“Debaran ni sama tak macam debaran masa kau dengan Mikail, Eusoff dan Fhaliq?”
“Mestilah tak sama. Kau pernah ke dengar aku cakap yang aku sakit dada masa dengan dia orang? Hesy... Apa kaitannya la kau ni. Tak faham betul aku!”
“Sah...”
“Sah apa?”
“Kau dah terjatuh cinta. Kali ini, betul-betul kau jatuh cinta.”
“Hah? Dengan lif?”
“Dengan Ean la! Apa benda dengan lif pula ni? Aku tak faham macam mana kau boleh jadi penulis cerita romantik ni? Kau upah penulis hantu eh?”
Aku terdiam.
Aku...
Jatuh cinta?
Aku menekup mulut.
Choih!!!
Mana mungkin aku boleh terjatuh cinta dengan musuh ketat aku tu. Sehebat mana pun dia menulis, sekacak mana pun rupa dia... Aku tak boleh lupa apa yang dah terjadi sebelum ini. Sejak aku jumpa dia... Macam-macam dah berlaku. Mana boleh aku jatuh cinta macam tu aje.
Tapi...
Hati aku ni...
Memang betul-betul lemah.
Tak pernah nak belajar daripada kesilapan lalu.
“Merapulah kau ni.”
“Merapu tak kalau aku cakap yang kau tu tak bertepuk sebelah tangan.”
“Hah?”
“Ean pun sukakan kau. Kalau tak percaya, kau intai kat pintu masuk sekarang. Dia tengah tunggu aku call dia balik. Dia nak tahu update pasal kau. Aku letak. Aku call dia kejap.”
Aku bangun dari katil dan cepat-cepat mengintai ke lubang intip pintu. Aku nampak E. Zahrin sedang bersandar pada pintu gril rumah dia sambil memandang ke arah rumah Kak Rose. Ditangannya memegang telefon bimbit.
“Helo... Hah, macam mana? Dia okey? Oh, dia dah makan ke? Dia cakap tak lapar? Awak kena suruh dia makan. Dia kena makan ubat. Pujuk dia tau. Nanti beritahu saya apa yang dia nak makan, saya carikan. Kalau biawak boleh naikkan selera makan dia, saya cari... Jangan beritahu kat dia yang saya tanya. Dia tak suka. Anyway, thanks Khaira! Hadiah kahwin nanti saya belikan yang besar untuk awak...”
E. Zahrin matikan telefon. Dia kemudian memandang ke arah pintu rumah Kak Rose dan tersenyum. Dia nampak lega dengan apa yang Khaira beritahu dia tu.
Tak semena-mena...
Bibir aku pun mencuit senyum.
#JodohTersalahAlamat
同時也有41部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,Menceritakan mitos-mitos melayu yang sering dikatakan oleh nenek moyang kita. Tapi betul ke sama ada itu adalah fakta atau mitos semata-mata?? Betul ...
「hantu betul」的推薦目錄:
- 關於hantu betul 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於hantu betul 在 Facebook 的精選貼文
- 關於hantu betul 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於hantu betul 在 David Teo Youtube 的最讚貼文
- 關於hantu betul 在 David Teo Youtube 的最佳貼文
- 關於hantu betul 在 David Teo Youtube 的最讚貼文
- 關於hantu betul 在 Favkookies - Pakat berebut2 dahh masing2 . Memang ... 的評價
- 關於hantu betul 在 Hantu facebook betul lah kan? - CikLilyPutih 的評價
hantu betul 在 Facebook 的精選貼文
Jangan ajar anak takut pada Hantu.
Anak perempuan saya dari kecil saya suruh tidur sorang sorang dalam bilik yang gelap. Saya ajar anak jika rasa seram terus jerit "Puntianak! sila keluar!"
Bila dah jerit memang puntianak tak munculpun. sayapun cakap kat anak:
"Tengok. Mana ada hantu?. Mengarut semua tu, jin bukan kerja dia nak menyamar jadi puntianak dan takut kan korang"
Anakpun layan jer saya dan sanggup tidur sorang sorang dalam gelap dibilik masing-masing. Tak tahu lah dia sanggup tidur dalam gelap sebab tak takut hantu atau sebab takutkan saya.
Woha!
Dulu saya ada tulis tips tak takut hantu, dalam buku berjudul HANTU TERAKHIR tapi dah habis, semua itu dah jadi sejarah, buku SEMUSIM DI SYURGA semalam pun dah habis, tinggal empat tajuk sahaja lagi tinggal, sementara saya masih hidup, boleh beli dan jika ada muka surat tak faham, boleh tanya di FB, he he.
Jadi... Bila saya share kisah ajar anak tak takut hanti ni maka ada pembaca tanya. Jika puntianak betul-betul datang macam mana?
Terus saya rasa meremang dan jawab soalan mereka macam dalam gambar di ruang komen.
