Ulasan filem Contact 1997.
Antara filem terbaik pernah saya tonton waktu remaja, adalah The Contact. Kisah saintis Atheist mencari Alien, namun akhirnya berdamai dengan Tuhan.
Filem ini tiada babak aksi, atau serangan alien ke apa, atau hero badan sasa ke apa, tidak! Filem ini focus kepada seorang wanita yang terperangkap dalam impian mencari Alien, di jalanan bertemu dengan pakwe yang kuat beragama, lalu Ellie, watak utama cerita ini rasakan dia tak akan dapat hidup dengan orang beragama kerana dia Atheist! Ellie langsung tidak percaya pada kewujudan Tuhan hinggalah ada bukti secara Fizik, baru dia akan percaya.
Jadi bila pakwenya bercerita pengalaman rohani ‘bertemu’ Tuhan, Ellie perli, mana bukti? Takde bukti aku tak percaya.., tapi hero tenang kerana orang beragama selalu bertenang bila orang tidak percaya, atau memperolok olokkan kita, tenang kerana benar, tenang kerana percaya Tuhan wujud tanpa perlu buktikan secara fizik.
Jadi Ellie memilih untuk berpisah dengan pakwe Bergama dan teruskan hidup mencari Alien.
Imbas kembali, waktu Ellie kecik, Kisah hidupnya bermula dengan gambaran luasnya angkasa tak berpenghujung yang bermula dengan penglihatan terhad seorang manusia bernama Ellie, seorang kanak kanak perempuan yang sangat seronok dan teruja bila guna radio amatur milik si ayah yang dapat menghubungi manusia dari jarak yang jauh, dan mula memasang angan angan untuk hubungi arwah ibunya yang dia tak pernah jumpa sejak dilahirkan.
Namun ayahnya memberitahu, alat canggih macam mana pun tak akan mampu hubungi ibu kerana ibunya dah mati, lalu Ellie isikan kekosongan harapan dengan berharap dapat hubungi Alien.
Terus bertanya kepada si ayah:
“Ayah, Ada tak alien hijau bersesungut di angkasa sana untuk saya hubungi?”
“Ellie.., Jika alien tak wujud, maka angkasa yang luas akan menjadi ruangan yang sangat membazir”
“Bagaimana nak hubungi Alien?”
“Kena gunakan Antena yang paling besar!”
Tiba tiba si ayah terkena serangan jantung! Dan babak Ellie berlari ambik ubat dengan sudut kamera dalam cermin memang menakjubkan di zaman itu. Kenan tonton sendiri babak tu yang nampak kamera boleh zoom secara membelok dalam cermin?. Wow!
Ayahnya mati sakit jantung, dan Paderi datang pujuk Ellie agar menerima takdir, Tapi Ellie buktikan dia tidak percaya kepada Tuhan buat selamanya kerana punca ayahnya mati bukan sebab takdir Tuhan, tapi sebab dia lambat ambik ubat dan Ellie mulai mengisi harapan untuk mencari Alien dan berharap dengan teknlogi Alien yang canggih, akan dapat pula hubungi ayahnya yang telah mati.
(Ada babak Ellie bercucuran air mata guna Radio Satelit Tanya di mana ayah? Tolong jawab, saya rindu ayah..)
Masa berlalu, Ellie jadi best student, masuk U, sambung PHd, dapat peluang kerjaya yang cemerlang di University Harvard, tapi Ellie memilih untuk focus pada kerja mencari Alien, maka gigihlah Ellie buat kertas kerja minta dana agar dapat bina Satelit paling canggih. Kos cari Alien memang mahal giler, dan awal cerita projeknya di danai oleh ahli politik yang minat Sains, tapi lepas bertahun tahun Eliie habiskan dana cari Alien tapi sekor Alien puntak jumpa-jumpa, Ahli politik ini stop dana.
Ellie bengang dan marah, tapi tak putus asa, buat lagi kertas kerja dan cari dana, hinggalah ada orang kaya tua yang pelik nak biayai projek Ellie.
Untuk rekod, projek cari Alien ini pernah dibuat oleh kerajaan Amarica, tapi lepas bertahun tahun cari Alien, sekor pun tak jumpa, dan lepas tekanan politik sebab bazirkan cukai rakyat, projek ini telah diswastakan, dan akhirnya dihentikan.
