Menafsir Mimpi?
(Sedikit tafsiran mimpi dari saya yang banyak dosa, dan ini adalah pendapat saya semata-mata)
Saya ingin membuat pengakuan kepada dunia, bahawa saya masih bodoh dalam banyak hal, terutama bab tafsir mimpi. Jadi TOLONG jangan PM saya suruh tafsir mimpi korang, sebab hati saya kotor, dosa saya banyak, dan masih berusaha menjadi mayat yang bertaubat.
Seriusnya,saya tak ada ilmu tafsir mimpi, saya tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun.(buat masa ini)
Maka, kepada mereka mereka yang DM atau PM tanya bab tafsir mimpi, maaf sebab saya tak layan. Dan kepada yang belum PM dan baru nak tanya saya bab tafsir mimpi, baik tak payah hantar, korang akan kecewa kerana saya TAK TAHU langsung bab tafsir mimpi.
Saya ulang: saya tak tahu, saya tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun!.
Apapun mimpi korang, betapa pelik, petapa seram, betapa inception pun, saya tak ada rasa nak kagum, jauh lagi nak tafsir, sebab saya memang tak tahu, saya bukan seorang yang suka perasan pandai, bila tak tahu, saya cakap tak tahu.
So, berhenti PM saya tanya bab tafsir mimpi buat selama-lamanya, ok?
(Saya telah delete semua mesej korang yang tanya pasal tafsir mimpi)
Untuk mengubat sedikit kehampaan korang yang dah susah payah PM saya bab tafsir mimpi, Saya cerita serba sedikit apa yang saya tahu tentang tafsir mimpi, dengan harapan,:-lepas ni jangan cerita kandungan mimpi korang dan suruh saya tafsir- saya bukan orangnya.
Sedikit info tentang mimpi yang saya tahu- dan sebahagiannya adalah pendapat saya semata-mata.
Menurut Buznama, jika mimpi perkara baik di tengah malam, maka bangunlah dan bertahajjud sambil mendoakan agar mimpi itu makbul. Menurut Hadith, mimpi yang baik itu dari Allah, mimpi yang buruk dari syaitan.
Maka mimpi baik jadikan modal solat hajat, kit ani asyik doa nak Panjang umur maca syaitan dan rezeki banyak Qarun, sekali sekala kena tambah modal lain, jadi gunakan mimpi baik sebagai modal solat hajat.
Jika mimpi buruk, bangun jugak, bertahajjud dan minta pada Allah, supaya perkara itu tak berlaku, Jangan pulak mimpi Nampak buruk orang terus anggap betul, siasat dulu yer.
Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik (ada dalam hadith, )
Jika mimpi berjumpa Nabi, Maka InsyaAllah itu adalah Nabi Muhammad SAW, (Rujuk Hadith) sedikit cerita: baru baru ni ada beberapa kawan saya bermimpi jumpa Nabi, kawan saya tanya kepada Nabi, apakah tanda ahli shurga di akhir zaman, mengikut cerita kawan saya, tanda ahli syurga akhir zaman, Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. (baca: ini bukan Hadith: ini cerita mimpi)
Pada pendapat saya, Jika dalam mimpi korang bermimpi buat dosa, maka itu tandanya korang lemah iman, sila buat usaha atas iman dengan sungguh sungguh jika korang asyik buat dosa dalam mimpi. Orang beriman dalam mimpipun tak buat dosa.
Jika korang bermimpi buat pahala dalam mimpi sedangkan dalam dunia nyata korang banyak buat dosa, maka itu tandanya korang seorang yang suka berniat buat baik tapi tak mampu laksanakan mungkin di sebabkan pengaruh rakan atau masalah suasana, nasihat saya, sila zahirkan mimpi korang ke dunia nyata dengan cari suasana yang betul dan kawan yang betul, kena hijralah.
Jika korang bermpimpi bersutubuh buat pertama kali dalam hidup, sedangkan korang tidak pernah bersetubuh, dan ketika terjaga terdapat cecair pekat wangi keputihan, itu tandanya korang sudah akhil baligh, yang mana lepas ni jika tinggal solat dengan sengaja boleh masuk neraka jika tak bertaubat. Sila jangan tinggal solat lagi sampai jadi mayat. Kalau nak tinggal solat jugak, tinggalkan solat jenazah untuk anda jer, hihihi.
Jika korang sudah baligh, tapi masih bermimpi bersetubuh atau berzina atau merogol, itu tandanya air sudah naik kepala.(air mani sudah penuh testis daa..) , tafsir mimpinya: Kena cepat cari jodohlah.
