RAYA BERDUA vs RAYA BERLIMA
.
Apa paling di jaga dan di bangga oleh ramai orang? 🤔
.
Baju, handbag, kasut glamer, nanti 2-3 bulan dah jemu, akan ada yg lebih cantik, lama2 tetap buruk
.
Kereta motor rumah? Bukannya kita boleh bawa kemana2 setiap masa, pasti kita tinggalkan juga sementara, dimana2..
.
Apa yg kita pasti akan bawa kemana2, bila2 masa, sampai bila2 dan tidak boleh dibeli ganti?
.
Ramai orang belanja byk wang dan masa utk harta benda, tp sgt berkira utk labur wang dan masa mereka utk jaga tubuh badan harta yg tidak ternilai harganya
.
'Take care of your body. It's the only place you have to live'
.
Coach asal orang Kedah, kawen dgn org Terengganu. Hari ni balik Ganu sempat singgah pose di mercu tanda baru Pantai Timur - Kuala Terengganu Drawbridge/Jambatan Angkat 🤩
.
Ada kawan2 dari luar Ganu tanya apa istimewanya Kuala Terengganu Drawbridge / Jambatan Angkat sepanjang 638 meter yg pertama di Asia Tenggara ni?
.
Menurut Harian Metro, hingga bulan Mei 2019, jambatan angkat ini ialah yg terpanjang di dunia. Ia disokong dua menara setinggi 15 tingkat di bahagian kiri dan kanan dan boleh diangkat di bahagian tengah untuk laluan kapal bakal menjadi satu lagi tarikan pelancongan dari dalam dan luar negara
.
Siapa folower di page ni org Ganu Kiter?? Cer komen skek
.
.
#aidilfitri2019
#ootd
#drawbridge
#kualaterengganu
#ubahpemikiranubahkehidupan
#changeyourmindchangeyourlife
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「negara asia timur raya」的推薦目錄:
- 關於negara asia timur raya 在 Coach Anuar Facebook 的最讚貼文
- 關於negara asia timur raya 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
- 關於negara asia timur raya 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
- 關於negara asia timur raya 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於negara asia timur raya 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於negara asia timur raya 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
negara asia timur raya 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Ku Klux Klan Pengganas Kristian Yang Rasis?
Ku Klux Klan (KKK) merupakan sebuah pertubuhan yang kontroversi di Amerika Syarikat. Pertubuhan ini dibina di atas semangat ‘kemuliaan’ sebagai bangsa orang kulit putih yang mengguna nama agama Kristian.
Sejarah Ku Klux Klan ditubuhkan selepas tamat perang saudara di Amerika pada 24 Disember 1865. Nama kumpulan ini berasal daripada gabungan perkataan Greek “kyklos” bermaksud kumpulan dengan perkataan Inggeris "clan". Akan tetapi seorang tokoh mereka bernama Crowe pula mencadangkan menukarkan "κύκλος" kepada “kuklux”. Mereka mendakwa "Klu Klux" bermaksud "White Racial Brotherhood" (Kumpulan Perkauman Kulit Putih). Manakala bendera mereka pula berwarna merah, hitam dan putih disertakan simbol KKK. Selain bendera KKK mereka juga sinonim dengan bendera Confederate of America di atas nama perjuangan bangsa dan negara.
Imej pemakaian kumpulan KKK ini sinonim dengan jubah berwarna putih dan memakai penutup kepala berbentuk tirus dan menutup muka kecuali dua biji mata sahaja. Pada pakaiannya akan terdapat simbol salib sebagai tanda agama Kristian dan disertakan simbol KKK yang berbentuk lencana salib.
Mereka memiliki ritual ‘keagamaan’ tersendiri dengan mengelilingi kayu salib gergasi dan dibakar oleh ‘jemaah’ mereka. Mereka akan memegang obor api dan berikrar bersama dengan menyebut “for God, for country (USA), for race (white), for clan (KKK)” dan membakar salib bersama. Ritual ini adalah wajib bagi pengikut KKK. Mereka akan didoktrinkan untuk memperjuangkan kepentingan orang kulit putih semata-mata. Mereka juga mendakwa bahawa Bible hanya mengiktiraf orang kulit putih sahaja. Manakala slogan “white power” sudah sebati dengan kumpulan mereka.
