Apabila malaikat pun bertanya…
Alkisahnya…
Saya terima mesej dari abang saya Zulkifli Hanafie.
“Adik-beradik mahu korban seekor lembu tahun ini, sekarang sudah ada empat nama, nak masuk bahagian tak?”
Saya termenung tentang ibadah qurban, hukumnya adalah sunat yang dituntut. Sesetengah mazhab ada memfatwakan wajib bagi mereka yang mampu berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r. a yang mengatakan Nabi bersabda:
“Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami.”
Lagipun banyak kelebihan ibadat qurban seperti dosa akan terampun bersama titisan darah binatang yang disembelih, mendapat pahala sebanyak bulu pada badan binatang dan lain-lain.
Saya pun balas mesej.
“Berapa sebahagian?”
Sementara abang saya Zulkifli Hanafie jawab mesej, fikiran saya merenung jauh sebelum semua manusia dicipta yang mana ketika Allah membuat keputusan untuk mencipta manusia, para malaikat telah bertanya;
“Kenapa hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Allah?”
Jawapan dari Allah:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
Kemudian, apabila Allah mencipta manusia, berkatalah pula iblis:
"Aku adalah lebih mulia dari manusia. Engkau ciptakan aku dari api sedang manusia Engkau menciptakannya dari lumpur."
Allah kemudian melaknatnya dan iblis telah bersumpah untuk menyesatkan anak Adam, maka bermulalah ujian besar dalam kehidupan manusia.
Tapi Allah tidak membiarkan iblis menyesatkan manusia semberono. Bersama di alam manusia, Allah telah menghantar ratusan Nabi dan ribuan Rasul bersama mukjizat dan keramat, lantas manusia telah berpecah kepada dua golongan. Satu yang beriman mengikut para nabi, dan satu lagi enggan beriman dan mengikut iblis.
Beribu tahun kemudian
Di hadapan sebuah rumah, kelihatan Ahmad Albab menantu Kiai Zakaria yang sudah berhenti bisnes MLM sedang menggaru telinganya yang tidak gatal, kemudian menggaru pipi, lepas tu membongkok menggaru betis pula.
“Assalamulaikum.”
Ahmad Albab lantas mendongak dan terlihatlah seorang manusia berjubah putih dan berserban. Ustaz Sufi Supian.
“Oh! Ustaz, dah lama saya tunggu, ni nak bagitahu, esok pagi nak minta tolong sembelih lembu bapak mertua saya, Haji Kiai Zakaria, boleh ustaz?”
“Insya-Allah”
“Boleh tak ustaz?”
“Insya-Allah”
“Yelah, Insya-Allah, tapi boleh ke?”
“Saya cakap, Insya-Allah, awak pun kena jugak sebut Insya-Allah.”
“Tak payah ‘Insya-Allah’lah ustaz, lembu dah ada, dah ikat elok-elok, pisau pun dah asah tajam-tajam, kira jadi ye ustaz besok pagi?”
“Insya-Allah”
“Insya-Allah-Insya-Allah! Jadi ke tak jadi ni ustaz?”
“Insya-Allah.”
“Pening saya ustaz, Insya-Allah ni untuk benda yang tak pasti, lembu ada, pisau ada, kira jawab boleh dah ler.”
“Kamu ni Ahmad Albab, nak mengajar ustaz pula, kita kena sebut ‘Insya-Allah’ kerana semua yang terjadi dengan izin Allah, faham.”
“Kira boleh ler ni ustaz?”
“Insya-Allah”
Arghhhh, pening kepala Ahmad Albab dengan jawapan ustaz Sufi Supian, lalu Ahmad Albab pun berlalu sedang ustaz Sufi Supian menggeleng-gelengkan kepala melihat Ahmad Albab yang semakin jauh dari pandangan.
Sementara itu, balik kepada kisah saya, tiba tiba Ternampak mesej masuk dari abang saya.
“Satu bahagian RMXXX.”
Mahal jugak lembu kat sini.Bisik saya dalam hati
Balik kepada kisah penduduk langit, nun di dunia langit sana, teriwayatlah bahawa Allah sentiasa memuji manusia dari kalangan nabi dan rasul di hadapan penduduk malaikat.
Maka terdapat malaikat yang meminta izin dari Allah untuk turun ke bumi bagi menguji sejauh manakah kehebatan iman manusia dari kalangan nabi dan rasul.
Memetik satu cerita, ketika Nabi Ibrahim a.s duduk menjaga kambing-kambingnya. Maka datanglah malaikat yang menjelma dalam fizikal manusia lalu bertasbih: ‘SubhanAllah!’ pada zaman semua orang sembah berhala.
Oh, Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim a.s mendengar nama ‘kekasih’nya di sebut-sebut. Lantas dengan penuh teruja, Nabi Ibrahim segera mendapatkan orang itu lalu menyuruh hamba Allah tersebut ulang balik apa yang ditasbihkan.
Tapi hamba Allah itu membuat syarat, Nabi Ibrahim harus berikan semua dari kambing baginda jika ingin beliau bertasbih lagi.
