MACAM MANA LAH DIORANG NAK SERVIVE!
.
Itulah yg terlintas dlm kepala sya bila melihat sendiri betapa teruknya Temerloh Pahang dilanda musibah banjir tambah lagi semua orang terkesan dengan pandemik covid-19 ni.Sedikit coretan dari sya tentang perjalanan TeamFOC dan FizoandFriends ke misi bantuan mangsa banjir di Temerloh pada Sabtu 9 Jan 2021.
#teamFOC disertai bersama 20 orang crew memulakan perjalanan kami dari Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi. Punyala taknak sampai lambat ke Temerloh, sy dan crew tak sempat pun nak breakfast dan hanya berbekalkan roti je. Sebelum bertolak, sy terlebih dahulu brief team dan crew semua tentang SOP dan kawasan mana yg boleh kita pergi. Alhamdulillah hujan renyai je masatu dan kami semua tiba di Temerloh selepas 2 jam dan dalam perjalanan tu boleh nampak air ada yg sedikit surut, rumah pun banyak jugak yg tenggelam dan ada jalan yg dilimpahi air.
Setibanya di Kerdau, kami dibawa oleh penghulu kampung untuk ke Kawasan pedalaman orang asli yg terputus hubungan utk mendapatkan bekalan makanan. Perjalanan yg agak mencabar juga utk sampai ke sana kerana agak jauh dengan jalan berlopak, berselut dgn licinnya lagi sebab hujan tak berhenti. Sepanjang perjalanan ke sana, perasaan sy masatu memang sedih sangat tengok dgn keadaan penduduk sekeliling dan membuatkan sy rasa bersyukur sgt dgn rezeki Allah dan kali ni Allah berikan sy peluang utk berkongsi rezeki dgn mangsa-mangsa banjir. Tak dapat sy bayangkan bagaimana keadaan mereka yg tersekat kat dalam sana. Disebabkan bot yg terhad dan paras air yg tinggi, sy dan crew tak dapat nak masuk ke dalam utk menghulurkan sumbangan ini dan kami cuma mampu mengagihkan ke dalam bot sahaja.
Perjalanan diteruskan utk ke kawasan yg lain dan di dalam perjalanan, paras air memang dah naik sampai melimpah ke jalan utama dan kami memang tiada pilihan selain utk redah je. Rasa macam bawak kereta dalam sungai je masa tu. Risau jugak la kalau tiba-tiba engin kereta rosak ke apa, tetapi Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja dan segalanya dipermudahkan. Kalini, Alhamdulillah sy dan beberapa org crew diberi peluang utk menaiki bot utk agihkan sumbangan dan dalam perjalanan tu sy lihat rumah-rumah tinggal bumbung je yg tak tenggelam. Boleh katakan memang total lost lah! Eh memang tak boleh nak bayangkanlah macam mana penduduk semua nak bersihkan balik rumah-rumah mereka tu nanti. Semoga semuanya dipermudahkan, InshaAllah.
Sy memang targetkan utk masuk ke kawasan-kawasan yg memang terputus hubungan sahaja bagi penduduk utk dapatkan bekalan makanan atau keperluan yg lain, tetapi disebabkan banyak jalan yg tutup kerana air semakin tinggi, jadi sy beserta crew taknak ambil risiko yg mungkin membahayakan keselamatan kami semua. Jadi, kami cuma mampu pergi ke beberapa kawasan yg boleh dilalui sahaja iaitu sekitar Temerloh seperti Mentakab, Kerdau dan ke Chenor, Maran.
Untungnya perjalanan kami sangat dipermudahkan dengan bantuan penduduk-penduduk disana yg membawa kami utk ke kawasan lain yg ditenggelami air. Apa yg menarik perhatian sy adalah, ada dikalangan penduduk yg tidak lepaskan peluang utk mencari rezeki dengan menjual ikan hasil drp tangkapan sepanjang banjir ni. Fuhh besar-besar jugak ikan yg dorang jual tu! InshaAllah, sy juga bercadang utk lakukan misi pascabanjir dan kita akan lakukan lagi sekali kutipan derma bagi meringankan beban mangsa-mangsa yg terkesan dgn musibah banjir ini. Jika diberi peluang, mungkin kami akan fokuskan dgn memberi sumbangan seperti alatan utk cuci rumah, bahan asas makanan dan lain lain.
Selesai je pengagihan barang-barang sumbangan kpd mangsa-mangsa banjir lebih kurang jam 7 petang, sy dan crew terus bergerak balik ke Kuala Lumpur. Ribuan terima kasih sy ucapkan kepada semua fans dan sahabat-sahabat sy yg sudi menderma dan terlibat dalam misi bantuan banjir di Pahang. Jumlah keseluruhan yg kami terima dalam tempoh 2 hari sahaja adalah hampir RM50,000 termasuklah wang ringgit dan juga barangan. Sy rasa amat bersyukur kerana niat sy utk bantu mangsa-mangsa yg terlibat dalam musibah banjir ini dipermudahkan kerana kita banyak menerima sumbangan drp AuraWhite, Librese Malaysia, Minyak Masak Alif, Gardenia, Numee Gardenia dan juga Pasaraya CLC Semenyih untuk menjayakan misi bantuan mangsa banjir ini. Terima Kasih semua!
#misibantuanmangsabanjir
#prayforPahang
#teamFOC
#fizoandfriends
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Keindahan kampung Cherating terserlah dalam episod minggu ini. kami memulakan aktivi dengan menaiki bot dan melawat kawasan paya bakau di River Safar...
bot sungai pahang 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akhirnya menemui mayat Mohd Firdaus Mohamad Haniff yang juga seorang pengarah filem selepas bot fiber dinaiki karam di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari pada Sabtu.
Pengesahan turut dibuat ibu Allahyarham yang juga pelakon, Fauziah Nawi menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi.
Berita lanjut, layari http://www.astroawani.com/…/jenazah-pitt-hanif-sudah-ditemu…
bot sungai pahang 在 Syatilla Facebook 的最佳貼文
Allahu..Semoga urusan dipermudahkan
bot sungai pahang 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Keindahan kampung Cherating terserlah dalam episod minggu ini. kami memulakan aktivi dengan menaiki bot dan melawat kawasan paya bakau di River Safari Kelip Kelip. Menyelusur di muara menaiki bot sambil menikmati keindahan flora dan fauna
Seterusnya, kami diberi peluang untuk melawat pusat konservasi penyu di Pantai Geliga Kemaman, Terengganu. Dapatlah kami melihat anak penyu yang baru menetas dan melepaskan mereka ke laut. Comel sungguh!
Lokasi pun bersempadan sahaja dengan Cherating. 15 minit dari lokasi kami menetap.
Terima kasih kepada penaja lokasi dan aktiviti kami:
eRYA by SURIA Cherating, Pahang
LOKASI » https://bit.ly/35kfhm9
LAMAN WEB » https://bit.ly/2AYF45n
INSTAGRAM » https://bit.ly/2VxT2of
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO DESTINASI HJG MINGGU » https://bit.ly/2pcvmK9
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
HANGDHAMIN » https://www.instagram.com/hangdhamin/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT:
CAMERA OPERATOR » AMYDIAMNI
VIDEO EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv
