Saya bangga jika terjumpa buku melayu di luar negara, rujuk buku depan robot Gundam tu, Buku Permata yang Hilang dan KAMAR SUTERA tu.. buku saya tu! Woha!
Korang tahu tak?, kenapa Bangsa Penjajah ni tiba tiba menjadi lebih maju hingga mampu cipta kapal perang ada Meriam dan menjajah dunia, kemudian cipta kapal terbang dan menakluk dari penakluk? Kenapa?
Sebab rakyat mereka tiba tiba rajin tulis buku sejak berabad yang lampau dan buku itu disimpan dengan baik lalu mudah dirujuk oleh generasi zaman hadapan.
Tak percaya?
Cuba tengok cerita hantu mat saleh, bila ada masalah mereka pergi perpustakaan, dan kat sana ada buku cara cara bunuh hantu.
Kadang cerita tu zaman dulu, malam malam pakai pelita, tapi masih pergi perpustakaan untuk rujuk buku, contoh cerita serigala jadian, dalam perpustakan di zaman itu, ada cara bunuh serigala iaitu guna senjata dibuat dari perak, dalam buku rujukan tu siap ada gambar lagi rupa seriga atau vampire dan sebagainya.
Cerita “How to train your Dragon”, dikampung Viking, ada Buku panduan membunuh naga, siap dengan gambar beratus jenis naga dan kelemahan naga. Itu cerita zaman dulu tu..
Apa yang saya dapat simpulkan, bangsa mereka maju sebab dokumentasi mereka bagus, cara buat enjin kereta, cara buat kapal terbang, dan lain lain ada didokumentasikan elok elok, tak percaya pergi university tengok mana mana bidang, matematik ke, fizik ke, biologi ke, semua dokumentasi dengan formula, rajah, contoh yang mana generasi akan datang boleh belajar ilmu dari generasi zaman dulu cukup dengan hanya merujuk buku.
Sekarang ini pun, dah ada buku cara nak bunuh Zombie yang di tulis dengan serius ilmu kelangsungan hidup, pendek kata bangsa yang maju ni adalah bangsa yang mahir dalam bab dokumentasi.
Kat kampung saya dulu, ada pakcik yang boleh buat perahu tanpa guna plan, semua dalam otak, bila pakcik ini meninggal tak de siapa dapat ilmu ini, dan pernah masa saya kecik bermain di sebuah rumah yang dibuat tanpa paku, tapi tak ada orang boleh buat sebab pembuat rumah itu sudah meninggal.
Maka sebab itulah bila kita pergi sekolah aliran penjajah, ada kerja khusus, kena buat laporan, yang mana anak anak kita kena buat tugasan dalam bentuk buku. Jika belajar tinggi lagi, ambil ijazah, kena buat projek semester akhir, kena buat report semua aktiviti kerja, dan hasil keputusan, dalam buku tebal, itu semua nak ajar manusia jadi bangsa dokumentasi kerana dokumentasi yang baguslah akan cepat memajukan umat manusia. Itu belum cerita nak ambil Phd, kena Publish paper, kena tulis Journal, tulis tesis dan sebagainya.
Jadi bila masuk alam pekerjaan, korang akan ada ilmu dan bakat masing masing, sesuai dengan pengalaman hidup dan suasana persekitaran, jadi saya cadang untuk majukan ummat, korang kena dokumentasikan ilmu korang, tulis di blog, atau di web, supaya boleh dirujuk oleh generasi akan datang.
Baca sejarah, Meriam Sultan Melaka adalah antara meriam terhebat di dunia, tahan letupan, tapi dokumentasinya mana? Katanya juga, Istana Raja zaman dahulu terang benderang dengan teknologi susunan api pelita yang unik, tapi mana dokumentasinya?
Jadi balik pada zaman sekarang, semua orang perlu menulis ilmu masing masing, ibu ibu yang pandai memasak resepi istimewa, dokumentasikan ilmu itu, yang pandai buat layang layang, dokumentasikan.
Sungguh saya sangat berterima kasih kepada blogger atau youtuber atau penulis ebook yang rajin update ilmu seperti cara tukar nama pembeli kereta, cara cepat ke airport, tip murah ke taman tema, cara mudah apply pinjaman rumah, dan lain lain kerana semua itu sangat membantu saya yang sedang mencari maklumat berkaitan, terima kasih!
Dan saya juga sekarang ini dapat ucapan terima kasih kepada mereka yang mencari maklumat agama santai tapi deep, kerana saya dulu waktu pergi ceramah, sangat suka dengan tamsilan ustaz, yang kaitkan kejadian alam dengan ilmu tuhan, saya catit dan bila sampaikan dalam ceramah atau tulis balik di blog, saya ubah tamsilan dengan kembangkan lagi, dan akhirnya saya ‘dokumentasikan’ tulisan itu dalam buku dan boleh di kongsi oleh generasi akan datang dengan lebih luas lagi, insyaAllah.
Jadi tip nak jadi bangsa yang maju, selain banyak membaca adalah kena jadi penulis! kumpulkan bahan sekarang, dokementasikan elok ekok supaya mudah dirujuk dan akan datang jika ada rezeki, boleh siapkan dalam bentuk Buku agar lebih mudah dirujuk oleh generasi akan datang.insyaAllah.
Ada sahabat anaknya kena Leukaemia, dan waktu jumpa dia selalu cerita pengalaman anaknya akan betapa sukar di sekolah, betapa sukar dihospital, appointment dengan doctor pakar bagaimana dan akhirnya apabila si anak umur 12 tahun, sudah sembuh. Saya cadang pada dia agar tulis pengalaman ini, dokumentasikan di blog atau youtube sebab akan datang, jika ada ibu bapa hadapi masalah sama, mereka boleh rujuk cerita anda. Dan mungkin akan datang, dari blog, pengalaman tadi boleh dibukukan.
Tapi katanya agak susah sebab kejadian tu dah berlalu 12 tahun, banyak peristiwa penting terlupa dan semangat nak menulis tak ada.
Jadi pesan saya kepada anda semua, jangan siap kerja baru buat dokomentasi, tapi buat terus sekarang, macam cerita mat saleh yang sedang buat kajian, mereka rakam suara guna alat perakam setiap aktiviti atau guna video, nanti bila siap projek, mereka boleh upah orang tulis, dan siap satu buku. So tipnya, luangkan masa tulis ilmu, pengalaman, travelog, info dan lain lain SEKARANG, jangan tunggu dah habis event baru nak tulis. Jangan tunggu pencen, jangan tunggu PKP.
Bila bangsa kita rajin dokumentasikan ilmu, maka generasi akan datang akan belajar dengan lebih cepat dan dengan jimatnya masa mereka, maka banyak benda berfaedah yang lain dapat dibuat.
Saya percaya, dalam ilmu hadis, Allah takdirkan bangsa arab sebagai pemangkin ilmu hadis adalah kerana mereka termasuk bangsa yang mahir dalam dokumentasikan ilmu susur galur keturunan. kerana itulah bila Nabi turun ke sana, teknologi wahyu dalam masalah dokementasikan kata kata Nabi sangat Berjaya dijaga mereka sehingga hari ini, 1400 tahun kita masih dapat manfaat dari Hadis Nabi dengan sanad sampai ke Rasulullah S.a.w , Alhamdulillah
Akhir kata, sebagaimana segala masalah agama boleh diselesaikan dengan merujuk kitab, muda mudahan untuk kita orang melayu, bila ada masalah, sepatutnya boleh juga di rujuk kepada kitab atau buku, tak perlu gadoh gadoh pendapat saya ni lebih betul, pendapat awak lebih salah dan sebagainya.
Dah tengok filem Twilight?, Bella Swan korang kutuk gadis tu bodoh sebab buat tindakan bodoh remaja perasan cantik, tapi bila Bella Swan ada masalah, bodoh-bodoh beliau pun pergi rujuk perpustakaan untuk rujuk buku bertajuk Quileute legends yang cerita tentang asal usul puntianak, tapi cuba tengok cerita Hantu kita bila ada masalah, ada nak pergi perpustakaan rujuk buku?, biasanya jumpa bomoh, dan bomoh pulak tak rujuk buku jugak, bomoh tu baca jampi dan minta korang cari ayam hitam.
Jadi, kepada korang yang ada pengalaman tangkap hantu, sila tulis buku, dokumentasikan elok elok, dan korang yang lain, tak kira apa bidang kemahiran korang, ambiklah masa untuk mendokumentasikan ilmu korang, mungkin tak menarik, tapi akan datang, ilmu yang bermanfaat tetap memberi pahala dalam kubur, walau mayat telah lama di mamah ulat. Andai korang mahu mengerti.
Tak tahu tulis buku sebab tak dapat A Bahasa melayu dalam SPM?
Korang tahu tak Hamka Keretamayat SPM tak kredit Bahasa melayu, tapi boleh jer beliau tulis buku laku giler sampai dah ada 13 judul tajuk pelbagai cerita, ada kisah dajjal, kisah cinta, kisah rumah tangga, kisah agama, kisah anak Oku, kisah mengawan membiak, dan kisah hantu pun ada, ha ha!. Tapi bukan kisah hantu biasa biasa, siap rujuk kitab bila nak lawan hantu. Ha ha.
Yang penting, korang Jangan takut salah tulis, sebab jika takut salah tulis, nanti tak ada orang tahu salah anda dan matilah anda bersama ilmu yang salah. Tulislah supaya orang boleh tegur salah kita, atau kita boleh tegur salah orang atau paling kurangpun tegur salah diri sendiri, tertakluk pada mana mana yang tak salah-woha!
Terima kasih kepada semua penulis buku, semua penyimpan buku dan semua yang hargai buku.
Saya kagum dari jauh!
Woha!
Ps: Buku saya masih ada stok, semua ini akan jadi kenangan, terima kasih sudi baca buku saya dan selamat membeli belah di halaman kereta mayat!
gundam murah 在 Padu Beb Facebook 的最讚貼文
Serious aku rasa macam taknak balik je bila dah sampai dekat DiverCity Tokyo Plaza ni. Lagi-lagi kalau masuk The Gundam Base.
Siapa yang kaki Gunpla tu confirm datang sini sanggup habiskan ribuan ringgit sebab harga di sini murah berbanding di tempat lain.
Jom beli KERENGGA CHOCOLATE SHAKE kat sini - http://www.wasap.my/60186610104/kerenggapadubeb
Jom signup Airbnb kat sini : https://www.airbnb.com/c/mohdsufiana2?currency=MYR
#PaduBebTravel #Gundam #Gunpla #Kerengga
gundam murah 在 Gundam Murah | Facebook 的推薦與評價
Gundam Murah is on Facebook. Join Facebook to connect with Gundam Murah and others you may know. Facebook gives people the power to share and makes the... ... <看更多>