Selamba sahaja Nabi Ibrahim ‘korban’kan semua kambing dengan sedekah pada ‘malaikat’ tadi.
Pendek cerita, sedarlah malaikat bahawa Nabi Ibrahim A.S layak dipuji Allah atas keikhlasannya.
Berhenti sekejap sebab ada mesej masuk dari abangku Zulkifli Hanafie.
“Jadi tak, semua dah cukup 6 bahagian, tinggal lagi satu, jika lambat, adik-beradik lain akan ambik”
Saya pun balas mesej:
“Okey”
Sementara itu Ahmad Albab melihat lembu kesayangannya yang bakal dikorbankan esok pagi, sambil menggosok-gosok tanduk lembu, Ahmad Albab pun bercakap dengan lembunya.
“Esok pagi, ‘ustaz Insya-Allah’ akan sembelih kamu, kamu jangan nakal-nakal.”
Nampaknya, Ahmad Albab telah melabelkan ustaz Sufi Supian dengan gelaran ‘ustaz Insya-Allah’. Apa-apalah..
Pintu kandang pun ditutup, dan Ahmad Albab pun pulang ke rumahnya..
Balik ke ribuan tahun yang lampau…
Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim a.s mendapat anak, demi cintanya kepada Allah, baginda pernah membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah. Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka kagumlah para malaikat akan betapa hebatnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah.
Kemudian, Nabi Ibrahim a.s bersabda;
“Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau saya dikurniakan anak lelaki, sudah tentu saya juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”
Alamak, ada mesej masuk dari abang saya kejap.
“Salam, berita ralat, lembu sudah habis dan yang tinggal hanya seekor, harga RMXXXXX, sebahagian RMXXX, setuju tak?”
Saya balas mesej:
“Apa kata adik-beradik yang lain?”
Sementara tunggu abang saya balas whatsapp kita aambung balik kisah Allah yang sentiasa memuji manusia di kalangan Nabi dan Rasul di hadapan para malaikat.
Dan pujian Allah tidak hanya kepada rasul dan Nabi sahaja, malahan manusia biasa yang berdosa, selepas diuji ujian nafsu seperti haiwan, dan juga dengan godaan iblis. Namun apabila manusia bertaubat, maka Allah akan membuka pintu langit kepada para malaikat dan memuji manusia, Allah berfirman:
“Lihatlah kepada hamba-Ku yang sedang merayu kepada-Ku, bersaksilah Aku telah ampunkan segala dosanya”
Dalam hadith lain apabila malaikat pulang dari majlis zikrulAllah yang manusia buat di bumi, Allah berfiman;
“Lihatlah kepada hamba-Ku, bersaksilah Aku telah ampunkan dosa mereka dan kedua ibu bapa mereka.”
Ada juga riwayat mengatakan apabila manusia sedang bermusafir, atau sedang duduk atas bukit atau dalam kebun, apabila masuk waktu solat, lalu azan, dan mengerjakan solat awal waktu dengan susah-payah, maka Allah akan memuji manusia ini di hadapan para malaikat.
“Lihatlah kepada hamba-Ku, bersaksilah aku telah ampunkan segala dosanya.”
Dipendekkan cerita, dalam peristiwa Allah yang sentiasa memuji manusia di hadapan malaikat, tercatat dalam sejarah penduduk langit, telah berkata akan satu Malaikat:
“Mengapa manusia itu harus mendapat pujian setelah berbuat dosa? Sedangkan kami lebih baik kerana beribadat sepanjang masa.”
Lalu Allah membela manusia; “Pergilah panggil ke mari tiga malaikat yang terbaik. Akan Aku turunkan mereka ke bumi dan berikan nafsu seperti manusia, dan kamu akan dapat melihat apa yang dilakukan oleh malaikat-malaikat itu!”
Malaikat kemudian bermesyuarat lalu memilih hanya dua wakil di kalangan mereka lalu menjawab; “Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yang melakukannya!”
Lalu turunlah dua malaikat yang bernama Harut dan Marut ke bumi sebagai manusia yang mempunyai nafsu seperti mana layaknya manusia mempunyai nafsu.
Beribu ribu tahun kemudian, kelihatan Ahmad Albab sedang asyik mengira duit dari tujuh bahagian tempahan orang kampung terhadap lembunya. Satu bahagian, RMXXX. Terus Ahmad Albab ulang kira kerana sekejap dikira terlebih, sekejap dikira kurang.
Berapa saya nak upah ‘ustaz Insya-Allah’ esok? RM 50 cukup kot..
Hujung jari dibasah lidah, dan jari-jemari terus membelek-belek duit itu lagi.
Sementara itu mesej masuk dari abang saya telah diblue tick.
“Bagi Abang, teruskan sahaja korban ini, sebab harga lembu memang dah naik, harap semua adik-beradik setuju, boleh booking. Sebab takut lembu ni pun orang ambik, harga lori, biar abang yang tanggung.”
Saya balas mesej: “Bincang dengan bini jap.”
