Baru-baru ini, ketika sedang ralit membaca postingan-postingan di Twitter, ternampak satu ciapan (gambar yang pertama) mengenai bagaimana seorang isteri melahirkan anak 8 bulan selepas kelahiran pertamanya. Tersentak seketika. Terbayang ketika itu, bagaimana agaknya perasaan isteri tersebut yang mana, bukan sahaja melahirkan anak dalam tempoh terdekat, malah cabaran-cabaran yang bakal beliau hadapi seperti tekanan menjaga dan menyusukan anak kecil yang tidak jauh jaraknya dalam keadaan berpantang. Nauzubillah, tidak terbayang dek akal. Kagum dan takut pada masa yang sama. Apa lagi jika mengambil kira pelbagai perkara yang mungkin berlaku pada kedua ibu dan anak-anak.
Teringat sebuah video yang Najmi tonton baru-baru ini, 'Bedroom story that we need to talk about' oleh dopstv, di mana sepasang suami isteri, Ustaz Zul dan Dr Harlina, berkongsi mengenai perancangan keluarga, sebuah topik yang Najmi kira masih lagi taboo, dan asing dalam kalangan masyarakat kita. MasyaAllah. Suka sekali penerangan yang diberikan, apatah lagi berkenaan rasa hormat antara suami isteri dan peranan yang dimainkan setiap pihak. Melihat kepada beberapa situasi hari ini, keluarga susah yang hidup melarat dengan anak yang ramai, isteri yang membunuh anak yang baru lahir akibat sindrom 'postpartum syndrome' serta kes-kes penderaan anak memberi gambaran cukup akan betapa pentingnya pendedahan mengenai ilmu perancangan keluarga dalam masyarakat.
Perancangan keluarga, sebuah isu yang cukup hangat, dan seringkali menjadi isu perbahasan, seringkali dipandang sebagai sesuatu yang negatif dalam masyarakat. Meletakkan bahawa mendapat zuriat merupakan tunjang utama sebuah perkahwinan, perancangan keluarga melupakan satu perbuatan yang zalim kerana ia seperti menolak rezeki yang diberikan Allah. Benar, anak membawa rezeki kepada keluarga. Namun janganlah kita menutup mata kepada faktor lainnya yang boleh dijadikan asbab kepada perancangan keluarga.
Isteri bukan kilang membuat zuriat. Isteri merupakan tunjang dalam sesebuah keluarga. Justeru bagi memastikan sebuah keluarga aman dan harmoni, kesihatan seorang ibu perlulah dititikberatkan, kerana ibu bukan sahaja perlu menjaga dan membesarkan anak, tetapi juga menjadi tulang belakang kepada suami. Berbalik pada isu asal, perancangan keluarga, haramkah? Perancangan keluarga dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Tahdid al Nasal dan Tanzim al Nasal. Tahdid al Nasal adalah mengehadkan atau menamatkan terus kemampuan pasangan untuk mendapat anak melalui kaedah perubatan seperti pemandulan kekal atau pengguguran(yang bukan atas alasan kesihatan).
Kaedah ini haram kerana bercanggah dengan syariat agama. Allah swt berfirman,
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka.
Surah al-An’am, (6:151)
Tanzim al Nasal pula bertujuan untuk menjarakkan anak bagi tujuan kestabilan keluarga dan perkara-perkara lain yang dibenarkan syarie
dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti memakan ubatan pil perancang, melakukan persetubuhan pada waktu tidak subur, memakai kondom, melakukan azal (ejakulasi luar rahim), dan mengeluarkan air mani daripada kemaluan wanita selepas selesai persetubuhan dan memasang peranti intrauterine (IUD) bagi tujuan pemandulan sementara. Dalam hal ini, jumhur ulama membenarkan untuk menjarakkan tempoh mendapat anak berteraskan iktikad bahawa Allah SWT mempunyai hat mutlak untuk menganugerahkan nikmat anak kepada setiap pasangan walaupun pelbagai pencegahan telah dilakukan.
