Hebat adik ini semoga perkongsia ini memberi manfaat kepada yang membaca dan abang sendiri tak sangka apa yang abang kongsikan cerita ini memberi manfaat kepada yang baca terima kasih banyak semoga anda juga sukses dan berjaya dunia dan akhirat...
10 Nasihat Rahsia Dato’ Sri Aliff Syukri Untuk Anak-Anak Muda.
Syukur Alhamdulillah, isnin baru ini Lia berpeluang dapat dinner bersama-sama dengan Dato’ Sri Aliff Syukri di rumah mewahnya yang lebih glemer dengan nama Aliff Syukri Palace.
Dulu Lia pernah visualized, nak sangat-sangat Dato kenal Lia. Alhamdulillah Allah lorongkan 1 per 1 perjalanan ini sehingga Lia dapat duduk 1 meja bersamanya di rumah yang bernilai 20 juta ringgit!
Jadi, sepanjang kami berjam-jam berborak, banyak juga point yang Lia sempat catat. Jadi dengan apa yang Lia kongsikan ini jadikan ianya sebagai aspirasi, inspirasi dan motivasi untuk kita lebih terus berjaya di dunia dan di akhirat.
Ni 10 rahsia yang Dato’ Sri Aliff Syukri share pada kami.
1. Tips nak kedepan ini 1 je jangan takut. Kalau ada rasa nak buat, terus buat. Sebab kita kena buat sesuatu perkara yang kita betul-betul nak buat.
2. Kena percaya pada rezeki dan otak orang. Nak kumpulkan 1,000 orang untuk bahagian operation itu mudah, namun kalau nak kumpulkan otak manager atau pengarah yang bijak itu bukan perkara yang mudah. Jadi dalam bisnes kita kena kumpulkan orang-orang yang bijak.
3. Nak buat duit dengan cepat, kumpulkan orang-orang yang bijak untuk bawa duit masuk dalam company dan yang boleh jaga duit company. Cari komuniti yang bagus yang betul-betul boleh buat duit untuk kita.
4. Tak perlu ada ramai kawan pon, tetapi yang paling penting kita kena ada small and right circle. Supaya masa kita ini betul-betul berkualiti. Dan jauhkan diri dengan orang yang negatif.
5. Bukan kawan je yang kita kena pilih, ke mana yang kita nak pergi itu pon kita pilih. Contoh, Dato sangat memilih event yang beliau nak pergi. Beliau tak akan suka-suka pergi ke kenduri kahwin orang atau rancangan hiburan di TV. Sebab beliau ini sangat menjaga masanya. Baginya masa itu emas.
6. Kita kena betul-betul FOKUS dengan apa yang kita nak. Secara semulajadi apa yang kita nak itu akan datang. Contohnya, kalau kita hensem, tak perlu pening nak cari girlfriend, girlfriend cari kita. Kakau kita terlalu bijak, tak perlu pening nak pergi Universiti mana, Universiti yang kejar kita. Kalau kita pandai bisnes, tak perlu susah cari bank, bank yang akan kejar kita.
7. Jangan sibuk dengan hal orang. FOKUS je dengan diri sendiri dan perkara penting yang kita nak capai. Seriously kesan selepas itu orang yang berduyun-duyun nak datang jumpa kita dan jemput kita.
8. Dato akan bernazar iaitu berjanji dengan Allah swt. “Kalau aku kaya, aku nak bawa semua keluarga isteri aku, keluarga aku untuk menunaikan Umrah.” Bila kita dah bernazar, maka ia menjadi wajib kerana kita sudah terikat dengan nazar itu. Kesan daripada itu, rezeki beliau terus mencurah-curah! Daripada modal rm450 je masa mula-mula berniaga dulu, Alhamdulillah lepas itu boleh ada beratus juta ringgit!
9. Beliau mula jejakkan kaki ke butik LV dan beli handbeg LV original ketika duitnya mencecah 30 juta ringgit. Dan sebelum pakai kereta mewah, beliau pakai kereta myvi sahaja. Sebab katanya beliau sangat kedekut dengan bab duit. Sentiasa nak memastikan duit masuk hari-hari, duit keluar cuma seminggu sekali je.