Kembali ke zaman Nabi Ibrahim, arakiannya sudah lama sekali Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah agar dikurniakan seorang anak lelaki yang soleh. Pada hujung usia, ketika umur sudah lanjut, maka datanglah keajaiban dari Allah, malaikat sendiri turun menyampaikan berita ini iaitu Nabi Ibrahim bakal mendapat anak lelaki.
Ayah mana yang tidak gembira mendapat cahaya mata yang telah lama diidam-idamkan? Bukan main gembira lagi, tapi ujian Allah telah datang, dengan disaksikan malaikat, sebaik anak lahir, Nabi Ibrahim telah sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu membawa isteri dan anak tercinta ke satu lautan pasir yang tandus, dan meninggalkan mereka.
“Abang ingin ke mana.”
Tanya isteri dengan cemas dan sedih, tapi Nabi Ibrahim a.s hanya membisu, berat mulutnya untuk berkata-kata, lalu isteri bertanya lagi.
“Adakah ini perintah Allah?”
Nabi Ibrahim membenarkan lalu meneruskan perjalanan meninggalkan mereka berdua di padang ‘kematian’. Tiada jiran, tiada tanaman, tiada teduhan, tiada teman, yang tinggal hanya kesabaran dalam kepasrahan.
Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka Nabi Ibrahim AS telah mengorbankan perasaan meninggalkan anak dan isteri di padang pasir yang tiada asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang.
Stop kejap, sebab ada mesej masuk dari abang saya
“Dah bincang belum?”
Saya pun balas mesej:
“Adohai, lupa.”
Dikampung yang sama lokasi berbeza terdengar soalan:
“Apahal kau termenung tu Ahmad Albab?”
Tanya Mak Munah setelah melihat Ahmad Albab asyik berbaring depan TV sambil melihat syiling.
“Tak mak, saya teringat Ustaz Insya-Allah tu, eh, silap, ustaz Sufi Supian, suka benar cakap Insya-Allah Insya-Allah, macam tak jadi, cakaplah boleh..”
“Itulah masalah orang Melayu, Insya-Allah biasanya tak boleh, kalau boleh terus cakap boleh, mak pun tak faham..”
"Kalau Ustaz Insya-Allah tu tak jadi, nak suruh siapa mak?"
"Berapa kau nak upah sembelih tu?"
"RM100."
"Mak rasa mak pun boleh, Insya-Allah."
Ahmad Albab tersenyum kambing.
Okey, kita kembali kepada kisah Harut dan Marut yang turun ke bumi sebagai manusia, terus sahaja lapar dan dahaga. Lalu mula mencari kerja untuk mendapat sedikit upah bagi membeli makanan. Dipendekkan cerita, bersama nafsu manusia dalam diri, tergodalah mereka dengan wanita cantik jelita. Lantas menyesakkan nafas Harut dan Marut, kerana nafsu manusia dalam diri malaikatnya mula membahang!
Eh? Ada mesej masuk dari abang saya.
“Dah bincang?
Saya balas mesej.
“Apa kata adik-beradik yang lain?”
mesej masuk dari abang dalam group wasap keluarga:
“Sesiapa yang berniat untuk berkorban. Bersyukurlah. Lembu dah ada. Cuma Allah nak uji untuk kita tambah korban. Dari bajet RMXXX kepada RMXXX. Apa sangat pengorbanan kita berbanding korban Nabi Ibrahim. Umur dan rezeki di tangan Allah.”
Mendengar nama Nabi Ibrahim, terus insaf, teringat sewaktu umur Nabi Ismail 10 tahun lebih kurang, Nabi Ibrahim a.s telah pulang berjumpa anak dan isteri, mengubat rindu dan duka lara, tapi ujian Allah datang lagi.
Baginda Nabi Ibrahim a.s telah mendapat mimpi supaya di tunaikan nazarnya demi membuktikan cinta kepada Allah, anaknya mestilah disembelih kerana nazar baginda sewaktu tiada anak berbunyi:
“Demi Allah, kalau saya dikurniakan anak lelaki, sudah tentu saya juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”
Maka apabila diberitahu kepada anaknya dan isterinya.
Mereka bertiga sanggup menunaikan perintah Allah.
Iblis telah datang mempertikaikan perintah ini, akibatnya iblis dilontar batu di Jamratul Aqabah.
Arakian, berkatalah Nabi Ismail a.s sebelum disembelih:
“Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan Allah. Insya-Allah ayah akan mendapatkan saya sebagai orang yang sabar.
Wahai ayah, hendaklah ayah mengikat tanganku supaya saya tidak bergerak-gerak yang mungkin menyakitkan hati ayah.
Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya kita tidak bertentang mata lalu ayah menjadi kasihan dan ragu ragu.
Hendaklah ayah meninggikan lipatan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darahku, supaya ibu tidak menjadi sedih melihatnya.
Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas leherku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali.
Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta sampaikan salam saya kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelihku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.
Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu sedih mengenangkan saya.”
Nabi Ibrahim berkata: “Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT.”
Kemudian Nabi Ismail berubah fikiran supaya dilepaskan ikatan, kerana tidak mahu dilihat oleh penduduk langit seperti terpaksa. Lalu Nabi Ibrahim telah membuang ikatan pada kaki dan tangan Nabi Ismail dan menyembelih anaknya dengan sekuat tenaganya.
