“Hamka, SOP solat raya surau kita di bolehkan hanya 20 orang sahaja”
“Okey..”
“Kamu tiada dalam senarai dua puluh orang tu”
“Okey…..”
“Sebab kamu sahaja dah empat orang, kita bagi keutamaan kepada yang datang solo”
“Okey…”
“Jadi kami pihak surau buat keputusan siapa ada anak lelaki remaja, boleh solat di rumah, kita beri keutamaan kepada yang tiada anak lelaki untuk penuhkan bilangan 20 orang”
“Okey ustaz”
“Anak kamu Haikal tu boleh tu jadi Imam, baca Khutbah semua”
“Betul ustaz”
*****
Begitulah perbincangan lebih kurang hari ni, maka esok, solat raya di rumah, maka saya pun bersajak pada anak…
“Rahsia ini, telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergiku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti, yeah”
Ha ha, menyanyilah pulak lagu Teman Pengganti, rujuk gambar.., dulu ayah mesin rumput, sekarang anak remaja dah jadi pengganti, esok Khutbah Imam semua, biar anak remaja yang ganti..
Okey, anak.. sambung bermadah.. tiba pagi syawal kau lah yang terawal...
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Woha!
同時也有16部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Penyanyi Nabila Razali mengakui dia rasa sedih dan menangis selama dua hari selepas mengumumkan tidak dapat menyanyikan lagu Peluang Kedua pada pering...
「teman pengganti」的推薦目錄:
- 關於teman pengganti 在 Facebook 的最佳解答
- 關於teman pengganti 在 Linda Onn Facebook 的最讚貼文
- 關於teman pengganti 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於teman pengganti 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
- 關於teman pengganti 在 Nyawa Black TV Youtube 的最佳貼文
- 關於teman pengganti 在 ERA Youtube 的最讚貼文
teman pengganti 在 Linda Onn Facebook 的最讚貼文
Setelah 3 minggu berlalu, baru ada sedikit kekuatan untuk Linda post ni.
Bu...Ibu takde sakit. Linda sangat jaga kesihatan ibu. Selama ni Linda takut kalau ibu sakit...ibu takde sakit jantung, kencing manis,darah tinggi atau buah pinggang, ibu tak sakit! Ibu sihat sungguh! Malah ibu lebih sihat, kuat dan aktif daripada Linda.
Tapi nak dijadikan asbab. Tiba-tiba ibu mengadu sakit perut.
Mudah sungguh ibu pergi bu...tak menderita lama. 2 minggu je ibu sakit. Lepas tu ibu pergi selamanya. Cepat sangat bu...Rasa macam mimpi. Linda masih terkejut. Masih tak percaya. Bu....Ibu pergi begitu mudah tapi Linda yang tinggal ni makan masa untuk terima ketiadaan ibu. Sakit bu...
Bu...ibulah ibu, ibulah penasihat apa saja keputusan Linda, ibulah teman baik Linda, ibu yang beri kasih sayang suci dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan...ibu segala-galanya. Ibu tak pernah penat pesan dan nasihat Linda, bu. InshaAllah Linda pegang semua nasihat ibu.
Terima kasih bu...kerana pilih untuk duduk serumah dengan Linda walaupun adik beradik lain berebut nak ibu. Banyak sungguh masa kita bersama bu..Alhamdulillah.
Terima kasih bu...kerana pilih Linda untuk lihat ibu dinafas terakhir ibu.
Terima kasih bu...kerana jaga Linda daripada kecil sampai sekarang.
Terima kasih bu...kerana jaga Zara sejak lahir sampai usia 3 tahun dengan belaian kasih sayang.
Maafkan Linda bu...
Ibu tiada pengganti. Rindu ini tiada berpenghujung, bu.
Kepada teman2 dan saudara mara yang datang ziarah, terima kasih.
Linda mohon semua yang membaca ni sedekahkan alfateha, semoga Almarhumah Sa'diah binti Khamis tenang disisi maha pencipta.
Al-fateha
Sa'diah binti Khamis
8.8.1942 - 9.3.2021
I love you, ibu. Terima kasih.
teman pengganti 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
CERITA HAIWAN (Aku Seorang Juara. Betulkah? Bhg I)
Hebata adalah juara di kalangan remaja tupai. Ia boleh melompat terjun ke bawah & melantun semula ke atas macam spring dawai. Ia juga boleh berjalan atas talian dengan sebelah kaki tanpa tersadai. Ia juga laju memecut macam Flash Man tupai.
Semua bagus & indah tentang Hebata melainkan sifatnya yang bongkak & angkuh. Ada je anak2 muda yang ingin meniru cara ia melompat tapi ia menjeler lidah. Ia tidak yakin mana2 tupai boleh sehebat dirinya yang cukup gagah. Tiada siapa pun yang menggadah.
Satu hari, Hebata sudah berubah. Ia sudah bermain & bermesra dengan semua rakan teman di Kampung Nipah. Semua orang terkejut Hebata dah berubah & ramah.
"Apa dah berlaku?" semua orang tertanya-tanya. Hanya Tangkasa yang tahu jawapannya. Ia adalah seekor tupai di hujung Kampung Nipah yang cacat anggota kakinya. Waktu dia kanak2, ia pernah tersepit di pokok buluh sehingga patah kedua2 belah kaki belakangnya. Darah memercik laju & merata-rata. Ia telah disahkan tidak dapat melompat tinggi walaupun setinggi pokok mangga.
Tangkasa sedih amat sangat. Setiap hari ia menanggis sehingga bengkak matanya seperti disengat. Ibunya amat kasihan melihat Tangkasa...semua anak2 tupai bergembira melompat-lompat. Tangkasa hanya berkurung diri di bawah akar2 pokok hutan yang berlipat-lipat. Macam penjara yang tertutup rapat.
"Kamu ada dua pilihan dalam hidup dunia. Menangis hiba sehingga buta mata atau berlatih melompat semula dengan dua kaki yang masih kuat bertenaga," Perihatina, ibu Tangkasa menegur manja tapi tegas sikap anaknya yang menyerah kalah sebelum sampai masanya.
"Apa yang saya kena lakukan?" tanya Tangkasa. Ibunya tersenyum lebar menjela. Soalan ini adalah pembuka ruh dan jiwa.
"Ramai yang gagal tapi tak berani walaupun untuk bertanya," Perihatina berbisik rasa.
"Gandakan usaha keras kepada kedua kaki depan kamu. Jadikan ekor kamu pengganti kaki belakang kamu," jawab ibunya.
Terus Tangkasa melompat menggunakan dua kaki kanannya menuju hutan belukar. Dia berlatih bertubi2, tergolek2 dan habis badan tercalar. Badan bercalar tapi hati sang pendekar.
Tanpa disedari, kesungguhannya diperhati oleh Hebata dari jauh....
MDB
teman pengganti 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
Penyanyi Nabila Razali mengakui dia rasa sedih dan menangis selama dua hari selepas mengumumkan tidak dapat menyanyikan lagu Peluang Kedua pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) gara-gara mengalami masalah kotak suara.
Siapakah yang layak menyanyikan lagu PELUANG KEDUA? Korang boleh letakkan pendapat anda di ruangan komen di bawah ini. Siapa la yang layak nyanyi lagu ni ek?
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
teman pengganti 在 Nyawa Black TV Youtube 的最佳貼文
teman pengganti 在 ERA Youtube 的最讚貼文
Sepanjang Flow ERA Raptober, kitorang buat kat Qarma Studio yang merupakan studio milik
Malique Ibrahim. So ni Haniff Hamzah bawa pusing satu studio!Layan jom!
ERA
Whatsapp : 016-5127777
Website: https://era.je/
Facebook: https://www.facebook.com/era.je/
Twitter: https://twitter.com/ERAdotje
YouTube: http://youtube.era.fm
Instagram: https://www.instagram.com/era.je/