bila en suami minta belikan kimchi....tetiba rasa kedekut😅.
benda kita boleh buat...boleh jimat kenapa nak kena beli😬.
anggaran kos bahan mentah tak sampai rm 10 boleh dapat 3 bekas.
secukup rasa seadanya😊.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
========================
Bahan-bahannya:
1. Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
2. Sebiji carrot merah - hiris nipis
3. Sebiji carrot putih - hiris nipis
4. Segenggam daun bawang - potong sederhana panjang
5. 5 ulas bawang putih *
6. Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
7. Satu inci halia tua *
8. 5 sudu sos ikan *
9. 2 sudu kecil gula merah *
10. 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
11. Garam halus secukupnya
12. 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
CARA-CARANYA:
=============
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh....berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gamba tak beresepi. Ingatkan tak laku😅😅😅
Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.💕💕💕
Pada yang suka kimchi...sukalah. Yang kata masam@ tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.😇
Kredit: noor azmawani
.
.
同時也有501部Youtube影片,追蹤數超過11萬的網紅Frugal Outdoors & Camping,也在其Youtube影片中提到,Kisah ke-2 pengalaman misteri sewaktu bercamping di muara sungai yang sunyi, jauh dari penempatan manusia pada tahun 2018. Jom Follow/Like Social Med...
「minit」的推薦目錄:
- 關於minit 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於minit 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於minit 在 Miszrockers blogspot Facebook 的最讚貼文
- 關於minit 在 Frugal Outdoors & Camping Youtube 的最讚貼文
- 關於minit 在 beby _toratora Youtube 的最佳解答
- 關於minit 在 Iena Eliena Youtube 的最讚貼文
- 關於minit 在 Minit Mart - 首頁| Facebook 的評價
minit 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
RESEPI KARI SOTONG TANPA SANTAN
1. Sotong 10 ekor(saiz besar + sederhana) berat dlm 1.2 Kg
2. Bahan kisar
Bwg merah 8 biji + bwg putih 5 biji + halia 1 inci + lada kering 12 tangkai(dibuang biji dan direbus) kesemua bahan dikisar halus.
3. Rempah 4 skwan( buah pelaga+ kayu manis+ bunga lawang + bunga cengkih)
4. Daun kari 1 pelepah
5. Daun pandan 2 helai
6. Bwg besar 1 biji mayang
7. Nisang 1/2 keping
8. Rempah kari 3 sb ( kari Adabi)
9. Serbuk cili 1 sb
10. Serbuk kunyit 1sb
11. Biji sawi 1 sk
12. Gula grm secukup rasa
13. Terung panjang 2 biji
14. Tomato 2 biji ( 1 biji dicincang kecil dan 1 biji dipotong 6)
15. Cili besar merah dan hijau 2 biji
* Resipi ini tidak menggunakan santan
.
Cara2 membuatnya:
🍴 Tumis rempah 4 skwn dgn bhn kisar dan biji sawi, daun kari..bwg besar smpai wangi...masukkan daun pandan..masukkan rempah kari ...serbuk kunyit serbuk cili ...msk smpai pecah minyak..masuk air..tumis lg smpai pecah mnyak lg sekali..biarkan mendidih...masukkan terung dan tomato...masukkan sotong dlm 8 ke 10 minit( jgn terlalu lama nnti sotong liat)...tambah grm gula ikut rasa ..angkat dan boleh hidang...Selamat Mencuba
Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah
minit 在 Miszrockers blogspot Facebook 的最讚貼文
Seronok Fariza belajar Bahasa Inggeris online di @novakid_my. Bagusnya ia pembelajaran 1 on one physical class selama 25 minit sahaja tapi macam-macam pembelajaran Inggeris yang diajar. Ya, belajar seorang ni lebih fokus dari belajar ramai-ramai.
Belajar pulak memang tak boring, teacher ajar menggunakan TPR ( Total Physical Response), dari segi pergerakan tangan, bercakap.
Happy tengok improvement Bahasa Inggeris Fariza. Masa waktu muda ni la nak bagi anak-anak lancar dan kuasai Inggeris.
Mommy daddies, boleh daftar kelas Inggeris untuk anak-anak di @novakid_my. Highly recommend. Boleh masuk trial class dulu dengan harga RM64 untuk 4 kelas. Masukkan code *SITI353567* untuk dapat bonus.