Pada abad ke 19 M merupakan sejarah hitam bagi golongan berkulit hitam di US kerana mereka dihalau dan dibunuh di atas nilai bangsa oleh sebahagian orang berkulit putih. Antara yang menyumbang kepada titik hitam ini adalah perjuangan white supremacy oleh kumpulan Ku Klux Klan sebagai ektremis Kristian berkulit putih. Sasaran mereka adalah orang kulit hitam, orang Asia, Yahudi dan juga golongan minoriti di US.
Mereka aktif menyerang pada waktu malam. Antara perkara yang kerap dilakukan mereka adalah membakar rumah-rumah warga kulit hitam. Selain itu tindakan menyerang orang kulit hitam dengan menembak dan membunuh adalah perkara biasa dilakukan mereka. Apabila mereka membunuh, mereka akan membiarkan mayat mangsa di atas jalan raya.
Mengikut rekod serangan KKK aktif menyerang di kawasan Tennessee dan juga Mississippi, US. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Institu Tuskegee, hasil dari kebobrokan ini sebanyak 3,446 orang kulit hitam dibunuh oleh orang kulit putih tanpa perbicaraan antara tahun 1882 hingga 1968.
Kebangkitan Semula KKK
Walaupun ada campur tangan kerajaaan US terhadap gerakan ini sehingga menyebabkan gerakan ini mula malap terutama pada zaman pemerintahan Barack Obama pada 2009-2017. Walaupun kebanyakkan mereka tidak membawa nama KKK tetapi nilai perjuangan KKK itu tetap diteruskan di dalam perjuangkan idea white supremacy sehingga mewujudkan beberapa kumpulan di US seperti Aryan Nation, Aryan Brotherhood, Creativity Movement dan banyak lagi. Kesemua mereka membawa idea kemulian orang kulit putih dengan cara yang ekstrim dan ganas serta menghalalkan pelbagai cara untuk mencapai matlamat mereka.
Namun akhir-akhir ini gerombolan KKK di US mula bangkit kembali dengan menyokong penuh Donald Trump sebagai presiden US semasa pilihan raya pada tahun 2017.[1] Malah banyak media tertarik terhadap suara sokongan KKK kepada Trump dan cuba mengaitkan secara langsung hubungan diantara mereka.[2]
Kesan perjuangan white supremacy ini bukan sahaja dipalitkan dengan agama Kristian sahaja. Tetapi turut diperjuangkan di dalam bentuk gerakan agama baru. Sebagai contoh Creativity Movement yang diketuai oleh Matthew Matt Hale dan Ben Klassen di Illinois, US. Mereka adalah sebuah gerakan agama baru (cult) yang bukan lagi Kristian, malah tongak perjuangan mereka adalah memartabatkan white supremacy semata-mata. Bagi mensucikan gerakan mereka ini maka jalan agama sering kali menjadi pilihan mereka untuk menghalalkan matlamat mereka.
Begitulah sikap pengganas. Sering menggunakan agama tidak kira agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha hanya semata-mata untuk ‘mensucikan’ usaha dan tindakan mereka melalui dalil yang dangkal.
Pengganas Tidak Ada Agama
Tidak ada agama utama di dunia ini yang mengajar membunuh manusia hanya disebabkan berbeza bangsa semata-mata. Setiap agama mengajar bahawa nyawa manusia merupakan harga yang sangat bernilai untuk dijaga. Malah jika dilihat di dalam kandungan ajaran agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Baha’I, Konfusian, dan lain-lain adalah mengandungi ajaran moral dan nilai yang baik terutama dalam soal sosial masyarakat.
Golongan pengganas yang membunuh manusia sesuka hati dan hanya menggunakan alasan kaum mereka lebih suci itu adalah suatu yang bukan diajar oleh mana-mana agama. Mereka menggunakan agama untuk kepentingan kumpulan mereka bagi menampakan apa yang dibuat oleh mereka itu adalah satu ‘arahan Tuhan’. Sebagai contoh kumpulan Saffron Terror (India), KKK (US), LTTE (Tamil Nadu), ISIS (Timur Tengah), Buddhis Rakhine (Burma) itu bukanlah mewakili kepada ajaran agama yang mereka bawa. Unsur dan imej agama digunakan untuk ‘menghalalkan’ tindakan mereka semata-mata.
