Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlet para negara, Bonnie Bunyau Gustin atas kejayaannya memenangi dua pingat emas di kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan yang sedang berlangsung sekarang.
Kejayaannya melakukan angkatan 207kg malam tadi bukan sahaja memungkinkan Bonnie muncul juara dunia dalam kategori senior 65kg, malahan mengesahkan slot beliau dalam kontinjen negara ke Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo nanti.
Hanya beberapa hari lalu, Bonnie yang merupakan pemegang rekod dunia remaja meraih pingat emas di kejohanan sama selepas melakukan angkatan 190kg dalam acara bawah 65kg remaja lelaki.
Kejayaan berganda Bonnie ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, malahan boleh dijadikan pemangkin semangat kepada atlet-atlet negara untuk terus berusaha melakar kejayaan di masa hadapan.
Kredit foto : Berita Iban Online dan NSTP
kategori sukan paralimpik 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
Masih tak boleh move on dari kemenangan Ridzuan dan Ziyad awal pagi tadi. Tergerak hati nak ceritakan peristiwa tiga tahun lepas. Saya baru dua bulan sahaja dilantik jadi Menteri Sukan. Tiba-tiba terima berita dari Lyon, France seorang atlet negara bernama Ziyad Zolkefli telah menang di kejohanan olahraga dunia. Dunia beb!
Lepas saya terima berita tersebut saya tanya pegawai semada kementerian menyediakan insentif untuk kemenangan tersebut. Saya diberi jawapan memang ada. "Tapi YB jumlah yang diberi kurang sebab ini sukan para." Saya tanya kurang berapa. "Atlet para ni dapat 30% dari nilai ganjaran atlet biasa/normal."
Beberapa hari kemudian ada mesyuarat Lembaga Majlis Sukan Negara. Saya selaku Menteri dan juga Pengerusi MSN sendiri bangkitkan isu ganjaran untuk atlet para. Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa. Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata. Macam-macam hujah diberi untuk menidakkan cadangan saya. "Paralimpik ini baharu." "Acara mereka tak ramai penyertaan." "Paralimpik ini terlalu banyak kategori acara, mudah untuk menang." Nampak gaya lembaga cenderung untuk menolak cadangan saya.
Saya teringat balik pada Ziyad dan pengorbanannya. Takkan saya mengalah sedangkan beliau mengatasi segala kekurangan untuk menjadi juara dunia? Bilik mesyuarat senyap, menunggu Menteri baharu, muda dan mentah menyerah kalah di tangan para otai pentadbir sukan. Saya pinjamkan semangat Ziyad dan saya tanya satu soalan sahaja. Saya masih ingat, saya tanya dalam Bahasa Inggeris. "Do any of you around this table know what it takes to become a world champion with a disability? What it takes to overcome your disability and succeed?" Tiada seorang pun dapat menjawab. Saya sambung, "Baiklah, daripada sekarang atlet Malaysia semua, tak kira biasa ke, para ke, diberi ganjaran yang sama."
Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia is one of the only countries in the world yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet 'luarbiasa'.
Our para athletes' achievements and sacrifices must be honoured the same as other athletes. Not 30% of 'normal' athletes. I would not know how to feel 30% proud of them. I only feel 100% proud of our para heroes. They have shown us that yes, they are not ordinary. They are extraordinary. LUAR BIASA!
kategori sukan paralimpik 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳解答
Satu lagi perkara yang saya nak minta pandangan dari rakan-rakan di media sosial. Baru-baru ini atlet Paralimpik kebangsaan, Ziyad Zolkefli, telah berjaya meraih pingat emas di Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia. Biasanya, insentif yang diberi oleh Kementerian Belia & Sukan kepada atlet Paralimpik tidak sama dengan atlet 'able bodied' (biasa). Insentif mereka boleh dikatakan jauh lebih kurang daripada atlet 'able bodied'.
Antara alasan yang diberi ialah kepelbagaian kategori bagi satu acara untuk Paralimpik. Sebagai contoh, untuk acara pecut 100m Paralimpik ada pelbagai kategori berdasarkan kondisi atlet. Ada kategori untuk atlet berkerusi roda, atlet berkaki palsu dan lain-lain. Ini diguna oleh sesetengah pihak sebagai alasan kenapa acara 100m Paralimpik tidak sama dengan 100m 'able bodied'. Ada juga alasan yang mengatakan bahawa lebih senang masuk final Paralimpik sebab acara saringan (heat) kurang berbanding dengan kejohanan 'able bodied'.
Disebaliknya, ramai juga berpendapat bahawa tiada beza antara atlet 'able bodied' dan atlet Paralimpik. Kejayaan mereka sama dan harus mendapat pengiktirafan yang sama.
Apa pandangan anda semua?