Nabi Ismail ketika disembelih tidak meronta, malahan meluruskan tangan dan kaki, agar mudah ayahnya menyembelihnya.
Sewaktu kejadian itu. Allah telah membuka pintu langit, dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat bahawa Nabi Ibrahim a.s sedang menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, lantas semua malaikat tersungkur sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan.
Kemudian Allah berfirman bermaksud:
“Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku, bagaimana dia melalukan pisau ke atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap keredhaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan: ‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?’”
Dan pada suatu waktu yang lain, Allah juga membuka pintu langit dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut.
Lantas terlihatlah akan malaikat Harut dan Marut yang menjadi wakil malaikat terbaik sebagai manusia tapi sedang berzina.
Lantas sekali lagi, tersungkurlah semua malaikat sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan akan kemurkaan Allah dan membenarkan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian, sebaik-baik mahluk, kerana malaikat yang telah lihat Allah dan beriman sempurna. Namun apabila memiliki nafsu seperti manusia, sanggup pula membuat dosa terkutuk..
“Maafkan kami wahai manusia, alangkah hebatnya akan kamu manusia ciptaan Allah yang tidak pernah lihat wajah Allah, tidak lihat syurga-neraka, hidup hanya bersandarkan dengan sabda Nabi Muhammad SAW tapi masih mampu mentaati Allah mengatasi semua malaikat. Maka layaklah kamu dipuji Tuhan sewaktu membasuh dosa bersama air mata.”
Dipendekkan cerita, Malaikat Jibril telah muncul sambil menangis di hadapan Malaikat Harut dan Marut sambil berkata;
“Cobaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”
Mendengar ucapan Jibril itu, Harut dan Marut pun menangis dengan sekuat-kuatnya. Lalu Jibril berkata; “Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”
Tahulah sudah bahawa dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.
Lantas Harut dan Marut digantung antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa sepanjang hari.
Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka pun berdoa : “Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”
(Firman Allah: “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”–Al-Syura, ayat 5)
Mesej masuk dari abang saya buat sekian kalinya.
“Bagaimana Hamka. Jadi tak?”
Saya balas mesej:
“Dan bank in dah.”
Tuan-tuan yang mulia, Nabi Ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seekor binatang. Tapi diperintah untuk sembelih seorang manusia, Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seorang manusia sahaja tapi manusia itu adalah anak baginda. Nabi Ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih salah satu daripada anak baginda. Tapi itulah satu-satunya anak baginda dari keturunan yang Hajar. Dan baginda telah melakukannya.
Kita hari ini baru sembelih satu bahagian sudah berkerut dahi?
Adohai.
Allah telah terima pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, pisau menjadi ‘tumpul’ pada leher Ismail a.s, dan Malaikat Jibril telah datang membawa qibas sebagai ganti.
Saya dan anda di sini, adakah benar kita telah membuat pengorbanan di jalan Allah? Sembelih binatang adalah ‘hadiah’ pengorbanan Nabi Ibrahim.
Sanggupkah kita ‘menyembelih’ perasaan bersama anak dan isteri meninggalkan mereka untuk keluar ke jalan Allah demi ugama?
Lantas, keesokkanya,
Pagi-pagi lagi Ahmad Albab sudah tiba di rumah Ustaz Sufi Supian.
“Ustaz, ustaz!”
Ustaz Sufi Supian pun keluar dan bertanya.
“Kenapa Ahmad?”
“Insya-Allah, lembu hilang!
Woha!
Mesej masuk dari Sudin Insuran pula.
“Hamka, jom keluar jalan Allah?”
Ps: mesej terakhir itu belum berbalas, semoga mesej itu tidak berbalas kerana saya sudah keluar berkorban di jalan Allah dan terkorban. Al-Fatihah untuk saya. Semoga kita termasuk manusia yang dipuji Allah di kalangan penduduk langit. Amin.
Selamat hari Raya qurban. Selamat korbankan perasaan.
(dipetik dari buku Hamka Keretamayat, sebahagian kisah dalam artikel ini dipetik dari riwayat israiliyyat yang tidak bertentangan Al quran dan hadis..InsyaAllah, semua yang baik dari Allah, yang buruk atas kelemahan diri saya sendiri. Semoga Allah terima pengorbanan kita semua.. amin)
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅Faizal Tahir,也在其Youtube影片中提到,Listen to LUKA HATI here : https://UMD.lnk.to/LukaHati Shop Exclusive Merchandise : http://www.faizaltahir.com Click to SUBSCRIBE : http://bit.ly/Su...