10. Dalam bisnes kita kena rebut peluang. Bukan setakat jual barang je. Tak boleh sama sekali biarkan bisnes kita maintain di tahap itu je, lepas itu kita biarkan. Sebab bisnes ini dia bernyawa. Dan yang menjadikan bisnes ini hidup dan berkembang adalah manusia itu sendiri, iaitu kita lah. Kita yang menggerakkan segala bisnes kita dengan izin Allah.
Fuh! Macam mana? Berasap tak baca? Hehe.
Sebenarnya banyak lagi yang Dato kongsikan ilmu mahalnya. InshaAllah ilmu-ilmu yang lain Lia akan kongsikan dalam Channel Telegram Lia ya.
Sejujurnya, Dato dan Datin ini sangat humble dan baik orangnya. Bila Lia cerita yang sepanjang 1 bulan Lia promosikan ebook beliau ini, tak ada seorang pon dari follower Lia yang kata tak best tentang Dato. Semuanya cerita yang best best je. Malah mereka semua lagi terinspirasi dengan Dato.
Jadi Lia ada bagi beberapa cadangan pada Dato, salah 1 nya teruskan memberi inspirasi di social media beliau. Banyakkan lagi berkongsi ilmu mahal, tips kembangkan bisnes, tips urus ejen, tips jaga team dan tips untuk kekal bahagia bersama isteri dan keluarga tercinta. Pasti ramai lagi yang nak tahu. Kan?
Alhamdulillah jumpa orang hebat yang bernama Dato’ Sri Aliff Syukri ini 1 pengalaman yang Lia tak akan pernah lupakan! Apatah lagi dapat pusing-pusing dekat rumah mewahnya. Hehe.
Lia doakan semoga semua sahabat Lia terus positif, menjadi orang yang hebat, lakukan tindakan yang hebat, dan InshaAllah pasti mendapat hasil yang luar biasa hebat, di dunia dan di akhirat.
#Nota : Lia ada kongsikan pada Dato kelebihan kalau kita ada channel telegram kita sendiri. Alhamdulillah semalam Dato terus buat. See, memang fast action fast result punya orang kan. 😍
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk tips yang bermanfaat ini.
Lia suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Ada lebih 29 ribu orang dalam tu. Jom klik sekarang
👉🏻 https://t.me/nuraliahmohdnor
#ChettakiOmey
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Mohd Ikram Amz,也在其Youtube影片中提到,Apabila rasa down, tentu kita semua perlukan kata kata semangat untuk bangkit kembali. Jika anda jenis orang yang selalu mendengar motivasi pagi di ra...
「motivasi hidup sukses」的推薦目錄:
- 關於motivasi hidup sukses 在 Aliff Syukri Terlajak Laris Facebook 的最佳解答
- 關於motivasi hidup sukses 在 Afiatul Salsabiila Facebook 的最佳貼文
- 關於motivasi hidup sukses 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
- 關於motivasi hidup sukses 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
- 關於motivasi hidup sukses 在 Motivasi Hidup Sukses added a new... - Facebook 的評價
- 關於motivasi hidup sukses 在 Motivasi Hidup Sukses - Rahasia Kesuksesan ... - YouTube 的評價
- 關於motivasi hidup sukses 在 Motivasi Hidup Sukses - KENAPA DIA TIDAK IBADAH ... 的評價
motivasi hidup sukses 在 Afiatul Salsabiila Facebook 的最佳貼文
Perkongsian yang menarik dari seorang instafemes yang Bengah kenal dan selalu juga mengikuti video lawak dia. tentang pengalaman dia jatuh bangun.. serangkap ayat ni macam dapat memberi motivasi dekat diri ni.
.
Kat mana Bengah berada sekarang dah apa jua level tingkat tingkat yang dah sampai atau pon belum.. ku bersyukur atas apa yang ada sekarang ni. nak kena konsisten tu yang penting!
.