Kesimpulan
KKK menggunakan agama Kristan bagi menghalalkan perbuatan mereka dengan menindas dan membunuh orang kulit hitam. Walaupun orang kulit hitam itu juga beragama Kristian pun, perkara itu tidak ada nilai di sisi mereka kerana nilai utama perjuangan mereka adalah bangsa kulit putih dan bukan agama.
Sebab itu di dalam Islam perkara ini dipandang serius. Islam menentang fahaman Assobiyah (kepuakkan) dan sikap merasa bangsa mereka lebih tinggi dari bangsa yang lain adalah perasaan yang tercela. Di dalam al Quran Allah menyebut yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).” (Surah al Hujuraat: 13)
Islam tidak memandang perbezaan kaum dan keturunan seseorang. Apa yang penting di sisi Islam adalah taqwa kepada Allah. Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Rabb kalian adalah satu, dan bapa kalian juga satu (maksudnya Nabi Adam). Ingatlah. Tidak ada lebihnya bagi orang Arab ke atas orang Ajam (bukan Arab) dan bagi orang ajam ke atas orang Arab, tidak ada kelebihan bagi orang berkulit merah ke atas orang berkulit hitam, bagi orang berkulit hitam ke atas orang berkulit merah kecuali dengan ketakwaan. Apa aku sudah menyampaikan?” mereka menjawab: Ya, benar Rasulullah SAW telah menyampaikan.”[3]
Dapat dilihat di kaca mata Islam bahawa perbuatan seperti perjuangan white supremacy adalah betentangan dengan ajaran Islam. Malah nabi Muhammad menyuruh seseorang muslim itu hendaklah patuh kepada ketuanya walau dia adalah seorang hamba berkulit hitam, nabi bersabda yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Allah meskipun kalian dipimpin oleh hamba dari habasyah (Afrika), dengar dan taatilah dia selama memimpin kalian dengan kitabullah.”[4]
Oleh demikian itu, Islam mengenepikan unsur rasisme dan kepuakkan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum. Idea dalam Islam ini sudah wujud sebelum wujudnya pertubuhan Hak Asasi Manusia dan Deklarasi PBB. Dan kita menyambut baik agar perkara ini juga perlu diaplikasikan kepada semua kaum tidak kira mereka itu, Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan atau orang asli patut menjunjung nilai murni ini agar dapat mengekalkan keharmonian diantara kaum.
Antara sisi yang lain untuk dibincangkan adalah, gerakkan white supremacy ini tidak tiba-tiba terus muncul, antara faktor munculnya idea white supremacy ini disebabkan perkasaan teori Darwinisme yang mengatakan kemuncak kepada evolusi manusia adalah orang berkulit putih manakala bangsa-bangsa lain masih berada di tahap yang bawah. InsyaAllah perbahasan ini akan dikupas di dalam artikel yang akan datang.
Nota kaki:
[1] https://www.washingtonpost.com/news/post-politics/wp/2016/11/01/the-kkks-official-newspaper-has-endorsed-donald-trump-for-president/?utm_term=.72b98242ace7
[2] https://www.thenation.com/article/the-trump-familys-history-with-the-kkk/
[3] Kitab Majma’ Zawaid (3/266) mengatakan perawinya sahih. al-Albani yang juga mengatakan riwayat di atas sahih (as-sahihah, 6/199).
[4] (HR. Tirmidzi, no. 1706, Nasa’i, 7/154, Ibnu Majah, no. 2328, Ahmad, 6/402 dan Al-Hakim, 4/206, ia berkata hadis shahih dan dishahihkan juga oleh Al-Albani)
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
negara asia timur raya 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
[Kepercayaan Hantu Bukan Berasal Daripada Islam!]
Sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat dunia ini yang mempercayai akan kewujudan kepada suatu entiti ghaib yang jahat dikenali sebagai hantu. Akan tetapi masing-masing memiliki versi yang tersendiri dan mereka akan menganggap hantu adalah dari roh yang jahat yang menganggu manusia.
Definisi hantu adalah satu makhluk yang pernah hidup (ada roh) lalu meninggal dalam keadaan tragis atau dia seorang yang jahat, maka rohnya akan membuat kekacauan dan menganggu orang-orang. Kepercayaan kepada hantu tidak sama dengan kepercayaan orang Islam kepada Jin dan juga syaitan. Jin, Syaitan dan Iblis adalah makhluk yang Allah ciptakan sejak dari awal kejadian. Konsepnya tidak sama dengan hantu yang dipercayai oleh sebahagian masyarakat dunia.
Ini kerana di dalam Islam, Allah menerangkan bahawa roh seseorang yang meninggal tidak boleh merayau dan menganggu orang. Firman Allah yang bermaksud:
“Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” (Al-Mu'minuun : 99-100)
Barzakh ini kata ulama adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia. Di dalam ayat lain Allah menyebut:
“Allah SWT memegang jiwa (roh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa (roh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan..” (Az-Zumar : 42 )
Dilihat pada ayat ini jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah dan Allah tidak membenarkan sama sekali roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa Islam tidak menerima kepercayaan roh jahat merayau dan menggangu orang di dunia ini.
Akan tetapi perkara ini tidak terlepas dari belenggu kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu dan beragama Islam. Sehingga direkodkan terdapat lima puluh lima jenis hantu yang menjadi kepercayaan masyarakat melayu seperti hantu air, hantu pocong, pontianak, toyol, langsuir, hantu raya dan banyak lagi. Selain itu itu, ada diantara mereka juga membuat filem hantu dan menulis novel seram seakan menguatkan lagi ‘keimanan’ terhadap kewujudan hantu. Sedangkan perkara itu bercanggah dengan ajaran Islam. Malah konsep kepercayaan hantu adalah kepercayaan agama lain dan terdapat di dalam kitab agama mereka.
Persoalanya bagaimana masyarakat pada hari ini boleh terdidik dengan kepercayaan sedemikian? Di mana puncanya?
Agama Dan Hantu
Di antara banyak-banyak agama samada Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dan lain-lain.[1] Terdapat dua agama yang sinonim dengan perkara-perkara mistik dan cerita-ceria hantu. Malah ia terakam di dalam kitab suci mereka dan memiliki pengkelasan yang tersendiri mengenai hantu-hantu iaitu agama Hindu dan agama Buddha. Dalam agama Hindu, maklumat terperinci mengenai hantu terdapat dalam kitab suci mereka iaitu Garuda Purana. Disebut di dalam Garuda Purana antara dialog Garuda dengan Visnu:
“Garuda kemudian bertanya: “akan tetapi kadang-kadang roh orang yang telah mati datang dan berterbangan menganggu orang-orang. Bagaimana mereka boleh melakukan hal itu? Bagaimana mereka boleh lepas dari neraka?”
Jawab Visnu: Ini sama halnya dengan tahanan yang lari dari penjara. Mereka datang dan menganggu sahabat atau keluarga mereka. Mereka kembali ke rumah lama mereka dan menyebabkan terjadinya pelbagai hal buruk di sana. Mereka biasanya suka melihat orang yang menderita. Semakin besar cintanya pada seseorang atau beberapa orang, maka semakin besar gangguan yang dilakukannya kepada mereka. Pada zaman Kaliyuga inilah banyak terdapat hantu seperti itu.”[2]
Dan panjang lagi dialog mengenai konsep hantu yang dijelaskan di dalam kitab agama Hindu ini. Ia adalah konsep roh merayau yang jelas disebutkan di dalam kitab agama mereka.
Manakala di dalam agama Buddha pula terdapat suatu kepercayaan alam di sebut Asurakaya-Bhumi iaitu alam hantu dan roh. Dalam kitab suci Petavatthu-Atthakatha yang merupakan sebahagian kitab suci Buddha yang khusus menghimpunkan jenis-jenis hantu.[3] Peta dalam bahasa Pali bermaksud hantu di dalam agama Buddha.[4] Disenaraikan nama-nama hantu di dalamnya dan sebahagianya adalah:[5]
1) Paradattupajivika- Peta: Hantu yang memelihara hidupnya dengan makan makanan dalam upacara sembahyang.
2) Khupapipasika- Peta: Hantu yang selalu lapar dan haus.