「katakan saja katakan saja kau mahu」的推薦目錄:
- 關於katakan saja katakan saja kau mahu 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於katakan saja katakan saja kau mahu 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於katakan saja katakan saja kau mahu 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於katakan saja katakan saja kau mahu 在 Faizal Tahir Youtube 的最佳解答
- 關於katakan saja katakan saja kau mahu 在 Ray Mak Youtube 的最佳解答
- 關於katakan saja katakan saja kau mahu 在 AwanazStyle, profile picture - Facebook 的評價
katakan saja katakan saja kau mahu 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
NIAT YANG MEMBAWA KITA KE SYURGA
Al kisah ada cerita tentang lelaki yang buat jahat dan berjaya bunuh 99 orang, tetapi dia nak bertaubat. Kemudian bila dia berjumpa dengan seorang alim ni, orang alim ni kata dia ni ahli Neraka. Lalu lelaki tu pun bunuh orang alim tersebut, dan genaplah angka 100. Kemudian dia berjalan lagi, dan jumpa dengan seorang alim yang lain, dan dia beritahu yang dia nak taubat.
Orang alim tu pun kata kalau dia nak bertaubat, dia kena pergi ke sebuah kampung yang mana di situ ramai orang baik. Dengan harapan dia akan terikut jadi baik. Lalu lelaki tu buat PILIHAN untuk menjadi baik, dan terus buat PERSEDIAAN untuk ke kampung tu untuk bertaubat dan menjadi baik. Masa dalam perjalanan menuju kampung tu lelaki tersebut mati di tengah jalan.
Lalu datanglah malaikat rahmat dan malaikat azab. Masa malaikat azab nak ambil lelaki ini bawa ke Neraka, Allah perintahkan bahawa dia adalah ahli SYURGA. Persoalannya, kenapa?
Antara sebabnya adalah, lelaki itu mati dalam keadaan dia MENZAHIRKAN niatnya. Atau dia membuktikan yang dia betul-betul nak bertaubat. Apa yang kita boleh belajar, sesiapa yang BERNIAT nak bertaubat dan berubah menjadi baik, Allah maha pengampun dan akan ubah takdir Neraka korang tu kerana Allah tengok NIAT kita!
Oleh kerana niat belum di takdirkan oleh Allah dan hatta malaikat pun tak tahu apa sebenarnya niat korang ni, Cuma bila korang nak buat baik maka malaikat pun tercium bau wangi, dan di tulis satu pahala, dan bila korang niat nak buat jahat pula maka malaikat akan tercium bau busuk, walau macamanapun malaikat tak tulis lagi sehinggalah korang buat dosa yang korang niatkan itu!
MAKA marilah kita buat NIAT sekarang, bukan saja niat nak jadi baik, tapi kita kena ZAHIRKAN NIAT ITU!
Pembunuh di atas masuk syurga kerana dia mati dalam keadan mengzahirkan NIAT!
NIAT adalah RAJA kepada SOAL HATI, jadi untuk ubah takdir, kita kena ubah NIAT
Allah tulis takdir berdasarkan apa yang ada dalam hati kita, maka untuk ubah takdir, maka ubahlah hati, dan untuk ubah hati kita kena ubah NIAT.
Dalil:
“Setiap orang akan memperoleh sesuai dengan apa yang ia niatkan” (HR Bukhari Muslim)
Jadi, dari apa yang kita dah belajar, tentang bab KETETAPAN, bab PILIHAN, bab SOAL HATI, dan sekarang bab NIAT.
Maka untuk ubah TAKDIR di dunia dan di akhirat sana, maka kita kena bermula dengan mengubah NIAT. Dalam segala amal kita mulakan dengan niat yang baik-baik hanya kerana Allah.
Dan marilah kita mengzahirkan Niat dengan memberitahu orang di sekeliling tentang SOAL HATI KITA!
Bab Zahirkan Niat:
Ada riwayat tentang seseorang yang mendapat ganjaran yang sungguh banyak di akhirat, dia menafikan , tapi di beritahu kepadanya dulu waktu di dunia dia telah mengzahirkan niatnya iaitu ketika berjalan dengan sahabatnya maka dia berkata, kalaulah aku ada emas sebesar gunung ini, maka akan aku korbankan pada jalan Allah! Lihat, dia hanya mengzahirkan niat sahaja dan sudah takdir dia tak dapat harta yang sebanyak itu, tapi kerana sudah mengzahirkan niat, maka ianya di kira oleh ALLAH!
Lihat beberapa contoh pengzahiran NIAT oleh sahabat R.A:
Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang kapir telah menangis sambil mengzahirkan niatnya: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku, maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!
Seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung, anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu, bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu yang bongsu juga mati , si ibu ini menangis, dia dipujuk orang, tapi dia berkata sambil MENGZAHIRKAN NIATNYA: jangan ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati, aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah!
Pergh! Terbaik punya niat!
Jadi kalau korang berniat nak taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah, pilihlah untuk zahirkan niat kau tu. Jangan pula kau nak solat fardhu, tetapi sekadar niat je, kemudian kau pun tak solat. Kononnya atas alasan niat. Jangan jadi mangkuk macam Ayah Pin. Sebab itu aku cakap, ZAHIRKAN niat. Kalau kau berniat nak tutup aurat sempurna, niat saja tak cukup. Zahirkan dia, tutuplah aurat dengan sempurna.
Zahirkan niat solat dengan bersolat, baru Berjaya, zahirkan niat solat berjemaah dengan melangkah kaki ke masjid-baru Berjaya dan takdir akan berubah mengikut korang punya niat!
