Menjaga Anak Saudara Farwah di KPJ Shah Alam
Pagi ini, saya mengambil kesempatan untuk menemani anak saudara saya Farwah Ahmad Fahmi di wad beliau. Ummi beliau terpaksa pulang sekejap ke Seberang Prai di pagi ini kerana urusan tertentu tapi akan patah balik malam ni ke KPJ Shah Alam. Satu perjalanan hebat dalam tempuh 24 jam.
Sebelah malam ni iaitu sebelum tengah malam, isteri saya pula akan menganti tempat saya menemani Farwah. Farwah masih lagi lemah. Pembedahan sepanjang 10 inci (22.5 cm) pastinya berbisa dan menyakitkan. Walaupun kesakitan, beliau asyik bersembang dengan saya khususnya tentang pengalaman beliau belajar di Sudan. Macam2 cerita yang dikongsikan.
Bukan senang juga kami ada masa berbual sebab masing2 sebuk dengan urusan masing2. Namun dalam sebuah bilik kecil di wad hospital, kami mempunyai masa yang banyak. Banyak yang kami bualkan. Saya teringat masa saya masih belajar di Kuwait dalam lingkungan umur beliau. Melihat apa yang dibualkan oleh beliau, ia sama seperti cara fikir dan cara cakap saya mungkin 30 tahun lepas.
Semua orang dalam keluarga ingin lihat Farwah sihat semula secepat mungkin setelah beberapa siri perubatan yang tersasar di masa lepas. Semoga kali ini cara dan pendekatan perubatan tepat dan berkesan.
Saya juga ambil kesempatan ini untuk galakkan beliau bermimpi menyambung pengajian beliau nanti di Doha di peringkat Master. InsyaAllah, beliau ada bakat dan passion yang tinggi. Sejak berumur 12 tahun lagi, beliau sudah mula belajar di luar negara di Pesenteran di Indonesia (Surabaya). Kalau beliau sudah mampu berada di luar negara pada usia 12 tahun jauh dari keluarga, sudah pasti beliau mampu melangkah lagi ke hadapan dengan izin Allah.
Buat masa sekarang, beliau perlu berehat sebanyak mungkin (6 minggu) dan mengharapkan doa sekelian ahli keluarga dan rakan serta teman. Marilah kita berdoa kepada beliau dan sekelian saudara Muslimin dan Muslimat yang ditimpa musibah kesakitan di bulan Ramadhan ini. Allahummashfi mardha' al-muslimin.
MDB/ Pak Uda
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...