Nyumms korang dah cuba ke 3 flavour baru ni?
Pandan, Gula melaka dan ros bandung. Antara ketiga2 nya cik iena suka minum Nescafe Gula Melaka.
Kuih traditional dari @nyonyalab ni pun sedap tau. Iena suka semua kuih dia rasa tak cukup sepinggan hehe🥰🥰
Utk pengetahuan Bersempena Bulan Kopi Antarabangsa tahun ini,
NESCAFÉ®️ bakal menyambut secara besar-besaran dengan menganjurkan
“Peraduan NESCAFÉ®️ – Vibe Kopi” melalui aplikasi WhatsApp.
Hadiah terkumpul bernilai hampir RM290,000.00 utk dimenangi melalui peraduan
hebat ini, termasuklah 18x motosikal Honda Vario 150 Repsol!
Peraduan ini berlangsung dari 6 September - 7 November 2021.
Bertemakan “Vibe Kopi” (Suasana Kopi), NESCAFÉ®️
Jom sertai contest ini.
langkah-langkah utk sertai
Langkah 1 : Beli mana-mana produk NESCAFÉ®️ Tin/Botol/Cawan dengan nilai
terkumpul sebanyak RM6 dalam satu resit asal dari mana-mana peruncit
terlibat (di kedai atau dalam talian).
Langkah 2 : Tuliskan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di muka depan
resit dan hantarkan gambar resit yang JELAS memaparkan jumlah amaun resit
tersebut ke talian WhatsApp penganjur: 018-388 0070. Kesemua penyertaan
hanya akan diterima melalui WhatsApp sahaja.
Hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi adalah:
Hadiah Utama x 18
👉Motosikal HONDA Vario 150 Repsol (2 pemenang mingguan x 9 minggu)
Hadiah Pertama x 18
👉Konsol PS 5 (2 pemenang mingguan x 9 minggu)
Hadiah Kedua x 18
👉Komputer riba Dell Inspiron 15 (2 pemenang mingguan x 9 minggu)
Hadiah Saguhati x 270
👉RM 50 kredit e-dompet Touch ‘n GO (30 pemenang mingguan x 9 minggu)
PELBAGAI HADIAH TAMBAHAN UNTUK DIMENANGI DARI 7-ELEVEN DAN LOTUS
Para peserta yang membuat pembelian mereka dari 7-ELEVEN dan LOTUS juga akan
berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah tambahan yang terdiri daripada
Kerusi Gaming TT-Racing dan konsol Nintendo Switch
#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #lifestyleblogger #foodblogger #foodie #foodporn #kakimakan #sukamakan #nescafe
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH ? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10 Link Shopee » https://shopee.com.my/rasaku...
gambar botol 在 Facebook 的最佳解答
Assalamualaikum, lepak santai depan tv, berkelah atau travel dalam kereta best juga layan kudapan terbaru ni. Jom sambar cepat "SERINA FUN NUTS" Ada pelbagai kekacang yg sedap dan berkhasiat, ada kuaci dan kismis jumbo juga! Barulah segar biji mata kan! 🤩, Kalau nak bagi as gift kami akan letak riben yg comel mcm dalam gambar tu ok.
1 Botol HARGA: RM37-500Gram.
ORDER: 0166919156 Serina juga nak open Agen sesiapa berminat nak buat duit poket. Mudah je jual kudapan ni tau! Jom share rezeki sama sama..Share kan post ni ya.😘
gambar botol 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
“Hoarding Disorder,Suka Menyimpan Barang Lama Sehingga Menjadi Sampah.”
“Jangan buang barang tu,simpan dulu dalam almari,boleh baiki lagi tu.Nanti esok lusa boleh guna semula.”
Sikap menyimpan barang yang sudah rosak dan lama mungkin dianggap biasa jika dilihat secara mata kasar.
Tetapi tanpa kita sedar orang yang mempunyai perangai ini sebenarnya secara tidak langsung terlibat dengan masalah psikologi.
“Nampak seperti normal dan hidup seperti orang biasa,tetapi hakikatnya mereka tidak normal.”
Mungkin juga kita sendiri melakukannya tanpa kita sedar.
