Dinyatakan bumi MALA Ur atau Tanah Malayu dan orang Malayu Semenanjung (termasuk Malayu Selatan Thai) itulah yang paling menepati keterangan perihal bumi MALA (Malaya) dan orang Malai (Malay) keturunan dari Lehi, anak kepada Menasseh (Manasye) yang dikisahkan di dalam Book Of Mormon itu.
Book Of Mormon (yang diriwayatkan Nephi), memperihalkan kisah pelarian, pelayaran dan suka-duka pengembaraan Lehi berserta isterinya, Sariah, yang membawa bersama mereka anggota keluarga dari anak-anak mereka Laman, Lemuel, Sam dan Nephi (yang masing-masing menikahi wanita puak Bani Ismail) untuk mencari ‘bumi bertuah’ yang dijanjikan (‘Promised Land’) Tuhan.
Menasseh (Manasye) adalah salah satu dari “10 Puak Bani Israel yang Hilang” setelah bahagian utara wilayah Kerajaan Israel kuno diserang dan ditawan secara berperingkat-peringkat oleh Empayar Bangsa Assyria antara tahun 740 dan 722 sebelum Masehi yang mengusir 10 puak Bani Israel berikut:
Reuben
Issachar
Zebulun
Dan
Naphtali
Gad
Asher
Simeon
Ephraim
Manasseh
Menurut naskah-naskah Yahudi lama, Menasseh dan Ephraim adalah anak kepada Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam. Manakala Nabi Allah Yusuf (Joseph) AlayhisSalam, selain Bunyamin (Benjamin) adalah anak kepada Nabi Allah Ya’akub (Jacob) AlayhisSalam dengan isterinya Rahil (Rachel).
Nabi Allah Ya’akob AlayhisSalam, yang dinamakan Allah, Israel, mempunyai lagi 10 anak lelaki lain dari isteri pertamanya bernama Laiya (Leah), kakak kepada Rahil (Rachel), selain dari 2 hamba sahayanya yang bernama Bilhah dan Zilpah. Berikut adalah 12 suku puak Bani Israel mengikut urutan kelahiran:
Reuben (dilahirkan Leah)
Simeon (dilahirkan Leah)
Levi (dilahirkan Leah)
Judah (dilahirkan Leah)
Dan (dilahirkan Bilhah)
Naphtali (dilahirkan Bilhah)
Gad (dilahirkan Zilpah)
Asher (dilahirkan Zilpah)
Issachar (dilahirkan Leah)
Zebulun (dilahirkan Leah)
Joseph (dilahirkan Rachel)
Benjamin (dilahirkan Rachel)
Manakala berikut pula 13 suku puak Bani Israel mengikut hak agihan tanah pusaka:
Reuben
Judah
Issachar
Zebulun
Dan
Naphtali
Gad
Asher
Benjamin
Ephraim
Manasseh
Simeon
Levi
Menjadi 13 suku puak kesemuanya kerana Israel (Nabi Allah Ya’akob AlayhisSalam) mengurniakan hak 2 bahagian kepada Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam untuk langsung kepada kedua-dua cucunya, Ephraim dan Menasseh, anak kepada Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam.
Berikutan kemangkatan Nabi Allah Sulaiman (King Solomon) AlayhisSalam, Bumi Canaan terbahagi 2 wilayah pemerintahan, Kerajaan Israel dan Kerajaan Judah.
Puak Judah dan Puak Bunyamin (Benjamin) menduduki dan memerintah wilayah selatan, manakala lain-lain puak menduduki dan memerintah wilayah utara.
Manakala puak Levi tidak diberi tanah tetapi penguasaan ke atas kota-kota bumi Canaan kerana peranan mereka dalam hal ehwal keagamaan, termasuk mengetuai upacara keagamaan bagi Bani Israel.
