15 tahun yang lalu, lelaki kelahiran China ini tiba di Singapura dengan beban hutang $100,000. Tapi hari ini net worth syarikat beliau adalah $20 Billion. 😱
.
Ini kisah Forrest Li (Founder Shopee). Dari China, masuk Singapore dan jadi orang paling kaya di Singapore. Ini baru betul “I Came. I Saw. I Conquer” 😂
.
.
Masa dia sampai di Singapore dulu, dia hanya mampu sewa bilik saja. Cerita dia gini..
.
Li ni dulu memang kaki game. Masa dia belajar Degree dulu, memang tak berapa nak pandai sangat lah. Asal ada masa terluang je dia gi cyber cafe main game.
.
Masa habis degree tu dia dapat kerja di Motorola China. Tapi dia tak minat. Sebab dia tak cukup masa nak main game 🤪
.
So apa dia buat? Dia gi amik loan untuk sambung belajar Master di Stanford University US.
.
Masa di US, Li pergi graduation ceremony awek dia (kini wife). Waktu tu, Steve Jobs yang bagi ucapan. Dia tak boleh lupa kata-kata steve jobs “Stay Hungry, Stay Foolish”
.
Ini kata-kata keramat Steve Jobs yang terus membakar semangat Li untuk kejar impian dia.
.
Bagi kaki gamers, korang mesti ingat Garena kan? Ini antara first business dia buat masa kat Singapore. (Bisnes sebelum Garena ni gagal)
.
Dia ni memang kaki game. Masa belajar di Uni dulu pun memang main game je la kerja dia. So dia nak buat bisnes dengan benda yang paling dia minat. GAME !
.
Garena mencanak naik. Tapi orang tak kenal siapa di sebalik Garena ni. Masyuk gak lah Forrest Li ni dulu. (Nama Forrest di ambil sempena Forrest Gump 🏃♂️)
.
Satu hari masa Li bercuti dengan family, dia tanya anak dia “Apa yang paling awak rindu di China?”
.
Anak dia jawab “Taobao” (Kalau korang tak tahu, Tabao ni macam shopee lah. Tapi di China)
.
Mendengar jawapan anak dia tu, Li pun dengan nada bergurau kata “Ok, nanti daddy buat satu Tabao kat sini haha!”
.
Nak jadikan cerita, gurauan Li kepada anak dia tu jadi realiti bila dia buka Shopee pada tahun 2015.
.
Di sebabkan data yang dia ada dari pengguna Garena, dia berjaya mengkaji “pattern” mobile users dia asia tenggara.
.
Memang strategi awal Li dulu adalah mobile-first. Maknanya apps yang dia nak buat wajib senang di pakai guna handphone.
.
Walaupun di consider sebagai “late-comer”, Tapi Li tak kisah. Dia onz juga projek Shopee. (So, jangan ingat bila kita lambat masuk sesuatu industry kita takkan berjaya)
.
Sebab waktu tu antara ecommerce yang famous adalah Lazada dan Tokopedia.
.
Jadi, apa strategy mereka di peringkat awal?
.
Aggresive Marketing – Mobile First – Zero Sales Commissions Strategy.
.
Ini kita boleh panggil sebagai Entry Level punya Strategy.
.
Bayangkan korang nak masuk market yang dah ramai “jerung”. Kenapa orang nak pilih kita yang baru nak masuk ni sedangkan dah ada brand besar lain seperti Lazada dan Tokopedia?
.
Nak tak nak, Li kena be very aggresive dalam marketing. Aggresive bukan bermaksud tabur duit pastu tunggu orang masuk web.
.
Aggresive bermaksud berada di semua tempat.
.
Tapi tak guna juga kalau buat marketing gila-gila tapi apps dia tak bagus. Itu datangnya pula Mobile First Strategy. Maknanya dia kena buat apps yang orang rasa senang nak akses melalui smartphone.
.
