Pertama Kali Alyssa cover lagu Dalam Bahasa CINA. Hadiah ulang tahun buat jiejie @jestinna sempena bday jiejie Yang ke-21
Thank you abangn @adam_sang sudi jam dgn Alyssa & guide Alyssa untuk video ini. You're the best!
Nantikan Di YouTube jam 3 waktu Malaysia / jam 2 waktu Indonesia
Link : Https://xeno.link/alyssammf
同時也有4部Youtube影片,追蹤數超過1,320的網紅L&S Len & Sam's 印尼女孩 & 台灣男孩,也在其Youtube影片中提到,抖音在2020年間竄紅 許多印尼人也利用閒暇時間製作影片 我們來看看在台的印尼人是怎樣生活的 —————————————————————————— 不定期更新,所以請記得開啟YouTube🔔通知喔! Karena kami ga setiap saat upload video jadi jgn ...
「bahasa cina ke indonesia」的推薦目錄:
- 關於bahasa cina ke indonesia 在 Facebook 的精選貼文
- 關於bahasa cina ke indonesia 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
- 關於bahasa cina ke indonesia 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
- 關於bahasa cina ke indonesia 在 L&S Len & Sam's 印尼女孩 & 台灣男孩 Youtube 的最讚貼文
- 關於bahasa cina ke indonesia 在 L&S Len & Sam's 印尼女孩 & 台灣男孩 Youtube 的最佳解答
- 關於bahasa cina ke indonesia 在 L&S Len & Sam's 印尼女孩 & 台灣男孩 Youtube 的最佳貼文
bahasa cina ke indonesia 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Senarai Agama Yang Mengaku “Jelmaan Jesus Akhir Zaman” Di Malaysia
Banyak media yang menfokuskan kepada gerakkan ajaran sesat dalam Islam yang mana ada individu pernah mengaku sebagai imam Mahdi, rasul melayu dan sebagainya. Akan tetapi tahukah kita bahawa di Malaysia ini sudah banyak agama-agama baru yang mula masuk dan bertapak membawa ideologi yang hampir sama iaitu mengajar bahawa pimpinan mereka itu adalah jelmaan Jesus di akhir zaman.
Ini kerana di dalam Bible terdapat ayat yang mengatakan, pada akhir zaman Tuhan (Jesus) akan turun ke bumi buat kali kedua antaranya disebut dalam Matius 24: 44, Ibrani 10: 25, Wahyu 20: 22. Dari ayat tersebut maka ramai individu di dalam Kristian yang mendakwa diri mereka adalah Jesus kedatangan kedua di dunia. Jika mahu disenaraikan ia terlalu banyak, cuma saya akan fokuskan skop gerakkan yang telah masuk di Malaysia sahaja:
1) Unification Church (1954)- Korea Selatan
Unification Church adalah sebuah gerakkan agama dari Korea Selatan yang diasaskan oleh Sun Myung Moon. Sun Myung Moon mendakwa dirinya adalah jelmaan Adam ketiga dan Isterinya Hak Ja Han adalah Hawa ketiga. Mereka sinonim dengan gelaran Heavenly Parent atau True Parent untuk memberi restu dan keberkatan kepada pasangan suami isteri di dunia ini.
Sun Myung Moon juga mendakwa dirinya adalah Jesus akhir zaman untuk menyelesaikan tugas Jesus yang dahulu belum sempurna antaranya Jesus belum berkahwin dan tidak mampu memberi restu dan keberkatan (3 great blessing) kepada umat manusia. Maka tugas itu disempurnakan oleh beliau.
Ajaran Sun Myung Moon yang pernah mendakwa sering berutus surat dan berjumpa dengan nabi Muhammad, Jesus, Buddha, Kong Fu Tze, Musa dan pelbagai lagi, sebenarnya gerakkan ini sudah tiba di Malaysia sejak tahun 1996 lagi. Mereka memiliki badan-badan pertubuhan besar yang bertapak di Petaling Jaya dengan banyak melakukan program di atas nama kepimpinan dan keamanan. Seorang warga Korea Selatan yang sudah bertapak di Malaysia menjadi wakil Juru Penyelamat Antarabangsa Malaysia yang dilantik oleh Unification Church khusus untuk Malaysia. Gerakkan ini sudah memasuki dari segenap sektor, dari sekolah rendah, Universiti dan juga ke dalam pimpinan negara.