Judah (Yahudza atau Yahuda) terkenal sebagai bapa kepada bangsa Yahudi, di mana nama bangsa tersebut diambil dari nama Judah, bapa kepada “Children Of Judah” atau Bani Yahudza. Oleh itu keturunan dari Bani Israel (atau “Children Of Israel”) yang tidak ada kena mengena dengan keturunan Judah, bukanlah berbangsa Yahudi sebenarnya.
Pun begitu, bangsa Yahudi itu tetap dari antara “Children Of Israel” (Bani Israel) kerana Judah itu adalah salah seorang anak kepada Israel (Nabi Allah Yaakob AlayhisSalam). Para Nabi dari bangsa Yahudi (yakni dari keturunan Yahudza atau Yahuda) adalah:
Nabi Allah Daud AlayhisSalam,
Nabi Allah Sulaiman AlayhisSalam,
Nabi Allah Zakaria AlayhisSalam,
Nabi Allah Yahaya AlayhisSalam,
dan Nabi Allah Isa AlayhisSalam.
Picture
Sementara itu, MALAYU juga langsung dari keturunan Bani Ibrahim (bangsa Hebrew) melalui perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Keturah (atau Saffurah) “Ibu Malayu” dari keturunan bangsawan MALAYU kemboja dari cabang keturunan Ham (sebagaimana Hajar juga), sementara Sarah (sepertimana Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam sendiri) dari cabang keturunan.
Sam serta Ham, dan saudara mereka yang lain, Yafid (atau Japheth), adalah 3 putera Nabi Allah Nuh AlayhisSalam yang terselamat dari banjir besar untuk menurunkan 3 cabang keturunan utama manusia sejagat di mana masing-masing dikenali dengan nama:
bangsa Semite,
Hamite,
Dan Yafid.
Picture
Dengan Keturah, Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam dikurniakan 6 orang putera yang diantaranya Madyan (Midian). Nabi Allah Shuib AlayhisSalam adalah Nabi bangsa Hebrew dari Bani Madyan. Putera-putera lain Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam dengan Keturah adalah:
Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, dan Shu’ah
Maka begitulah dikatakan Malayu terawal yang terlebih dahulu menduduki dan membina tamadun MALAYU di Tanah Malayu ini adalah langsung dari keturunan Bani Ibrahim.
Tidak hairanlah jika berlaku keturunan Bani Ibrahim dari cabang kecil Bani Israel, umpamanya, untuk datang kemudiannya ke “bumi bertuah” Tanah MALAYU bertujuan mencari dan bersatu dengan saudara jauh untuk mendapat perlindungan dan menumpang senang di sini.
Rajah salasilah Bani JAWI yang menurunkan bangsa MALAYU ini bukan saja mengaitkan orang-orang MALAYU dengan Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam dan Nabi Allah Shuib AlayhisSalam,
Malah Nabi Allah Musa AlayhisSalam (dari perkahwinan Nabi Allah Musa AlayhisSalam dengan puteri Nabi Allah Shuib AlayhisSalam),
Dan Nabi Allah Sulaiman AlayhisSalam juga, selain Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam.
Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam adalah cucu dari Nabi Allah Ishaq AlayhisSalam.
Silsilah lengkapnya adalah Yusuf bin Yaʿqub bin Ishaq bin Ibrahim bin Azar bin Nahur bin Suruj bin Ra'u bin Falij bin 'Abir bin Syalih bin Arfahsad bin Syam bin Nuh AlayhimSalam.
Nabi Allah Yusuf AlaihisSalam merupakan putera ke-11, Nabi Allah Yaʿqub AlayhisSalam. Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam mempunyai ibu yang dikenali sebagai Rahil (Rahel) dengan adiknya, Bunyamin (Benyamin). Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam menikah dengan seorang gadis yang bernama Ashenath kemudian memiliki 2 orang anak yang bernama Manessa (Manasye/Manasseh) dan Ephiraim (Efraim).
Sedangkan Ibnu Katsir dalam kitabnya yang berjudul Qishashul Anbiya’ menuliskan bahwa Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam menikahi Ra’il binti Ra’ayil, janda dari Qithfir, kemudian lahirlah 2 orang putra, yakni:
Afrayim (Efraim)
dan Mansa (Manasye).