Jika korang bermimpi berjumpa hantu dan korang takut dengan hantu tu, maka terbukti korang memang penakut, sila takutkan Allah lebih dari segala- galanya. Saya bila mimpi jumpa hantu, saya akan kejar hantu tu dan tarik rambutnya- serius.
Jika korang bermimpi bersetubuh dengan isteri sendiri, itu tandanya korang adalah kekasih yang setia, tapi jika mimpi berzina dengan perempuan lain, itu tandanya korang bukan kekasih setia, lemah iman, dan rakus. Baik bertaubat.
Jika korang bermimpi solat subuh, tapi bila terjaga belum solat subuh dan haripun sudah siang, itu tandanya korang adalah orang yang tidur dengan niat nak solat.
Bagi pelajar, jika korang mimpi masuk exam tapi tak study, itu bermakna korang sangat serius dalam belajar, bagus!
Jika mimpi jumpa orang yang kita suka bukan bermakna dia rindukan kita, tapi kita yang rindukan dia.
Jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, dan mimpi jumpa arwah sedang kesedihan, bermakna arwah perlukan doa anak yang soleh, rujuk gambar, ada group wasap di kampung saya sedang berusaha kirimkan zikir sebanyak 70 ribu kepada arwah ibu dan bapa mereka, sangat bagus wasap ini sebab Ketika orang sedang gaduh atau stress, datang status update bilangan zikir pada arwah ibu bapa. Alhamdulilah.
Second last, jika korang bermimpi terasa nak kencing, berhati hati, nanti ada yang kencing dalam seluar. Woha!
Last, Jika korang bermimpi sedang memutarkan gasing kecil di atas meja, dan gasing itu tidak berhenti berputar buat selama-lamanya, itu tandanya korang sedang bermimpi. Woha! (petikan filem abang Nolan)
Arghh banyak pulak cerita tafsir mimpi saya, tadi nak cerita sikit jer, stop!, habis sampai sini.
Moral of the story: JANGAN MESEJ SAYA SURUH TAFSIR MIMPI KORANG LAGI! TOLONG!
Sekian.
Ps: Banyak kisah mimpi yang berlaku oleh sahabat dalam zaman merakam hadith, adalah berguna untuk rujukan ummat akhir zaman, setelah di tafsir oleh nabi Muhammad SAW, maka kita di zaman mengzahirkan hadith ini, tak perlu sangat nak tafsir mimpi kita seperti mereka, dengan sibuk cerita pada ustaz ulamak suruh tafsir mimpi korang yang tah apa apa, Baik kita zahirkan hadith Nabi dengan menjadi watak yang di suka oleh Allah dan Rasul…, dan ini adalah pendapat saya semata-mata.
Woha!
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam perey!? . Tuk Ngektsai share siapa Ngektsai yang dolok especially untuk adik2 remaja di luar nun. Baca k. Sik keterlaluan gilak la mun Ngektsai ...
nasihat story 在 Facebook 的精選貼文
Dari jauh kelihatan dua orang manusia yang sedang berada di meja makan, tiada pinggan dan cawan, yang ada hanya beberapa rangkap perbualan, lalu berkatalah seorang saya:
"Hidup tidak banyak pilihan..., Waktu kita dalam alam roh, kita langsung tiada peluang untuk membuat pilihan, siapa yang tentukan jantina kita? siapa yang tentukan bangsa kita? Lahir pukul berapa? Anak siapa? Negro atau mat saleh? Hodoh atau cantik? Jantan atau betina? jadi anak raja atau kena buang dalam tong sampah lalu masuk dalam akhbar Harian Metro?..oh..
Apa pilihan yang kita ada?, ingatan yang dapat kita ingatpun hanya bila berumur sekitar 4 hingga 5 tahun, segala susah payah mak kita basuh berak, menyusu dan berjaga malam, langsung tiada dalam ingatan, maka sekali lagi, apa pilihan yang kita ada?
Kita manusia di beri akal untuk fikir balik akan fakta yang diberitahu oleh orang tua bahawa mak kitalah yang susah payah basuh berak kita, basuh lampin dan berjaga malam bila kita menangis.., kita percaya.., sebab kita ada otak, kita boleh fikir.., terima kasih mak.
Selepas itu, cuba kita tengok, hari-hari orang jadi mayat, apa pilihan yang mereka ada? tanam mayat pukul berapa?, kubur ‘conner lot’ kah? Tahlil berapa hari? Langsung kita tidak boleh buat pilihan, pihak polis akan buat bedah siasat dulu mungkin, mahu korek mata, mahu belah dada, mahu tengok lubang najis.., kita hanya kaku tidak bergerak.