Di dalam buku “Diagnostic and Statistics Manual of Mental Disorders ataupun dikenali sebagai DSM 5” menyatakan bahawa orang yang suka menyimpan barang-barang lama boleh didiagnos dengan simptom “Hoarding Disorder.”
Orang yang suka menyimpan peti ais lama,kipas yang sudah rosak,kotak kasut,koleksi pinggan mangkuk yang sudah pecah,bahkan sehingga mengumpul botol mineral sehingga penuh satu almari adalah contoh orang yang mempunyai simptom “Hoarding Disorder.”
“Jangan buang kipas tu,tu barang peninggalan arwah nenek mak dulu.Nanti mak hantar kedai baiki balik.”
Sudahnya,hari makin hari,sehingga setahun dua kipas tersebut masih disimpan,tidak dibaiki langsung.Guna pun tak pernah sebab dah rosak teruk!
Di antara tanda seseorang memiliki simptom “Hoarding Disorder” ialah:
1.Suka menyimpan barang yang sudah rosak sehingga rumah kelihatan bersepah dan tiada ruang yang selesa.
2.Menganggap barang yang disimpan mempunyai nilai sentimental dan boleh digunakan pada masa akan datang.
3.Mudah marah dan melenting jika barang yang disimpan telah dibuang secara senyap tanpa pengetahuan mereka sehingga boleh bawa kepada pergaduhan.
4.Sukar untuk membuat keputusan dan susah untuk merancang dan melaksanakan sesuatu perkara.
Oh ya,perlu diingat “Hoarding Disorder” ini tidak sama dengan geng-geng “Collector”.
“Collector” hanya megumpul barang yang spesifik untuk disimpan sebagai koleksi manakala “Hoarding Disorder” menyimpan semua benda sehingga serabut satu rumah.Haa
Kalau anda ternampak kenalan atau ahli keluarga anda mempunyai sikap seperti ini,lebih baik tegur daripada awal.
Jangan rumah dah bersepah baru nak tegur,nanti lama-lama dah jadi habit,lagi susah nak ubah.
Kita betulkan apa yang perlu diperbetulkan.
“Benda ini nampak kecil,tetapi kesannya sangat besar jika tidak dibendung.”
Ubah lah segera.
Gambar adalah sekadar hiasan.
Follow, set see first saya untuk tips asas kewangan,psikologi dan motivasi santai.
Kredit : Aidil Adha
gambar botol 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10
Link Shopee » https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
? Langkah 2: Screenshot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
? Langkah 3: Like dan DM Resit Pembelian ke Facebook Rasaku
Link Facebook » https://www.facebook.com/rasaku.my
10 orang pemenang bertuah akan dipilih dalam setiap episod.
Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok Di Dapur Fendi, yang dibawakan oleh Rasaku, Rasa Yang Ku Rindu. Dalam episod lepas, Fendi dah pun tunjuk cara-cara membuat Tomyam Masak Lemak dan juga Paprik Ayam, tak lengkap lah hidangan makan malam kita kalau tak ada sayur-sayuran. Haaa jom tengok macam mana cara mudah buat Kerabu Taugeh & Kerang tak sampai 5 minit pun!
Bahan-bahan untuk Kerabu Taugeh & Kerang:-
1/2 kilo taugeh
1 kilo kerang
3 sudu santan pekat Rasaku
1 sudu kerisik Rasaku
Garam
Gula
Bahan-bahan untuk Sambal Belacan:-
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili padi
5 batang kacang botol
1/2 potong belacan
Air secukupnya
*Kisar kasar dan jangan terlalu halus
Cara-cara membuat Kerabu Taugeh & Kerang:-
Bersih dan rebuskan kerang dalam 5 ke 7 minit.
Rebuskan taugeh kedalam air panas dalam 5 saat.
Potong semua kacang botong dengan potongan serong.
Potong hirisan bawang besar, cili merah dan cili padi untuk hiasan.
Cara penyediaan:-
Letakkan kacang botol, taugeh dan kerang yang sudah direbus diatas pinggan. Kemudian masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Tuangkan kesemua sambal belacan (bahan yang telah dikisar). Masukkan santan pekat rasaku dan kacau sehingga semua bahan sebati. Akhir sekali tambahkan kerisik dan hidangan Kerabu Taugeh & Kerang dah pun siap!