Justeru, perancangan keluarga yang baik adalah perlu untuk memastikan kebajikan setiap pihak terjamin. Baik suami atau isteri, berbincanglah sebaiknya. Dapatkan kata persetujuan yang memuaskan hati semua. Ya benar, orang sekeliling akan bertanya, dan terus tertanya, kenapa perlu tangguh rezeki Allah nak bagi? Tetapi bukan menjadi tanggungjawab kita untuk memuaskan hati mereka kerana pada akhirnya mulut orang tidak boleh ditutup. Ada anak atau tidak, orang akan terus mengata. Ukurlah baju di badan sendiri. Cari tahu setakat mana kemampuan kita. Seandainya tidak mampu menyediakan persekitaran yang selesa dan kondusif untuk keluarga tidak perlulah terburu-buru mengejar untuk mendapat zuriat, kerana membesarkan anak bukan semata-mata melahirkan, tetapi juga merangkumi memberi tempat berteduh, pendidikan, makan dan apa-apa keperluan bagi memastikan anak tersebut membesar dengan baik. Tambahan pula kos membesarkan anak sekarang bukanlah murah. Setidaknya jika dijarakkan kelahiran tidaklah begitu membebankan. Malah lebih baik untuk anak tersebut kerana tempoh tersebut dapatlah dimanfaatkan sepenuhnya dengan memberi kasih sayang yang secukupnya pada anak.
Begitu juga untuk kesihatan mental dan fizikal seorang ibu. Melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Sakit! Sembilan bulan mengandungkan anak, jerih perit yang ditanggung seorang ibu. Selepas bersalin, mereka jugalah yang akan menjaga dan menyusukan anak tersebut. Dalam tempoh itu, emosi mereka sangatlah rapuh. Dalam ketika mereka sedang berusaha memulihkan diri mereka, luar dan dalaman, sokongan seorang suamilah yang sangat diperlukan kerana pada saat ini mereka mudah terganggu dengan perkara-perkara di persekitaran. Oleh itu bertolak ansurlah. Jangan dibebankan seorang isteri hanya kerana ego kita. Apatah lagi besar impaknya emosi seorang ibu terhadap kandungan dan sahsiah anak. Kerana ibu terlalu tertekan, anak dilahirkan pramatang, sakit. Kerana ibu terlalu tertekan, mereka melepaskan tekanan pada anak, lalu berlakulah penderaan. Jadi kalau berlaku sesuatu yang tidak enak setelah mengabaikan hak isteri, tidak perlu berfikir panjang, tanya diri sendiri di mana silapnya? Benar, anak itu kebahagiaan. Tetapi kebahagiaan itu hanya menjadi sekiranya suami turut memainkan peranan mereka di samping isteri. Tidak salah ingin anak ramai berderet. Kalau mampu, maka teruskan. Yang salah pada hari ini, ramai suami yang hanya tahu mahukan anak yang ramai tetapi berlepas tangan dengan alasan sibuk mencari nafkah untuk keluarga. Bukankah itu satu penyiksaan? Cuba bayangkan, kalau kita terpaksa menyiapkan satu projek besar seorang diri tanpa sedikit pun bantuan daripada orang lain, bukankah kita juga akan lelah? Akan rebah? Jadi bagaimana seorang suami tega melakukan kezaliman pada isteri, dan juga anak atas keegoan diri?
Lihat pada hari ini, berapa banyaknya institusi keluarga yang musnah. Keluarga berpecah-belah dek kerana tanggungjawab yang diabaikan. Akhirnya yang disalahkan siapa? Takdir. Anak itu amanah, isteri juga amanah. Jagalah sebaiknya. Kerana mereka jugalah yang boleh menjadi asbab kita ke syurga atau neraka. Sekiranya kita benar-benar menginginkan sebuah keluarga bahagia, biarlah kebahagiaan itu dibina atas keberkatan. InsyaAllah, sekiranya kita tahu peranan kita, dan jalankan sebaiknya, keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah itu milik kita.
وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih saying dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir”. Surah Ar-Ruum, (30:21)
Rujukan:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1847-irsyad-al-fatwa-ke-146-hukum-merancang-keluarga-kerana-berpendapatan-rendah
https://youtu.be/ZVTlUFV2jJM
Kredit: Impian Wanita
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過3,530的網紅Iena Eliena,也在其Youtube影片中提到,Sehari sebelum Cik iena berangkat ke Jogja, Cik iena sempat menghadiri MZ Rooftop Garden Grand Opening di Parkir bertingkat DBKL, Taman Segar, Cheras....
「pakej perkahwinan murah」的推薦目錄:
- 關於pakej perkahwinan murah 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於pakej perkahwinan murah 在 Afdlin Shauki Facebook 的最讚貼文
- 關於pakej perkahwinan murah 在 Fizo Omar Facebook 的最佳貼文
- 關於pakej perkahwinan murah 在 Iena Eliena Youtube 的精選貼文
- 關於pakej perkahwinan murah 在 Iena Eliena Youtube 的最佳貼文
- 關於pakej perkahwinan murah 在 PAKEJ PERKAHWINAN MURAH - Facebook 的評價
- 關於pakej perkahwinan murah 在 MZ Catering - Pinterest 的評價
- 關於pakej perkahwinan murah 在 Pakej fotografi perkahwinan murah pakej wedding ... - YouTube 的評價
pakej perkahwinan murah 在 Afdlin Shauki Facebook 的最讚貼文
HARI INI HARI KEDUA PKP FASA 4
Nak simpan di Facebook juga sebagai kenangan yang takkan dilupakan. Catatan ini untuk tatapan di tahun-tahun hadapan jika masih dipanjangkan umur.
Catatan ini juga untuk anak cucu kita semua baca kisah yang melanda Malaysia dan seluruh dunia. Takkan sesekali kita lupa, setahun sekali Facebook akan keluarkan memori-memori tahun sebelumnya.
18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 fasa 4
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara Malaysia.
📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan dan tiada terawih di masjid.
📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung dan tiada kunjung mengunjung.
📌Tiada bunyi mercun, tiada yang cedera akibat mercun serta tiada bunga api serta meriam sepanjang puasa dan malam raya.
📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group whatsapp.
📍 Aplikasi Zoom menjadi antara aplikasi yang ramai guna untuk belajar dan mesyuarat secara atas talian.
📍Penjarakan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dengan meletak tangan di dada.
📍 Face mask daripada harga 20 sen naik sehingga harga RM2.00 dan turun semula kepada RM1.50.
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yang kantoi jual rokok seludup dan ketum.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dilakukan dalam rumah.
📍 Konsert, pelancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tapi sejarah baru terjadi dengan kahwin online pertama di Malaysia.
📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup. Tiada aktiviti riadah di taman-taman awam.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan.
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 malam.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 Ramai yang kehilangan dipotong gaji, hilang pekerjaan dan ada yang terpaksa tukar profesion.
📍 Pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM250 billion dan tambahan RM10 billion untuk bantu rakyat dan PKS.
📍 Kita berada di fasa 'New Normal'. Pembelian, mesyuarat, pembelajaran dan pelbagai aktiviti hanya dilakukan di atas talian.
📍 Poslaju dan courier menjadi sesak, 'overload' kerana rakyat melakukan pembelian atas talian dengan banyak sekali
📍 Dilaporkan Poslaju menerima anggaran 730,00 parcel setiap hari. Belum masuk courier lain.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020 😭
Kenapa saya copy paste dan tambah status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan Facebook saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu!
Kita jaga kita!
Allah jaga kita.
Share post ini untuk kenangan tahun-tahun mendatang.
yashauki.com
#stayathome
#dudukrumah
#coronavirus
#covid19
#staysafe
#kitajagakita
#kitapastimenang
pakej perkahwinan murah 在 Fizo Omar Facebook 的最佳貼文
Padu beb kambing golek dan satay dia. Setiap kali ada event makan makan abejoe wajib tempah kambing golek dari brader ni. @satayrosviral . Owner dia pulak sporting habis! Pakej dia toksah cakap banyak, murah gilerr. Sangat berbaloi utk semua jenis event. Korang tengok sampai habis ada something special utk peminat abejoe....
