Al-Kisah Baham Tanoh
.
“Kite berenti di Geting Sepoh dulu lah” ujar Abang Mie.
.
Abang Mie ataupun nama sebenar beliau Rozimi Omar adalah jurulatih basikal saya yang pertama. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab melatih saya pada peringkat awal. Sudah menjadi kebiasaan apabila kami menuju ke Kuala Lumpur untuk menyertai perlumbaan, kami akan berhenti di R&R Genting Sempah. Dulu-dulu perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur memang jauh dan lama, kalau tak silap dalam 7 ke 8 jam perjalanan. Kami biasanya bergerak lewat malam dari Dungun dan sampai sebelum subuh di Genting Sempah. Bolehlah berehat sebentar di kawasan parking tu sambil menghirup udara segar dan menikmati cuaca sejuk di kawasan tu. Memang seronok.
.
Selepas mandi dan selesai solat, kami isi perut. Biasa saya pilih makanan paling murah yang ada di situ. Nasi lemak bungkus satu bersama air milo panas. Lepas tu kami menuju ke kotaraya Kuala Lumpur. Abang Mie kata dia akan bawa kami semua ke Cerah. Saya pun tak tahu kat mana Cerah tu. Masuk je Kuala Lumpur, jalan penuh sesak.
.
“Ginilah kalu nok hidup di Kuale Lupor, jeng sokmo” kata Abang Mie.
.
Kami pun sampai ke destinasi yang kami tuju. Saya tengok tulisan di pagar stadium yang hendak kami masuki.
.
Velodrome Cheras
.
Abg Mie memberhentikan kereta dan parking berdekatan laluan untuk masuk ke dalam Velodrome tersebut. Kami berehat sebentar di dalam kereta.
.
Kelihatan segerombolan pelumba-pelumba basikal sampai. Nampak sangat segak semuanya. Jersey yang dipakai nampak berkualiti serta semua kelihatan seragam. Basikal mereka pula semuanya ganas-ganas. Membuatkan mulut saya ternganga dan kalaulah lalat masuk pun saya tak perasan time tu. Saya terkesima. Kalaulah aku dapat pakai basikal-basikal seperti diorang pakai tu. Basikal saya yang berada di atas kereta Abang Mie hanyalah basikal besi dan orang Terengganu kata berat nanang pulak tu. Shifter dia pun yang dekat frame(body) tu. Macam langit dengan bumi. Gerombolan yang baru sampai itu adalah pelumba-pelumba kebangsaan senior dan junior.
.
“Aku harap suatu hari nanti aku dapat jadi seperti sek-sek(kumpulan) ni” bisik saya kepada diri sendiri.
.
Kelihatan mereka semua mengambil sebuah basikal lain di dalam stor berdekatan dan terus menuju masuk ke dalam terowong untuk ke Velodrome. Mereka semua melakukan perkara yang sama tanpa ada sesiapa memberikan arahan. Seperti ianya sudah satu rutin.
.
“Okay jom amik barang-barang kite, lepah tu kite gi masuk Velodrome” kata Abang Mie.
.
Saya mengikut arahan dan kami berjalan memasuki terowong tersebut. Di penghujung sana, saya terpegun melihat akan sebuah Velodrome yang saya sebelum ini hanya mendengar melalui cerita dari Abang Mie. Cantik warnanya. Permukaannya oren dan mempunyai tiga garisan berbeza warna. Sebuah bulatan oval yang besar dan yang menariknya di kedua-dua penghujung itu ianya mempunyai curam yang tinggi yang kata Abang Mie ia dipanggil ‘Banking’.
.
“Kekgi mu nok kene kayuh atas ‘banking’ tu Jijoe, mu jangan kayuh slow pulok, baham tanoh kekgi” Abang Mie memberikan pesanan.
.
Tak ada sedikit perasaan takut dalam diri saya, yang ada hanyalah perasaan tidak sabar dan gembira. Pakaian sudah di tukar, kasut lusuh mountainbike spd cleat pun sudah siap di kaki (tu je kasut basikal yang saya ada) akan tetapi basikal trek nya tak ada. Yang dibawanya hanyalah basikal road besi berat nanang saya itu je. Saya nampak orang lain semua berkayuh basikal khas trek yang tak ada brek dan gear nye hanya satu.