Ok sekarang dah buat aggresive marketing dan mobile first. So orang dah ramai install apps dia. Tapi masih tak cukup. Dia perlukan Seller yang ramai.
.
Bila orang masuk tapi tengok takde barang, orang tak masuk dah la. Ibarat kita masuk shopping mall yang takde kedai. Naya pak karem! Memang sekali je la pegi mall tu.
.
Kat sini pula datang strategy Zero Sales Commissions. Maknanya Shopee tak ambil sebarang komisyen kepada seller yang nak berniaga di shopee. Kira macam bagi tapak percuma la untuk peniaga. (Strategy ini buatkan shopee rugi bertahun-tahun lamanya. Keyword : sabar)
.
Ibarat macam ni : Buat marketing gila-gila > Orang mula datang > Tengok banyak kedai dan meriah dengan pelbagai pilihan.
.
Apa jadi? Orang mula ramai-ramai masuk. Seller mula dapat sales yang banyak. Seller pun bagitau seller lain yang jual kat shopee senang dapat sales. Seller lain masuk lagi ramai.
.
Pengguna pula makin seronok sebab banyak pilihan dan bermacam jenis harga.
.
Customer’s experience meningkat maka shopee menjadi bualan (word of mouth). “Kau beli kat mana benda ni?” “Aku beli kat shopee jer”
“Kau cari kat shopee jer mesti jumpa”
“Aku tengok kat shopee la murah sikit”
Biasa dengar kan? Haha!
.
Bila dah cukup masa, baru la Shopee charge komisyen. Masa ni la baru diorang kaut kerugian bertahun-tahun yang diorang tanggung. Tapi sekali kaut main billion terus haha! Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
.
.
Datang merantau ke negara orang dengan bebanan hutang tapi boleh jadi antara orang yang terkaya pula di negara tu. Power kan?
.
.
Punca awal dia yang best.
1) Kata-kata semangat Steve Jobs “Stay Hungry, Stay foolish”
Kata-kata ini buat dia kejar impian dia untuk tubuhkan Garena.
2) Kata-kata anak dia yang rindu pada Taobao. Haha!
.
.
Satu lagi yang bestnya, tak susah pun kalau nak mula niaga kat Shopee nih. Mudah sangat nak buat side income.
Ramai seller kita dah buat sales RM4-6angka secara konsisten tiap bulan kat Shopee dan ubah life mereka masa pandemik ni dalam diam. Serius! Korang pun boleh.
.
Forrest Li ni dah sediakan macam-macam marketing tools dan special day khas untuk seller Shopee, semuanya percuma je!
Tinggal kita nak ambil kesempatan dan manfaatkannya je.
.
Yang penting kena la ada ilmu nak niaga walaupun kat Shopee.
.
.
Kalau korang yang tengah planning nak tambah side income walaupun tengah bekerja tu..
.
Ada satu panduan Shopee ni Mudah & Proven untuk korang belajar dari video-video yang disediakan. Belajar dari A-Z, Basic to Advance.
.
Yang bestnya kalau korang tiada produk nak mula, No Problemo!
.
Dropship je...ada lebih 500 produk laku keras dengan harga borong walaupun 1 disediakan. Biar semuanya auto tanpa ganggu kerja hakiki.. Kasi supplier je yang uruskan, korang monitor order masuk.
.
.
Menarik kan? Ok now lets go! We stay hungry, stay foolish!
Kalau tak bermula sekarang, bila lagi?
.
Korang klik link di ruangan komen untuk mula.
👇👇👇
.
.
Coretan kredit: Syed Gadaffi
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kata-kata pergi merantau」的推薦目錄:
- 關於kata-kata pergi merantau 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於kata-kata pergi merantau 在 Makan Kat Mana Facebook 的最讚貼文
- 關於kata-kata pergi merantau 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於kata-kata pergi merantau 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於kata-kata pergi merantau 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於kata-kata pergi merantau 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
kata-kata pergi merantau 在 Makan Kat Mana Facebook 的最讚貼文
Sebelum ini admin kerap posting tentang resepi “Masak Cara Tiara” tapi kali ni admin share pulak story dari husband dia.
