Selepas solat Jumaat hari ini, Penggerak Komuniti Negara Setiawangsa menyampaikan juadah nasi beriyani kepada beberapa tempat di Setiawangsa.
Antara tempat yang mendapat manfaat daripada program hari ini adalah :
1. Pusat Dialisis Sri Rampai
2. KKM Setiawangsa
3. Surau Jumaat Muhajirin
4. Kelumpuk Sunding Malam
5. Kelumpuk Kuang A
6. Kelumpuk Kuang B
7. Kelumpuk Kuang C
8. Pangsapuri Setapak Jaya 1B
9. Balai Pengawal Pangsapuri ATM
10. Balai Pengawal Menara Sri Pulai
11. Balai Pengawal Menara Sri Tanjung
12. Balai Pengawal Kelumpuk Nuri
13. Pangsapuri Kenanga Sari
Juadah diserahkan kepada Pengerusi dan wakil kawasan masing-masing. Semoga sumbangan pada hari ini meringkan beban penerima terutamanya dalam situasi sekarang yang mencabar.
Terima kasih kepada semua sukarelawan PKN Setiawangsa yang turun padang pada hari ini.
#SayangiSetiawangsa
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「manfaat nasi padang」的推薦目錄:
- 關於manfaat nasi padang 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳貼文
- 關於manfaat nasi padang 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
- 關於manfaat nasi padang 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於manfaat nasi padang 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於manfaat nasi padang 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於manfaat nasi padang 在 Sepiring Padang - Did you know? Nasi merah itu ... - Facebook 的評價
manfaat nasi padang 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
Nasi lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau!
===========================
Bisnes is about teamwork, bisnes is about helping others, bisnes is about berkongsi manfaat dengan seramai manusia.
Perasan tak? Orang yang mampu bina bisnes besar-besaran, dia tak bisnes sensorang diri dia. Dia ada team, ada franchise, ada stokist dan agen, ada branch, ada outlet.
Insiden di gerai nasi lemak pagi tadi membuatkan saya sedikit lagi nak tanya makcik tu "makcik tak pernah pergi MMM ke?" Tapi, nasib baik saya waras lagi.
Al kisahnya, ada gerai nasi lemak baru dibuka beberapa meter dari gerai makcik ni. Dan, isu makcik ni pulak, bila berniaga pagi-pagi proses nak membungkus nasi lemaknya adalah sangat perlahan. Saya, selaku pelanggan tetap setia menunggu sebab kesian dan takpe lah bagi chance...selain dari tu, sambal nasik lemaknya agak best dengan rasa masam manis dan warna yang merah pekat. Jadi, saya bagi markah lebih dan tak padang sangat slow motionnya. Bila saya ke gerai makcik tu pagi tadi, saya terkejut tengok mukanya yang muncung, sambil membebel-bebel. Cara dia cedokkan nasi lemak tu pun macam agak kasar.
So saya pun lihat dan cari punca kemuncungan makcik tu. Ooo...rupanya ada pesaing baru kat simpang sana, tak jauh dan hanya beberapa meter. Ramai pula orang beratur nak beli dari pesaing baru. Patutlah muncung.
Saya tak jadi beli. Tak tergamak tengok muncung dan nasi yang dicedok sambil merengus. Tu yang saya cakap, sikit lagi nak ajak dia pergi MMM. Tapi biarlah dulu..kita ajak dia ke IMKK dulu sepatutnya.
Saya terfikir, adakah peserta program Richworks dan anak didik Dr Azizan yang dah berjaya buat sales 5,6,7 angka sebulan tak gentarkan persaingan? Adakah mereka berniaga sorang diri dan boleh buat sehingga 6-7 angka sebulan? Merekalah keluarkan produk, merekalah ambik order, merekalah bungkus, merekalah pos...Gilalah kalau mampu, melainkan jika anda memang jual satu barang harga mencecah jutaan, mungkin boleh.
Orang yang ada ilmu pemasaran tak gentar dengan persaingan. Makin wujud pesaing, makin pesaing jadi hebat...dia akan buat lagi hebat. Mereka akan sentiasa cari jalan untuk jadi lebih baik, mereka bina team yang lebih kuat, mereka jelajah wilayah yang lebih besar. Anda rasa, kalau berniaga nasik lemak sensorang, dengan muncung tu dapat buat sales besar ke? Apa kata dia team up je dengan kedai nasi lemak baru, plan untuk promosi, tambah servis penghantaran, lajukan servis membungkus, dan macam-macam lagi boleh buat dengan skala lebih besar...
Kalau kita tengok bangsa lain, mereka boleh je buka kedai tayar sebelah kedai servis kereta, kedai komputer sebelah kedai repair komputer, saloon rambut sebelah kedai pedicure manicure, dan kita masih lagi di tahap nak buka kedai nasi lemak sebelah kedai nasi lemak. Sehingga mencetuskan peperangan kecil dia antara 2 jiwa penjual nasi lemak..kan stress hidup macam tu!
Dr Azizan kata pagi tadi kat kami " Mana ada orang main bola, semua nak jadi stricker, nak pergi perang kena ada bala tentera." Begitu juga nak berbisnes, kena ada team yang tahu halatuju bisnes, apa angka yang nak dicapainya, somebody must responsible to something!
Berniaga di tahap sekarang bukan setakat nasi lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau...Game plannya mesti lebih berstruktur, bersistem dan lebih besar. Angka dan nombor jadi target harian.
Saya ulang sekali lagi, bukan setakat nasi lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau...
Camon' semua! Anda dah tahu 101 Impian anda, anda dah tahu dengan berniaga boleh bantu anda capai kesemuanya, dan dah tahu anda perlu dan boleh bina bisnes sehingga jadi jutawan..
Jadi, adakah cukup setakat berbisnes dengan mindset nasik lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau...? It is all about bijaknya anda dalam pemasaran. Tepuk dahi dan fikirkan..
P/S: Gambar takde kena mengena dengan nasi lemak makcik tu...
#KauDahKenapa
#IMKKBORNEOMAC2017
#IMKKFEB2017
#TeamRichworks
www.marketingmastery.com.my
Kredit tulisan: Nani Yaacob
manfaat nasi padang 在 Sepiring Padang - Did you know? Nasi merah itu ... - Facebook 的推薦與評價
Did you know? Nasi merah itu memiliki banyak manfaat untuk tubuh kita. Nih 6 manfaat nasi merah: 1. Mencegah obesitas 2. Meningkatkan kesehatan jantung... ... <看更多>