2) Providence Church (1980)- Korea Selatan
Providence Church adalah gerakkan agama baru dari Korea Selatan juga dan ia diasaskan oleh Joshua Jung Myung Seok. Jung Myung Seok merupakan bekas ahli Unification Church akhirnya keluar dan membuat aliran sendiri.
Joshua Jung mengisytiharkan bahawa dirinya adalah “Lord of the Second Coming" (Tuhan Kedatangan Kedua) seperti yang dilakukan oleh Sun Myung Moon. Kenyataannya bahawa seseorang harus "percaya kepada kata-katanya jika mahu selamat" jelas menunjukkan bahawa seseorang perlu menerima kata-katanya sebagai jalan demi menuju keselamatan.
Ajaran ini juga sudah tiba di Malaysia dan sudah ada blog yang mempromosi ajaran ini khusus di Malaysia. Akan tetapi gerakkan ini suram dan tidak aktif disebabkan Jung Myung Seok di tahan dalam penjara dan baru dibebaskan pada tahun lepas.
3) World Mission Society Church of God (1985)- Korea Selatan
Aliran World Mission Society Church of God ini diasaskan oleh seorang wanita yang bernama Jang Gil-jah. Ajaran ini juga berasal dari Korea Selatan yang mana mereka mendakwa Pastor Ahn Sahng-hong adalah Jesus kedatangan kedua. Manakala Jang Gil-jah pula adalah God The Mother.
World Mission Society Church of God (WMSCOG) tidak mempunyai kitab suci selain Bible. Mereka hanya memakai Bible yang digunapakai oleh Kristian Protestan pada hari ini. Mereka mendakwa bahawa semua dotrin di dalam WMSCOG adalah berasaskan kepada Bible dan ia perlu dilihat kepada kaedah tafsir yang dibawa oleh Kim Joo-cheol yang merupakan pastor tertinggi mereka.
WMSCOG mengenali Ahn sebagai “Christ Anh Sahng-hong”, sebagai kedatangan kedua Kristus, ia juga Tuhan Bapa dan dikenalpasti dengan Roh Kudus. Selain itu, WMSCOG juga percaya kepada konsep Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu, serta mendakwa bahawa kebenaran ini tersembunyi dalam penafsiran yang jelas di dalam Bible.
Gerakkan ini sudah berkembang pesat di seluruh dunia. Di Malaysia pernah timbul kontroversi di UniSZA Terengganu pada tahun 2017 berkenaan dakyah mereka di Universiti tersebut. Mereka berkembang di Kolej dan Universiti yang majoriti cina. Apabila pihak kami menghubungi pihak WMSCOG di Petaling Jaya mereka mengatakan memiliki 15 buah gereja di seluruh Malaysia.
4) The Church of Almighty God (1991)- China
Gerakkan Church of Almighty God ini juga merupakkan aliran baru yang mendakwa seorang wanita cina dari China adalah jelmaan Jesus akhir zaman. Pengasas kepada gerakkan ini adalah Zhao Weishan. Ramai yang mendakwa bahawa wanita misteri itu adalah isteri kepada Zhao Weishan yang bernama Yang Xiangbin.
The Church of Almighty God percaya bahawa tuhan yang maha kuasa adalah Jesus yang dikembalikan pada zaman kini dan dilahirkan di negara China, sebuah negara yang menurut mereka ia simbolik kepada masa kini tempat di mana Naga Merah jahat berada. Kisah berkenaan Naga Merah itu disebut dalam Perjanjian Baru, buku Wahyu. Naga Merah yang jahat itu disimbolikkan dengan Parti Komunis China dan di mana ia tempat kedatangan kedua Jesus.
Menurut kepercayaan The Church of Almighty God, sekarang ini adalah zaman umat manusia fasa ketiga iaitu zaman pemerintahan (kerajaan). Fasa pertama adalah Zaman Hukum yang mengikuti Perjanjian Lama (zaman nabi Musa). Manakala fasa kedua adalah Zaman Rahmat yang bermula dari kelahiran Jesus sehinggalah zaman sebelum lahirnya tuhan yang mahakuasa di China pada abad ke 20. Setelah itu zaman ketiga adalah zaman tuhan dari China akan membawa kepada zaman pemerintahan.