Saya zaman tu terfikir, kenapa saya tak ambik subjek sains cari alien?, sebab nampak sangat senang kerja cari Alien ni, hantar signal le angksasa, lepas tu lepak pasang computer sambil main Solitare tunggu Alien respond pada setiap bintang, takde respond? Bermakna tiada kehidupan di area bintang itu, dan takde alien, kita pindah ke bintang seterusnya, satu bintang berapa lama nak siasat? Rujuk buruj 12 bulan setahun, maka kita rujuk 12 lokasi taburan bintang sahaja tiap tahun, tunggu data. Perghhhhhh, senang gila kerja. Gaji mahal, kerja lepak, dan result kita boleh present data takde respond dan sedang mencari.. he he he.
Tapi kawan saya kata, kerja jabatan ramalan kaji cuaca lagi senang, sebab bila tak tepat, oh.. ramalan jer, woha!
Ok, serius sikit, saya akhirnya bekerja sebagai nelayan mencari ikan di dasar laut, eh?. Kejap? Ni nak cerita pasal saya ke pasal Ellie ni?
Okey, kembali kepada Ellie yang sedang cari Alien, dijalanan terjumpa pakwe hensem tapi kuat agamalah pulak.
Si pakwe bagi hadiah kompas sebagai satu simbolik yang mana jika sesat semua orang perlukan arah. Elie yang yakin jalan hidupnya tak pernah sesat, menolak hadiah itu. Lagipun Elie dah buat kiraan matematik, untuk Berjaya jejak Alien, dia tak boleh ada hubungan cinta.
Pernah Elie bertanya pada pakwenya: Tunjukan di mana Tuhan jika Dia ada?
Kata pakwenya, kau cintakan arwah ayah kau kan? Elie angguk,
“Baik tunjukkan dimana Cinta pada ayah kau itu berada?”
Ellie jadi Blur kejap, bermakna bukan semua benda boleh dibuktikan secara fizik.
Apa yang menarik tentang filem ini adalah bibit dialog yang dilontarkan, yang mana setiap dialog penuh falsafah kemanusian serta keagamaan yang terus membawa mesej keimanan di akhir cerita.
Sebagai contoh: Seluruh Filem ini tunjukkan bagaimana dana yang sangat besar telah dihabiskan dalam misi mencari Alien, hingga Pakwe beragama Tanya Ellie,
“Tak rugi ke belanja sangat besar guna kaedah Sains untuk cari Alien?”
“Perbelajaan besar macam mana pun, selagi digunakan untuk mencari kebenaran, maka tak ada yang rugi. Sebab tujuan Sains adalah mencari kebenaran! Kau menentang sains ke?”
“Tidak, Agama dan Sains adalah sama, sebab keduanya mencari kebenaran, (Tapi Agama tak perlukan belanja yang besar) dan Aku tidak menentang sains, aku menentang orang yang mengorbankan hidup dan korbankan tuhan kerana sains.
“Kau paderi ke?”
“Aku Paderi yang tak mampu bujang selamanya”
“Apa pendapat kau tentang angkasa yang luas ini?”
“Jika tiada apa apa di atas sana, angkasa adalah ruang yang membazir”
Ellie tersentak dengan ayat pakwe beragama, sama macam ayat ayah dia waktu kecik anggap angkasa adalah mebazir jika tiada apa apa di langit, terus dia jatuh cinta pada pakwe beragama, kerana dari sudut Ellie, ayat tu yang membuatkan dia punyai harapan: mencari Alien dan berkongsi teknologi dan mungkin boleh hubungi ayahnya kembali di demensi yang lain?, sedangkan maksud Pakwenya adalah, alam ini sangat membazir jika tiada TUHAN!
Simple., dari segi tersiratnya, Pakwe beragama nak bagitahu: Jika ahli sains anggap angkasa membazir sebab tiada Alien, maka Sama jugak kehidupan kita, susah payah mak kita lahirkan kita, lepas tu kita susah payah belajar merangkak, berjalan, dan berlari, lepas tu susah payah belajar ilmu dunia cari rezeki, dan hidup berdepan dengan pelbagai masalah, lalu ada yang di zalimi, di tindas, teriniayai, OKU, cacat, atau separuh hidup normal dan separuh hidup lagi jadi OKU kerana bencana, lepas tu tu tua dan sakit, dikhianati, diabaikan dan uzur, ada yang menderita dalam perang, atau yang terseksa sebagai tawanan perang, lepas tu semua mati tanpa ada apa apa kesimpulan? maka alangkan membazirnya hidup yang luas ini, kerana hidup ini semuanya adalah SIA-SIA jika tiada TUHAN!