Qithfir bin Rawhib adalah salah satu pembesar dari Mesir kuno yang hidup di dalam kisah Nabi Allah Yusuf AlayhisSalam. Qithfir dikatakan sebagai suami dari Zulaikha, sedangkan dilain kisah ia bernama Ra’il binti Ra’ayil (Ra’el binti Ra’ael). Sedangkan kebanyakan ulama yang berhati-hati lebih suka menyebutnya seperti yang disebutkan Allah dalam Al-Qur’an yaitu Imra’atul Aziz.
Kaum bani JAWI atau bangsa JAWI juga banyak persamaan dengan kerenah bani Israil kerana ada persamaan DNA dengan Manasye bein Joseph (dialek Hebrew), anak Nabi Allah Yusuf Alayhis Salam cucu kepada Nabi Allah Yacob Alayhis Salam.
Terdapat satu pertembungan DNA bani JAWI dengan Manasye ketika baginda berkahwin dengan perempuan bani JAWI dan membina empayar yang luas sehingga diwarisi oleh cicitnya Iskandar Zulkarnain.
BONGKAR "KEKAYAAN" TANAH MELAYU & JUGA BANGSANYA DALAM SEBUAH KARYA EPIK SEJARAH "The Lost of Gold Island, Misteri Khazanah Tersembunyi Rebutan Dunia".
Pre Order Sehingga 28 November Sahaja!
TEMPAH SEKARANG! www.wasap.my/601169633152
Misi ReBRANDing SEJARAH & AKHIR ZAMAN by @izzuddin.aljitrawiy
.
#melayu #tanahmelayu #berdaulat #malaysia #sejarahmelayu #sejarah #sejarahmisteri #konspirasi #kiamat #remaja #izzuddinaljitrawiy #akhirzaman #dajjal #oneeye #freemason #illuminati #ilmuakhirzaman #hangtuah #trending #eskatologi #viral #global #sebarkan #anakmuda #belia #jomrepost #jomsebar #jomshare #jomkongsi
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
oneeye 在 吳東龍的設計東京。 Facebook 的最讚貼文
韓國字體設計大師安尚秀的展覽在學學白色展覽空間舉辦-6.20。
回顧大師從1985年創立設計公司Ahn Graphics,發表字體到平面設計等影響了韓國現代主義設計的作品。
看起來很像「安」的符號是這次為展覽所特別設計,結合代表平安舒適的「安」與甲骨文「文字」,形成「家」一般的字型空間結構,頭頂還有像天線寶寶的天線(可能有wi-fi)。
安尚秀不僅在1988年創立第一個韓國網咖,也是第一位加入國際平面設計聯盟AGI的韓國設計師,並曾擔任國際平面設計學會ICOGRADA副會長,並在弘益大學任教20多年,退休後創立坡州字體設計學院(PaTI),拍攝並收藏〈 一目了然 one eye〉作品超過8000件。可說是韓國最活躍的設計師之一,2016年獲得DFA亞洲設計終身成就獎。
韓文的讀和寫是密不可分的,是說韓國君主世宗在創造韓文時,文字是依照口腔發音的形貌所產生,圓形是嘴唇發出音標的形狀、直線代表舌頭位置與狀態。而所謂的安尚秀體更是打破韓文方塊的框架,採粗體圓圈和短筆直線去傳遞文字的能量。
◎展覽:安尚秀's 活 - 字
2018.3.15~6.20,週一至週日 11:00-18:00
地點:學學白色展覽空間
門票:NTD 200
網站:ahn.xuexue.tw
#安尚秀 #ahnsangsoo #字體設計 #PaTI #oneeye #ICOGRADA #AGI #Ahn Graphics #KOREA #fontdesign @ 學學 Xue Xue
oneeye 在 李詠嫻 Jackie Lee Facebook 的最佳解答
小小兵!#minions #oneeye #thatsonebigminion