Search ig dia dah takde dah. tapi youtube masih ada [baru subscribe tadi!😆]. apa apa pon.. saya doa kan Abang Faiz berjaya dan sukses dalam kerjaya dan segala urusan dipermudahkanNya. Hidup village people! 😁
motivasi hidup sukses 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
MEMBAKAR PERAHU UNTUK MEMBANGKIT MOTIVASI
Jika anda ingin cara ekstrim untuk membangkit motivasi paling kuat dalam diri anda adalah dengan membakar kapal anda untuk pulang. Sehingga tidak ada jalan lain kecuali kejayaan. Tidak ada pilihan mundur atau menyerah. Tidak ada pilihan malas atau bersantai-santai.
Cara ini seperti ini dilakukan oleh Thariq bin Ziyad, saat memotivasi pasukannya agar boleh menaklukan Sepanyol (Andalusia ketika itu). Panglima perang Thariq bin Ziyad bersama tenteranya, berjaya mendarat ke Sepanyol, tiba-tiba Thariq mengambil langkah berani yang hingga sampai kini membuat tercengang para ahli sejarah.
Beliau telah membakar perahu-perahu yang digunakan untuk mengangkut pasukannya itu. Lalu ia berdiri di hadapan bala tentaranya sambil berpidato dengan lantang berwibawa dan tegas. Dalam pidatonya yang penuh semangat, panglima Thariq berkata; “Di mana jalan pulang? Laut berada di belakang kalian. Musuh di hadapan kalian. Sungguh kalian tidak memiliki apa-apa kecuali sikap benar dan sabar.”
Dipendekkan cerita, Thariq bin Ziyad dan pasukannya berjaya menakluk Sepanyol dengan gemilang. Beranikah anda membakar perahu anda sehingga tidak ada jalan lagi kecuali sukses?
Tika anda tidak takut gagal kerana masih ada ‘zon selamat’ yang masih memayungi anda. Ertinya anda belum membakar perahu anda. Anda harus berada dalam situasi dimana anda tidak ada pilihan lain kecuali anda mesti BERJAYA!
Buatlah diri anda dalam terdesak, tidak ada jalan lagi kecuali anda berusaha dengan hebat, kerja keras, kerja dengan cergas dan pantang menyerah. Antara HIDUP dan MATI. Beranikah anda?
motivasi hidup sukses 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
Apabila rasa down, tentu kita semua perlukan kata kata semangat untuk bangkit kembali. Jika anda jenis orang yang selalu mendengar motivasi pagi di radio IKIM FM, anda pasti tahu betapa pentingkan untuk memotivasikan diri sebelum ke tempat kerja.
Untuk siapa?
Kata kata ini adalah untuk semua golongan, termasuk golongan yang bekerja dan juga yang sedang belajar. Tak semua orang faham dan mampu untuk bersimpati dengan masalah kita.
Untuk pelajar, kesukaran untuk mendapat gred yang baik itu mungkin akan membuatkan kita kecewa. Lambat untuk faham apa yang diajar juga salah satu faktor yang merunsingkan kita. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat supaya lebih kuat.
Untuk yang bekerja, tugasan dan kerja yang banyak pasti membebankan. Tambahan lagi dengan tekanan dari boss dan rakan sekerja yang kadang-kadang tidak pernah faham dengan kita. Bila bertimbun, hati menjadi sesak dan mula rasa depresi. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat agar dikurniakan kekuatan.
Bagi yang sudah berumahtangga pula, semoga masalah antara suami isteri dapat diselesaikan dengan cara baik. Tidak usah bergaduh dan menegakkan benang yang basah.
Sebelum itu, kata kata semangat yang dikongsikan di sini adalah dalam Bahasa Melayu, iaitu untuk orang Malaysia. Mungkin kedengaran sedikit pelik bagi orang Indonesia.
Tujuan berkongsi kata-kata semangat dalam Bahasa Melayu ialah kerana kebanyakan quote yang ada, semuanya dalam Bahasa Indonesia.
Izinkan kami berkongsi beberapa quote dan kata-kata yang diharapkan dapat memberikan semangat baru kepada anda.
Cara meningkatkan semangat dan motivasi diri
Seperti yang diulas di atas, tidak kira samada anda pelajar, golongan bekerja mahupun suami isteri, jangan rasa sedih selalu.
Dalam Islam, tidak digalakkan untuk sedih berpanjangan. Tidak elok untuk diri sendiri.
Ini beberapa tips dan cara meningkat motivasi diri yang rasa down selalu.
