Drama ziarah menziarahi sebelum PKP.. semua ini menjadi kenamgan..
Alkisahnya.. satu hari Saya sempat duduk depan komputer, buka Microsoft word, dan menulis:
“Dunia adalah tempat...”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan datang rupanya, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteripun membancuh air minuman sambil saya membuka tabung kerepek.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topik menarik, perbualan sekitar mengemaskini harta masing-masing.
Apa kerja sekarang? Anak berapa ramai? Bini sudah tambah ke? Kenapa masih pakai kereta lama? Ada beli tanah tak? Ada buat kerja tambahan tak? Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update harta dunia itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis… “Dunia adalah tempat...”
Jari sayapun menari-nari di keyboard..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan lain pula datang menyinggah, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri kembali memperbaharui air minuman sambil saya membuka tin biskut jagung.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini kefahaman politik masing-masing.
Kau tahu tak Hamka?, siapa liwat MB? Kau tahu apa kaitan pembunuhan Datok X dengan parti Y? kau tahu kenapa PM rasuah sana? Kau tahu kenapa ada MB tak bangga jadi melayu? Kau tahu kenapa bonus hanyatak dapat?, sebenarnya duit tu, Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update isu politik itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis...
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang sekejap, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri saya membuka tin susu pekat manis yang baru lalu memperbaharui air minuman sambil saya menambah biskut keping.. tak lama hidangan keropok lekor pun bini turut hidangkan dan saya terus berborak dengan tetamu..
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini teknologi terkini.
Kau tahu tak Hamka?, Jepun sekarang sudah cipta alat X, Amarica pula cipta alat Y, Russia pula cipta alat Z, tapi Malaysia buat research entah apa-apa,
Agak menarik…,
Selepas tetamu yang suka update teknologi terkini itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang hantar barang, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri memperbaharui air minuman sambil saya menjemput mereka makan kuih apa yang ada.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar hiburan tanah air dan antarabangsa.
Kau tahu tak Hamka?, Filem X menurut rotten tomatoes 98 markah, kena tonton filem ini, menurut imdb pula filem ini markahnya 8.5/10, Bla bla bla..
Okey jugak sembang filem yang out of the box?
Selepas tetamu yang suka update movie itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis…
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan dapat menonton filem bermutu antarabangsa…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan tabligh pula datang ziarah, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteriku memperbaharui air minuman sambil saya menjemput mereka makan serdak kuih..
Tahu apa yang kami borakkan?
Satu isu yang menarik, bab akhirat, bab mayat, bab adab usul.., bab peristiwa akhir zaman, dan bab buku hamka keretamayat, Bla bla bla
Saya tak boring, korang boring tak? ..(saya sorang jerlah lelaki beriman diakhir zaman kononnya)
Selepas tetamu yang suka bercerita tentang agama itu pulang, saya kembali duduk depan computer Tekan Backspace banyak kali sehingga tiba ke permulaan ayat.
“Dunia adalah tempat…”
Dalam kepala saya tergambar apa yang saya borakkan dengan tetamu tadi, iaitu kisah manusia menyesal diakhirat lalu minta kepada Allah untuk kembali ke dunia tapi Allah tidak layan lalu mereka menangis sehingga keluar bijik mata.
Sayapun menyambung tulis pada paparan Microsoft word itu.
“Dunia adalah tempat untuk membina akhirat”.
Sayapun tekan butang 'X' pada bahagian atas sebelah kanan lalu Microsoft word bertanya pada saya dalam Bahasa English:-
“Do you want to save the changes to document1?”
Saya jawab, “yes” kerana saya setuju bahawa dunia adalah tempat untuk membina akhirat.
Sekian...