3) Nijjhamatanhika- Peta: Hantu yang selalu kepanasan.
4) Kunapasa-Peta: Hantu yang makan mayat manusia dan binatang
5) Guthakhadaka- Peta: Hantu yang makan berbagai macam kotoran
6) Aggijalamukha- Peta: Hantu yang dimulutnya selalu ada api
7) Sunijjhamaka- Peta: Hantu yang bertubuh hitam seperti arang
8) Suttanga-Peta: Hantu yang mempunyai kuku tangan dan kaki yang panjang dan tajam seperti pisau
9) Pabbatanga-Peta: Hantu yang bertubuh setinggi gunung
10) Ajagaranga-Peta: Hantu yang bertubuh seperti ular
11) Mahidadhika- Peta: Hantu yang mempunyai ilmu ghaib
12) Nicachaviparisa- Peta: Hantu yang tidak mempunyai kulit
13) Asiloma-Peta: Hantu yang berbulu tajam
14) Usuloma-Peta: Hantu yang berbulu panjang seperti anak panah
15) Nicachavitaka- Peta: Hantu perempuan yang tidak mempunyai kulit
16) Dugagandha-Peta: Hantu yang baunya sangat busuk
17) Asisa-Peta: Hantu yang tidak mempunyai kepala
Malah terdapat banyak lagi senarai-senarainya. Pembahagian jenis hantu ini hampir sama apa yang dipercayai oleh sebahagian orang-orang melayu. Pengaruh ini wujud dalam masyarakat melayu adalah hasil dari kepercayaan Hindu Buddha yang dianut oleh orang melayu nusantara pada suatu ketika dahulu sebelum datangnya Islam.
Melayu Hindu Buddha
Di nusantara, pengaruh agama Hindu tersebar sejak abad ke enam Masihi lagi yang dibawa oleh pedagang India. Penyebaran agama ini berkembang pesat ketika kedatangan golongan Brahmin dan penerimaan agama ini oleh golongan pemerintah.
Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana agama ini berpegang teguh kepada konsep Dewaraja iaitu raja adalah tuhan dibumi yang sekaligus memperkukuhkan kedudukan raja sebagai pemerintah. Sebagai contoh, terdapat dua buah kerajaan Hindu di Tanah Melayu yang dikenali sebagai kerajaan Majapahit, Langkasuka dan kerajaan Kedah Tua. Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan Visnu, yang dapat dilihat daripada pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat di Lembah Bujang, Kedah.
Jika dilihat pada hari ini di Jawa Timur, Bali, Thailand dan Kemboja masih lagi menebal pengaruh agama Hindu di sana. Seperti di Jawa Timur masih wujud golongan yang berpegang dengan agama Hindu sejak dari pemerintahan Majapahit dan mereka adalah suku etnik Osing dan Tengger. Kedua suku etnik ini dan bersama dengan suku Bali dan Sasak adalah saki baki dari rumpun Melayu dari cabang etnik Jawa yang masih mengekalkan adat, dan kepercayaan Hindu mereka. Hasil dari kepercayaan dalam agama Hindu ini meresap ke dalam jati diri masyarakat Melayu memandangkan agama Hindu telah lama bertapak di tanah Melayu.
Setelah itu agama Buddha pula turut tersebar di kalangan sebahagian masyarakat Melayu. Agama Buddha mudah meresap masuk disebabkan masyarakat ketika itu melihat ia memiliki persamaan dengan agama Hindu. Malah di Pura Ulun Danu Bratan di Bali, masyarakat Hindu di sana turut menyembah patung Buddha kerana mereka percaya Buddha adalah jelmaan (avatar) dewa Visnu.[6] Sebahagian masyarakat Hindu ketika itu menganggap ia adalah sebahagian daripada Hindu.
Dalam sejarah nusantara, zaman kegemilangan penyebaran agama Buddha adalah pada zaman pemerintahan Srivijaya dan pada zaman inilah segala doktrin dan ajaran Buddha disebarkan di kalangan orang Melayu.
Oleh itu, sebelum kedatangan dakwah Islam ke tanah Melayu, masyarakat Melayu telah menganuti dua agama itu. Pada waktu itu masyarakat hidup dengan ritual dan kepercayaan Hindu Buddha. Apabila agama Islam mula kuat pada abad ke 14 M, sedikit demi sedikit ia menghakis sebahagian amalan kepercayaan keagamaan Hindu Buddha yang telah lama bertapak di Tanah Melayu.