Dalam kubur cerita yang sama, kita juga tidak boleh membuat pilihan, mahu jadi hantu?, mahu jalan-jalan kubur sebelah?, mahu kembali ke dunia sambut hari raya?.., mahu korek hidung? Sudah tidak boleh...
Jadi, di waktu kita boleh buat pilihan(yang tidak banyak, tapi masih boleh memilih), pun kita tidak mahu buat pilihan, Adakah kita mahu buat pilihan di tempat yang sudah tidak boleh membuat pilihan?
You take the blue pill - the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe. You take the red pill - you stay in Wonderland and I show you how deep the rabbit-hole goes. (The Matrix-1999)
Jadi nasihat saya, kepada anda yang buat pilihan tidak berpuasa, saya malas untuk bercerita lebih-lebih, cuma saya mahu bagitahu, di waktu bulan puasa begini, anda tidak mahu puasa, apa pilihan makanan yang anda ada?, kedai nasi lemak tutup, nasing dagang Pok De juga tutup, tengah hari mahu makan nasi kukus pun payah, kalau ada pun kedai kedai tertentu, itupun kena makan sambil menyorok.., dan tidak banyak pilihan, makan setakat apa yang ada..,
Lalu bila mati kelak, sebab tidak puasa andapun masuk neraka, apa pilihan makanan yang anda ada?
Buah zakum dan air mendidih sahaja, tak banyak pilihanpun.
Buah zakum tu bukan manis macam kurma, baunya busuk dan rasanya pahit, bila makan, pecah perut.., tapi itulah makanan ahli neraka, tak banyak pilihanpun.
Nak minum air alkali di Neraka pun tak boleh? Yang ada hanya air panas mendidih. Tak ada pilihan lain. Minumlah korang air mendidih macam unta dahaga, adohai.."
Sebagai penutup bebelan pada hari ketiga berpuasa ini, nasihat saya:
“Sabarjelah nak.., baru 3 hari puasa..”
Anak saya yang sedang belajar berpuasa pun tersenyum. Adohai..
Ps: You take the blue pill - the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe. You take the red pill - you stay in Wonderland and I show you how deep the rabbit-hole goes. But, take the blue pill or red pill, puasa batal!
Woha!
(Dipetik dari buku Hamka Keretamayat)
nasihat story 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
“Disangkakan sihat rupanya...”
Real story abt this female patient.
“Okay korang. Saya nak share dan hopefully dengan nasihat ni, anda mungkin akan dapat manfaat. First things first, health is wealth. Memang ayat itu cliché tapi, kalau you sakit, kos merawat, tekanan mental, tekanan kepada diri sendiri dan orang sekeliling tu kadang kala menyesakkan.
I hope sharing ini memberi manfaat pd orang lain. Here it goes:
1. Umur saya 30 tahun. Saya dikira masih muda. Sepatutnya kudrat kuat, kan? Tak patut byk penyakit dan cuti MC. Ini usia emas utk kerja keras, berhibur dan beribadah sepuas hati.
2. Saya ada 2 orang anak. Should be okay kan? Normal je bersalin 2 orang.
3. Saya bekerja sebagai dentist. 120km berulang alik setiap hari. Selama 3 tahun lebih fokus pada klinik endodontik, banyak kerja halus dan membongkok dan duduk yang sangat lama.
4. Saya aktif dari kecil. Saya main hoki, futsal, badminton, bola jaring, bola baling, sofbal, bowling, berenang dan kadang kala hiking dan merentas desa. Saya juga pergi gym sekali sekala. I try to stay fit.
5. Tanggal 26 November 2020, usia 30 tahun, saya tempang, x boleh berjalan. Di tempat kerja, saya pergi kerja tanpa sebarang kesakitan pagi tu.
6. MRI dibuat- ada SLIPPED DISC (mild) dan bengkak di spinal cord juga. Kalau tanya dr ramai akan kata, its not much.
7. 17 hari cuti sakit dan 9 sesi physio dan berehat. I feel fit to go la kan!
8. First day kerja, gradually mula limping, by petang terus tak boleh jalan. Kemudian body weight saya tekan pinggang sehingga sakit. Broke down and cried di situ. Diangkut dengan stretcher.
9. It was a muscle injury. To be honest diagnosis sukar sebab mengandung. Dr kata unpredictable. You were well and it happened. Worst. Prepare for the worst. Ini baru awal. Tekanan perasaan? Keliru? Takut? Ya bayangkan. Kerja jauh, bakal duduk seorang, mengandung lagi. But i dont want to complain. Saya nak penyelesaian. Dr tak boleh kata lagi. Kena tengok progress pregnancy.