.
Tqvm bro datang golek kambing masa perkahwinan saya!
@satayrosviral
pakej perkahwinan murah 在 Iena Eliena Youtube 的精選貼文
Sehari sebelum Cik iena berangkat ke Jogja, Cik iena sempat menghadiri MZ Rooftop Garden Grand Opening di Parkir bertingkat DBKL, Taman Segar, Cheras. Disini Cik iena kongsikan sedikit gambar dan juga vlog semasa Cik iena berada di Majlis tersebut.
Majlis ini berlansung dengan cukup meriah dengan kehadiran para tetamu, keluarga, rakan-rakan dan juga bakal-bakal pelanggan. Banyak juadah makanan yang disediakan buat para tetamu dimana kesemua juadah yang disediakan enak-enak belaka. Walaupun cuaca hujan namun tetap meriah dengan kunjungan tetamu yang hadir.
Aneka juadah disediakan di dalam mahupun diluar dewan. Semasa majlis ini juga mereka menunjukkan contoh-contoh dekorasi untuk majlis High Tea, Birthday Party, Dinner, candle light dinner. Dimana kesemua contoh dekorasi ni anda boleh lihat dalam vLog Cik iena.
DEWAN CANTIK UNTUK PELBAGAI MAJLIS DI CHERAS KUALA LUMPUR , MZ ROOFTOP GARDEN
Untuk anda diluar sana sekiranya anda sedang mencari dewan yang cantik di kawasan Cheras Kuala Lumpur, anda boleh cuba survey dewan MZ Rooftop Garden! Dewan ini merupakan dewan yang berada di tingkat 5 di atas bangunan tempat letak kerena bertingkat DBKL.
Istimewanya dewan ini adalah ianya mempunyai dua ruangan iaitu tertutup(berpenghawa dingin) dan ruangan terbuka diluar dewan. Ianya mampu memuatkan seramai 600 tetamu didalam satu masa di bahagian dalam manakala 250 ke 300 tetamu dalam satu masa untuk ruangan luar dewan.
Dewan yang dihias bertemakan Ala garden & fairytale ini pasti membuatkan anda jatuh hati. Tambahan lagi jika majlis dijalankan pada waktu malam. Kerdipan lampu-lampu yang menghiasi khemah di luar dewan membuatkan suasana menjadi lebih cantik dan istimewa.
Bukan sahaja untuk majlis perkahwinan, majlis hari lahir, high tea dan pelbagai majlis lagi boleh diadakan disini kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan yang jarang sekali ada di dewan lain. Seperti yang anda dapat lihat dalam vlog Cik iena anda boleh menyewa dewan ini untuk pelbagai majlis.
Istimewanya lagi di sini anda tidak perlu susah-susah untuk mencari katering, pelamin,photographer,videograper, juruacara majlis, PA sistem, baju pengantin mahupun solekan pengantin kerana disini terdapat semua perkihidmatan-perkhidmatan yang anda perlukan untuk majlis istimewa anda.
