Selamat datang ke rancangan kolektif dari Destinasi TV, Jelajah Makanan Malaysia. Dimana dalam video ini kami mempersembahkan makanan mengikut jenis kategori mereka. Maka dengan itu kami mulakan Episod 1 dengan makanan nasi.
Nasi yang pertama ialah Nasi Lemak Saleha diusahkan oleh Puan Saleha binti Abdullah sejak 30 tahun yang lalu. Kini beliau meluaskan empayar nasi lemaknya dengan pembinaan dapur dan restoran baharu di Sri Rampai.
?Lokasi » Nasi Lemak Saleha
No. 2, Jln Seri Rejang 4, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.
?Lokasi » Nasi Kerabu Pulau Belacan
Kawasan Perindustrian Mara, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan
Nasi yang ketiga ialah Nasi ambeng atau nasi ambang adalah hidangan nasi wangi yang terdiri daripada nasi putih kukus, kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang, bergedel, dan serunding.
Ia adalah masakan Jawa yang popular, terutamanya dalam masyarakat Jawa-Melayumdi negeri-negeri di Malaysia iaitu Selangor dan Johor, Singapura serta di Jawa, Indonesia.
?Lokasi » Warung Ibu Nasi Ambeng
LOT216 Batu 6, 456500 Tanjong Karang, Selangor
Terima kasih buat yang menonton dan teruskan menyokong Destinasi TV!
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv

resepi serunding ayam kelantan 在 RESEPI SERUNDING AYAM EDISI RAYA 2020 - YouTube 的推薦與評價
Resepi Serunding ayam ini jumlah 4kg Terima Kasih kerana menonton # serunding ayam #menuHariRaya. ... <看更多>