10. Punca? Trauma jatuh, poor posture bekerja, long distance poor posture driving/lack support belakang, prolonged sitting, kurang stretching, overworked muscles.
11. Kawan2, muda tak semestinya sihat. Jagalah badan. Jangan jadi macam saya. Please exercise. Please jaga posture badan. Jangan duduk terlalu lama, 30 minit je bangun perlahan dan stretch. Jaga berat badan. Aktifkan diri tanpa cederakan diri.
12. Sebelum bersukan stretch. Know ur limit. Satu lagi, pastikan cukup air dan kalsium/magnesium dalam pemakanan harian.
13. Selagi masih sihat dan muda: AMBIL MEDICAL CARD TAKAFUL!
Kos penyakit saya, tknn emosi, kewangan sbb kena physio, you need private one juga utk consistent, ubat hosp, terpisah dgn keluarga, tak mampu buat kerja @ aktiviti yg kita suka.
Think about it. I didn't ask for this.”
WS saya sekarang.👇🏻
http://wa.link/rmaqhi
#prubsntakaful
nasihat story 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳貼文
Salam perey!?
.
Tuk Ngektsai share siapa Ngektsai yang dolok especially untuk adik2 remaja di luar nun. Baca k. Sik keterlaluan gilak la mun Ngektsai madah Ngektsai tok kategori nemiak pandei skolah la sikit zaman dolok(bah sekolah tek Kolej DPAH Abdillah atas bukit) ? seriyez, Ngektsai pandei dan berbakat! (Taip sambil tetak2 sebab ingga muji dimpun hahaha tok 20 tahun yang lalu) Tapi Ngektsai juak adalah antara manusia nok koat memberontak lepas sekolah. Sik maok belajar lagik. Jenis nok terus mok keja carik duit. Kata kawan Ngektsai ngan Ngektsai, koatan pandei gilak lalu jadi bodo. Hahaha. Naifnya pemikiran zaman ya. Dipaksa sambong belaja, menggagalkan dirik... tedah ngan muka mak bapak bila dikenang balit.
.
Tapi Ngektsai akui maseh ingat perasaan masa ya. Perasaan di mana ko sik saba nak abis sekolah sebab ajab gilak ngan rutin sekolah belaja belaja belaja! Impian nak bkerja dapat duit dimpun ya nang sentiasa dibaja dalam pemikiran Ngektsai. Apatah lagik bila ko nangga kawan2 ko dari keluarga kaya2, apa2 benda nya mampu beli. Kadang2 nangis juak ngenang dimpun bukan dari keluarga kaya masa ya. Iri hati bah nangga org berduit. Aku apa jak ada, belanja sekolah asrama RM10 seminggu diberik bapak. Yalah pakei kumpol setiap 2 minggu pakei makan kfc d riverside dolok. Jadi, benda2 macam tok adalah antara faktor Ngektsai koat nak kerja, sik maok belajar lagik...
.
Pendeknya akal aku masa ya... mun aku dapat berjumpa ngan ‘aku’ mpun zaman ya memang lunyai ‘aku’ pada zaman ya kenak ceramah oleh aku yang kinek tok. Yup, Ngektsai berubah pendirian pada satu tahap dalam kehidupan Ngektsai apabila Ngektsai ‘diperalat’ oleh abang Ngektsai(niat nya bagus la hihi). Pemikiran Ngektsai terbukak dengan janji2 manis selepas belajar, di mana belajar dolok tinggi2, kakya kerja dapat gaji besar! Mun sik belajar memang dapat keja juak tapi sik besar gaji. Mun gaji besar, boleh enjoy! Makanya Ngektsai belajar benar2, menjadi antara pelajar yang high ranking juak time ya, dan berjaya kerja! Dah kerja tek, Ngektsai menikmati gaji yang padan dengan kelayakan Ngektsai!
.
Long story short, adik2 di luar, janganlah termakan dengan kata2 “ada org gagal sekolah tapi berjaya”. Sik semua org bernasib macam ya. Bagi Ngektsai, pelajaran adalah backup Ngektsai. Sik bererti ko dah keja ko sik dapat molah apa ko suka? Alhamdulillah macam Ngektsai, ada kerjaya dalam perubatan, dapat juak molah benda Ngektsai suka di media sosial. Sapu habis semua yg Ngektsai mampu polah. Belajar dolok abis, lepas ya nak molah apa, sukati lah. Jangan hanya tergoda dengan dengan duit lalu sik maok belajar lagik. Sik rugi belajar koh.
.