.
“JIMIEEEE ASMARAA!! PORONGGG!!” jerit Abang Mat, mekanik team kebangsaan.
.
“Hor ambik basikal ni try tengok anok buoh mu padang dok. Hok ni size paling kecik ade, kalu dok padang gok, bahang tanoh!” tambah beliau lagi.
.
Abang Mat ataupun Mohd Shaari merupakan bekas pelumba Negeri Terengganu suatu ketika dahulu dan beliau menjadi mekanik pasukan kebangsaan pada ketika itu, dan yes beliau sudah tentu orang Terengganu juga. Nampak keakraban antara Abang Mat dan Abang Mie.
.
Saya pun pasang pedal mountainbike saya ke basikal trek tersebut dan cuba berkayuh. Ngam. Pertama kali berkayuh di Velodrome. Memang seronok dan saya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk berkayuh di atas ‘Banking’ yang tinggi itu.
.
“Jijoe, aku nok mu buat molek lumbe ni, dok kire mu lawan sape ke, beso mane ke die, mu tunjuk sket ke sek-sek die. Mu jangan baham tanoh pulok” Abang Mie memberikan kata-kata semangat sebelum perlumbaan bermula.
.
Berbekalkan basikal pinjam, ntah apa mata gearing yang saya pakai, sepasang kasut lusuh mountainbike, helmet pun helmet mountainbike, saya ke garisan permulaan untuk memberikan cabaran kepada pelumba-pelumba kebangsaan. Mereka semua hebat-hebat. Kelengkapan pun hebat-hebat. Latihan pun hebat-hebat semuanya. Saya hanyalah seorang budak kampung, yang berlatih pun ala kadar sahaja itu pun berkayuh basikal mountainbike. Apa yang saya tahu, saya hanya mahu berlumba dan tonjolkan kemampuan sebenar diri saya.
.
Saya menang! Sungguh tak disangka. Saya mengejutkan ramai pihak dan ramai yang tertanya-tanya siapa budak kecil ni. Macam lipas kudung. Sebenarnya, saya pun tak sangka boleh menang. Ini lah perlumbaan paling memenatkan, maklumlah dekat kampung training naik turun bukit masuk belukar je.
.
“Ganah guh mu Jijoe, dok padang kecek mu ni. Lepah ni kalau mu boleh masuk sekoloh sukang bukit jalil jangan lupe Abang Mie pulok” seloroh Abang Mie kepada saya.
.
“Dok ah Abang Mie, Jijoe dok akan lupe Abang Mie selamanya. Kalu dok Jijoe baham tanoh” balas saya.
.
“Hahahahahahaha” kami berdua berdekah-dekah ketawa.
.
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
#AlFatihah #RozimiOmar #AbangMie
「isi nasi padang」的推薦目錄:
isi nasi padang 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
5 perkara yg jarang suami isteri zaman skrg lakukan bersama...
1. Solat Berjemaah.
Skrg ni, susah nk ada pasangan yg mampu berjemaah bersama secara istiqomah. Mgkin subuh x sempat sbb masing2 sibuk bersiap utk nk kluar cari rezeki...zohor dan asar solat ditempat keje...tapi utk maghrib dan isyak, kebanyakan pasangan dah ada dirumah...
Suami tetap solat sendiri, isteri juga solat sendiri...suami dan isteri berjemaah sekali utk solat fardhu tu dah sgt RARE, sukar dicari...yg paling merisaukan ialah ada di antara pasangan diluar sana yg isi rumahnya langsung tak solat...sejadah terlipat kemas dlm almari...
2. Makan semeja.
Masa mkn ni, saya percaya mgkin ramai yg masih mengamalkan makan bersama-sama...tapi ada keluarga yg dah lama tak dduk semeja, makan bersama...kadg2 anak2 makan dlu...hbis anak2 makan, ibu plak mkn...japg abah balik keje, abah mkn sorang2...
Kemeriahan makan semeja sesama keluarga tu tak dirasa sbb masing2 nk cepat, masing2 ada hal lain utk dibuat...si ayah mintak anak hulurkan lauk itu, si anak mintak ibu tambahkan nasi tuangkan air...