Abaikan kata orang lain
Ini adalah antara kata-kata motivasi yang perlu ditiupkan pada telinga sendiri.
Jangan terlalu mendengar kata orang yang selalu pandang rendah pada kita. Dia punya pendapat dia sendiri.
Sebaliknya, kita tahu diri kita sendiri.
Orang yang cenderung mendengar dan terusik dengan kata-kata orang lain, tak akan tenang hatinya.
Bergaul dengan orang yang positif
Kita akan rasa sakit bila terlalu bersama-sama orang yang negatif. Untuk mengelakkan dari rasa begini, cuba cari kawan yang benar-benar dapat membantu kita.
Ini penting untuk kelangsungan hidup dan memberikan kita semangat.
Orang-orang positif, dia sentiasa membantu dan memacu kita ke hadapan.
Raikan kejayaan
Sekecil manapun kejayaan yang kita kecapi, raikan untuk terus memberikan kita semangat. Jika tiada yang sudi bersama-sama kita, raikan secara bersendirian.
Secawan kopi Starbucks atau sepotong kek Secret Recipe mungkin dapat menceriakan hari anda.
Apa guna jika hanya menerapkan kata kata motivasi setiap hari, tetapi tidak dirai?
Akhir kalam
Sentiasa ingat bahawa orang yang diuji ialah orang yang beruntung.
Kenapa?
Kerana Allah akan menguji orang yang disayangi-Nya.
Semoga kata kata motivasi yang dikongsikan ini, benar-benar dapat memberi semangat pada anda untuk bangkit.
Semoga kita semua menjadi orang yang berjaya, dan bukan orang yang malas berusaha.
Jika ingin mendapatkan banyak lagi ayat, kata-kata dan quote tentang semangat, motivasi dan inspirasi, jemput singgah ke Facebook Page The Rohani.
Semoga bermanfaat.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
{✴} W€L©¤M€ βα©K T¤ M¥ ©Hαππ€L {✴}
D¤πT F¤®G€T T¤ ©LI©K ?
1• "$Uβ$©®Iβ€" [ ✅ ]
2• "LIK€" [ ? ]
3• "$Hᮀ" [ ? ]
{✴} THαπK$ α L¤T F¤® ¥¤U αLL {✴}
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
#MotivasiSemangat #QuotesMotivation
______________________________________
"...Ya Allah, ampunilah kesalahanku, Kasihaniah aku, Berilah petunjuk kepadaku, dan Berilah rezeki kepadaku..."
----------------------------------------------------------------------------------------------------
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
[ Im "CARDOCK^YOUTUBER^TEAM" ?? ]
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
____________________________________
•Youtubers Group Links•???
~ We Are Sarawakian Youtubers Community [ https://www.facebook.com/sarawakianscommunity/ ]
~ FB PAGE [ Sarawakian Youtubers Group ]
-----------------------------------------------------------------------------------------------
__________________________________
•Laman media sosial saya•??
~ Youtube Channel : https://bit.ly/2VDsBNj
~ Facebook : https://bit.ly/2UPdYZY
~ Facebook Page : https://bit.ly/2DaU4P1
~ Instagram : https://bit.ly/2IoCtGK
motivasi hidup sukses 在 Motivasi Hidup Sukses - Rahasia Kesuksesan ... - YouTube 的推薦與評價
Sebuah motivasi hidup sukses oleh Arian Surya pemilik Pagar Kehidupan. Di dalam video ini, Arian Surya memberikan inspirasi nya mengenai ... ... <看更多>
motivasi hidup sukses 在 Motivasi Hidup Sukses - KENAPA DIA TIDAK IBADAH ... 的推薦與評價
2019 Sep 18 - Sebuah video motivasi hidup sukses dari Arian Surya pemilik dari Pagar Kehidupan. Pernah gak sih, Kamu punya pertanyaan "Kenapa ya, ... ... <看更多>
motivasi hidup sukses 在 Motivasi Hidup Sukses added a new... - Facebook 的推薦與評價
Motivasi Hidup Sukses, profile picture. Join. or. Log In. Motivasi Hidup Sukses, profile picture. Join. or. Log In. No photo description available. ... <看更多>