Tetapi korang jangan salah faham pula yang niat TAK MENGHALALKAN cara. Korang nak bertaubat, tapi guna maksiat untuk berubah. Memang tak bolehlah. Niat tak pernah menghalalkan cara.
Jadi akhir sekali bab takdir ini, secara ringkasnya:
ianya bermula dengan NIAT, kemudian datang PILIHAN, dah selesai berusaha memilih jalan yang terbaik maka kita bertawakal dan berlakulah KETETAPAN, yang mana waktu itu SOAL HATI kitalah yang menentukan sama ada kita ke syurga atau neraka.
Maka kepada penanya soalan, yang rasa semuanya dah ditakdirkan jadi apa perlu aku sembahyang?
Tengoklah balik niat hati korang, apa yang korang mahu, jika awal awal lagi korang dah tak nak guna akal fikiran, memang ke lautlah,
Cuba NIAT saya mahu taat perintah Allah, maka akan datang PILIHAN, nak solat ikut nafsu atau ikut cara Nabi? Ok katakan korang buat pilihan nak ke masjid, tiba tiba TAKDIR berlaku korang di timpa kemalangan, Korang pun sangka buruk!
Aku ni dah ditakdirkan tak boleh pergi solat, patut dari awal lagi aku tak payah solat, lalu sebab korang cedera parah, maka korang mati dalam keadaan bersangka buruk, dan terbukalah pintu nereka pada korang!
Atau korang sangka baik, dengan berkata:
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa aku, alangkah ringan-nya penderitaan ini"
atau,
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api nereka dan masukkan aku ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini"
Lalu korang niat nak solat hormat waktu sebab dah cedera parah tak boleh bangun, tapi tak sempat nak solat hormat waktu, korang pun di takdirkan mati, maka pada waktu itu terbukalah pintu syurga pada korang, Nampak tak?
Inilah fiman Allah dalam hadis kudsi:
“Aku mengikuti prasangka hambaKu, jika bersangka baik maka baiklah yang didapatkan, jika bersangka buruk maka buruklah yang didapatkan.” (Hadits Qudsi)
Dali ayat Al quran:
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [Ar-Ra’d/13:11]
Sekian... woha!
katakan saja katakan saja kau mahu 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
AKU TERIMA NIKAHNYA
Di Klinik Psikiatri. Wanita ini sudah beberapa kali saya jumpa. Masih muda. Bertudung bawal, berkulit putih, dia memang sedap mata memandang. Kali ini, dia hadir dengan suaminya. Kurus tinggi, berkulit sawo matang, rambut ikal dan bergigi depan berlubang. Beza itu bagai langit dan bumi tetapi cinta itu sifatnya menyatukan, hingga lautan api juga terasa nyaman diredahi.
Cerita dia bukan luar biasa. Tapi cerita biasa yang begitu menyesakkan jiwa.
Ini cerita Dhia dan Ali. (Sudah pasti Dhia dam Ali bukan nama sebenar).
Mereka sudah berkahwin kurang lebih 6 tahun. Dikurniakan dengan 3 orang anak yang comel dan aktif. Hidup mereka bahagia dengan cara mereka. Tetapi, setahun ini, Dhia mulai murung, selalu bersedih, sukar tidur, rasa lesu dan letih. Dhia tidak lagi berminat untuk bercakap, lebih kepada suka menyendiri dan melayan perasaan. Ironinya, Dhia juga mudah menjadi marah, dan sering anak-anak kecilnya menjadi mangsa. Dhia rasakan hidup tidak bermakna, apatah lagi mempunyai guna. Dhia rasa Dhia bersendiri hadapi semua ini. Dan baru baru ini, Dhia mula mendengar suara suara yang banyak di telinga "kau memang tak guna" "kau patut mati" "kau memang menyusahkan orang". Adakalanya Dhia nampak kelibat yang menakutkan.
"En. Ali, dulu masa kenal Dhia, dia macammana orangnya?"
"Dhia ceria doktor, selalu tersenyum. Mulutnya becok"
"Tapi, sekarang?"
"Dhia bukan Dhia yang dulu"
"Apa jadi?"
"Entah, saya tak tahu, mana ada masalah"
Ketika itu, sang anak merengek..."Ibu, nak kencing!" Dhia membawa anaknya ke tandas. Dan serentak, raungan si kecil berumur setahun lebih yg ikut bersama, anak bongsu mereka, "nak ibu, nak ibu!"... Dhia kelam kabut, sang ayah.... Lihat... Tanpa seribu bicara... Dan teruskan duduk.
"Betul tak ada masalah?"
"mana ada apa doktor"
"biar saya beritahu, boleh"
"boleh"
"Anak awak yang menangis tu masalah pertama"
Ali terdiam.
"Ini masalah Dhia"
1. Semenjak kahwin, Dhia tidak dibenarkan kerja, tapi Dhia kena tinggal di rumah, menjaga ibu mertua.
2. Ibu mertua nyanyuk, jadi sering lupa. Paling teruk, ibu mertua sering mengapikan Dhia, pemalas, masak tak sedap, tak bagus sebab menantu lain kerja bagus-bagus tapi Dhia tak kerja, padahal Dhia yang basuh kencing berak mak mertua.