Gerakkan agama Church of Almighty God di Malaysia masih lagi berada di fasa awal. Mereka sudah memiliki wakil penghubung di Malaysia. Jika menghubungi wakil tersebut maka dia akan serahkan kepada individu lain yang akan membuat perjumpaan secara berkumpulan di tempat yang akan ditentukan dan di situ akan disampaikan ajaran keagamaan tersebut. Majoriti mereka adalah dari masyarakat cina.
Usaha mereka sangat besar dan meluas. Jika dikatakan mereka mahu menyebarkan agama ini kepada orang melayu, mereka sudah memiliki bahan yang sudah tersedia di dalam bahasa Indonesia yang memiliki banyak laman sesawang di dalam bahasa Indonesia. Penulisan artikel dan video sudah siap diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.
5) Church of Jesus Christ of Latter Day (1830)- USA
Mormon atau dikenali sebagai Church of Jesus Christ of Latter Day merupakan sebuah gerakkan keagamaan di USA yang diasaskan oleh Joseph Smith. Perkataan Mormon asalnya diambil daripada nama salah seorang rasul terdahulu yang diimani oleh penganut ajaran ini. Nama itu juga diberi bersempena kitab suci mereka iaitu Kitab Mormon. Berdasarkan nama tersebut agama mereka dinamakan sebagai Mormonisme.
Kes berkenaan dengan ajaran ini berlainan sedikit, Joseph Smith tidak mendakwa dirinya sebagai jelmaan Jesus kedua tetapi beliau mendakwa telah bertemu dengan Jesus dan John The Baptist secara jaga di US dan diberi mandat untuk menjadi rasul akhir zaman untuk membimbing umat Kristian akhir zaman.
Smith mendakwa beliau telah dikunjungi oleh malaikat Moroni dan beliau dikhabarkan tentang kewujudan kitab Mormon yang merupakan kitab suci tambahan selain Bible. Setelah itu Smith juga mendapat arahan daripada Tuhan menyuruhnya untuk mewujudkan semula gereja Kristian yang sebenar dan Kitab Mormon tersebut merupakan panduan dan cara-cara untuk mewujudkan doktrin yang betul untuk memulihkan gereja. Bagi Smith, gereja pada hari ini sudah menyeleweng dari ajaran Jesus yang asal. Mormon juga membawa kepercayaan yang bukan triniti tetapi tiga Tuhan. Iaitu Tuhan Bapa, Jesus dan Roh Kudus sebagai individu yang berasingan.
Aliran ini telah berkembang di seluruh dunia. Pada tahun 1977, dua orang misionari kanan mereka ke Malaysia. Mereka berusaha membina gereja LDS pertama di Malaysia di pinggir bandar Kuala Lumpur. Keanggotaan gereja mereka pada awalnya terdiri dari warga negara Amerika, Australia yang bekerja di negara ini dan juga masyarakat kaum Cina di Malaysia.
Setelah itu mereka juga telah membuka gerja mereka di Sabah dan Sarawak. Dan kini jumlah keahlian mereka telah mencecah 10,000 orang.[1] Mereka memiliki gereja di Malaysia antaranya berada di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.
Kesimpulan
Ajaran baru yang memiliki individu klaim dirinya sebagai jelmaan “Jesus akhir zaman” semakin merebak. Malah mereka sudah mensasarkan Malaysia untuk menyebarkan fahaman mereka. Walau mereka mendakwa diri mereka adalah dari Kristian tetapi ramai agamawan Kristian yang menentang aliran-aliran tersebut.
Selain dari cabang-cabang ini, kami juga memiliki hampir 30 buah lagi agama baru yang sudah ada di Malaysia. Jika sahabat-sahabat memiliki maklumat berkenaan dengan gerakkan ini maka bolehlah hubungi kami untuk berkongsikan maklumat.
--------------
[1] Lihat Bradford Hillam di laman sesawang The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, Newsroom, Facts and Statistics; Worldwide church; Asia; Malaysia - mormonnewsroom.org
R&D Team MRM
bahasa cina ke indonesia 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
Falun Dafa: Senaman Atau Agama?
Jika sahabat semua perasan, kini sudah berdiri beberapa Billboard yang mempromosi Falun Dafa di sekitar Selangor di atas nama kesihatan.