More info boleh baca di https://www.miszrockers.com/2021/09/kelas-english-online-novakid.html?m=1
minit 在 Frugal Outdoors & Camping Youtube 的最讚貼文
Kisah ke-2 pengalaman misteri sewaktu bercamping di muara sungai yang sunyi, jauh dari penempatan manusia pada tahun 2018.
Jom Follow/Like Social Media F.O.C:
Di Facebook: https://web.facebook.com/FCampM/
Di Intagram: https://www.instagram.com/frugal_outdoors_camping/?hl=en
Kedai Shopee F.O.C https://shopee.com.my/sham_foc?categoryId=130&itemId=3873836477
Untuk Business/Review/send me your product deal via email frugaloutdoorchannel@gmail.com
FAQ (soalan popular & jawapan)
1) Q: Tent yg FOC pakai sekarang
A: Naturehike Cloud Up 2 (https://shopee.com.my/Naturehike-Cloud-Up-2-Person-Tent-Free-Standing-Ultralight-Camping-Tent-i.129217730.2134224500)
2) Q: Flysheet yg FOC pakai sekarang
A: Hisea 3x3 meter (tak dijual lagi sekarang,company stop production)
3) Q: Guna kamera apa
A: Canon 200D (kit lens & canon 50mm + GoPro Hero 6 & 7)
4) Q: Guna motor apa
A: Bajaj/Modenas V15 (dah modi@custom,kos RM3200+) (DAH JUAL)
5) Q: Tak takut hantu ke
A: Ajaran Islam tak suruh takut hantu,percaya wujud je geng hehe
6) Q: Pernah kena ganggu/jumpa hantu?
A: Ada 2 kisah misteri sahaja(dah di ceritakan dalam video lepas), selain dari itu tiada pengalaman lain @ jumpa hantu depan2.
7) Q: Boleh join?
A: Tak janji boleh (tak plan trip biasa last minit suka2 hati je on)
8) Q: Macam tengok arah Kiblat
A: Ada jual kompas Kiblat atau boleh guna aplikasi di HP
9) Q: Macam mana berak/kencing
A: Tempat xda toilet guna konsep korek&kambus,cuci guna air sungai/laut
10) Q: Nama alat nyalakan api gores-gores tu apa
A: Ferro Rod (https://shopee.com.my/Ferro-Rod-Fire-Starter-F.O.C-i.283444682.6744637782)
11) Q: Kasut boot yang digunakan
A: Altama Maritime Assault Mid Cut (https://www.facebook.com/Original-SWAT-Malaysia-192432156259)
12) Q: Seluar outdoor yang dipakai
A: Mahameru Survival Soul (Indonesia) xda jual kat Malaysia.
13) Q: Abg ni solat tak??
A: Kalau tak solat,tak ingat Tuhan kau ingat aku berani ke camping sorang-sorang tu hihi ( tak semua benda nak kena tunjuk kan)
14) Q: Harga kayak biru FOC
A: RM1000,model basic S.O.T kayak,seller MAG,boleh ke group ni kalau nk beli https://www.facebook.com/groups/2474750919427088/?ref=bookmarks
#campingmalaysia #horrorstory #wildcamping
minit 在 beby _toratora Youtube 的最佳解答
minit 在 Iena Eliena Youtube 的最讚貼文
Cik iena kongsikan Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di WTCKL..
Temujanji Cik iena jam 10 pagi- Station 2 WTCKL.
Memandangkan Cik iena pergi naik public transport jadi Cik iena keluar dari rumah jam 8.10 pagi.
Cik iena naik kereta dan perking di Station MRT Taman connought.
Untuk ke WTCKL, kita perlu turun si station LRT PWTC aliran sentul timur . Jadi dari MRT Taman connought Cik iena tukar train di MRT Maluri. Sampai di MRT MAluri Cik iena perlu berjalan ke LRT MAluri untuk ambil train ke Station LRT PWTC.
Jangan risau sampai sana, memang ada direction untuk ke pusat temujanji vaksin. Atau boleh je tengok vlog Cik iena.