Antara kemudahan yang terdapat di MZ Rooftop Garden :
Parking disediakan, 4 Level (RM 1 untuk 1 jam)
10 Parking percuma untuk pengantin
Bilik VVIP
Tandas
Surau
Bilik Persalinan
Bilik Seminar
Ruangan pentas yang besar
Dan lain lain
Untuk maklumat lanjut mengenai dewan ini
Facebook : https://www.facebook.com/mzrooftopgarden/
Instagram : https://www.instagram.com/mzcateringngardenhall/
Whatsapp : www.wasap.my/60143180070 (Syazwan)
Alamat : MZ Rooftop Garden
Level 5, Parkir Bertingkat, Kuala Lumpur, J
alan Manis 6, Taman Segar,
56100 Cheras 9 Miles
#ienaeliena #malaysianblogger #bloggermalaysia #bloggermy #lifestyleblogger #fashionblogger #beautybloggers
#dewankahwin
#dewankahwinselangor
#pakejlengkapperkahwinan
#weddingfullpackage
#dewanperkahwinanselangor
#gardenwedding
#weddinghall
#catering
#pakejlengkapdewanputrajaya
#personapengantin #dewankahwinmurah
#pakejperkahwinanmurah
#pakejlengkapperkahwinanmurah
#pakejeksklusif
pakej perkahwinan murah 在 Iena Eliena Youtube 的最佳貼文
Ambassador Putrajaya Food Tasting & Open Day
Blog Updated : http://www.ienaeliena.com/2019/09/food-tasting-open-day-hanana-group-sdn.html
PROMOSI HEBAT sempena 2 tahun
Istimewa buat pelanggan, Kini hanana Group sekali lagi akan mengadakan PROMOSI HEBAT sempena 2 tahun Hanana Group bertapak di Ambassador Putrajaya..Yang pastinya terdapat tawaran pakej lengkap yang di tawarkan dan berpatutan serta berbaloi baloi.
.
Diskaun sebanyak rm10,000 menanti anda.Ulang tahun ke dua mereka kali ini menawarkan harga giler mati tau.
WEDDING HALL IN PUTRAJAYA !!
DISKAUN RM10,000 UNTUK PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN.
( mengikut terma dan syarat )
-----------------------------------------------------------
Pakej Lengkap AMBASSADOR PUTRAJAYA BY HANANA GROUP terbuka untuk sesiapa sahaja..!!
DISKAUN RM 10,000 UNTUK 800 PAXS
FOC : PHOTOGRAPHER
#dewankahwin
#dewankahwinputrajaya
#dewankahwinselangor
#pakejlengkapperkahwinan
#weddingfullpackage
#dewanperkahwinanputrajaya
#dewanperkahwinanselangor
#gardenwedding
#weddinghallinputrajaya
#weddinghall
#catering
#pakejlengkapdewanputrajaya
#personapengantin #dewankahwin murah
#pakejperkahwinanmurah
#pakejlengkapperkahwinanmurah
#pakejeksklusif
WAZE : AMABASSADOR PUTRAJAYA @ HANANA GROUP SDN BHD
.
PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN SERTA DEWAN AMBASSADOR PUTRAJAYA
.
BOOKING MINIMUM RM5000
.
Khas Buat Warga PUTRAJAYA, BANGI, KAJANG PUCHONG...!!! Hanana Group Mengalu-alukan Kedatangan Anda Terutamanya Buat SEMUA BAKAL PENGANTIN...!!!
_____________
KENAPA ANDA PERLU MEMILIH HANANA GROUP?
✔Dewan Baru Yang Serba Lengkap Dan Berhawa Dingin.
✔Perkahwinan Seolah olah Di Grand Ballroom 5*
✔Menggunakan Kerusi Chavalry Gold Semua
✔Pelamin Yang Mengikut Citarasa Anda
✔Makanan Yang Sedap,Berkualiti Dan Halal
✔Sepasang Busana Sanding Lelaki + Perempuan
✔P.A Sistem dan Emcee Yang Berpengalaman
✔Anggota Rela Untuk Menjaga Trafik
✔Staff Yang Berdedikasi Dan Terlatih
KENAPA ANDA WAJIB AMIK PAKEJ DENGAN HANANA GROUP ?
✅Diskaun Banyak ,Pakej Lengkap Hanya Rm25000 Saja Untuk 800Paxs
✅Food Tasting Di Sediakan (Open Day HGSB)
✅HGSB Berpengalaman Dalam Mengendalikan Majlis
✅Rasai Dekorasi Exclusive Kami Untuk Bakal Pengantin
✅MUA Yang Sangat Profesional
✅Busana Yang Baru Baru Untuk Anda
✅Kemudahan Surau Di Aras 3
✅Lokasi Dewan Yang Strategik
✅Dewan Di Tingkat Bawah Sahaja
✅FOC Photographer Dapat Album dan Gamba Poster
✅Pramusaji Yang Berpengalaman & Terlatih
✅Dekorasi Meja Beradab Yang Cantik
? AMARAN! SLOT PAKEJ INI SANGAT TERHAD...!!