Dalam keadaan Islam bertapak kukuh sehingga hari ini pun masih lagi terdapat bibit kepercayaan dalam Hindu Buddha yang seakan sebati dengan masyarakat Melayu sehingga sukar untuk dibezakan antara adat budaya yang dibenarkan, dengan adat agama yang dilarang syara’. Masyarakat perlu difahamkan tentang soal ini dengan lebih mendalam.
Berkait dengan kepercayaan hantu pula, pada zaman Srivijaya dan Majapahit inilah kepercayaan ini ditanam. Malah dapat dilihat di Bali yang majoriti Hindu, terdapat perayaan Hari Nyepi yang mana hari itu roh atau hantu berkeliaran. Manakala di dalam agama Buddha pula memiliki hari Perayaan Hantu Lapar.
Kesimpulan
Jika dilihat pada negara yang kuat pengaruh agama Buddha seperti Thailand, China, Jepun, Korea, Vietnam, dan Myanmar maka di sanalah memiliki cerita dan filem yang giat mempromosikan cerita hantu. Jika dilihat filem seram (horror movie) dari Barat pula mereka tidak memperkenalkan cerita hantu, mereka lebih kepada cerita-cerita pembunuhan dan ahli sihir.[7] Hanya di akhir-akhir ini sahaja mereka juga turut membuat filem yang berunsurkan roh-roh jahat memandangkan ia mendapat sambutan tinggi di Asia.
Jelaslah kepercayaan kepada hantu ini merupakan usul kepercayaan dalam agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian. Kepercayaan ini bercanggah dengan apa yang dijelaskan di dalam al Quran. Oleh itu, umat Islam haruslah peka terhadap perkara ini kerana ia melibatkan i’tiqad dan juga perkara ghaib yang berkait dengan iman.
Wallahua’alam
Nota Kaki:
[1] Di dalam agama Kristian juga mempercayai kewujudan hantu. Ia hanya wujud di dalam Perjanjian Baru dan tidak terdapat dalam Perjanjian Lama. Disebut di dalam Lukas: “Mereka terkejut dan takut dan menyangka bahawa mereka melihat hantu. Akan tetapi Ia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu terkejut dan apa sebabnya timbul keragu-raguan di dalam hati kamu. Lihatlah tangan-Ku dan kaki-Ku: Aku sendirilah ini; rabalah Aku dan lihatlah, kerana hantu tidak ada daging dan tulangnya, seperti yang kamu lihat ada pada-Ku." (Lukas 24: 37-39) untuk rujuk perbahasan hantu di dalam konteks ini lihat (2011). Harpercollins Bible Dictionary, Harper One, California, hlm 327-328
[2] Lihat Gede Oka Sanjaya, (2001). Garuda Purana, Penerbit PARAMITA Surabaya, Surabaya, hlm 90
[3] Petavatthu termasuk di dalam bahagian Khuddaka Nikaya dalam buku Sutta Pitaka
[4] Lihat (2012). Buddhist Funeral Cultures of Southeast Asia and China, Cambridge University Press, UK, hlm 126
[5] Lihat Dhammapala, (2016). Peta-Stories, Alih Bahasa: Dra. Lanny Anggawati, Dra. Wena Cintiawati, Vihara Bodhivamsa, Indonesia.
[6] Dalam Kitab Bhagavata Purana mengatakan Buddha adalah avatar Visnu ke 24, manakala mengikut sumber lain mengatakan ia jelmaan Visnu ke 9.
[7] Adapun di sebelah Rusia, Ukraine, Belarus dan negara-negara pasca-Soviet juga wujud kepercayaan hantu seperti kepercayaan dalam agama Buddha. Kepercayaan manusia yang mati lalu rohnya menghantuai seperti Rusalka, Domovoi, Ivan, dan banyak lagi. Kepercayaan sebegini ini berkemungkinan besar dibawa oleh golongan Gereja Ortodoks seperti konsep kepercayaan hantu terdapat di dalam Lukas 24: 37-39.
R&D TEAM MRM