Based on true story
Ya..!
Aku memang bukan lelaki yang sempurna. Sebab apa?
Semua kisah ini bermula pada 10 tahun yang lepas,
Aku hanya anak kampung berdarah Indonesia yang di lahirkan di Malaysia hasil persenyawaan Helmi dan Masna.
Warganegarakah aku?
Eh Mestilah..! Aku lahir zaman Mahathir kot..
Dulu korang panggil Dr. Mahathir bin Mohamad. Sekarang Tun M. Masa itu orang-orang Indonesia yang kau gelar pendatang itu pada tahun 70-an memang mudah nak masuk ke Malaysia untuk dapatkan kad pengenalan merah, ataupun bahasa mudahnya IC Merah!
Tapi aku tak kisah pun sebab mak bapak aku memang orang susah yang sanggup tinggalkan ibu bapa di kampung mereka demi kelangsungan hidup.
Asalnya mak aku merantau ke Singapura dan kerja di sana, manakala Bapak aku ke Malaysia. Aku syukur sebab mak aku ada masalah dengan majikan dia. Dia berhenti kerja dan pergi ke Malaysia.
Nak dijadikan cerita. Mereka jumpa di Malaysia bercinta di Malaysia dan kahwin pun di Malaysia maka lahirlah aku anak Malaysia.. Faham ke pening?
Aku anak pertama dari 4 orang adik beradik. Nama pertama aku memang Hendri kemudian nama tengah (rahsia) dan ramai orang tak percaya hakikat itu. Respon aku setelah berjuta kali mengalami perkara yang sama..
"I don't realy fishing care what you want to say about my name or who realy I am"
Apa yang aku cakap, nama itu Bapak aku yang bagi. Aku hargai nilai pemberian seorang ayah dan aku percaya maksud nama itu maksud yang baik-baik.
Aku membesar di rumah Kongsi pada mulanya. Rumah kongsi tu rumah yang korang tengok orang Indon or Bangla yang dekat tepi jalan korang hina itu.
Disitulah kehidupan aku bermula. Bapak aku, Mak aku dan aku Hendri Helmi. Jiran aku masa tu abang Ismail Saman dan adik dia Petriya Abdul Saman. Mereka inilah kawan-kawan sepermainan aku.
Kemudian aku terus membesar dengan kelengkapan asas yang diusahakan oleh Mak Bapak aku sendiri tanpa menyusahkan orang lain.
Even buku teks sekolah pun aku dibelikan oleh Mak Bapak aku.
Aku dah usaha macam-macam untuk dapatkan pinjaman masa tu dari pihak sekolah. Tapi gagal.
So aku anggap takde rezeki.
Aku syukur sebab aku dikurniakan bakat melukis dari kanak-kanak Rebina lagi. Boleh lukis Potret Tunku Abdul Rahman masa darjah 5 hanya guna warna air dari Buncho.
Guru pertama yang mengajar aku melukis dengan teknik gosokan yang aku ingat sampai sekarang masa budak hingusan lagi ialah abang Zulkifli Sufhan. Kami habiskan masa dengan melukis. Tapi yang tak boleh masuk dengan lukisan masa tu Jamal Sufhan.
Cuma minat kami bertiga yang sama iaitu Muzik. Belajar gitar sama-sama, mandi lombong sama-sama, lawan biji getah pun sama-sama.. Aduh indahnya kalau ada kamera masa itu.
Bila aku sedar bakat lukisan aku terus berkembang dan
peristiwa yang paling membanggakan masa cikgu Jasni ambil dan letak lukisan tersebut di laluan ke kantin Sekolah Kebangsaan Taming Jaya.