Selalu Pakwe Bergama cakap, dia tak boleh bayangkan hidup tanpa Tuhan, sebab Jika dunia yang luas ini tiada tuhan, bukan sahaja membazir akan apa yang kita dapat dari takdir, tapi sia sialah hidup berusaha habis baik macam Elle tapi akhirnya menjadi masa sailang geng politik!
Satu lagi ayat best dalam movie ini, “Adakah kita lebih bahagia setiap hari kerana sains, atau agama?”
Ada orang bahagia sebab sains memudahkan hidup, tapi terbukti orang beragama lebih bahagia kerana hidup bersama harapan, dan kenapa kita tak bahagia dengan keduanya, Sains dan agama? Logic sangat!
Sains ada harapan tak tercapai, ingin panjang umur dan tak mati agar terus menikmati hidup, Agama ada harapan yang bakal dicapai, buat baik di dunia, dan hidup bahagia di kehidupan selepas mati. Mana nak pilih?
Itulah perdebatan ilmiah antara lelaki beragama dan wanita Atheist yang menjadi tunjang cerita dari awal hingga akhir.
Pendek cerita, satu hari Ellie dapat signal bersuara Hitler dari Planet Vega, lepas Ellie kaji dan dapati Signal pertama hantar ke angkasa adalah dari hitler, dan alien pulangkan balik lepas 26 tahun, bermakna mereka wujud!
Yes! Alien wujud dah telah hubungi manusia!
Terus Ellie bagitahu dunia, dan muncullah babak PM baca perutusan macam Abah selalu buat di Malaysioa, Tapi Movie ini di Amarica maka majlis perutusan sdiang media di buat oleh Bill Clanton (jangan tak percaya, PM America turut berlakon dalam movie ini?) yang bagitahu apa reaksi dunia bila Alien hubungi kita?
Geng tentera anggap mesej ini bahaya macam hadiah kuda Trojan dalam perang Rom!
Geng Saintis anggap Alien tak bahaya, baik, dan penuh moral. Jom balas mesej itu.
Geng agama anggap bercakap dengan Alien, menghina Tuhan. Ada jugak geng agama cakap cakap itu bukan Alien, tapi Tuhan.
Ada jugak Pihak tentera America yang anggap ini teori konspirasi, mesej tu diadakan oleh jutawan kaya yang dah tua tak tahu duit nak habiskan kat mana, lalu prank hantar isyarat guna Satelit canggih konon itu dari Planet Vega!
Apa cakap Pakwe Beragama?
Ini mungkin mesej dari Tuhan, tapi Ellie cakap ini Alien sebab jika Tuhan nak sampaikan mesej, tak perlu guna Satelit canggih, terus kita dengar suara dari langit!
Pakwe Beragama cakap, Tapi itulah yang kau temui, suara dari langit.
Woha!
Okey, sekarang lepas meeting, Dunia setuju untuk bina mesin ke Planet Vega dan borak dengan Alien tu, Tapi Mesin tu boleh muat seorang sahaja, siapakah wakil manusia pertama nak jumpa alien tu?
Dah tentu Ellie yang paling layak..
Kata Pakwe Bergama:
“Ellie, Kau akan ke vega yang jauhnya 4 tahun perjalanan cahaya pergi balik, dan bila kau balik, bumi dah lewat 40 tahun, aku mungkin akan mati, kau mahu pergi jugak ke? I love you Ellie”
“Demi sains aku akan pergi, mungkin perjalanan ini sehala, aku akan mati di angkasa”
“Ellie, Kenapa saintis rela mati dalam misi angkasa?”
“Nak cari jawapan, kenapa kita di sini? Walaupun ada sedikit ilmu di tambah, saintis rela mati, Sains adalah antara keberanian dan kegilaan”
“Nampaknya kau rela mati kerana ‘percaya’ sesuatu lebih baik di luar sana akan dapat menambah ilmu ummat manusia, perbuatan kamu sekarang macam orang agama, yang sanggup buat apa sahaja kerana percaya kepada Tuhan”
“Bagaimana jika aku ke sana dan temui bukti Tuhan tidak wujud?”