3. Adik beradik suami yang lain semua tak sanggup jaga mak "kami tak tahan dengan mak. Kau jagalah. Wife kami semua tak boleh dengan mak, jadi kami kena selamatkan wife kami" tanpa sedar Dhia makan hati.
4. Bila ahli keluarga balik rumah, adik beradik lain akan sambung kutukan pada Dhia, pemalas dan sebagainya. Husband, hanya mengiyakan tanpa pernah mempertahankan Dhia.
5. DI rumah mertua, ada adik lelaki. Budak universiti, cuti sebab accident tapi dah semakin baik. Makan pakai adik ipar juga Dhia kena uruskan. Baju berbakul bakul jika Dhia tak basuhkan. Tapi bila Dhia rungutkan, "ko buat apa kat rumah, takkan itu pon tak boleh buat"
6. Bila Dhia balik ke rumah ibunya, kata iparnya "nak mengelat la tu"
7. Adik ipar balik beli kfc, tapi beli hanya untuk anak sendiri, bila anak anak Dhia merengek, mereka kata beli sendiri. Dhia terpaksa minta mak sendiri belikan.
8. Bila Dhia penat, uruskan anak anak.... Yang semakin aktif dan nakal dan perlu rehat sebentar, Dhia juga yang pemalas.
9. Mak mertua sering merendah- rendahkan Dhia pada adik- beradik lain.
10. Suami, kerja dari pagi sampai malam. Balik kerja, tidur terbongkang sebab dia penat bekerja, katanya Dhia dah rehat sepanjang hari.
11. Bila Dhia memasak, dengan anak- anak yang merengek, ibu mertua dan adik ipar akan marahkan Dhia, tak pandai jaga anak sbb tu bising, tapi mereka tidak mahu tolong jaga, maka Dhia akan memasak sambil mengendong si kecik, dan letak di para sebelah kuali. Dhia di beri amaran, jaga anak jangan bagi bising "kacau tidur aku," kata adik ipar.
12. Dhia tak boleh balik rumah mak sendiri, sbb siapa nak jaga mak mertua, kata ipar yang lain.
Dan setiap hari Dhia yang kena menghadapi semua ini.
13. Perlu pakai tudung sepanjang hari kerana adir ipar lelaki. Rumah panas tanpa kipas dan air cond.
14. Bantulah isteri anda menjaga anak... Bermain dengan mereka... Tanggungjawab dikongsi bersama, anda akan menjadi sehandsome Adiputra
"Awak pernah ucapkan terima kasih pada Dhia?"
"Tak pernah"
"Pernah tanya dia penat ke tak?" "Tak pernah"
"Bila stress apa awak buat?"Pergi memancing"
"Dhia?" "Dia kena jaga mak"
"Itu mak awak atau mak Dhia?" Ali tunduk.
"Dhia, berapa lama awak masuk tandas kalau mandi atau buang air besar" "Kena cepat- cepat doktor, anak ikut masuk bilik air atau meraung depan pintu"
"En Ali?" "setengah jam ke sejam"
"Awak buat apa? Main dan update fb kan?"
"Ya doktor"
"Dulu masa awak ambil Dhia pada ibu bapa dia, comel lote kan.. Tapi bila awak jaga kenapa jadi macamni?" "dulu dia lawa sbb mak bapak dia jaga, tapi dia tak comel selekeh sekarang ni, siapa yang jaga dia? "
"saya"
"En. Ali rasa Dhia penat tak?"
"penat sangat doktor"
"Semalam kan doktor, saya nak sgt makan ikan bakar, saya minta abang belikan, mak mertua saya kata kenapa saya menyusahkan anak dia," kata Dhia.
Ali tunduk.
"Pernah awak pertahankan isteri awak? Bila adik beradik lain kutuk dia awak backing dia?
" tak"
"Kalau awak di office, awak kerja keras, tapi orang puji orang lain, apa awak rasa?"
"marah"
"pernah awak puji Dhia?"
"tak pernah"
"saya memang teruk" Ali menitiskan air mata.
Wahai suami,
1. Isteri hanya mahu di puji. Mereka juga mahu dimanja.
2. Pujilah. Katakan mereka seindah bidadari syurga. Pujian anda akan membahagiakan mereka.
3. Sesekali bawalah mereka ke mana saja yang mereka suka.
4. Bincang dan tanya. Apa mereka mahu dan suka.
5. Sesudah berkahwin, bukan tugas dia menjaga mertua. Itu tugas anda sebagai anak. Bila dia menjaga, dialah bidadari sejati. Bincanglah dengan adik beradik lain. Mereka sayangkan isteri mereka jadi bawa mereka keluar rumah, tapi mereka semua hina Dhia. Dhia boleh jaga ibu, tapi gilir gilirla. Bawa berbincang.
"Bila awak paling bahagia Dhia?"
"masa suami sewa rumah lain kejap, saya rasa bebas nak pakai apa pon di rumah saya"
6. Adik beradik lain yang tidak mahu menjaga masih okay, tapi mulut tidak perlu menjadi puaka. Dan bila itu terjadi, pujuklah isteri anda.
