Ala.. makan apa eh ? Lapar ni ? Maka makanlah yang bukan bukan dan bertinggi kalori. Pastu bising 'gemuk' dah sedangkan ketika ada pilihan untuk makan , kita sendiri yang memilih makanan yang begitu !
Tak kira waktu... tak kira masa ! Bukan takda pilihan makanan tapi lebih pada nak makan sesuatu yang membuka selera dan paling penting, sedap ! Bab kalori , bab khasiat tu.. nombor 2 dan 3. Yang penting , perut penuh dan kembali bertenaga. Kan kan ?
同時也有38部Youtube影片,追蹤數超過19萬的網紅Azie Kitchen,也在其Youtube影片中提到,Antara banyak banyak makanan pasta yang digemari oleh rakyat Malaysia ialah spaghetti ala Bolognese. Begitu juga keluarga saya. Saya sediakan sos Bo...
bukan begitu 在 Facebook 的精選貼文
Apa perkataan paling sesuai untuk rezeki dalam Bahasa English!?
Ada yang cakap, wealth, luck, health, fate. Blessings, sustenance, property, means of living, livelihood, income, subsistence, sustenance, food, nourishment, good fortune… etc..
Tapi semua tu mempunyai maksud berbeza.
Kita orang melayu memang guna perkataan REZEKI pinjam dari Bahasa arab sebab Rezeki ni ianya ada kaitan dengan Ketuhanan.
Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, anak yang ramai adalah rezeki, hati yang tenang adalah rezeki, muka tak hensem tapi mampu bahagia adalah rezeki yang mana semua oitu automatic terus otak kita kaitan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi.
Mungkin sebab itu ada kajian kes bunuh diri banyak berlaku pada orang yang tidak beragama kerana mereka tidak faham konsep rezeki, dan sudah tentu ada juga kes bunuh diri pada orang beragama yang salah faham konsep rezeki.
Sebab konsep rezeki adalah berdamai dengan takdir, semua Allah dah set from the top, Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, atau GAGAL mencapai sesuatu, maka mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress hingga memilih untuk mati.
Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.
Bila kita di buli, Alah sedang uji saya, ini rezeki saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal.
Bila kita putus cinta, ini rezeki saya, ingatlah semua orang akan mati, mencintai Nabi, maka Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmatnya lebih besar dari dicintai semua bidadari.
Bila kita gagal dalam apa jua bidang, ini rezeki kita, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.
Jangan pernah sedih lihat rezeki orang, itu rezeki mereka, semua orang ada rezeki tersendiri..
Sungguh ter Kadang manusia selalu bersedih kerana Allah belum bagi rezeki yang diminta.. Tapi kita lupa bahawa masih banyak rezeki yang baik pada kita, Allah belum ambil..
Akhir kata, Cintailah Pemberi Rezeki lebih dari Rezeki maka Rezeki tak di sangka sangka akan mengalir sampai syurga dan Di syurga, Bertemu Pencipta Rezeki adalah Rezeki terbesar dari segala Rezeki.
Semoga rezeki kita sampai syurga!
Woha!
bukan begitu 在 Facebook 的最佳解答
Semua orang ada buat silap.
Alkisahnya.. Hamka keretamayat ditegur kesalahannya, dan beliaupun tersenyum..
Soalan pembaca:
Asalamualaikum abang keretamayat,
Saya telah membaca buku kisah anak Autisme anda yang berjudul Kerana Dia Anak Syurga.
Maaf jikalau ini akan membuatkan abang terasa hati , saya cuma mahu menyatakan dalam petikan m/s 66 ada satu pernyataan ayat "Nauzubillah" maaf ye saya nak menegur sebaiknya menulis NAUZUBILLAHMINZALIK hendaklah menghabiskan begitu agar ayat yang disampaikan sama maksud dengannya maaf jikalau encik terasa saya ini agak hipokrit tetapi saya juga manusia biasa. Maaf jika saya pun tersalah dan terkasar di sini niat untuk menegur sahaja.Tapi setakat ini penulisan dan mesej sangat memberi kesan yang positif kepada saya.