3. Menonton television bersama.
Walaupun TV dibuka, walaupun ada rancangan dikaca TV, tapi mata yg memandangnya mgkin sepasang dua sahaja...yg lain matanya kekal dgn skrin telefon walaupun semua org di ruang tamu...
Xde gelak tawa bila rancangan tu lawak, xde yg menutup mata dan muka bila cerita itu seram...suasana menonton television kini dah mcm dlm library...senyap dan sunyi tanpa reaksi sbb masing2 buat hal sendiri...
4. Gotong-royong bersihkan rumah.
Suami, isteri, anak2...semua turun padang, semua buat keje dan tak mengadap telefon...semua ada tugas masing2 dan perkara yg perlu disiapkan...si abah membersihkan aircon dan kipas rumah, si ibu menyapu sampah, si anak mencuci tandas dan mengemas rumah...
Indahnya kerjasama dlm keluarga dgn gotong royong...namun ianya mgkin dah "ketinggalan" zaman...
5. Buat aktiviti atau riadah.
Luang masa bersama, buat aktiviti yg boleh mengeratkan hubungan suami isteri dan kekeluargaan...klu dulu, kita bleh main monopoly, saidina, congkak, dam...skrg mainan ni dah xde pun dlm rumah masing2...
Nak jumpa laki bini main badminton pun susah, nk jumpa ayah main bola dgn anak pun susah...ayah mobile legend, ibu candy crush, anak PUBG...
Byk rumahtangga dan keluarga yg mcm ni zaman skrg...😞
Sumber: Firdaus Shakirin
isi nasi padang 在 Azizulhasni Awang Facebook 的最佳解答
・・・
[Part 4]
Al-kisah Ikan Sardin
.
“Jap aku tengok ape stok makanan kita ada ye” sambil membuka kabinet dapur dan memeriksa stok-stok makanan mereka.
“Ada Sardin je lah” sahut Faizal lagi.
SARDINNN !! sanubari ku menjerit.
Saya terkejut mendengar perkataan tu. Mata saya keduanya membulat, mulut terlopong.
Saya mula teringat kembali sewaktu saya membesar di Dungun, Sardin bukanlah hidangan kegemaran. Saya bukan dari keluarga “have-have”, saya ni orang kampung biasa-biasa je. Ye saya tahu, saya berasal dari Terengganu, negeri yang terkenal dengan ikang, kepok lekor dan makanan laut sememangnya menjadi makanan ruji orang di negeri ini. Tapi dari kecil lagi saya agak memilih. Saya makan je ikan, tapi hanya sesetengah kaum ikan je yang saya akan jamah. Contohnya ikan tongkol yang kami panggil ikan aya, di negara barat pula kalau tak silap dipanggil skipjack tuna. Ikan jebong tahu? Ade orang panggil ikan barat dan ada orang panggil ikan ayam sebab isi nya yang sedikit keras seperti ayam. Ikan ni kalau mat salleh mereka panggil leatherjacket bersesuaian dengan kulitnya yang memang liat tu. Terakhir adalah Tuka (sebutan tuke). Tuka dahulunya saya ingat adalah pari belum baligh. Sebab kalau ke pasar dengan abah, itulah yang dimomok kan oleh penjual-penjual ikan. Bila dah besar baru tahu Tuka itu adalah sejenis pari dari keluarga yang lain. Of course, macam ikan lah ada macam-macam jenis, pari pun sama. Kalau emak masak selain dari tiga jenis ikan ni, saya memang tak makan. Paling kuat pun jamah je. Kalau sardin pula, memang tak jamah langsung. Saya pun tak tahu kenapa sensitif sangan dengan sardin ni. Dan kalau emak masak lauk sardin, dia pasti akan masak lauk ayam, daging atau telur khas untuk saya.
.
Sekarang saya jauh di perantaun. Tidak ada pilihan dan itu saja stok makanan yang boleh dihidang. Perut pula lapar bukan kepalang. Saya hanya membisu dan menyimpan semua itu didalam kalbu. Tengah saya menghunuskan pisau, menghiris bawang satu demi satu, langit tiba-tiba berubah menjadi gelap. Angin bertiupan kencang. Kilat mula sabung menyabung. Dituruti pula dengan air hujan yang mula turun dengan lebat. Saya berada di tengah-tengah padang. Tanpa menghiraukan keadaan cuaca yang agak merisaukan, saya terpacak tegak disitu. Pasrah. Lutut saya menghempap bumi. Saya lemah. Tangan menggenggam erat tanah yang kebasahan. Lalu saya dongak ke langit dan menjerit sekuat-kuatnya,
AAARRRGGGHHHHWWWOOOOOIIIIIIIII!!!!!!!