RM25,000 Ambassador Putrajaya
800pax (Buffet) #pakejlengkapperkahwinan
✅ Grand Hall : Ambassador Putrajaya
♥Event Manager
✅Atucara Majlis Yang Lengkap
♥Kelengkapan Dewan
✅Red Carpet , Walk Way & Pintu Gerbang
♥Santapan Utama Untuk Tetamu
✅Santapan Meja Beradap Untuk Pengantin
♥Meja Santapan Beradap & Dekorasi
✅Buffet Station - 2 ( Bergantung Kepada Jumlah Tetamu)
♥4 Meja VIP (with dome and server)
✅Make up Untuk Sanding
♥Busana Lelai + Perempuan Serta Aksessori
✅Pelamin & Dekorasi
♥Meja Tetamu & Kerusi Chiavari
✅12 Orang Pramusaji
♥Basic PA System
✅ Hand Bouquet (*fresh flower)
♥Welcome Poster
✅Kek Mempelai
♥Emcee
✅Kompang/Selawat ( P.A Sistem)
♥Stall Untuk Tea Coner & Cendol
?Bakal Pengantin Boleh Datang Terus Ke office Kami Yang DiBuka Setiap Hari Dari Jam 9.00 Pagi Hingga 6.00 Petang.
? Perkhidmatan #PakejLengkapPerkahwinan Ini Juga Boleh Di Laksanakan Di Tempat Anda , Seperti Contoh Do Rumah , Hotel , Dewan & Juga Tempat Sewaan Anda Sendiri.
?Kami juga boleh menyediakan majlis pernikahanan dan persandingan pada hari yg sama (sebelah pg dan tengahhari-petang)
?Harga Pakej Kami Bergantung Kepada Pilihan Anda.
?Untuk khidmat pertanyaan penuh boleh click link to whatsapp ?
http://www.wasap.my/+6016-6700473
(SHAIDATUL)
http://www.wasap.my/+6016-6700752
(HANIS)
http://www.wasap.my/+6016-6700457
(FARAH)
http://www.wasap.my/+6016-4318434
(LIANA)
Atau Layari WEBSITE Kami :
www.hananagroup.com
Blog : https://eventspaceputrajaya.blogspot.my/
FIND ME AT
Blog : http://www.ienaeliena.com/
Instagram : https://www.instagram.com/ienaeliena/
Fanpage : https://www.facebook.com/ienaelienadotcom
Facebook 1 : https://www.facebook.com/ienaeliena
Facebook 2 : https://www.facebook.com/ienawahab
Twitter : https://twitter.com/ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com
#ienaeliena #malaysianblogger #lifestyleblogger #travelblogger #beautyblogger #foodblogger
pakej perkahwinan murah 在 MZ Catering - Pinterest 的推薦與評價
Feb 26, 2021 - #mzgardenhall #mzcatering #wedding PAKEJ PERKAHWINAN MURAH DI BANGI! MZ CATERING SEBAGAI WEDDING PLANNER! ... <看更多>
pakej perkahwinan murah 在 Pakej fotografi perkahwinan murah pakej wedding ... - YouTube 的推薦與評價
Pakej fotografi perkahwinan murah wedding photographer pakej wedding murah pakej photographer murah perak pulau pinang kedah perlis kuala ... ... <看更多>
pakej perkahwinan murah 在 PAKEJ PERKAHWINAN MURAH - Facebook 的推薦與評價
Group Untuk Persiapan Perkahwinan & Tips2 bakal raja sehari..boleh Promote product berkaitan perkahwinan Dan perkhidmatan anda..sila add 20 rakan anda... ... <看更多>