Perghh, begitulah kerasnya hati Ellie bab ketuhanan, lalu dalam Sesi soal jawab sebelum ke angkasa, setiap wakil dari pelbagai bidang telah temu ramah ellie, antara soalan yang di Tanya.
“Ellie, jika kau sampai ke Vega, dan dapat Tanya satu soalan sahaja, apa kau nak Tanya?”
“Err, saya akan Tanya, bagaimana kamu dapat selamat dari fana, dan Berjaya hidup kekal di angkasa tanpa musnahkan diri sendiri”
Nampaknya tiada bantahan akan soalan tu, sebab bagi saintis, dari semua bidang, satu jer yang manusia gagal iaitu halang penuaan dan kematian, maka memang sesuai sangat jika Ellie nak belajar dengan Alien ilmu hidup kekal selamanya. Dari Ellie sendiri yang kematian ayah dan ibu waktu kecil, satu tanggung jawab sosia sains iaitu ingin sangat satu ilmu yang dapat halang kematian atau hubungi orang yang dah mati.
Bila tiba giliran pihak Beragama. Ada yang bertanya:
“Ellie, kau percaya Tuhan tak?”
Ellie jawab tak percaya sebab takde bukti, sebab jika alam yang hebat dan besar ini dicipta Tuhan, kenapa takde bukti kewujudannya? Atau manusia cipta Tuhan sebab tak nak rasa kesepian, Sebagai saintis, saya percaya bila ada bukti sahaja, dan oleh sebab tiada bukti kewujudan Tuhan, maka saya tak percaya!
Akibat jawapan Ellie tak percaya pada Tuhan, maka oleh kerana 95% penduduk dunia percaya wujudnya tuhan, maka adalah tidak patut orang yang dipilih untuk menjadi wakil manusia pertama adalah orang yang anggap 95 % penduduk bumi adalah salah dan sedang berkhayal.
Maka Ellie tak terpilih dan projek tu dapat kepada bekas bosnya yang beragama, dan juga Saintis.
Waktu ni kita tengok kesian kat Ellie, sebab dia paling layak sepatutnya, tapi bila campur tangan politik, Ellie kena reject.
Eliie pernah cakap, Masa kecik tengok planet venus sangat cantik maka terbayang planet tu indah, tapi bila dewasa, teropong kat sana ada hujan asid dan gas membunuh. Begitulah hidup ini, Ellie yang kaji Alien, bekas bosnya dapat nama, sedangkan dari segi Sains, apa salahnya tak percaya pada Tuhan? Tapi ini politik Ellie, mana boleh wakil manusia adalah orang yang anggap 90% penduduk bumi adalah bodoh!
Tapi ada sesuatu Ellie belajar, tentang takdir dan hikmah, kerana bekas bosnya mati dalam misi sebab geng taksub agama telah sebotaj dan letupkan mesin tu, bermakna Jika Ellie yang pergi, dia akan mati.
Kita pulak boleh belajar sesuatu iaitu Dunia ini akan dapat pada sesiapa yang berusaha, walaupun tidak percaya kepada Tuhan, tapi akhirat hanya untuk mereka yang beriman.
Maka nasib menyebelahi Ellie, sebab Jepun juga ada bina mesin ke Planet Vega, dan Ellie terpilih untuk guna mesin tu kerana dari segi ilmu dan pengalaman, Ellie lah orangnya.
Pendekkan cerita, Ellie dapat peluang jumpa Alien tu, naik mesin khas yang semua orang nampak 5 saat sahaja, tapi Ellie bagitahu dia dah 8 jam berborak dengan Alien.
Alien tu datang dalam bentuk ayah dia, dan guna lokasi impian Ellie yang di lukis dibilik tidur (Teknik senapang Russia? Chekhov's gun Ingat tak?) untuk berborak dengan Ellie.
