Apabila Kerajaan Pakatan Harapan membawa usul UNDI 18, kami bawa dan angkat usul ini di Parlimen. Parlimen adalah tempat semua Rang Undang-Undang dibahas dan diluluskan.
95% Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang sokong dan luluskan usul ini.
Waktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kami hormat dan junjung institusi Parlimen. Kalau ada hal yang perlu dibuat untuk kebaikan negara dan rakyat, Parlimen adalah tempat terbaik untuk Kerajaan dan Pembangkang bincang dan bahas.
Tapi waktu Kerajaan Perikatan Nasional (BERSATU, UMNO, PAS) memerintah, institusi Parlimen sudah jadi anak tiri.
Sudah 2 kali sidang Parlimen ditangguh. Pada 18 Mei 2020, sesi sidang Parlimen hanya dibuat dalam masa 1 hari sahaja.
Pada tahun ini, sidang Parlimen terus ditangguh dan Dewan Rakyat tertutup rapat.
Kalau Parlimen sudah ditutup, saya boleh katakan demokrasi di Malaysia sudah makin tenat. Langsung tidak ada justifikasi mengapa Parlimen ditutup, sedangkan stadium bola, pasar malam, pusat beli belah, pangggung wayang dan sekolah semua dibuka macam biasa.
Hal UNDI 18 ini pun hal yang sangat penting. Kerajaan Perikatan Nasional nak tangguh sehingga September 2022. Tapi, tak pernah bawa hal ini ke Parlimen untuk dibahaskan kerana Kerajaan Perikatan Nasional takut untuk berhadapan dengan soalan dan perbahasan.
Akhirnya, rakan pembangkang saya iaitu YB Hannah Yeoh, YB Dr Maszlee Malik, YB Maria Chin dipanggil polis berikutan hal Protes UNDI 18. Ini bukan yang kita mahu dan bukan apa yang negara perlu.
Memetik kata YB Hannah, "Persoalan ini (UNDI 18) patut dijawab di Parlimen, bukan balai polis".
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/undi18-persoalan-ini-patut-dijawab-di-parlimen-bukan-balai-polis-hannah-yeoh-291368
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「maria chin malaysia」的推薦目錄:
- 關於maria chin malaysia 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最讚貼文
- 關於maria chin malaysia 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
- 關於maria chin malaysia 在 Ainie Haziqah Facebook 的最讚貼文
- 關於maria chin malaysia 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於maria chin malaysia 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於maria chin malaysia 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
maria chin malaysia 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
22hb Februari 2020, Sabtu
Malam Ponggal Muhibbah anjuran bersama MPP Zon 24 & Persatuan Penduduk Desaria Fasa 1.
Program Muhibbah ini merangkumkan semua kaum, bangsa dan agama dalam aktiviti dan persembahan bagi membawa bersama konsep muhibbah dalam kalangan rakyat Malaysia. Jelas, Malaysia ini lebih aman jika kita semua bersatu padu dalam meraikan setiap perayaan bersama.
Terima kasih YB Maria Chin, Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Halimey, ADUN Seri Setia & wakil-wakil agensi kerajaan yang turut sama hadir memeriahkan program ini.
Tidak lupa juga sekumpulan peguam-peguam dari sebuah NGO yang mengadakan klinik guaman percuma untuk penduduk setempat.
Pejabat saya akan cuba sebaiknya untuk mengatur dan bekerjasama bersama persatuan-persatuan dalam mengadakan program yang muhibbah.
#MBPJZon24
#TerusKerja
maria chin malaysia 在 Ainie Haziqah Facebook 的最讚貼文
17hb November 2019, Ahad
Sambutan Hari Terbuka Deepavali DUN Seri Setia. Program yang cukup meriah yang turut dihadiri Ahli Parlimen, YB Maria Chin dan ADN, YB Halimey Abu Bakar, Jawatankuasa Cabang Kelana Jaya dan Cabang Petaling Jaya Selatan.
Persembahan unik dan tradisional kaum India dipersembahkan. Saya berharap agar program sebegini dapat membantu merapatkan jurang perbezaan antara setiap rakyat Malaysia tanpa melihat latar belakang.
Tahniah kepada Urusetia.
#MBPJZon24