Zon Angker lewat tengah malam.
Pm lewat wasap
Misteri human detector, cctv
Aku namakan dia El, lokasi rahsiakan dululah. Nak jaga privacy El juga. Sebab aku mahu pun El tak tahu gangguan ini berpunca daripada apa.
Kisah bermula selepas perbincangan adik beradik.Kakak ipar El ada sebuah rumah yang tidak dihuni selama 3 tahun. Jadi rumah tu terbiarlah selama itu. Disebabkan kakak ipar El ni bujang so dia tak mahu tinggal sendirian. Bahaya. After perbincangan maka kakak ipar ni jual pada El, kontrak sewa dan beli.
3 hari selepas aidil fitri baru ni, El dan family masuk rumah ni selepas pembersihan. Dalam masa yang singkat, bincang, sewa beli terus pindah. Kata El adalah dalam 3 minggu juga proses tu.
Masa pindah tu memang tak dapatlah nak buat kenduri ke apa, pkp kan. Tapi suami El azan dulu sebelum masuk rumah, El pun bila dah masuk rajin membaca ayat- ayat suci alquran ni semua. Insya allah, yakin lah tak ada apa. Rumah tinggal kita pun faham. Rumah baru persekitaran baru, suami El jarang ada di rumah. So untuk keselamatan dia pasang cctv. Dekat belakang rumah tu pula belukar. Jadi takut jugalah.
Keanehan bermula sebaik sahaja mereka di situ. El mengadu dia paling kerap terkena. Kadang tu kaki tersadung tak memasal. Macam tak ada mata dah.. tersadung jatuh. El ni suka main basikal, pusing- pusing naik basikal dekat sekitar rumah pun boleh terjatuh. Aku tanya juga kut dia rasa ada orang tolak ke? Memang tak adalah.
Baru- baru ni dia tergelincir teruk di garaj. Sampai koyak dahi. Berdarah banyak sampai kena 4 jahitan. Pelik betul..asyik terjatuh, asyik tersadung.. walhal dah cukup berhati- hati.
Paling aneh El kata.. bab sampah. Sampah tu berbuang hari- hari tapi ulat sampah tu ada sentiasa . Lagi dia kutip,lagi banyak ulat tu. Nak kata ada bangkai, bau pun tak ada. Ulat tu muncul dari dalam tong sampah. Kalau ikut logik, takat buang sampah pagi, tengahari dah berulat? Tu pelik..
Baru ni, dah lah dahi tu sakit berjahit. Nak tunduk payah. Ulat tu datang lagi. Allah stress pula dia rasa. Kesian El..
Tu baru bab ulat sampah. Bab cctv dekat belakang tu. Mereka dah set human detect pada cctv tu kalau ada orang lalu memang boleh capture clear. Aku sertakan gambar, dalam kotak jingga tu , boleh tengok time pukul berapa sebelah kanan atas. Apa yang cctv tu capture. Dan korang baca sendiri conversation aku dengan dia pasal human detector cctv dia tu.
Apa ye dalam kotak jingga tu?
Korang boleh nampak semak samun tu, siapa nak lalu dekat situ. Tapi menurut el..ada kesan laluan dekat situ? Mahluk tu lalu? Allahualam.. kalau kita tengok semak tu , kita tak lalu.. kalau pencuri atau orang lain, mesti cctv dah capture?
Atau.. ada orang halimunan kat situ? Aih! Seram aku.
Aku cuma boleh sugest el untuk cari ustaz bantu dia. Meremang bulu roma tengok gambar cctv tu..tak tahulah apa yang dia detect dekat situ.
Payah bila terjebak di zone angker ni kan...
Kredit : Puan Ida
同時也有24部Youtube影片,追蹤數超過175萬的網紅MeleTOP,也在其Youtube影片中提到,Biar betik diorang ni nak 13 orang anak? HAHA senang nak buat team bola diorang cakap, pengantin baru Nabil Mahir & Ayda Jebat datang ke set MeleTOP, ...
「pencuri hati」的推薦目錄:
- 關於pencuri hati 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
- 關於pencuri hati 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於pencuri hati 在 Facebook 的精選貼文
- 關於pencuri hati 在 MeleTOP Youtube 的最佳貼文
- 關於pencuri hati 在 Apak channel Youtube 的最讚貼文
- 關於pencuri hati 在 Apak channel Youtube 的最佳解答
- 關於pencuri hati 在 Armada - Pencuri Hati (Official Music Video) - YouTube 的評價
- 關於pencuri hati 在 Ayda Jebat - Pencuri Hati Aidilfitri [Official MV] - YouTube 的評價
- 關於pencuri hati 在 Ayda Jebat - Pencuri Hati v Dangdut (Official Music Video) 的評價
- 關於pencuri hati 在 Audy - Pencuri Hati (Video Clip) - YouTube 的評價
- 關於pencuri hati 在 Pencuri Hati - Facebook 的評價
pencuri hati 在 Facebook 的最佳貼文
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Ulang kaji ksah sebelum PKP,
Alkisahnya anak perempuan umur 13 tahun mengadu ada masalah di asrama, saya pun suruh dia senaraikan sepuluh masalah itu:
Katanya:
1.kawan suka mencarut.
2.kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing.
3.Warden tak bagi bawa telefon.
4.cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat.
5.Ayah ambik lambat waktu cuti.
6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar.
7. Baju sukan hilang kena curi
8.cicak berak atas berus gigi
9.kena ejek sabab baju sama
10. Pingan makan hilang.
Okey, Alhamdulillah dia nak mengadu, jadi saya jawab lebih kurang..
1.kawan suka mencarut. (Jangan rapat sangat dengan kawan macam tu, cari kawan yang suka berzikir, dan jadikan diri kita seorang yang jaga lidah)
2.kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing. (pilih kawan yang perangai macam penjual minyak wangi, kawan yang ramai, kita boleh pilih)
3.Warden tak bagi bawa telefon. (ayah setuju, tak bagus langung bawa smartphone ke asrama)
4.cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat. (nanti pergi belajar oversea Bahasa English lagi pekat)
5.Ayah ambik lambat waktu cuti. (maaf, ayah agak sibuk, tapi anak lelaki semua balik naik bas, na ayah tetap ambik walaupun jauh 90km, tak sanggup tengok na naik bas macam abang-abang)
6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar. (bincang dengan cikgu, dan ketua kelas, nak duduk kerusi depan sekali, benda boleh bincang)
7. Baju sukan hilang kena curi (Pakai dulu baju sukan mana yang ada, dan lain kali tulis nama baju besar besar kat Kawasan dalam tudung diluar baju biar pencuri malu)
8.cicak berak atas berus gigi (basuh jer lah, beli baru dekat koperasi)
9.kena ejek sabab baju sama (ayah orang lelaki, bangga jika ada baju sama dengan kawan, jadi maaf tak dapat bantu bab ini)
10. Pingan makan hilang. (ayah call warden ganti pingan baru, ayah akan bayarkan)
Okey, begitulah lebih kurang masalah terbesar anak mengadu pada ayahnya, lepas tu saya suruh dia senaraikan 10 kelebihan duduk asrama, katanya:
1.Dapat belajar berdikari.
2.Dapat ramai sangat kawan
3.Dapat kenal budaya terengganu.
4.Bangun awal subuh
5.Sekolah yang luas, banyak kemudahan (dulu dia sekolah rendah sekolah agama yang kecil sahaja)
6.Banyak program keagamaan
7.Ayah ambik bukan naik bas. (tak macam abang abang)
8.Tak bergaduh dengan adik dan ayah.
9.Banyak masa belajar sebab tak kena jemur baju, angkat baju, lipat baju macam kat rumah.
10.rindu menambah kasih sayang.
Haha ha, kelagar jugak tengok cara anak berfikir, rupanya seronok duduk asrama sebab kat rumah selalu kena suruh sampai gaduh gaduh, ha ha.
Lepas tu saya tanya dia satu soalan:
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Anak jawab betul, dan bila bincang tentang masalah itu, semua masalahnya yang lain menjadi kecik dan simple sahaja.
Memang betul, dalam hidup ini, jika kita faham tentang masalah terbesar dalam hidup, maka segala ujian, kesusahan, penderitaan, dan lain alain ujian semunya adalah sangat kecil.
Jadi, apakah masalah terbesar itu?
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Alkisahnya ada seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz, katanya tuhan tidak adil…
Kenapa?
Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.
Lalu tanya ustaz, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”
Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.
Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?
Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.
Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.
Tuan tuan, kita tengok cina mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?
Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!
Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!
Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.
Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.
Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Emak saya pun dah mati, dan saya tak sedih sangat sebab saya tahu emak saya orang islam dan tempatnya di syurga, Cuma saya takut saya lambat masuk syurga sebab banyak dosa..
“Mak, Hamka ada mimpi mak pakai baju emas tersenyum di tempat indah, rindu pada mak, tapi takpe, Allah ambik mak dalam keadaaan mak seorang islam. Terima kasih Ya Allah”
Jadi anakku di asrama, masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.
Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.
Kepada Allah, aku menyebut nyebut nikmat hidup dalam keadaan beriman ini.
Oh Tuhan yang boleh membolak balikkan hati manusia, kasihanlah kami yang hina dan banyak dosa ini, janganlah kau matikan kami tanpa iman, dan andai kata umur pendek baik untuk kami, pendekkan umur kami, jika umur Panjang baik untuk kami, maka panjangkan umur kami,
Tiada daya upaya melainkan dengan Izinmu.
Terima kasih Allah, bagi kami Islam,
Terima kasih. Alhamdulillah
Semoga kita semua Woha sampai Syurga.
pencuri hati 在 Facebook 的精選貼文
“Abang keretamayat, tolong ulas mimpi makcik dapat tahu masa depan!”
*******
Alkisahnya, sebelum PKP hari itu, pada satu hari, saya sedang nyenyak tidur, tiba tiba Smart Phone saya bergetar korus lagu Cromok ‘I’m not belong here’, saya capai telephone, tolak butang hijau dan dengar suara sorang lelaki, saya cam itu adalah suara seorang sahabat saya, setelah berbalas salam dan bertanya tujuan, rupanya dia nak tanya pendapat tentang mimpi seorang blogger dapat melihat tanda kiamat.
Katanya,
“Hamka, ada baca tak kisah Blogger yang ada berdialog dengan bishop?, jiran dia, dan Bishop tu cerita bahawa kiamat akan berlaku 2012, saya rasa macam ada kebenaran tentang apa yang si bishop tu cerita dan terangkan, semua yang dia cakap tu logic, dan buat saya sedar dan berfikir, dan yang saya paling pelik ialah pasal makhluk yang paling agung dan suci yang akan dilepaskan dari rantainya..., semua ada ciri ciri Dajjal, terus membuat saya seram sejuk la sebab dia kata 2012 tahun akan datang muncul makhluk tu.”
Saya pejam celik celik cuba hadam kata kata kawan saya tu, sekarang depan mata saya terlihat dua anak lelaki saya sedang berlari-lari bermain-main, kat tangan ada objek mainan, sorang umur empat tahun, sorang nak masuk tiga tahun. saya melilau mencari sorang lagi anak saya, pusing kepala 120 darjah, baru nampak ada kat belakang kerusi rupanya sedang sepahkan surat khabar, umur baru setahun lebih.., mana isteri saya? Bisik dalam hati..
Sahabat dalam tepon sambung cerita:
“Lepas tu kan Hamka.., nak dijadikan lebih ketidaktentuan saya ni... beberapa hari lepas saya menonton kat youtube..50 siri The Arrivals..malay subtitle.. Saya sambil menonton tu berdebar-debar...dan bergenang air mata... betapa selama ni rupanya dajjal dah memerintah dunia...dan kita sekarang dah ada kat fasa akhir pemerintahan dajjal laknatullah tu... ish...terkejut giler saya...”
Aduhhh, saya sambil dengar kawan cerita, sambil cuba sedarkan diri sebab suasana rumah ni, bukan rumah saya, tapi anak anak macam dah biasa kat rumah ni, apa hal telah berlaku pada saya?
Saya sekarang tengok anak perempuan saya umur dua tahun sepahkan surat khabar, terus saya tengok kat mulut dia takut-takut termakan sesuatu yang bukan makanan, air liurnya nampak meleleh, saya dekati dia, kemudian sapu air liur itu dengan hujung bajunya, kalau bini saya nampak tentu kena tegur.. Mana bini saya?
Sahabat dalam telefon teruskan cerita:
“Jadi Hamka, saya rasa orang-orang yang berpengaruh macam Hamka ni... patut galakkan orang-orang Malaysia ni tengok the arrivals tu dari Part 00 sampai Part 51. Saya ni risau.. kalau orang Islam tak sempat tahu kewujudan dajjal sekarang... makin sesat dan tak sedar lagi, Sekurang-kurangnya..kita dah tunjukkan bukti-bukti hadis Nabi Muhammad saw dan kebenaran Al-Quran kepada rakan-rakan kita... Dan kalau diorang tak nak ambil tindakan drastik tu kita tak dapek nak nolong...”
Dajjal apa pulak ni? tapi saya masih selamba dan kelihatan cool, baru bangun tidur.., dalam asyik dengar cerita, anak nombor dua saya menangis, si abanglah yang usik, saya jenggilkan mata pada anak sulung saya dan terus pasang telinga..
“Hamka, kalau boleh, tolonglah sebarkan tentang pemerintahan dajjal yang dah bertapak dalam fasa akhir ni, gunakan blog keretamayat kau itu, ini peluang kau berdakwah... dan kalau orang kristian tengok the arrivals pun mereka akan tahu mereka telah ditipu berkurun lamanya.... baik masuk islam je...lagi selamat..”
Sambil pasang telinga, Saya terdengar suara isteri dari dapur, juga suara wanita wanita lain, wanita kaya yang nampak sungguh bersih juga ada barangkali. Anak saya sudah berhenti menangis dan mulai menyambung permainan, menghabiskan tenaga libido.., oh! Baru saya synchronize bahawa saya sebenarnya kat rumah orang, bersempena kenduri pertunangan anak saudara bini saya, lepas solat tadi, saya tertidur keletihan dan kekenyangan kerana baru habis majlis Akikah anak perempuan saya serentak dengan majlis pertunangan anak saudara sabit,
Abang ipar saya ni ada bela banyak lembu, dan sempena pertunangan anak sulung dia, saya tumpang satu bahagian sebab anak saya perempuan, eh!, Anak bongsu (setakat cerita ini di tulis) sedang menangis pulak, saya hampirinya, dan tepuk-tepuk pujuk. Sedang telinga terus menerima gelombang dari handphone..
Cerita sahabat tu tiba ke fasa seterusnya, katanya..
“Video “the arrivals” tu ada 50 siri... dia cerita tentang kita sebenarnya sekarang hidup dalam pemerintahan dajjal...yang 40 hari tu... dia sertakan banyak bukti kebetulan, konspirasi pertubuhan rahsia dunia, hadis, ucapan ulamak,
Awal-awal video memang dia banyak tunjukan ape yang dah jadi kat dunia ni, tentang pertubuhan rahsia, konspirasi dunia, perang, sejarah & sebagainya..., saya tak terus ambil bulat-bulat la...lalu saya pun jumpa pakcik google & ingat-ingat balik sejarah yang penah saya baca & belajar...memang baca kebetulan... yang kompem betul tu memang betul la...tapi yang samar-samarpun nampak macam betul... tu yang saya nak kongsi dengan orang yang lebih open pemikiran dia...nak tau ape pendapat & pandangan...
banyak kali jugak la saya tunjuk ape-apa bahan internet ni kat orang yang lebih pandai ilmu agamanya dari saya, tapi jawapan yang saya dapat, jangan pecaya bende kat internet ni bulat-bulat...lalu saya pun biarkan ia berlalu..dalam hati "kalau saya percaya bulat-bulat, tak payah la saya tanya kepada tuan" Saya pernah bertanya kepada jakim tapi sampai sekarang takde berita... Saya andaikan movie maker ni seorang yang peka & banyak melancong ...”
Anak saya masih menangis, saya selak lampin dan intai bontot, manalah tahu kot-kot ada tahik ke apa?, takde, tapi lampin dah berat, kencing banyak dah ni, saya dukung dia dan cari bini saya sambil terus pasang telinga..
Kawan terus bercerita:
“Hamka, Semakin hari saya semakin risau, gusar dan resah. Betapa takutnya saya dengan berbagai-bagai perkara yang terjadi di sekeliling kita yang mana orang Islam tak perasan. Saya ingin meminta jasabaik Hamka untuk menggunakan pengaruh siber Hamka, bagi menyebarkan tentang perkara ini agar kita tak menyesal bila orang Islam terlanjur melakukan dosa sebab mereka tak tahu akan kebenaran di sebalik apa yang sedang mereka lakukan adalah dosa, Maaf, saya sedang tension..tension dengan DAJJAL!!!
Hamka, mungkin Hamka dah diberitahu tentang kajian dua orang Islam barat tentang kewujudan Dajjal yang telah bertapak di dunia kita telah mencapai 1000 tahun di Britain + 83 tahun di Amerika + 10 tahun dalam proses ke Jerusalam."
Sedang rancak kawan bercerita, masa tu bini saya datang ambik anak dan gerakkan mulut tanpa suara bertanya dan angkat kening yang bermaksud;
“Abang cakap dengan siapa? Serius sangat muka tu?”
Saya kepit telefon dengan bahu, dan guna dua tangan saya buat Bahasa isyarat yang bermaksud:
"Kejap, abang sedang cakap dengan kawan abang, nanti abang bagitahu siapa dia, , pergi tukar lampin anak dan tengok anak kita yang dua orang lagi tu, abang sibuk ni, sedang menambah ilmu di dada, dah-dah jangan buat muka konfius, pergi kemas barang, jap lagi nak balik kuantan.”
Bini saya angguk tanda paham, walaupun Bahasa isyarat saya merapu, mungkin isteri saya ada menggunakan kuasa gelobang magnetik.(tipu)
Sahabat tu cerita lagi tentang Dajjal:
“Hamka, Kita ada masa lagi 10 tahun lagi dalam dunia ni nak elakkan diri dari pengaruh Dajjal... Sejak beberapa hari ni saya makin tak lena tidur.. Dalam video tu ada beritahu, Friendster dan facebook adalah salah satu cara dajjal nak mencari Imam Mahdi. Sebab Dajjal tak sempat tengok muka nabi Muhammad, jadi dia tak kenal wajah nabi..sebab wajah Imam Mahdi macam wajah nabi kan sebab dia keturunan nabi...
Lepas tu.., beberapa hari ni, kalau saya buka akaun facebook saya, dia akan keluarkan sekeping demi sekeping foto kita, dia akan kotakkan/fokus wajah sorang-sorang dia suruh tag/namakan... Saya terkejut, dan fikir memang betul lah dajjal sedang mengenalpasti wajah-wajah manusia sebab dia nak tau mana yang bernama Muhammad..yang ada iras nabi kita.. Ya Allah... takutnya...
Lagi satu, dalam video tu, ada cakap, masa dajjal perintah dari Britain dunia kena ikut matawang euro selama 1000 tahun. Masa dajjal perintah dari US, kita semua kena pakai USD.. dan bila ke Israel, sejak tahun 2000, kita mula kena guna matawang israel..tapi dia pandai tak pakai currency yang betul.. dia pakai ATM/credit card/segala jenis loan bank.. Dia nak duit kita tak nampak, kita ada kad je.. atau hutang je.. biar kita bergantung pada dia satu hari nanti... sebab semua bank-bank besar dunia Dajjal pegang , ini yahudi durjana punya.. so, nak dijadikan bukti kukuh pulak...Minggu ni.. matawang USD jatuh mendadak.. dan bakal jatuh lagi... Memang betul lah kata video tu... Sebab dia nak hilangkan kuasa Amerika pulak..nak ganti ke Jerusalam... kat tanah suci Yahudi tu...”
Sedang asyik pasang telinga, Tiba-tiba, saya teringat, dari bangkit tidur tadi dan sedang asyik bersembang, saya belum solat asar rupanya, oh, alangkah laghanya saya, nanti saya kena azab dalam kubur baru tahu, kena azab kerana solat lengah-lengah, di panah kilat dan petir, di pukul lalu daging di badan tanggal dan tulang temulang terbenam dalam tanah, tempat yang cedera bertambah sakit seperti di jirus air panas.. oh oh oh!
Kawan saya masih gigih bercerita: “Malam tadi punya berita, Iran dah lancarkan peluru berpandu QIAM, bertulis YA MAHDI atas dia... Saya rasa mereka antara tentera-tantera Imam Mahdi yang mula bersedia nak menentang tentera Dajjal... Sebab kat Israel dah ada tentera yang bernama KAFIR... Ya Allah...seram saya...
Hamka, tolonglah tulis kisah ni di blog, Saya pun takut, sebab persediaan saya belum cukup nak menempuh dugaan besar macam tu... “
“kejap Bro, Panjang gila kau cerita, aku baru bangun tidur, mamai lagi ni, sekarang baru jelas, kau dah tengok video Arrival dan percaya itu tanda Dajjal nak keluar?”
“Ya betul, Video tu kejap jer Youtube delete sebab Youtube ejen Dajjal, dia tak nak orang tahu rahsia dia, tapi penerbit tu ada kod rahsia dan akan sebarkan lagi, jika Youtube delete, saya boleh bagi link baru”
“Memanglah Youtube delete sebab video tu petik filem Matrix, Filem Lord Of The Rings, penerbit Arrival tu dah cetak rompak karya orang, memanglah kena delete, siapa dajjal sekarang ni? Pencuri hak karya orang atau Youtube yang nak pengguna dia bermoral?”
“Eh? Hamka, kau tak percaya semua video tu?”
“Memang Tak Lah sebab video tu adalah TEORI KONSPIRASI yang boleh di reka oleh semua orang, yang percaya adalah bodoh, atau senang diperbodohkan.
Blog aku tak de cerita-cerita ramalan ni, biarlah tukang tilik jer yang meramal masa depan dunia dan mati masuk neraka, aku tak nak campur..
Pesan tok guru aku, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)
Dan aku tak nak terlibat dengan dosa orang yang quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, dan jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)
Dunia ni dalam perancangan Yahudi? Bagaimana dengan ayat : Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) yang bermaksud, Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang! (aku pulak quote ayat al quran..)
Ok, aku teringin sangat nak bebel panjang lebar, tapi aku kat rumah abang ipar, lepas ni kita ngeteh, aku ulas betul betul bagi kau faham! Maaf letak telefon, aku sangat-sangat perasan sibuk, Bye!”
Tamat panggilan, terus saya bersiap nak solat Asar, tiba-tiba terdengar suara dari hati saya sendiri..
"Hamka, bukankah kau sudah solat asar tadi sebab dan buat jamak takdim?”
"ye tak ye juga”.
Lalu saya pergi ke dapur minum teh tarik yang bini saya buat, sebelum berangkat pulang, saya bersalam dulu dengan abang ipar, kemudian, dari dalam kereta, anak bini lambai tangan insyarat 'bye’ kepada ipar duai dan anak buah, lalu saya membunyikan hon sejurus menghilang dari pandangan mata mereka....
Sekian.
Ps: Kejadian berlaku sekitar 2008, dan pada tuhun 2012, kiamat telah berlaku dalam filem Hollywood, dan Youtube masih delete siapa siapa guna keratan filem tanpa izin walaupun dengan niat berdakwah, Youtube tetap akan delete. Now you know.
Woha!
pencuri hati 在 MeleTOP Youtube 的最佳貼文
Biar betik diorang ni nak 13 orang anak? HAHA senang nak buat team bola diorang cakap,
pengantin baru Nabil Mahir & Ayda Jebat datang ke set MeleTOP, dengar dengar Ayda da takboleh berlakon semua watak da lepas ni betul ke hehehe
#MeleTOP
#NabilMahir
#AydaJebat
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
pencuri hati 在 Apak channel Youtube 的最讚貼文
Assalamualaikum geng..Apa kabar?? kabar baik!!
Apak menyeru dan mengajak engkorang para musician di luar sono yang nak berkolaborasi dengan Apak untuk lagu baru raya ni!!!
Caranya sangatlah mudah, Apak perlukan bassis, Guitaris, Keyboardist dan Drumis untuk projek ini. Korang records instrument engkorang, hantar file wave kat email apak@padurecords.com beserta video korang perform kat umah atau kat studio atau suka hati engkorang lah kat mana.
Nanti Apak akan edit dan jadikan full song untuk projek hari raya bersama Apak. Tempo lagu ni 165
Projek ni suka suki je geng, yang mana berminat di alu alu kan yang tak berminat di ala alakan ler.
Apak harap lagu ni menjadi hits lah dan dapat lebih memperkenalkan engkorang kat social media.
Macam biasa la kata akhir dari Apak
Teruskan sokongan anda pada APAK dan Bongzer aikk apa da bongzer.. Sokong Apak dengan SHARE, COMMENT, LIKE DAN SUBSCRIBE APAK CHANNEL.
Dan jangan MUAT TURUN dan kemudian MEMUAT NAIK video ini kerana itu adalah salah di sisi undang undang copyright!! Channel anda kemungkinan akan di padamkan oleh pihak YouTube atas laporan dari APAK CHANNEL dan PADU RECORDS. #Apak #HarryKhalifah #LaguRaya
Please share this video and do not download, and re-upload. Available on APAK CHANNEL!!
SAY NO TO CONTENT PIRACY!!
KATAKAN TIDAK PADA PENCURI KONTEN!!
Program: Apak Mencari Pemuzik Untuk Project Raya Terbaru Apak!!
Guest Artist: Bassist, Guitarist, Keyboardist dan Drumist
Program Producer: Apak
Host: Apak
Editor: Apak
Director: Apak
Production: Apak Channel
Cameraman: Mizan/Malok
Lighting: Bongzer
Executive Producer: Apak
Executive Director: Apak Channel
pencuri hati 在 Apak channel Youtube 的最佳解答
Assalamualaikum geng..Sedikit info mengenai Safie Ayob.
Safie Ayob ini merupakan pemegang kad OKU. Safie merupakan pesakit buah pinggang keronik tahap 4 yang mana ke dua belah buang pinggang beliau telah rosak semenjak awal 2016 dan beliau perlu menjalani dialisis 3 kali seminggu untuk bertahan dan meneruskan hidup.
Manakala mata sebelah kirinya pula buta di keranakan penyakit glukoma dan mata sebelah kanan hanya mampu melihat sebanyak 60% sahaja.
tapi minatnya pada bidang nyanyian telah menyentuh hati Apak untuk merialisasikan impian Safie untuk bergelar sebagai seorang penyanyi.
Sebelum ini Apak pernah memuat naik video nyanyian bersama Safie di channel Padu Records dan tontonan untuk video tersebut mencecah 1juta lebih. https://www.youtube.com/watch?v=r_Z0K6AvFFk
Dikeranakan Apak terlalu sibuk sehingga pada musim PKP ini lah Apak baru ada masa untuk melancarkan lagu dari Safie Ayob.
Besar harapan Apak agar Safie sentiasa sihat dan dengan di rilisnya lagu ini membuatkan semangat safie menjadi lebih kuat!!
Korang di luar sana tolong share video safie ini ya.
Berikan sokongan yang PADU pada safie ayob!
Dan Apak ingin memberikan sesuatu utk korang di luar sana yg bergiat di bidang muzik secara sendiri yang tiada naungan mana mana label muzik yang kurang mendapat perhatian.
Apak boleh review lagu korang yang sudah mempunyai Muzik Video.
Korang boleh emailkan details korang ke Apak@padurecords.com
Syarat dan ketentuan berlaku!!
Akhir kata dari APAK teruskan sokongan anda pada APAK dengan SHARE, COMMENT, LIKE DAN SUBSCRIBE APAK CHANNEL.
Dan jangan MUAT TURUN dan kemudian MEMUAT NAIK video ini kerana itu adalah salah di sisi undang undang copyright!! Channel anda kemungkinan akan di padamkan oleh pihak YouTube atas laporan dari APAK CHANNEL dan PADU RECORDS. #Insantaksempurna #APAK
Jom follow instagram APAK
https://www.instagram.com/harry_khalifah/
Please share this video and do not download, and re-upload. Available on APAK CHANNEL!!
SAY NO TO CONTENT PIRACY!!
KATAKAN TIDAK PADA PENCURI KONTEN!!
Song: Insan Tak Sempurna
Artist: Safie Ayob
Composer: Apak
Lyric: Amai
Producer: Apak
Production: Apak Channel
Director of Photography: Mizan
Lighting: Bongzer
Editor: Apak
Director: Apak
Label: Apak Channel & Padu Records
Executive Producer: Apak
pencuri hati 在 Ayda Jebat - Pencuri Hati Aidilfitri [Official MV] - YouTube 的推薦與評價
Yang ditunggu-tunggu dah tiba! Inilah buah tangan istimewa dari Spritzer Sparkling bersama Ayda Jebat & Meerqeen untuk mencuri hati anda dan ... ... <看更多>
pencuri hati 在 Ayda Jebat - Pencuri Hati v Dangdut (Official Music Video) 的推薦與評價
MalaysiaMaxis Caller Ringtones: Dial *131*539427# and press CALL/SENDCelcom Call Me Tones: Dial *888*270360# and press CALL/SENDDiGi Caller ... ... <看更多>
pencuri hati 在 Armada - Pencuri Hati (Official Music Video) - YouTube 的推薦與評價
Album. Satu Hati Sejuta CintaSubscribe https://goo.gl/2x6eZp Song : Rizal dan MaiLyric : Rizal, Mai dan ArdhaPublisher ... ... <看更多>