Dalam versi novel, Alien tu bagitahu Alam ini di cipta oleh Tuhan yang demensinya tak sama, maka tak akan dapat buktikan secara fizik, dan Alien itu sendiri ada kemajuan untuk cipta demensi perbualan guna pengalaman dalam otak ellie, dalam filem pulak, Alien tak cerita tentang Tuhan, sebab Hollywood ni ramai Athies, jadi dalam movie ini, bila Ellie minta Alien buktikan secara fizik agar semua manusia di bumi dapat lihat apa yang dia lihat, maka Alien bagitahu, Hukum alam ini dah beribu tahun berjalan seperti ini, manusia kena beriman dan percaya tanpa perlukan bukti fizik. Tidak boleh mendadak dalam keimanan, satu langkah kecil, cukup untuk manusia setiap waktu. Sekarang kamu balik dan ceritakan pengalaman kamu.
Bila Ellie balik, dan ceritakan pengalaman dia, takde orang percaya sebab tiada bukti, Ellie hanya masuk dalam mesin tu 5 saat, tiba tiba cakap dah 8 jam berborak dengan Alien di Palnet Vega?
Masa ini barulah Elie sedar bagaimana perasaan orang yang alami pengalaman Rohani bersama Tuhan di abaikan kerana tiada bukti.
Dalam Sains, bila kita nak explain sesuatu, kita kena guna kaedah yang simple dan tertutup tanpa ada ruang untuk manusia isi dengan teori konspirasi, kaedah itu di kenali sebagai Pisau Ockham.
Sebagai contoh, Seorang penduduk melihat pohon hangus di tanah lapang, katanya dia nampak cahaya terang, dan anggap itu mungkin adalah UFO. Tapi dari segi Sains, kena gunakan kaedah Pisau Occam, yang mana sambaran petir adalah penjelasan yang patut dipilih karena menutup ruang untuk sebarang pengisian konspirasi, atau Sains Fiksyen.
Maka untuk pisahkan Sains dan Sains Fiksyen pihak Saintis beretika seperti Ellie kena guna kaedah “Pisau Ocham” atau istilah asalnya
“Occam's Razor yang berasal dari William Ockham, seorang ahli Sains Barat dari abad ke-14.
Jika dalam Islam, Nabi pesan guna konsep sederhana dalam explain, agar Ummat tak terbeban, atau memetik kata kata Albert Einstein:
"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough." –Woha!
Maka bila Alien makluk Fizik yang mampu bina demensi dalam otak elie pun tak mampu Elie buktikan, maka akhirnya Elie pilih kaedah Pisau Ocham yang mana. Pilihan paling masuk akal adalah: dia hanya berhalusinasi sahaja waktu bertemu Alien itu. Kerinduan pada arwah ayahnya buatkan dia mencipta pengalaman itu. Kes di tutup. Saya tak pernah pergi ke Planet Vega sebab saya tak ada bukti.
Hujung cerita, Ellie akhirnya berdamai dengan pakwenya kerana ketika satu dunia berkata dia bohong tentang pertemuannya dengan Alien, tapi pakwenya sokong dan percaya , sebab? begitulah pengalaman tentang Tuhan, hanya kita yang dapat rasai kehadranNYA tanpa perlu buktikan apa apa.
Filem ini bermula dengan tiga pihak, Atheist, Agama, dan Politik, yang mana Atheist dan Agama akhirnya berdamai, tapi politik, akhir cerita, tetap ada agenda, sebab pihak politik rupanya sorok bukti pita rakaman Alien yang berdurasi 8 jam membuktikan Elie memang berada selama 8 jam di demensi alien walaupun zahirnya hanya 5 saat. Oh.. politik ni memang tak boleh bawak bincang kan?
Woha!
Akhir kata, dalam movie ini, ada babak Elle guna kaedah matematik waktu hubungi Alien, Jadi bila pihak Kerajaan Tanya Kenapa nak hubungi alien kena guna Bahasa matematik?
Jawab Ellie, Sebab dunia ini ada 70 perbezaan Bahasa, dan matematik satu satunya Bahasa universe!
Kata saya dalam hati: Wahai si cantik Ellie (Jodie foster), marilah belajar matematik dengan abang mayat dengan SATU Tuhan, DUA Kalimah Syahadah, TIGA Golongan di Akhirat, EMPAT Mazhab utama, LIMA Kali Solat, Enam Sifat Sahabat, Tujuh Petala Langit, LAPAN Tingkat Syurga, SEMBILAN kitab Hadis, SEPULUH Sahabat di Jamin Syurga, 13 Rukun Solat, 20 Sifat Tuhan, 25 Rasul terpilih, 99 Nama Tuhan, 313 Ambia, 120 ribu Nabi, and Counting….
Sila abaikan Pakwe Beragama lakonan Matthew McConaughey sebab dalam filem Interstellar dia pulak pergi angkasa cari Alien tapi akhirnya masuk lubang hitam dan bersatu dengan awek cantik si Anne Hathaway di Planet Edmunds.
Woha!
Ulasan filem Interstellar oleh Hamka Keretamayat https://www.facebook.com/keretamayat/posts/266406618174751
#hamkafilm
「novel bila hati memilih dia bab 6」的推薦目錄:
novel bila hati memilih dia bab 6 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Semusim di syurga part 104
.-------------------------------
(Tanya sama abang keretamayat)
Pelajar: Assalammualaikum wbt. Hai, saya Wati (bukan nama sebenar) ,pelajar tahun akhir jurusan komunikasi dari UXM XXXXX.. Kami dikehendaki menjalankan satu research mengenai isu penerimaan media sosial sebagai medium dakwah dan kumpulan kami telah memilih blog Kereta Mayat sebagai salah satu blog. Oleh itu, jika encik pengarang tidak keberatan kami ingin menjalankan sedikit temu ramah dengan encik mengenai isu ini.
Jika encik tidak berkelapangan untuk ditemu ramah . Izinkan saya untuk mendapatkan email atau nombor telefon encik untuk kami menemu ramah encik secara atas talian. Harap maklumbalas dari pihak encik pengarang. Terima kasih
Hamka: Salam. Guna emal boleh, Keretamayat at gmail dot com
Pelajar: Terima kasih atas maklumbalas pihak kereta mayat (smile emoticon here)
Hamka: (smile emoticon here)
Pelajar: Pihak kami telah menghantar soalan soalan temu duga pada email encik. Berikut soalan dari kami, Kenapa encik/cik pengarang memilih untuk berdakwah menggunakan bahasa sindiran atau sarcasm?
Hamka: Dalam blog memang ada saya guna bahasa sindiran atau sarcasm, kenapa saya guna sebab ianya lebih senang untuk di sampaikan dan saya sendiri sebagai penulis, rasa teguran dan sarcasm itu setepek kena pada muka sendiri, kira saya menegur pada diri sendirilah, siapa lagi yang lebih kita redhai untuk memaki melainkan diri sendiri? Dan saya percaya, pembaca zaman sekarang cukup bijak untuk menilai sendirin dan sarcasm lalu menjadikan sendirin dan sarcasm itu sebagai pemangkin dalam tindakan dalam hari yang mendatang demi kebahagian menempuh hari bijak sana mereka kelak, chewah!
Pelajar: Cara yang manakah encik/cik pengarang berpendapat lebih efektif dalam penyebaran dakwah? Adakah dengan menggunakan bahasa yang mempunyai unsur sindiran/sarcasm atau menggunakan bahasa yang lebih sopan. Dan mengapa?
Hamka: Dalam berdakwah, cara yang paling efektif adalah cara Nabi Muhammad SAW. Iaitu jumpa manusia secara depan-depan, bercakap dengan lemah lembut, tunjuk akhlak yang baik, penuh sopan dan doakan hidayat bertalu talu, di blog lain pula yang cara yang saya guna, iaitu ada tulisan berbentuk sindiran/sarcasm atau menggunakan bahasa yang lebih kasar.
Perlu di beri pencerahan di sini, niat asal menulis blog adalah untuk nota agama kepada diri sendiri, atau keluarga atau kawan yang SUDI baca. Jadi tulisan teguran atau reminder kepada diri sendiri, memang saya tulis dengan unsur sindiran/sarcasm atau menggunakan bahasa yang lebih kasar. mengapa? Sebab lebih mudah untuk saya hadam dan ingat, tapi sayang tak halang orang nak baca blog saya, jika suka alhamdulillah, jika terasa dan berubah, Alhamdullilah, tapi jika emosi baca dan nak mengamuk, elok jangan baca, sebab blog ini adalah nota agama kepada diri, dan ini adalah salah satu cara saya belajar bab agama, contoh jika apa yang saya tulis tu salah fakta, orang akan betulkan di ruang komen, saya akan take note, tapi kebanyakkan komen yang saya dapat, fakta orang terbetul melalui tulisan saya, Alhamdulillah. Walaupun agar kasar dan sarscasm, masih ramai yang komen secara positif.
Namun saya akui, yang mana jika saya sendiri bila nak pergi dengar ceramah, saya mengelak ceramah yang jenis cakap kasar atau mencarut, tak sopan dan tak ikut cara Nabi, dan saya sendiri, insyaAllah, bila berdakwah cara jumpa manusia, saya akan cakap lemah lembut, dan cuba ikut Sunnah Nabi sedaya mungkin.
Pelajar: Pada pendapat encik/cik pengarang sendiri apakah cara terbaik dan betul dalam menyampaikan dakwah mengikut Al-Quran dan sunnah?
Hamka: Cara yang paling betul, adalah cara Nabi Muhammad SAW, iaitu jumpa manusia dan pujuk rayu mereka kepada Allah secara lemah lembut,
Rujuk Al quran kisah Nabi Musa berdakwah pada Firaun. Allah perintah Nabi Musa berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun tu mengaku Tuhan, Hujung cerita, Firaun tetap tak ikut dan mati kafir, dan Nabi Musa tak ubah cara berdakwah buat lawak pulak ke mana tahu firaun suka sebab firaun pun ada Pelawak YOYO yang diupah khas, tapi Nabi Musa dakwah cara yang Allah suruh, berkata dengan lemah lembut walaupun orang naik kepala, akhirnya, Firaun mati masuk neraka, tapi ahli sihir dan pelawak firaun pulak masuk islam dan mati masuk shurga sebab terkesan dengan mujahadah Nabi Musa Alahisalam..
Sama jugak kisah Nabi Nuh berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun dengan cara Allah suka, Nabi Nuh tak pulak buat lawak ke, buat dakwah sentap ke, supaya kaum dia ikut untuk dapat kuantiti, akhirnya diringkaskan cerita, kaum dia yang engkar masuk neraka, dan nabi Nuh yang dakwahnya tidak ramai orang ikut dikitiraf sebagai Nabi ulul Azmi.
Kisah Nabi Muhammad berdakwah pada orang taif sehingga kena baling batu, patut ke Nabi buat dakwah cara moden di sana ikut kefahaman anda? Atau Nabi berdakwah sama tertib dengan NAbi Musa, NAbi Nuh, NAbi Luth dan semua ambiyak, itulah cara terbaik!
Ketahuilah, Nabi buat dakwah bukan nak menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka melihat Nabi berdakwah cara mujahadah macam tu, siapa kita nak nafikan perintah Allah? dan lepas Allah binasa kaum yang tak suka dengan dakwah cara Nabi, (mungkin kaum dia tak ikut sebab Nabi tak buat lawak kot) bila datang kaum baru yang engkar, ada Allah suruh Nabi baru ubah dakwah cara lain? Oh Nabi Nuh gagal berdakwah cara jumpa manusia, nanti Nabi luth dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat lawak ke? Ada Allah ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?
Takde maknanya!!
Ketahuilah: Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain lalu buat cara yang sesuai dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke, berdemotrasi ke? FB sharing ke, buat lawak ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka korang akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..
Berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinasakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari ramai orang datang dengar, atau orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan mengikut cara yang Allah suka.
Tuan tuan, Agama tersebar dengan mujahadah para pendakwah, bukan dengan hiburan. Dizaman Nabi Muhammad SAW, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum ada, kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, FB islamik takde, halaman web Islamicpun takde jugak, parti islam dan nasyid jugak tiada, drama islam takde, ceramah kelakar takde, tapi hari hari orang kapir masuk islam, Kenapa?
Kerana hidayat tersebar bila mujahadah dari Nabi dan sahabat yang berterusan. Tapi zaman ni, apa yang tak de?, kitab ugama dicetak sudah setinggi gunung, akhbar dan majalah islamic bersepah, risalah lepas jummaat melayang layang, blog dakwah berlink link, halaman web Islamic penuh sesak, parti so call islamic bukan main besar bendara berkibar, nasyid di radio tak henti henti, TV islamic pun ada, ustaz ceramah bukan main kelakar, tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman Nabi, sikit bebenor, malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?
