Halal roast duck weiiii. It might not be the tastiest in town but certainly won't disappoint. If you have any Muslim friends who haven't had Chinese-style roast duck before, D'Yaya Restaurant is worth a recommendation.
Sesiapa yang belum pernah cuba Chinese-style Roast Duck (itik panggang) korang wajib singgah ke Restoran D'YAYA di PJ. Halal dan rasanya pun asli kerana disediakan mengikut resepi chef Cina yang berpengalaman.
Itik mereka diperap selama semalam dahulu sebelum dipanggang segar tiap2 pagi sehingga kulitnya garing berkilat dan berwarna perang keemasan. Tengok saja pun dah terliur wehhh 🤤
Setiap hidangan itik panggang disiram dengan jus yang keluar daripada itik. Dagingnya sikit beraroma herba Cina, manis dan berjus - sedap sehingga menjilat jari 👍👍👍 Ia juga disampingi 3 jenis sos berlainan iaitu kicap, plum dan cili - semuanya memberi kelazatan yang berbeza.
Selain itik panggang, D'YAYA juga menyediakan pelbagai menu a la carte yang kebanyakannya makanan orang negeri Melaka seperti Asam Pedas, Cincalok, Cili Garam dan Masak Sambal.
Harga itik panggang:
1 ekor - RM68
1/2 ekor - RM34
1/4 Peha - RM21
1/4 Kepak - RM17
**Owner Melayu, itik yg digunakan halal certified**
【Restoran D'YAYA】
5, Jalan 8/1D, Seksyen 8, PJ
10.30am - 3pm, 5pm - 10pm
Tel: 03-7931 2721 (booking digalakkan)
#halal #roastduck #itikpanggang #duck #itik #asampedas #seafood #pj #makan #lunch #dinner
Search