Falun Dafa atau Falun Gong adalah suatu konsep latihan kerohanian yang berupa suatu sistem latihan yang dapat memperbaiki moral, tubuh badan dan juga spiritual. Latihan itu seakan ada persamaan dengan Tai Chi yang dilakukan oleh orang Cina, cuma Falun Dafa memiliki konsep gerakan yang tersendiri. Mereka melakukan gerakan lembut dan juga bermeditasi. Melalui cara bernafas dan gerakan itu perlu dipatuhi mengikut tatacara yang telah digariskan. Ramai yang mendakwa apabila melakukan amalan Falun Dafa, penyakit mereka sembuh dan tubuh badan mereka sihat dan terhindar daripada penyakit.
Menjadi suatu kontroversi apabila penulis meletakkan Falun Dafa ini di dalam senarai agama-agama. Ini kerana penganut Falun Dafa selalu menafikan mereka adalah sebuah agama. Perbincangan gerakkan ini agak rumit untuk dirungkaikan mesej bawaannya.
Sejarah
Pengasas kepada ritual Falun Gong atau Falun Dafa ini ialah Li Hongzhi lahir pada tahun 1952 di kota Gongzhuling, Provinsi Jilin sebelah Timur Laut China. Li Hongzhi mula memperkenalkan Falun Dafa secara rasmi di Changcun, China pada tahun 1992.[1] Dalam tempoh yang amat singkat, amalan ini mendapat perhatian secara meluas oleh masyarakat Cina. Malah ajaran ini juga tersebar di Eropah, Asia, Amerika, Australia sehinggalah Falun Dafa sudah bertapak di 114 negara. Amalan ini juga sudah bertapak di Malaysia dan Indonesia. Buku-buku yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia ialah Zhuan Falun dan Falun Gong.
Pada tahun 1999, pemerintah China melarang buku Zhuan Falun kerana menurut mereka isinya tidak masuk akal kerana terdapat banyak konsep spiritual tentang roh dan kepercayaan tahyul. Parti Komunis China menganggap semua hal tentang roh, spiritual atau kepercayaan berkonsepkan agama adalah bertentangan dengan kepercayaan materialisme ideologi Marxist.
Oleh disebabkan pengaruh Falun Dafa begitu cepat tersebar ia memberi ancaman kepada kerajaan China. Mereka bimbang perkembangan jumlah pengamal Falun Dafa akan mengancam kedudukannya. Dalam sejarah pengamalan Falun Dafa di China, perhimpunan mereka pernah diserbu, dan mereka dipukul serta dipenjarakan. Amalan itu diharamkan di China.[2]
China adalah negara yang terkenal dengan pendiskriminasian terhadap agama. Tidak kira Islam, Kristian, Buddha, dan Falun Dafa sering kali menjadi mangsa kepada penindasan anti agama oleh kerajaan Komunis. Terdapat pelbagai bentuk tekanan dan penindasan yang dilakukan kepada agama-agama yang ada di sana.
Ajaran
Ajaran Falun Dafa adalah berdasarkan kepada 3 prinsip iaitu Zhen, Shan dan Ren yang bermaksud sejati, baik, dan sabar. Prinsip ini dikemukakan oleh Li Hongzhi dalam buku utamanya iaitu Zhuan Falun. Pengertian kata ‘Sejati’ memberi makna agar berpelakuan benar, lurus dan jujur manakala ‘Baik’ pula adalah kebajikan, suka menolong, dan tidak mementingkan diri sendiri dan ‘Sabar’ bermakna toleransi, pengendalian emosi, tahan uji serta mampu melepaskan keterikatan hati. Itulah perkara yang ditekankan di dalam Falun Dafa.[3]
Terdapat elemen penting yang dikenali dalam Falun Dafa iaitu Qigong. Qigong merujuk kepada amalan tradisional yang melibatkan pergerakan atau mengawal pernafasan. Menurut mereka Qigong boleh diamalkan untuk meningkatkan kesihatan dan dijadikan sebagai profesion perubatan, jalan kerohanian, atau sebagai komponen seni bela diri.
Malah ia juga terkenal dengan kaedah penyembuhan kepada segala penyakit melalui ritual qigong yang dilakukan. Jika di dalam agama Kristian mereka ada sesi ‘healing prayer’ untuk menyembuhkan pesakit kronik dengan jampi-jampi tertentu. Begitu juga di dalam Falun Dafa.
Qingong inilah yang menjadi simbolik kepada Falun Dafa. Mereka akan melakukan Qigong di tempat yang terbuka seperti padang dan taman dengan disertai komuniti yang ramai. Kebiasaannya mereka akan memakai baju yang berwana kuning.
