TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 53)
Mekah (II)
Selepas Tahallul pertama, boleh ditanggalkan pakaian ihram. Sudah beberapa hari berpakaian ihram sejak sampai di Mekah dari Malaysia. Pakaian ihram putih melambangkan kesucian warna diri manusia. Ruh memang tidak berwarna. Sama sahaja. Hanya manusia yang menjadikan ruh berbeza. Rendah diri. Sombong. Benar. Menipu. Harga diri. Rasuah.
Sebelum bertolak ke Arafah, Mekah menerima hujan lebat selepas waktu asar. Jalan2 lincin & slippery. Saya diberikan ujian tergelincir & terjatuh waktu berjalan pulang ke tempat tinggal. Ada sedikit kecederaan di paha. Hanya mendoakan supaya tidak sakit & dapat berjalan dengan baik. Saya berehat waktu Maghrib sampai Subuh. Hanya solat di bilik. Pada keesokan hari, kaki saya pulih semula. Ujian Allah tidak pilih masa & tempat.
Setelah selesai amalan melontar di Mina, selesailah ibadah haji saya. Rasa terharu kerana dah lengkap rukun Islam. Ini memang satu anugerah. Rukun Islam perlu dijunjung. Ia tanda komitmen kita sebagai hamba Allah yang ingin melengkapkan segala rukun agama.
Saya juga belajar rukun kehidupan di sana. Memang penat melakukan amalan haji. Perlu kekuatan badan & minda. Tetapi saya rasa lebih penat menguruskan jemaah kami. Ada yang tak sihat. Ada yang berkerusi roda. Kadang2 kami terpaksa mengusung di atas jambatan & menyeberangi tembok penghadang jalanraya. Ada yang kehabisan insulin bagi kencing manis. Terpaksa saya bergegas mencari klinik & ubat. Kadang2 makanan sampai lambat sebab kami tidak ada caterer. Bila saya lambat bawa balik makanan, ada yang bising & merunggut. Bila dah diletakkan atas karpet, ada yang berebut2 nak makan & kadang2 tak terfikir mereka yang bekerja menyediakan segala keperluan.
Saya banyak belajar rukun kehidupan di sana. Saya banyak memerhati. Nak bina kehidupan atas dunia, tidak cukup dengan rukun Islam. Perlu ada rukun kehidupan. Timbang rasa. Empati. Pengorbanan. Kepimpinan. Hormat menghormati. Kasihan belas. Kasih sayang. Macam2 lagi. Amalan haji adalah medan tarbiyah yang ada segala2nya.
Selepas selesai sudah amalan haji & kehidupan susah di dalam kemah, kami semua kembali ke kehidupan biasa yang lunak.
#terbangbersamamdb
MDB
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Apa yang menjadi persoalan netizen adalah penampilan Sajat semasa menunaikan umrah, sebagai seorang wanita lengkap dengan telekung dan bukannya dalam ...
「ihram」的推薦目錄:
- 關於ihram 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於ihram 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於ihram 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於ihram 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
- 關於ihram 在 Narisa Soraya Youtube 的最讚貼文
- 關於ihram 在 A man was spotted wearing Ihram with a woman's picture. 的評價
ihram 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
TERBANG BERSAMA MDB (SIRi 48)
Jeddah, Saudi Arabia
Sekitar tahun 2000, saya dilantik Dekan Pasca Siswazah, UIAM. Saya dekan pertama. Di tahun sama, saya ditawarkan bekerja di Maldives. Gaji lumayan (dalam USD). Saya memang nak terkam sahaja. Siapa yang tak nak?
Ramai mentor saya di UIAM menghalang niat saya sekeras-kerasnya. Antaranya Dato' Dr Jamil Osman & Ust. Prof. Dr Razali Nawawi.
"Jangan pergi. Masa depan kamu di sini."
Saya tidak ketegaq. Saya dengar nasihat mereka. Mereka nampak ikhlas.
Saya bangunkan pusat pengajian siswazah di UIAM. Beberapa bulan selepas itu, saya diminta terbang ke Jeddah. Ada expo pendidikan. Saya terbang bersama delegasi UIAM. Kami tinggal beberapa hari di sana. Ini kali pertama saya mengenali bandar Jeddah. Ramai kenali rakan baru dari pelbagai sektor. Universiti. IDB. Perbankan. NGO. Selalu datang ke Saudi tapi hanya fokus Mekah & Madinah.