7. Hargai dan sayangi mereka.
8. Berilah dia "me time". Dia juga mahu makan, mandi dan berak dengan tenang.
9. Sekali sekala belilah hadiah buat penghargaan, makan cendol semangkuk tulis buat isteri tersayang pon dan kembang setaman perasaan isteri. Siap dia upload facebook "hari ini hari paling happy"
"Abang, kita ni muka tak hensem tak apa abang, yang penting hati kene handsome"
"perempuan kalau dah sayang, bulan bintang pon dia sanggup tinggal bang, sehidup semati, tapi sekali kau buat dia benci bang, sampai mati pon dia akan benci"
Biar cinta bertapak di janji, berpasak di hati,
Bukan cinta bertapak di kaki, berpasak di bodi.
Kemurungan dan suara halus Dhia tu, itu bukan sihir, itu memang BUATAN ORANG. Buatan Ali pada cinta Dhia.
"Dan bila AKU TERIMA NIKAHNYA, janji itu bukan dengan dia atau mak ayah dia, janji itu pada Allah, pada Tuhanmu yang menciptakan."
katakan saja katakan saja kau mahu 在 Faizal Tahir Youtube 的最佳解答
Listen to LUKA HATI here : https://UMD.lnk.to/LukaHati
Shop Exclusive Merchandise : http://www.faizaltahir.com
Click to SUBSCRIBE : http://bit.ly/SubscribeFaizalTahir
Maxis Caller Ringtones: Dial *131*680763# and press CALL/SEND
Celcom Call Me Tones: Dial *888* 763235# and press CALL/SEND
DiGi Caller Tunes: Dial *233*1530579# and press CALL/SEND
Follow Alan D: https://www.instagram.com/alandurairaj/
Follow Faizal Tahir: https://www.instagram.com/faizal_tahir/
#LukaHati #faizaltahir #AlanD
Written by
Faizal Tahir (Faithful Music Publishing)
Alan D (MassMusic Worldwide/Universal Music Publishing Group)
Mingaling (MassMusic Worldwide/Universal Music Publishing Group)
Amir Abu Hasan (Taja Archive)
Produced by
Alan D, Mingaling & Faizal Tahir
Background Vocals: Ezra Kairo
LYRICS :
Akan aku cinta padamu,
Walau ku terluka hati,
takkan boleh hidup tanpamu
Kau tiada pengganti
But if you leave me i’ll lose, lose, lose, lose
VERSE
Katakan kau merasa, Jangan engkau bagi masa untuk ku merindu,
Tapi Jika kau mahu, dan bila kau perlu,
Buar pun beribu batu, ku kan tetap mennungu
Got me feeling like Oooooo
jadi tak perlu kau bimbang
i be feeling like oooooo
kemana kau pergi sayang
Akan aku cinta padamu,
Walau ku terluka hati,
takkan boleh hidup tanpamu
Kau tiada pengganti
But if you leave me i’ll lose, lose, lose, lose
Coz if you leave me i will lose lose lose lose lose
I dont wanna feel low low low
Kerana aku hanya mahu disamping mu
Biar apa saja datang menduga
Kau dan aku berdua sempurna
Hilang takkan berganti semula
Got me feeling like Oooooo
Jadi tak perlu kau bimbang
I be feeling like oooooo
kemana kau pergi sayang
katakan saja katakan saja kau mahu 在 Ray Mak Youtube 的最佳解答
?SHEET MUSIC & Mp3 ▸ http://www.makhonkit.com
?LEARN MY SONGS ▸ https://tinyurl.com/RayMak-flowkey
?Listen on Spotify ▸ https://sptfy.com/raymak
?Listen on Apple Music ▸ https://music.apple.com/sg/artist/ray-mak/1498802526
?Full Song List ▸ http://www.redefiningpiano.com
Talk to me :
? Instagram ▸ http://instagram.com/makhonkit
? Facebook ▸ http://facebook.com/raymakpiano
? Twitter ▸ http://twitter.com/makhonkit
Lagu: Temberang
Penyanyi: Ayda Jebat
Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Ayda Jebat, Hael Husaini & Ezra Kong
CHORUS
Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang
Duh’ aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang
VERSE
Bilang pada ku, Apa kau mahu,
Mahu diriku, Dekat dekat tapi engkau malu
Katakan saja, Ku yang kau punya
Janji bahagia, Jangan biar tunggu lama-lama
Pre Chorus
Kerna ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu
VERSE 2
Hadir dirimu dalam hidupku
Biar selalu malam - malam ku impikan kamu
Repeat Pre Chorus
Repeat CHORUS
Solo
CHORUS
Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang
BRIDGE
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)
Jangan kau temberang
Jangan kau temberang
#temberang #aydajebat #temberangcover
katakan saja katakan saja kau mahu 在 AwanazStyle, profile picture - Facebook 的推薦與評價
Bilang pada ku, Apa kau mahu, Mahu Jacyntha ?? Dekat dekat tapi engkau malu Katakan saja, Jacyntha itu kau punya Janji bahagia, ... ... <看更多>