Ps: hidup menuju kematian, korang pula sedang menuju mayat, dan kereta mayat yang sentiasa menuju kubur, mungkin membelok kerumah korang, Selamat Membina Akhirat. Woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過0的網紅Epic MALAYSIA,也在其Youtube影片中提到,Biskut Coklat Cip | Simple & Delicious . Hi welcome to Khairul Aming Food Channel. Its all about foods! Here you can find the solution to never ending...
「biskut movie」的推薦目錄:
- 關於biskut movie 在 Facebook 的精選貼文
- 關於biskut movie 在 ROTIKAYA Facebook 的最佳解答
- 關於biskut movie 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於biskut movie 在 Epic MALAYSIA Youtube 的最佳解答
- 關於biskut movie 在 Biskut (Biskoth) 2021 New Released Hindi Dubbed Movie 的評價
- 關於biskut movie 在 Biskut (4K Ultra HD) 2021 New Released Hindi Dubbed Movie 的評價
- 關於biskut movie 在 Projapoti Biskut- A film by Anindya Chattopadhyay | Facebook 的評價
- 關於biskut movie 在 Mukhchora Gaan Lyrics - Projapoti Biskut - Shilpa Rao 的評價
biskut movie 在 ROTIKAYA Facebook 的最佳解答
Ingat lagi tak OREO Sandwich Ice Cream yang viral ni gang?? Rupanya dia viral bukan sebab biasa-biasa tau, tapi sebab aiskrim ni memang SEDAP! Sekali gigit memang terasa nikmatnya sampai termimpi-mimpi lah 💙
Paling perfect untuk dijadikan snek duduk di rumah sekarang, OREO Sandwich Ice Cream ni serious ONZ disebabkan keenakan biskut OREO yang lembut dan besar dengan aiskrim berkrim, ditambah pulak dengan cebisan biskut OREO dalam aiskrim tu fuhhh... memang BEST lah kalau makan sebagai snek sambil work from home, class from home, tengok movie & share bersama yang tersayang 🤩 Memang gabungan snek sempurna 💯 Makan satu je memang tak cukup! 🤤
Yang nak join kami beli, jom kita sama-sama buat stok duduk rumah tu! 🤣 Order online je kat Nestlé Ice Cream Official Store di Shopee & Lazada, nanti aiskrim akan terus dihantar sampai ke depan rumah 🚚🍦
Shopee: https://bit.ly/SHOPEEOREOSANDWICH
Lazada: https://bit.ly/LAZOREOSANDWICH
#OREOSandwichIceCream #NestleIceCream #DudukRumahMakanAiskrim
biskut movie 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Andhadhun 2018 (The blind melody)
Sebuah filem yang bagus adalah “begini situasinya”, kau mengantuk tapi tak boleh tidur, kau baring serba tak kena, tak tidur jugak, jadi kau plan buka TV nak tengok satu movie yang bosan agar mengantuk kau ada modal untuk terus tidur.
Kau pun buka filem ini, pelakon semua kau tak kenal kecuali Tabu. Bini kaupun bangun jugak tanya:
“Tengok filem apa tu?”
“Hindustan, nak tengok sekejap jer ni”
“Shah rukh Khan ke Amir Khan?”
“Dua dua takde, tapi Tabu ada ni..”
Bini pergi ke dapur dan kau tonton sorang sorang.
Mula mula kisah orang buta cari makan…, ok bosan, tapi layan sikit lagi.
Kemudian si buta tu terJumpa awek pulak, (Hindustan kan?) tak kan lah awek ni nak suka dengan si buta.., eh? Awek ni melayan pulak.. (Klise filem hindi)
Baru nak tutup movie, tiba tiba Bini datang bawa dua Teh panas dan biskut, lepas tu bini tanya watak tu siapa dan kenapa.
Sambil bini cicah biskut saya cerita yang si buta ni pandai main piano, terlanggar dengan awek ni tadi waktu lintas jalan, lepas tu kesian si awek ajaklah dating.
Nyam nyam.., bini makan biskut sambil dengar saya bercerita, saya pulak malas nak makan sebab malas nak gosok gigi sebab dah nak tidur.