Jangan lupa cuba dan tag kami di Facebook atau Instagram @destinasitv. Jumpa lagi di episod seterusnya..
#destinasitv #resepitok #kerabutaugeh #resepimudah #rasaku
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
gambar botol 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的精選貼文
Jika korang rasa kerja korang sukar dan tak best, tengoklah video saya daki gunung Kinabalu ini, dan korang tengoklah geng maling gunung dan portal yang kerjanya angkat barang naik atas gunung.
Rezeki mereka ada dalam gravity, insaf tengok betapa rajin dan kuatnya mereka cari rezeki halal.
Sebelum ni ada orang tanya:
Kau naik gunung Kinabalu tinggi-tinggi apa kau dapat Hamka?
"Dapat ambik gambar"
Woha!
Maka oleh sebab dapat ambik gambar, maka jangan bosan jika Nampak wajah saya hamper 50 peratus dalam video ini, memang betul betul ambik gambar.
Bagi yang malas nak tonton, saya ringkaskan kisahnya iaitu pada 30 November 2018 yang lepas. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat saya daki gunung tertinggi di Malaysia.
Kami team 5 orang, Lyn dari KL, Rizuan dan Rusy dari Perak, dan saya dari Terengganu, ada sorang lagi kawan Izuan, kemalangan motor patah tangan tak boleh nak join.
Jadi kami berempat di pimpin oleh Maling Gunung encik Wainer bin Jupinis, selamba dia daki gunung pakai seluar jeans. Kagum dari dekat.
Jarak dari bawah ke puncak adalah 9km, dan setiap satu km ada pondok rehat, ada tandas dan ada punca air, jadi tak perlu bawa air dari bawah, boleh top up di pondok.
Dalam perjalanan kita boleh jumpa pelancong dari luar negara, Ada Green Lantern, ada awek korea dan ramai lagi, sempat saya update kisah kamen rider terkini dari pelancong jepun, kah kah kah!
Kita naik pagi, sarapan kat bawah nasi lemak, Dan bila tengah hari, kitaorang berhenti makan mee segera, dan teruskan perjalanan.
Beberapa km kemudian, kami sampai ke hotel di panalaban, makan sedap, tapi air takde, adohai.., kena bayar asing. Adohai…
Lepas makan, terus jamak zohor dan asar, lepas tu cuaca gelap, terus jamak magrib dan isyak, dan terus tidur sampai jam satu pagi, lepas tu sahur dulu dekat hotel jam 2 pagi, sebelum sabung mendaki lagi 3km.
Sejok dan penat, tapi memang kena naik jam 2 pagi sebab waktu ni atas gunung kinabalu tiada awan, dan kami kena sampai sebelum subuh di puncak.
Waktu ni salah sorang dari kumpulan kami tewan, Cik Lyn dari KL ada masalah pernafasan, kena rehat di dorm, jadi tinggal kami bertiga terus mendaki.
Dan Alhamdulilah, ikut arah bintang, dapat solat di puncak kinabalu dan sempat lepak sebelum tiba waktu dhuha.
Pemandangan sungguh cantik, tengok dari jauh pun dah cantic, apatah lagi dari dekat, Subhanallah.
Waktu turun ada hujan sekejap, batu jadi licin, kena pegang tali kuat kuat, alhamdulliah, hujan sekejap sahaja, dan terus turun dalam keadaan cuaca cerah.
Sampai hotel di Lapanrata, makan lagi sekali, dan terus turun sampai bawah, 6km kemudian, akhirnya tiba ke bawah.
Panjang nak cerita, boleh tengok video, manapun kita pergi, solat jangan lupa, untuk itu, boleh bawa botol spray kecil untuk mudahkan wudhu di puncak gunung sebab tiba waktu subuh,. Sesungguhnya, Bersujudlah kamu wahai manusia walaupun ditempat paling tinggi di dunia kerana Syurga itu sangat tinggi.
Tapi jika tak solat, dan tiba tiba tergelincir di lereng gunung, bukan terus masuk lurah Kinabalu, tapi terus ke lurah Neraka.
Nauzubillah.
OK, terima kasih sudi menonton, jumpa lagi di lain video.
Woha!