“Cepatlah potong bawang tu! Termenung je dari tadi ko ni jo” jerit Junaidi.
Saya pun cepat-cepat potong bawang sampai habis dan hulurkan kepada beliau. Sambil beliau memasak saya tegak disebelah, memerhati dan cuba belajar. Selesai semuanya, waktu untuk makan.
.
Lauk terhidang untuk makan tengah hari. Makanan pertama saya di negara Down Under. Lauk ikan Sardin dan telur dadar. Faizal mengambil pinggan dan meletakkan nasi kepada semua. Nasi macam bukit. Masing-masing mengambil dua ketul ikan sardin dan dua potongan telur dadar. Belum sempat makan tapi semua dah licin. Cukup-cukup untuk kami satu rumah, syukur. Rizal membacakan doa dan kami semua mengharapkan keberkatan. Mereka semua nampak gembira dan riang menjamah makanan terhidang. Saya masih belum mulakan. Seperti seseorang yang mempunyai “Coeliac Disease” dan terpaksa memakan makanan yang mempunyai “Gluten”, itu lah keadaan saya ketika itu. Saya tabah. Oleh kerana perut sudah pun memainkan lagu keroncong, saya jamah sesuap demi sesuap sehinggalah licin bersih pinggan. Hari ini dalam sejarah. Makanan pertama di perantauan dan pertama kali memakan lauk ikan sardin. Sumpah, setiap suapan ikan sardin ke mulut tu, saya teringat sewaktu membesar di Dungun. Setiap kali emak menyuruh saya untuk mencuba lauk ikan sardin. Dan setiap kali saya menolak pelawaan emak waktu itu. Sekarang, emak tak suruh pun makan ikan sardin malah tak ada siapa pun paksa untuk makan ikan sardin ni. Tetapi saya terpaksa makan dengan kerelaan hati. Itulah kebesaran Allah swt.
.
Pada malamnya, saya menelefon emak di kampung. Memberitahu yang saya sudah selamat sampai dan menceritakan keadaan di Melbourne ini. Sebelum menamatkan panggilan, saya pun ceritalah pasal kisah ikan sardin tadi dekat emak. ‘Guess what’, emak saya gelak terbahak-bahak di hujung talian. Terbahak yang terbahak-bahak. Tak pernah tengok emak gelak macam tu. Saya pasrah lagi. “Alhamdulillah anok ma makang ikang sardin dohh hahaha” sebut emak saya. Saya pun menjawab, “Sedak jugok ikan sardin ni rupenye”. Emak sambung menggelakkan saya.
.
Selepas peristiwa itu, saya tidak mempunyai masalah untuk makan ikan sardin malah saya sudah menggemari lauk ikan sardin ni. Dan untuk perkongsian dengan kalian semua, hari ini adalah hari lahir emak saya. Jika tidak keberatan, saya harap pembaca semua boleh doakan emak saya supaya sentiasa di berikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah swt. Kalau ma baca cerita #alkisah #cerpen ni, Selamat Hari Lahir Ma. Anakanda nak ucapkan ribuan terima kasih dekat ma kerana membesarkan anakanda dengan penuh kasih sayang dan sentiasa memberikan yang terbaik. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa ma terhadap anakanda dan semoga Allah memberikan ganjaran syurga kepada ma kelak Insyaallah.
.
Sekian, Terima Kaseh.
.
[TAMAT]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
isi nasi padang 在 Hitam Putih | By TRANS7 - Facebook 的推薦與評價
Ada Pie Nasi Padang yang benar-benar lengkap isi nasi padangnya (nasi, lauk, daun singkong dan cabe hijau) serta ada Roti Isi Pasta. ... <看更多>
isi nasi padang 在 KEBAB ISI NASI PADANG PORSI KOMPLIT !! ISINYA BIKIN ... 的推薦與評價
Makan nasi padang tapi dalem kebab?Enak gak ya?? Unik banget lengkap sama nasi daun singkong sampe rendang di dalem kebab! ... <看更多>