Dalam Falun Dafa juga terdapat kepercayaan mengenai roh. Li Hongzhi mengatakan seseorang itu terdiri daripada Roh purba. Roh adalah suatu makluk yang sudah lama sedia ada. Sekiranya seseorang itu meninggal maka roh itu akan memasuki dalam jasad baru yang akan dilahirkan. Sebab itu Falun Dafa juga percaya kepada konsep Karma Samsara. Iaitu percaya kepada kelahiran semula dalam badan lain tetapi memiliki roh yang sama. Roh itu dikenali sebagai roh purba. Malah dalam buku Zhuan Falun terdapat banyak konsep yang menceritakan mengenai pergerakan roh setelah manusia meninggal.
Kitab
Dalam ajaran Falun Dafa terdapat dalam dua buah buku utama mereka iaitu Falun Gong dan Zhuan Falun. Falun Gong adalah sebuah buku pengenalan yang membincangkan Qigong, memperkenalkan prinsip-prinsip amalan, dan menyediakan ilustrasi dan penjelasan-penjelasan mengenai latihan. Manakala buku Zhuan Falun pula adalah ajaran utama dalam kepercayaan ini dan ia mengemukakan maklumat yang komprehensif mengenai Falun Dafa. Dikhabarkan mengenai makna ruang dan masa, rahsia alam semesta dan juga mengenai roh.
Agama Atau Bukan?
Terdapat banyak dakwaan yang mengatakan Falun Dafa bukan agama dan kami sudah sedia maklum mengenai pendakwaan itu. Cuma timbul banyak persoalan yang memungkinkan Falun Dafa adalah sebuah agama yang berselindung di sebalik nama persatuan dan atas nama kesihatan.
Dikala mereka menafikan mereka bukan gerakkan keagamaan tetapi jika dilihat di dalam kenyataan laman sesawang rasminya mengatakan bahawa ajaran dan ritual yang dilakukan mereka itu berasal daripada agama Buddha dan Tao sepertimana kerap kali disebut dalam laman Falundafa.[4]
Sekiranya dikatakan Falun Dafa tidak berasal daripada agama mengapa elemen ajaran Buddha dan Tao disinkreatis (dicampur) sehingga mewujudkan suatu ritual berkonsep baru yang tidak diperkenalkan oleh Buddha dan Tao?
Kedua, sekiranya mereka mengatakan tidak ada kaitan dengan agama, harus kenapa mereka percaya kepada konsep Karma dan Samsara? Tidakkah diketahui bahawa konsep ini juga diperkenalkan dalam agama Hindu lalu diterapkan ke dalam agama Buddha?
Ketiga, sekiranya dikatakan Falun Dafa tidak ada kaitan dengan ajaran agama harus mengapa pengasas Li Hongzhi sering kali ditonjol dengan imej seperti Buddha dan dikelilingi bunga teratai?
Malah sering kali juga digambarkan beliau memakai jubah bikhu (sami) aliran Theravada kerana mendedahkan sebelah baru. Manakala bunga teratai atau dikenali sebagai lotus juga sinonim dengan Buddha. Ini antara pengaruh Buddha yang jelas terdapat dalam Falun Dafa.
Keempat, simbol Falun Dafa terdiri daripada beberapa simbol seperti Ying Yang, Swastika dan juga Dhammacakra Buddha. Ketiga unsur ini adalah berasal daripada agama Buddha Tao dan Aryan. Swastika (seperti Nazi) adalah simbol yang digunakan oleh bangsa Aryan dan juga penganut agama di India seperti Hindu, Buddha, dan Jain.
Kelima, kitab Zhuan Falun banyak menceritakan perkara-perkara mistik yang melibatkan soal roh dan juga perkara spiritual. Ini kerana sifat agama sahaja yang membawa doktrin mengenai alam ghaib dan mengenai syurga neraka.
Keenam, disenaraikan kesemua kenyataan Li Hongzhi yang dipetik dari tulisan beliau sendiri di laman rasmi Falun Dafa. Kenyataan ini memberi isyarat bahawa ajarannya ini bersifat keagamaan dan membawa keselamatan kepada manusia ke syurga:
1) "No matter how large the cosmos is, it's still not as large as I am."[5]
“Tidak kira betapa besar alam semesta itu, ia tidak setanding betapa besarnya saya.”