Tapi jap, ada babak jiran ternampak sibuta ni rupanya pura pura buta, adohai kesian awek tu kena tipu. JIran tu siap ada bukti rakaman video hero ni tak buta…
Ok dah boleh tidur, cerita ni akan sekitar tu jer kot… nanti dah jatuh cinta bagai, kantoi tak buta, gaduh lepas tu baik balik, klise nak mampos.
Tapi saya nak kena teman bini makan biskut jap, enjoy makan biskut bersama bini lebih best sekarang ni,sekali ada adegan sibuta ternampak pembunuhan, tapi sebab dia buta maka pembunuh tak bunuh dia, esoknya si buta pergi balai polis nak laporkan pembunuhan, rupanya ketua polis tu adalah pembunuh tu. Aduhhhh.. best pulak.
Terus ambik biskut, cicah air dan tengok sampai habis. Kah kah kah!
Sangat best rupanya filem ni, dengan babak lari mulut harimau masuk mulut buaya keluar pulak lari masuk mulut naga. Sisi kejahatan dan tamak manusia dibongkar dengan penuh drama!
Dan ending filem ini sangat padu.
Tongkat si buta yang ada sisi arnab dan itik buatkan kita boleh berbeza pendapat tentang apa yang sebenarnya berlaku, hero ni kejap kita sangka dia pura pura buta, kejap lagi eh? Dia ni buta betul lah?, lepas tu, eh? Buta tipu ni, tapi last-last! Malas nak cerita, padu beb!
Bagi saya filem ini perfect! 10/10.
Tapi Puan bini ada sedikit kritikan tentang filem ini, katanya filem ini hanya layak dapat 8/10.
“kenapa?”
Sepatutnya, Polis jahat tu Amir khan berlakon, dan hero buta tu Shah Rukh Khan, baru 10/10!
Woha!
#hamkafilm
biskut movie 在 Epic MALAYSIA Youtube 的最佳解答
Biskut Coklat Cip | Simple & Delicious
.
Hi welcome to Khairul Aming Food Channel. Its all about foods! Here you can find the solution to never ending problem of preparing high quality delicious foods. With modern & simple cooking method, you surely melt down & love it.
.
We understand frustation in preparing Perfect dish which sometimes it end up not like what you dream of. Hence, we decided to Share to The World our simple & delicious cooking method trough this Youtube Channel. By refering to our video surely will help you prepare the same delicious Food as you see in our video!
.
Dont forget to SUBCRIBE to our channel & hit The Notification Bell so you wont miss out our new video.
.
Khairul Aming "Cook like BUJANG (single), Talk like a MAK CIK (aunty)"
.
No prejudice. All material (other than movie clips & music) owned by Rasapop PLT.
.
TQ
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/QiZ4o8e3O9M/hqdefault.jpg)
biskut movie 在 Biskut (4K Ultra HD) 2021 New Released Hindi Dubbed Movie 的推薦與評價
![影片讀取中](/images/youtube.png)
Movie :- Biskut (Biskoth) Starcast:- V Santhanam, Tara Alisha, Swathi Muppala, Sowcar Janaki Creative Producer:- Manish Shah Directed by:- R. ... <看更多>
biskut movie 在 Projapoti Biskut- A film by Anindya Chattopadhyay | Facebook 的推薦與評價
Projapoti Biskut- A film by Anindya Chattopadhyay. Serra Theater ... Presented by Nandita Roy and Shiboprosad Mukherjee, Projapoti… See more. Film. ... <看更多>
biskut movie 在 Biskut (Biskoth) 2021 New Released Hindi Dubbed Movie 的推薦與評價
Movie :- Biskut (Biskoth) Starcast:- V Santhanam, Tara Alisha, Swathi Muppala, Sowcar Janaki Creative Producer:- Manish Shah Directed by:- R. ... <看更多>