Patut dengan dakwah cara kelakar, Masjid lima waktu penuhlah macam waktu ceramah, tapi masih kosong terutama bila takde ustaz kalakar datang ceramah, adohai..
Berdakwahlah untuk menyukakan Allah, bukan menyukakan nafsu kita atau nafsu orang lain.., berdakwah dengan mujahadah cara Nabi, dan hidayat adalah kerja Allah.
Pesan imam Ghazali: “Mujahadah adalah kunci pintu hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah.”
Jadi balik kepada soalan, apakah cara terbaik dan betul dalam menyampaikan dakwah mengikut Al-Quran dan sunnah? Tidak lain tidak bukan, cara seperti yang di tunjukkan oleh Kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, cara mujahadah, jumpa secara depan depan, rumah ke rumah, cakap lemah lembut, dan pujuk rayu manusia ke jalan Allah. Wallahu’lam.
Pelajar: Setakat ini, apakah feedback yang encik/cik pengarang terima dari pembaca blog?
Hamka: Dulu, waktu saya masih muda, hari hari dapat email dan komen dari pembaca, mereka sangat suka dan berebut rebut nak komen, mungkin apa yang saya tulis sesuai dengan pembaca, buat mereka sangat rajin email dan komen yang membuatkan saya rajin update blog, pernah sampai sebulan, 10 artikel saya tulis, tapi lama-lama saya semakin sibuk, dan sudah jarang update blog, sehingga sebulan nak tulis dua artikel pun payah, adohai..
Tapi sekarang saya rajin Update Facebook dan Instagram, komen dan mesej di FB masih hangat macam dulu, like sampai beribu ribu, komen sampai beratus ratus, Cuma topik di FB saya tulis lebih santai dan ringan, tak macam di blog dahulu, lebih panjang dan deep. So saya rasa pembaca saya pun dah ramai berubah kerana bila saya dah tua begini, saya dah penat nak tulis sindiran atau sarscasm atau Bahasa kasar, sebab kesian bagi pembaca yang slow terutama para remaja, jadi sekarang, saya kembali bersopan dalam penulisan, umur mengubah cara kita menulis, hu hu hu..
Pelajar: Adakah perbezaan penggunaan bahasa (sindiran/sopan) mempengaruhi kesan psikologi terhadap pembaca terutamanya remaja?
Hamka: Saya pernah juga ada dapat komen dari pembaca yang tak faham bahasa sendiran lalu emosi dalam komen, memang bahasa sindiran, troll, sarcasm akan mempengaruhi kesan psikologi terhadap pembaca terutamanya remaja, so saya nasihat kepada para remaja, banyakkan membaca, dan tolong faham apa itu sarkastik, apa itu troll, apa itu prank, agar korang bila baca tak mudah terpengaruh dan melenting. Adohai..
Pelajar: Apakah perbezaan kesan secara psikologi antara penggunaan bahasa (sindiran/sopan) terhadap pembaca terutamanya remaja ?
Hamka: saya rasa Bahasa sendirin ni bukan semua remaja boleh hadam, dan Bahasa sopan sangat elok untuk mereka, jika blog saya hanya untuk remaja, maka saya akan tulis sesopan mungkin, insyaallah, dan seringkas mungkin. Tapi itulah, oleh kerana blog saya adalah “nota agama kepada diri” maka ianya baik untuk orang macam saya, atau pembaca macam saya. Ehem-ehem. Tapi jika ada remaja atau orang dewasa yang baca dan sakit hati, nasihat saya, jangan baca. Eh? Dah habis soalan.
Terima kasih kerana sudi bertanya, ada jugak modal nak update blog yang dah bersawang ni-Woha!
Ps: Jika dapat A, jangan lupa belanja pakcik! Woha!
Ps2:Buku menangkap Dajjal di waktu Dhuha dah siap cetak, akan masuk pasaran tak lama lagi, Novel ini ada 340muka surat. Harga Rm30. Belum ada stok di tangan saya, untuk pembelian awal boleh hubungi Tarbiah sentap
https://www.facebook.com/tarbiahsentapp/
atau Whats app kepada team Tarbiah sentap.
0143242859😍
Order melalui saya, akan di update dalam borang belian bila stok dah ada di tangan. InsyaALLAH