2) “(Perhaps) when the cosmos is no more, only I am there.”[6]
“Ketika alam semesta tidak wujud, saya sudah wujud”
3) "No matter how big the Dafa is, I am not in it. But your lives are all within its range."[7]
“Tidak kira betapa besarnya Dafa itu, saya tidak berada (terikat) di dalamnya, tetapi kehidupan anda semua berada dalam lingkungannya."
4) "Whether we're talking about inside China or abroad, I'm the only one who's really transmitting a practice that takes you to higher levels." (Li Hongzhi: Zhuan Falun)
“Sama ada kita bercakap di dalam negara China atau di luar negara, saya satu-satunya yang menyebarkan amalan yang membawa anda ke tahap yang lebih tinggi."
5) Right now I'm the only person in the world who is publicly spreading a true teaching. I have done something that's never been done by anyone before, and I've made this available to everyone during the Age of the Law's End." (Li Hongzhi: Zhuan Falun)
“Sekarang saya adalah satu-satunya orang di dunia yang menyebarkan ajaran yang benar, saya telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelum ini, dan saya telah membuat semua ini untuk persediaan semua orang pada Undang-Undang Akhir Zaman.”
6) "No religion or cultivation method is able to save you to a place that is even higher than its own gods. Our Dafa can save all sentient beings. How high a person cultivates is up to the person himself. That's because Dafa is the Fa of the cosmos and has created living environments for all beings in the cosmos. It can bring you back to the original position."[8]
Kenyataan ini bersifat seperti seorang ‘rasul’ bahkan melebihi dari itu. Dakwaan ini telah membina nilai ketaksuban dikalangan pengikutnya ke atas Li Hongzhi sendiri. Maka tidak hairanlah jika mereka membuat patung Li Hongzhi seperti patung dewa lain, dan setiap kali dilakukan perayaan akan dibuat perarakan mengimejkan Li Hongzhi.
Kesimpulan
Sebenarnya terdapat unsur-unsur keagamaan yang jelas dalam Falun Dafa terutama dalam mengangkat ketokohan pengasasnya itu. Cuma berlaku penafian yang mengatakan ia bukan ajaran agama disebabkan mereka dikekang oleh pemerintah Komunis di China. Dengan penafian inilah antara cara untuk mereka boleh meneruskan kelangsungan Falun Dafa di China.
Sekiranya mereka itu hanyalah sebuah persatuan dan tidak memiliki unsur-unsur keagamaan, harus mengapa Falun Dafa mendapat ancaman daripada tokoh-tokoh agama lain seperti Fu Tieshan yang merupakan ketua paderi Katolik China, Jing Hui presiden agama Buddha China, dan Min Zhitting presiden persatuan Tao China, masing-masing mengeluarkan kenyataan mengancam gerakan Falun Dafa.[9] Ini menunjukkan bahawa mereka terasa pengaruh Falun Dafa adalah gerakan yang mengarahkan kepada sebuah agama baru yang mengancam mereka.
Pada hari ini mereka menafikan akan tetapi mungkin sahaja lima puluh tahun lagi mereka akan menjadi sebuah agama rasmi dengan memiliki konsep-konsep keagamaan yang jelas. Tidak mustahil kerana ajaran ini sudah ada rona-rona menjadi sebuah agama baru. Memandangkan dengan mengamalkan Falun Dafa boleh menyembuhkan penyakit serta boleh mengubat jiwa, mungkin sahaja itu akan menjadi ritual keagamaan kelak. Malah dengan kenyataan Li Hongzhi yang seakan melebihi dewa akan mewujudkan keta’suban kepada Li Hongzhi. Ini jelas membentuk sebuah agama.
Notakaki
________________________________
[1] Lihat – (2004). Encyclopedia of New Religions, A Lion Book, England, hlm 265-266
[2] Lihat Human Right Watch; Mickey Spiegel, (2001). Dangerous meditation: China's campaign against Falungong. New York, hlm 9
[3]http://id.falundafa.org/introduction.html
[4] Lihat: http://id.falundafa.org/introduction.html
[5] Lihat Li Hongzi, (Mac 2002). Touring North America To Teach the Fa: http://en.falundafa.org/eng/lectures/200203L.html
[6] Ibid
[7] Lihat Li Hongzi (26 Julai 1998). Teaching the Fa at the Assistants’ Fa Conference in Changchun: http://en.falundafa.org/eng/lectures/19980726L.html
[8] Lihat Li Hongzi, ( 2-3 Mei 1999). Teaching the Fa at the Fa Conference in Australia: http://en.falundafa.org/eng/lectures/19990502L.html
[9] Lihat World Organization to Investigate the Persecution of Falun Gong (WOIPFG), (4 April 2004). Investigative Report on the Role of the Chinese Anti-Cult Association (CACA) in the Persecution of Falun Gong: http://en.minghui.org/html/articles/2004/4/5/46746p.html
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
bahasa cina ke indonesia 在 L&S Len & Sam's 印尼女孩 & 台灣男孩 Youtube 的最讚貼文
抖音在2020年間竄紅
許多印尼人也利用閒暇時間製作影片
我們來看看在台的印尼人是怎樣生活的
——————————————————————————
不定期更新,所以請記得開啟YouTube🔔通知喔!
