecacatan yang berpunca daripada tali pusat melilit bayi ketika proses tumbesaran janin di dalam kandungan. Saya ada seorang sahabat yang dalam katogori ABDS ini.
9. Akhir sekali, paling besar ujiannya adalah Kurang Upaya Pelbagai, Ini bila melibatkan gabungan satu hingga lapan di atas, ada Autsim dan ADHD serentak, atau Autism dan buta, atau Syndrom Down dan lumpuh, GDD dan pelbagai lagi, yang paling ditakuti adalah West syndrome juga dikenali sebagai Infantile Spasm.
Sungguh Hidup ini sememangnya sementara, dan kita hidup untuk diuji.
Semua tahu sudah, ummat sebelum Nabi Muhammad SAW, panjang umur dan susah mati, dalam Al quran cerita umur ummat Nabi terdahulu ada yang cecah seribu tahun, dan Ummat zaman dulu kebanyakkan akan mati bila datang bencana dari Allah.
Tapi akhir zaman, ummat ni sangat senang mati, jatuh tangga mati, salah makan mati, tak makan mati, kena virus mati, tak cucuk vaksin mati, harga barang naik pun mati, naik kapal terbang mati, naik kereta lagi ramai yang mati.
Lepas tu pulak, umur ummat akhir zaman pendek pendek, Nabi Muhammad SAW pun hanya hidup sampai 63 tahun, sedangkan kita habis belajar dah 25 tahun, kerjaya stabil mungkin 40 tahun, lepas tu 55 tahun dah nak pencen, lepas tu 70 tahun dah berjalan sangat perlahan. Masuk 100 tahun mungkin dah berjalan macam Zombie!
Namun dalam kependekkan umur kita, Allah bagi nikmat pahala bersabar yang tiada tolok banding.
Dalam hadis ada cerita, Pahala ummat ini dilipat gandakan seolah hidup seribu tahun, umat dahulu solat dua rakaat tak sama pahalanya dengan ummat ini solat dua rakaat, belum cerita pahala digandakan pada hari jumaat, bulan puasa, dan lailaitul qadar, lebih baik dari seribu bulan!
Dalam hadis juga cerita pahala yang sangat besar untuk orang yang bersabar waktu diuji, setiap kesusahan akan diganti dengan pelbagai nikmat disyurga.
Jadi teruskan bersabar wahai saudara Islamku, kerana kehidupan beragama yang kita jalani sebagai muslim yang taat adalah, tidak lama, sampai mati sahaja.
Tapi bilakah kita akan mati? Mungkin besok.
Maka lusa kita sudah ke Syurga. Dan tiada orang OKU di syurga, semuanya diganti dengan jasad setinggi Nabi adam, wajah secantik Nabi yusof, suara semerdu Nabi Daud, akhlak secantik Nabi Muhammad SAW.
Semoga Allah selamatkan kita semua dari azab api neraka.
Amin.