Selepas kejadian tersebut ramai kawan sekolah mula order lukisan dari aku contohnya lukisan Leonardo de Caprio dari Nana Mohd Ali dan The Rock Dwanye Johnson dari Sasientheran Vikneswaran. Cuma silap aku tak simpan gambar-gambar lukisan tersebut. Yalah kan, masa tu budak-budak. Mana ada kamera nak rakam moment indah tersebut
Senang cerita ramai yang kenal aku melalui lukisanlah. Terima kasih cikgu Halijah Hamzah dan Mahiran Hussein yang tak pernah putus asa dorong saya ketika itu
Habis SPM aku terus kerja Giant Hypermarket 3 bulan, kemudian kerja kilang besi setahun. Nak dipendekkan cerita Selepas aku jumpa insan bernama Tiara Rahman melalui kawan beliau sendiri iaitu Nurul Izzaty II.
Masa tu aku sudah kerja sebagai Despatch Clerk. Hidup aku dah tak sama ewah. Oklah, kita orang baru ja kahwin 21 jun 2008 dengan bantuan ibu dan ayah kami.
Lepas kahwin aku ditawarkan jadi HR assistant oleh Yatie Othman. Aku tolak sebab aku rasa patut kembali ke Nature aku yang sebenar iaitu 'ART'. Apa pun saya amat terima kasih dengan Akak dan Bos Alias Ahamad kerana beri kesempatan untuk saya berada disana walau hanya sementara.
Setahun berlalu aku dikurniakan zuriat. Yang pertama Eva dan kedua Evan selepas 4 tahun dari kakak dia.
Yang tolong jaga mereka semasa kami kerja memang Mak Bapak aku sebab aku tak percaya kat orang lain. Lantaklah korang nak cakap apa.
9 tahun juga mereka besarkan anak-anak kami.
Thanks to them very much. Kami anak-anak anda memang takkan dapat balas budi kalian yang lahirkan, yang besarkan, dan didik kami sampai ke tahap ini.
Tapi tolonglah doakan kami agar dapat bahagiakan saat-saat akhir hidup anda ini dengan kudrat kami. InshaAllah kami akan terus berjuang untuk jadi saham akhirat hidup anda Mak Masna, Bapak Helmi, Mak Ema Yusoff Abah Rahman Hamid. Doa dan restu kalian memang senjata utama kami sekarang.
Pejam celik pejam celik
Sedar-sedar dah 10 tahun kahwin. Hahaha..
Korang hanya nampak yang indah-indah dan warna pelangi di Facebook hasil ciptaan Mark Zuckerberg idea yang di improvise dari Myspace ini kan.
Aku buat akaun FB dari 2008. So cerita yang ribut dan taufan sebelum terbentuknya kejadian pelangi indah itu aku tak pernah cerita kan.
Kalau aku nak cerita. Aku berani potong jari yang kami kerap gaduh, berperang. Tak sama pendapat, lain-lain selera makan. Gaduh hal-hal kecil jer kot tapi boleh meletup satu taman sampai jiran sebelah rumah Hanas Sani dan Isterinya tolong damaikan kami.
Itu baru sikit. Banyak lagi lagi sebenarnya kalau nak di bukukan kisah kami Wanzu Alwan buat pedoman semua. Hahaha peace bro!
Punca aku sayang ketat-ketat isteri Tiara Rahman aku sebab dia sanggup melepaskan jawatan Financial Services Executive di Malayan Banking Berhad kerana aku yang paksa di buat begitu sampai ramai sekali yang pm beliau sendiri kenapa nak berhenti?
Jangan ingat aku tak takut bila aku buat keputusan itu. Jujur yang amat, aku memang takut sebab keputusan itu keputusan berani mati weh.
Yalah, dengan komitmen setiap bulan keluarga kami lebih dari RM8k dan boleh dikategorikan miskin bandar aku buat keputusan macam tu.
Sebab aku percaya. Rezeki dan takdir Sang Pencipta itu telah tertulis. Cuma bagaimana untuk aku menjemput rezeki dan menjemput takdir yang baik-baik itu aku harus buat 'Family Roadmap'
Bukan dalam bisnes jer kau kena ada Roadmap bro!