Bagi adik2 nok ajab nak sambong belajar, cuba belajar kemahiran di Centexs. Dah lah semua PERCUMA! Belajar, dapat duit tiap bulan, kakya ada kelayakan, boleh carik keja dengan skill ya tek. Banyak kemahiran yg boleh dipelajari sia. Pupuk minat belajar ya, mun sik dapat, paksakan jak! Jangan menyesal dudi ari kelak sik ngambik peluang belajar. Memang komitmen agak menin palak time bekerja, tapi jika semuanya kita setelkan dengan usaha dimpun, kepuasannya tinggi! Dengarkanlah nasihat tok adik2, mun sik kita, sekda org lain dapat ngubah nasib kita mpun. Belajar lah...
.
#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#NgektsaiOfSarawak
.
Ps : nikmat apa gik nak didusta di Centexs ya? Semua disediakan, free gik ya. Ktk belajar jak. Share lah post tok ney tauk ada org d luar yang memerlukan info mcm tok. Tq
https://www.facebook.com/pages/Centexs%20Santubong/1745311405719043/
nasihat story 在 Kelana Akira Abdullah Youtube 的最佳貼文
SOOJUD = SUJUD
Based on true story liku kehidupan kami 2 saudara .. kadang2 kita lupa siapa kita ... salam sayang pada faham ... apa yang menjadi junjungan ? apa yang terlafaz ? kami akan menjawab segalanya ..
Setiap perjuangan dipandang serong ... satu keburukkan menutup semua kebaikan ... dunia akhir zaman kuasa fitnah berleluasa ... Mereka seru untuk berperang .. kini aku selangkah membuka tirai .. jangan jadi badut "joker" penuh kejahilan .. REZEKI ITU SEMUANYA DARI ALLAH SWT . Disstrack aku ? belom tentu menutup periok nasik aku . Biar orang balas dengan keburukkan asal kita x balas benda yang sama kepada mereka . Setiap nasihat dibalas cacian , sabar ada hadnya ... not to late to realize my brother .
Dari tanah kita diciptakan , kepada tanah kita kembali .. takkan selamanya mendongak , satu hari kau akan tunduk dan sujud kepada Nya !!! Cukup bijak mengenali Aku ? dah jumpa siapa Aku ? GOODLUCK from HANACARAKA ...
Salam tiga kosong angka penuh makna !!!
Carilah aku kedalam aku
Kelana Akira Abdullah
Lyric by Lildauss & Kelana
Kelana
Apololie -
https://www.youtube.com/watch?v=hvkTD...
Hanacaraka -
https://www.youtube.com/watch?v=qGwak...
Instagram -
https://www.instagram.com/kelan4kiraaaa/
Fb Page -
https://web.facebook.com/avperfumeoff...
Lildauss
Gua Gerak -
https://www.youtube.com/watch?v=j8Ohr...
Kau Takkan Tahu -
https://www.youtube.com/watch?v=I9C6T...
SHOUTOUT
Metrocity Current - Current Till Die ( Official Lyrics Video)
https://www.youtube.com/watch?v=me-S8...
UZUMAKIZIKRIE - LANCAU PUNYA EX (Official Lyrics Video) ft. CBL,AFdean
https://www.youtube.com/watch?v=cjMwo...
HELP AND FUND CHARITY PROGRAM FOR COMMUNITY
https://www.youtube.com/watch?v=2jCZ8...
INTRODUCTION TO FORMATION YAYASAN PILLAR
The beginning was word and the word is a message of care for deserving ummah and our country.
Datin Aisah Mahmud started charity activities when she was in college. The scope of her charitable activities expended enormously when she was chosen by Sir Geldof, an International philanthropist to manage and chair “Sport Aid 88” for Malaysia.
She was asked by UNICEF to see if she could extend help to the poor families in Bangladesh, Datin Aisah Mahmud and her young son Abdul Aziz bin Tan Sri Adenan aged 13, travelled to Bangladesh where she met and sponsored 5 families, but was unfortunately caught in the coup d’état, and were rescued out of Dhaka.
In Indonesia, Datin Aisah Mahmud was approached by Demak population to help build a school for young poor children. With help from her family members, Datin Aisah Mahmud raised fund to buy a piece of land and built a school for them. Now 106 young children from poor families have a place they can call their school.
for latest news update :
https://www.yayasanpillarnews.com/?fb ...
Like the page on facebook :
https://web.facebook.com/Yayasan-Pill ...
for more detail please go to website :
http://www.yayasanpillarmalaysia.com/v1/
video ini merupakan pencapaian kami di YAYASAN PILLAR MALAYSIA ..