Ada pengalaman unik yang jarang berulang. Waktu kami terbang ke Jeddah, musim haji baru tamat. Kota Mekah kosong. Sunyi sepi. Visa umrah belum dibuka. Penghuni Mekah masih berehat setelah bekerja kuat sepanjang musim haji.
Selepas hampir 2 jam di imigresyen Jeddah, kami terus bergegas ke Kota Mekah. Ihram sudah dipakai. Niat untuk solat Fajar di Masjid Haram sebelum melakukan umrah. Kelewatan di imigresyen menggangu. Kami tak putus asa. Sampai sahaja di apartment di Mekah, kami terus berjalan laju ke Masjid Haram. Setelah berjalan hampir 15 minit, kami masuk Masjid yang mulia ini. Solat Fajar sudah lama selesai. Sekejap lagi, matahari akan naik. Kami terus solat Fajar betul2 di hadapan Kaabah seolah2 kami sahaja yang berada di sana. Tidak sampai 50 orang yang berada di dataran mataf.
Ini adalah anugerah besar. Lepas solat, berat hati & anggota tak mahu bergerak melakukan tawaf. Seronok duduk di hadapan Kaabah. Aman. Tenang. Damai. Hilang segala kepenatan.
Kami duduk lama. Kemudian, kami mula melakukan tawaf, sai & tahallul. Selepas bergunting, kami makan parata dengan gulai ikan beserta teh susu. Detik ini saya masih ingat sampai sekarang. Destinasi Jeddah tetapi detik terindah adalah di Mekah.
Selepas berumrah, kami bergerak ke Jedah untuk tugas rasmi.
#terbangbersamamdb
MDB
ihram 在 Facebook 的最讚貼文
Rindu nak pergi umrah.. insyaAllah jika pandemik ini sudah berkurangan. Saya akan buat semula program tajaan umrah Kembara Iman Saudara Baru lagi selepas cukup dana untuk kali ke-3 .InsyaAllah
.
Panduan utk MUALLAF yg BERTATTOO yg ingin mengerjakan umrah.
.
Begini cara saya pakai ihram utk elak fitnah mata yang melihat. Nak pakai cara ihram ittiba pon boleh.. ada pilihan. 😊kenapa saya pakai mcm ni. Saya muallaf yang ada tattoo besar di lengan. Kurang selesa apabila ada mata memandang. Utk elak fitnah dan dipersendakan oleh manusia (yang tidak mengetahui)
😊😊😊😊😊😊
.
Islam itu Mudah
.
.
Utk lebih lanjut rujuk dgn ustaz-ustaz yang berdekatan dgn anda. Jika anda bkn muallaf bertattoo pakailah ihram ittiba’.
.
P/s: pasal sah tak sah tattoo . Kenapa tak buang .. dah dibincangkan di post yang lepas. 😊 sila cek 😊😊😊😊😊
.
.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#bukanUstaz
#adamcorrie #umrah @kembaraiman.saudarabaru
ihram 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
Apa yang menjadi persoalan netizen adalah penampilan Sajat semasa menunaikan umrah, sebagai seorang wanita lengkap dengan telekung dan bukannya dalam ihram. BACAAN LANJUT: https://www.budiey.com/sajat-tunai-umrah-berpakaian-wanita-ini-komen-pu-amin/
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
ihram 在 Narisa Soraya Youtube 的最讚貼文
Assalamualaikum.. just wanna share with you how Medina and Mecca looks like and maybe someday you'd be inspired and have the chance to visit this beautiful holy place for muslims.. inshaallah Amin ❤️
I had such a wonderful time and created best memories in performing my Umrah with my family. We took our flight straight to Medina, spent most of our time at Masjidil Nabawi. I was in such an awe looking at the architecture, most of it was in golden details ✨ We were there for 4 days and I wish it was longer.
Then, we took a bus for 6 hours ride to Mecca. All the men has to be in Ihram because we need to perform our Umrah straight away once we've reached Mecca. Alhamdulillah we managed to do 3 times of Umrah and a few more times of Tawaf Sunat. Couldn't get enough of just staring at Kaabah ? The feeling is very close to my heart..
ihram 在 A man was spotted wearing Ihram with a woman's picture. 的推薦與評價
man, image | A man was spotted wearing Ihram with a woman's picture. Astaghfirulla! ... <看更多>