Jawapan penulis:
Waalaikumusalam
Saya tidak terasa hati dan saya sangat gembira jika ada yang sudi menegur saya, sebab antara niat saya menulis adalah:
"Saya menulis agar jika ada yang saya tulis itu salah maka akan ada orang tahu salah saya dan sempat tegur saya sebelum saya mati dan dapatlah saya perbetulkan salah saya sebelum mati, tapi jika saya tidak tulis kerana takut salah, maka tiada orang yang tahu salah saya dan sayapun tidak tahu apa salah saya dan matilah saya dalam kefahaman yang salah, sebab itu suka saya pesan kepada mereka yang mahu menulis, jangan takut salah tulis! tapi jangan tulis benda salah, tulislah apa yang betul namun kerana kajahilan diri kita mungkin ada yang kita tidak tahu itu salah namun setelah ditulis, barulah orang lain akan tahu salah kita dan dapat kita diperbetulkan"
Jadi terima kasih dan tahniah kepada Tuan kerana menegur saya, namun setelah saya menyemak carian NAUZUBILLAH di Halaman Dewan bahasa dan Pustaka, maka jawapan DBP:
Maklumat Kata: Kamus Bahasa Melayu
Carian: nauzubillah
[na.Öu.zu.bil.lah] | نعوذبالله
Definisi : , nauzubillahi : kita berlindung dengan bantuan Allah (mudah-mudahan Allah melindungi kita). (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)
Maka dari carian ini, saya dan sesiapa sahaja tidak salah menggunakan ayat separuh nauzubillah.
Pada pendapat saya kekeliruan timbul bila kita tersalah tafsir Bahasa arab. Sebab ada yang mentafsir: "Nauzubillah" tu bermaksud “Moga Dijauhkan Daripada Allah”. Jadi kena tulis penuh "Nauzubillahiminzalik" yang membawa maksud “Moga dijauhkan daripada Allah daripada perkara tersebut”. Sebab jika tulis separuh takut nanti termakbul permintaan kita tu konon kita nak jauh dari Allah.
Tak betul tu tafsir macam tu.
Okey, mari belajar Bahasa arab:
Min=Dari,
Bil=Dengan,
Maka, nauzubillah bermaksud : kita berlindung DENGAN bantuan Allah, bukan kita berlindung DARI Bantuan Allah.
Rujuk ayat "Aku berlindung DARI Godaan Syaitan", ada MIN kat ditu, Bukan BIL.
Maka dalam kes ini, maaf anda di terima dan saya pula minta maaf kerana menegur anda bahawa anda salah dalam memahami bahasa arab.
Semoga kita semua selamat dari azab api neraka.
Nauzubillah.
Woha!
Ps: Bagi yang belum tahu, Buku Kerana Dia Anak Syurga ini di tulis oleh saya yang ada anak OKU autisme dan turut bersama 12 penulis yang ada anak OKU, Bapa OKU, diri sendiri OKU dan pelbagai kisah ketabahan hati dan bagaimana dari medan ujian bertukar menjadi medan kesyukuran.
Nak beli? boleh kunjungi kedai buku atau rujuk wasap di ruang komen.
Woha!
bukan begitu 在 Azie Kitchen Youtube 的最讚貼文
Antara banyak banyak makanan pasta yang digemari oleh rakyat Malaysia ialah spaghetti ala Bolognese. Begitu juga keluarga saya.
Saya sediakan sos Bolognese dari awal. Bukan menggunakan sos dalam botol tu. Jadi lebih jimat dan penting lebih sedap.
Masukkan juga kiub pati daging Knorr untuk melengkapkan rasa dan perisa daging dalam sos Bolognese. Haa sedap seperti makan di restoran mewah tau.
Jom lah pakat pakat buat spaghetti ala Bolognese ni. Sekali sekala tukar selera, berbuka dengan pasta pula. Salin resipi dari video ini. Jangan lupa like, komen dan share video ini.