Karena kami ga setiap saat upload video jadi jgn lupa pencet loncengnya🔔 supaya bisa update terus ya!!
▣推薦影片區Video lain:
當外勞工作多久可以買房?
TKI di Taiwan harus bekerja berapa lama biar bisa beli rumah?
https://youtu.be/85cZrDEWFjU
在台灣喝XXX會拉肚子??印尼人在台灣很驚訝的五個事情!
5 hal yg mengejutkan ketika orang Indonesia ke Taiwan!
https://www.youtube.com/watch?v=SAHMp...
Sam’s Instagram:
http://instagram.com/samueljang66
Helen’s Instagram:
http://instagram.com/helenlenn
目前因為工作繁忙
不接受任何私下語言教學
有任何商業合作請私訊IG
Kalau ingin kerjasama bisnis bisa dm di instagram

bahasa cina ke indonesia 在 L&S Len & Sam's 印尼女孩 & 台灣男孩 Youtube 的最佳解答
Kata Mandarin yang harus di ingat saat virus korona di Taiwan
印尼人必學疫情會用到的中文字
Soalnya lagi virus corona...mendingan di rmh bikin video aja
Klo ada pertanyaan boleh komen atau inbox di Insatram ya
——————————————————————————
不定期更新,所以請記得開啟YouTube🔔通知喔!
Karena kami ga setiap saat upload video jadi jgn lupa pencet loncengnya🔔 supaya bisa update terus ya!!
▣推薦影片區Video lain:
當外勞工作多久可以買房?
TKI di Taiwan harus bekerja berapa lama biar bisa beli rumah?
https://youtu.be/85cZrDEWFjU
在台灣喝XXX會拉肚子??印尼人在台灣很驚訝的五個事情!
5 hal yg mengejutkan ketika orang Indonesia ke Taiwan!
https://www.youtube.com/watch?v=SAHMp...
Sam’s Instagram:
http://instagram.com/samueljang66
Helen’s Instagram:
http://instagram.com/helenlenn
目前因為工作繁忙
不接受任何私下語言教學
有任何商業合作請私訊IG
Kalau ingin kerjasama bisnis bisa dm di instagram

bahasa cina ke indonesia 在 L&S Len & Sam's 印尼女孩 & 台灣男孩 Youtube 的最佳貼文
Samuel: 我覺得這次影片發佈後我會得罪很多印尼人😅
Menurut gw video kali ini bakal menyinggung banyak orang indo😅
Helen: 希望這次影片能夠幫助台灣人跟印尼人得到戀愛的相關知識
Semoga video ini bisa memberi pengetahuan untuk orang taiwan mengenai pacaran dengan orang indo.
——————————————————————————
不定期更新,所以請記得開啟YouTube🔔通知喔!
Karena kami ga setiap saat upload video jadi jgn lupa pencet loncengnya🔔 supaya bisa update terus ya!!
▣推薦影片區Video lain:
當外勞工作多久可以買房?
TKI di Taiwan harus bekerja berapa lama biar bisa beli rumah?
https://youtu.be/85cZrDEWFjU
在台灣喝XXX會拉肚子??印尼人在台灣很驚訝的五個事情!
5 hal yg mengejutkan ketika orang Indonesia ke Taiwan!
https://www.youtube.com/watch?v=SAHMpbIuEPU&t=210s
Sam’s Instagram:
http://instagram.com/samueljang66
Helen’s Instagram:
http://instagram.com/helenlenn
我們除了做影片以外
還有提供翻譯、語言教學、產品行銷喔!
有任何商業合作請私訊IG
Menyediakan jasa penerjemah, menerima endorse
Kalau ingin kerjasama bisnis bisa dm di instagram