Kisah dan Isteri aku ini memang takkan habis.
Bagaimana dengan kisah hidup korang macam itulah kisah hidup kami. Penuh dengan ranjau onak duri liku-liku kehidupan pahit manis dan lain-lain lagi bahasa aras tinggi. Kan tuan Dzulhilman Roslan DzunNoor dan Pak Arsil Ibrahim. Terima kasih atas doa kalian..
Aku cuma nak akhirkan coretan ini dengan berpesan kepada semua yang sudah berkahwin belum sampai usia 10 tahun dan kebawah. Yang dah lebih 10 tahun tu janganlah masuk campur. Ini untuk yang baru-baru nak rasa hidup ya Kakak dan Abang-abang yang dikasihi sekalian.
Percayalah kak!
"Tiada lelaki yang sempurna di dunia ini tanpa kamu disisinya. Akaklah tulang rusuk kirinya yang dia masih belum sedar dengan kewujudan akak. Jangan berputus asa...
Teruskan doa dan doa sampai dia sedar wujudnya anda sebagai tulang rusuk kiri yang berada di sampingnya selama in. Nak lagi best. Pakat minta doa ibu bapa dia, trust me.. It's work!"
Dan kepada wanita yang belum berkahwin.
Sabarlah. Nanti-nanti adalah imam yang betul khusus untuk anda. Kalau ada imam yang berbicara manis dengan kata-kata pujangga dan kelihatan sangat sempurna dari sisir rambut hingga kilat kasutnya. Berhati-hatilah..
Sila siasat betul-betul kerana kemungkinan besar 99% beliau memang 'Jantan' yang sudah kahwin dan ngada-ngada nak pasang satu lagi sebab tak cukup dengan yang sedia ada kat rumah tu 🤣
"Ingat sikit brader anak bini dekat rumah tu"
Silap-silap spender dia pun bini dia yang basuhkan..
Ini kisah hidup aku. Siapa suka dan rasa nak share. Aku izinkan. Tapi please don't tag your husband. Lelaki punya ego tersendiri. Dia baca pun sudah cukup bagus. Dan aku percaya lepas dia baca, mesti dia akan block aku punya.. Hahahaha
Yes.. Aku amat alu-alukan kepada mereka yang mahu remove, unfriend dan block aku terus. Sebabnya aku bukan lelaki sempurna..
Yang telah sedar bahawa kesempurnaan itu hanya di Syurga abadi,
Hendri Helmi
Suami kepada Tiara Rahman anak kepada Masna & Helmi
Menantu kepada Ema Yusoff & Rahman Hamid
kata-kata pergi merantau 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...
Dulu saya dapat 8A dalam PMR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...
Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."
Kata mereka....
Tapi...
Pada suatu Subuh...
Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...
Saya bacakan surah Abasa...
Dan sebak ketika sampai ayat:
Yaumayafirrul mar'umin akhih.....
Wa ummihi...wa Abih....
Selesai solat, semasa perjalanan pulang...
Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?
Saya jelaskan....
Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...
Ibunya...
Ayahnya....
Isterinya...
Anak-anaknya...
Saya katakan...
Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...
Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...
Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......
Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...
Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?
Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."
Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....
Wahai hamba Allah...
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?
Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?
Wahai saudaraku...
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalian akan digali?
Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?
*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....
Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."
Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...
Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"
sgt memberi keinsafan
Sebarknlah, x perlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.
Sebar je seikhlas
hati demi secubit keinsafan diri.
Semakin hampir kita ke Alam barzakh
Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua....
Bacalah dengan hati yang lapang.. :
Sesibuk kita di pagi hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..
Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?
Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?
Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?
Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..
Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?
Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?
Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?
Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?
Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?
Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?
Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?
Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?
Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..
Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?
Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?
Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..
Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..
Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di facebook, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..
بارك الله فيكم..
Kalam ustaz Ibnu Batoota Owsem.