#KnorrMaBaharu
#RamadanBersamaKnorr
#KiubDagingKnorr
#KnorrAje
#KnorrMalaysia
#videoaziekitchen
#resepiaziekitchen
#30hari30resipi
bukan begitu 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Spekulasi perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz, akhirnya terjawab apabila pasangan kontroversi itu akan disatukan dalam ikatan suami isteri, pagi ini. Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.
Biarpun mengikut rutin norma baharu, majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz ala kayangan bertema putih itu dihadiri 200 tetamu ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.
Biarpun Neelofa, mahupun PU Riz masih belum membuka mulut mengenai perkahwinan, namun sumber terdekat mengesahkan pasangan itu akan bernikah dalam satu majlis tertutup, pagi ini. #NEELOFA #PURIZ
Sumber memberitahu, majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.
“Ya, Neelofa dan PU Riz akan diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pagi ini. Bagaimanapun, ia dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” kata sumber.
Tinjauan dalam akaun Instagram (IG), @lofapage, sebuah video istimewa Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannya dimuat naik, semalam.
Biarpun tidak menyebut nama PU Riz, namun video yang memaparkan gelagat Neelofa disisi bekas peserta program Pencetus Ummah itu dipercayai dituju kepada bakal suaminya itu.
“Saya banyak berdoa soal jodoh. Ada satu masa, saya menulis doa saya.
“Saya bukan hanya mahu lelaki yang boleh membahagiakan saya tetapi memberikakan kebaikan dan membimbing orang sekeliling. Itu sudah cukup membuatkan saya gembira.
“Saya ada banyak mata yang memandang. Ramai menjadikan saya sebagai ikon. Hinggakan siapa pasangan hidup saya akan memberi impak sangat besar kepada orang ramai,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, setiap wanita mengimpikan lelaki beriman, begitu juga dirinya.
“Selain beriman, saya mahukan lelaki berilmu, beramal, bijak, rajin dan bertanggungjawab.
“Itu antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk mencari calon suami. Apabila bersama lelaki beriman dan bertanggungjawab, saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik.
“Sebab itulah, saya sangat tekankan berkahwin dengan orang yang mempunyai ilmu agama,” katanya.
Kisah perkahwinan Neelofa dan PU Riz mencuri perhatian sebuah entri video menerusi akaun sama memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.
Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.
Selain itu, inai dijari menjadi petunjuk baharu mengenai teka-teki tarikh Neelofa dan PU Riz. Gambaran jelas dilihat dalam satu perkongsian menerusi IG Story Neelofa ketika mempromosikan satu produk makanan.
Menguatkan dakwaan apabila beberapa gambar rakan baik sedang bersiap dalam bilik Neelofa dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.
Berdasarkan komen, ia adalah majlis berinai yang diadakan secara tertutup di kediaman Neelofa pada Rabu lalu.
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
bukan begitu 在 NK Studio Youtube 的最讚貼文
Sebagai suami memang kadang-kadang tak tahan dengan kerenah isteri, Tapi itulah lumrah di alam perkahwinan. Perempuan ni mmg sifat dia begitu. Apa yang si Suami tahu hanya nak tengok si isteri ceria, tenang dan tiada masalah. Di situlah wujudnya pengorbanan bukan? Persoalannya, Sanggup kah kita berkorban sebesar-besar pengorbanan?
Selamat Menonton #SekadarLakonanDanHiburan
Arahan :
@naszkenyang
https://instagram.com/naszkenyang?igshid=1d7pl3whyx4t1
Crew:
@omarnxjmi
https://instagram.com/omarnxjmi?igshid=1dapgthjkafii
@fardtinted_
https://instagram.com/fardtinted_?igshid=ks6jcx1wtejc
TALENT :
@szbma_
https://instagram.com/szbma_?igshid=754x77kkfs3c
@babycopea
https://instagram.com/babycopea?igshid=13xjez17p8kez
Credit Lagu Pulang cover by FatinAfeefa :
https://www.youtube.com/watch?v=JheGWdqMXuo