Untuk pengetahun Cik iena sampai di main entrance WTCKL jam 9.30 pagi. Dari entrance sampai ke tempat cucuk vaksin memang ngam ngam pukul 10 pagi waktu janji temu. Jadi memang just nice kalau korang tiba di main entrance setengah jam sebelum tarikh temujanji.
Dalam video Cik iena cuma tak rakam bahagian pendaftaran dan consultation dengan doktor serta semasa suntikan kerana tidak dibenarkan. Tapi bergantung pada doktor juga. Ada juga youtuber yang boleh rakam Cik iena tengok.
Cik iena cuma rakam dibahagian yang dibenarkan sahaja.. Secara keseluruhan pengalaman pertama vaksin AZ memang berjalan lancar. Masa isi borang semua ada yang gude jadi tidak perlu risau. Hnya ikut arahan yang telah diberikan dan semuanya akan berjalan dengan lancar.
Semasa sebelum suntikan doktor akan tunjukkan dos vaksin yang akan diberikan iaitu 0.5 ml bagi setiap seorang. Untuk info satu botol vaksin yang iena tunjuk dalam video tu menurut doktor dos itu utk dikongsi. Satu botol boleh dalam 10 orang kalau iena tak salah lah. Sebab masa tu tak boleh record apa doktor cakap. Yang pasti untuk memudahkan doktor akan sukat siap siap 0.5 ml dan letak dalam setiap picagari. Jadi kerja suntikakn lebih lancar dan cepat. kalau nak buat satu satu depan kita akan memakan masa juga.
Jadi bagi mempercepatkan proses vaksinasi doktor buat macam tu. Semasa suntikan diberi pada Cik iena memang tak rasa apa apa lansung. Rasa kene gigit smut pun tidak. Tiba-tiba dah siap suntik dan doktor tunjuk jarum tu dibuang.
Mungkin sebab sebelum ni Cik iena selalu ambil darah jadi dah tak takut jarum dan tak de rasa gementar takut mengigil. Mungkin lah. Sebab beberapa tahun lepas Cik iena ada masalah kesihatan dan memang kerap pergi hospital ambil darah. Jadi munkin dah lali. Jarum ambil darah lagi besar kan hehe..
Baiklah, info tambahan untuk semua sebelum datang abil vaksin pastikan kita dah makan terlebih dahulu ya. Dan kala takut rasa bosan boleh bawa kudap kudapan. Ini yang cikiena baca di blog orang tapi untuk Cik iena tak perlu pun. Cik iena bawa je tapi tak makan pun sebab memang sekejap sangat proses. Selepas vaksin tu pun dia cuma monitor minit sahaja untuk tengok kesan kesan awal.
Ada handet cek sosial media. minit berjalan dengan sangat pantas. Kemudian selesai boleh lah bergambar di tempat yang disediakan dan kita boleh balik.
Ouh ya menurut doktor kesan akan dirasa selepas sehari. Mungkin kita akan rasa demam, pening, mengigil , sakit sendi, loya, bengkak kelanja limfa,dan lain lain kesan sampingan.
Namun sekiraya ada kesan lain seperti Kesukaran bernafas •,Pembengkakan muka, bibir dan tekak , Denyutan jantung yang sangat cepat , Ruam teruk timbul di seluruh badan , Merasa pening dan lemah tubuh badan Anda mesti pergi berjumpa doktor segera.
Baca selanjutnya di http://www.ienaeliena.com/2021/06/pengalaman-dos-pertama-vaksin-Astrazeneca.html
#ienaeliena #blogger #malaysianblogger
Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di WTCKL,astrazeneca vaccine,kuala lumpur,side effect,wtckl astrazeneca,wtckl dewan tun razak,wtckl parking,cucukmyaz,astrazeneca vaccine covid 19,astrazeneca side effects,vaksin covid 19,vaksin astrazeneca,vaksin covid 19 registration,proses vaksinasi covid-19,proses vaksinasi di malaysia,vlog vaksin covid,vlog vaksin covid 19,vaccine astrazeneca,vaccine status,vaccine process,vaccine procedure
minit 在 Minit Mart - 首頁| Facebook 的推薦與評價
Donna Biddle, profile picture. Donna Biddle. I don't drink coffee anymore so that would be easy. Minit Mart, profile picture ... ... <看更多>