Jangan baca jika penakut.
hantu betul 在 Facebook 的最佳貼文
Menafsir Mimpi?
(Sedikit tafsiran mimpi dari saya yang banyak dosa, dan ini adalah pendapat saya semata-mata)
Saya ingin membuat pengakuan kepada dunia, bahawa saya masih bodoh dalam banyak hal, terutama bab tafsir mimpi. Jadi TOLONG jangan PM saya suruh tafsir mimpi korang, sebab hati saya kotor, dosa saya banyak, dan masih berusaha menjadi mayat yang bertaubat.
Seriusnya,saya tak ada ilmu tafsir mimpi, saya tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun.(buat masa ini)
Maka, kepada mereka mereka yang DM atau PM tanya bab tafsir mimpi, maaf sebab saya tak layan. Dan kepada yang belum PM dan baru nak tanya saya bab tafsir mimpi, baik tak payah hantar, korang akan kecewa kerana saya TAK TAHU langsung bab tafsir mimpi.
Saya ulang: saya tak tahu, saya tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun!.
Apapun mimpi korang, betapa pelik, petapa seram, betapa inception pun, saya tak ada rasa nak kagum, jauh lagi nak tafsir, sebab saya memang tak tahu, saya bukan seorang yang suka perasan pandai, bila tak tahu, saya cakap tak tahu.
So, berhenti PM saya tanya bab tafsir mimpi buat selama-lamanya, ok?
(Saya telah delete semua mesej korang yang tanya pasal tafsir mimpi)
Untuk mengubat sedikit kehampaan korang yang dah susah payah PM saya bab tafsir mimpi, Saya cerita serba sedikit apa yang saya tahu tentang tafsir mimpi, dengan harapan,:-lepas ni jangan cerita kandungan mimpi korang dan suruh saya tafsir- saya bukan orangnya.
Sedikit info tentang mimpi yang saya tahu- dan sebahagiannya adalah pendapat saya semata-mata.
Menurut Buznama, jika mimpi perkara baik di tengah malam, maka bangunlah dan bertahajjud sambil mendoakan agar mimpi itu makbul. Menurut Hadith, mimpi yang baik itu dari Allah, mimpi yang buruk dari syaitan.
Maka mimpi baik jadikan modal solat hajat, kit ani asyik doa nak Panjang umur maca syaitan dan rezeki banyak Qarun, sekali sekala kena tambah modal lain, jadi gunakan mimpi baik sebagai modal solat hajat.
Jika mimpi buruk, bangun jugak, bertahajjud dan minta pada Allah, supaya perkara itu tak berlaku, Jangan pulak mimpi Nampak buruk orang terus anggap betul, siasat dulu yer.
Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik (ada dalam hadith, )
Jika mimpi berjumpa Nabi, Maka InsyaAllah itu adalah Nabi Muhammad SAW, (Rujuk Hadith) sedikit cerita: baru baru ni ada beberapa kawan saya bermimpi jumpa Nabi, kawan saya tanya kepada Nabi, apakah tanda ahli shurga di akhir zaman, mengikut cerita kawan saya, tanda ahli syurga akhir zaman, Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. (baca: ini bukan Hadith: ini cerita mimpi)
Pada pendapat saya, Jika dalam mimpi korang bermimpi buat dosa, maka itu tandanya korang lemah iman, sila buat usaha atas iman dengan sungguh sungguh jika korang asyik buat dosa dalam mimpi. Orang beriman dalam mimpipun tak buat dosa.
Jika korang bermimpi buat pahala dalam mimpi sedangkan dalam dunia nyata korang banyak buat dosa, maka itu tandanya korang seorang yang suka berniat buat baik tapi tak mampu laksanakan mungkin di sebabkan pengaruh rakan atau masalah suasana, nasihat saya, sila zahirkan mimpi korang ke dunia nyata dengan cari suasana yang betul dan kawan yang betul, kena hijralah.
Jika korang bermpimpi bersutubuh buat pertama kali dalam hidup, sedangkan korang tidak pernah bersetubuh, dan ketika terjaga terdapat cecair pekat wangi keputihan, itu tandanya korang sudah akhil baligh, yang mana lepas ni jika tinggal solat dengan sengaja boleh masuk neraka jika tak bertaubat. Sila jangan tinggal solat lagi sampai jadi mayat. Kalau nak tinggal solat jugak, tinggalkan solat jenazah untuk anda jer, hihihi.
Jika korang sudah baligh, tapi masih bermimpi bersetubuh atau berzina atau merogol, itu tandanya air sudah naik kepala.(air mani sudah penuh testis daa..) , tafsir mimpinya: Kena cepat cari jodohlah.
Jika korang bermimpi berjumpa hantu dan korang takut dengan hantu tu, maka terbukti korang memang penakut, sila takutkan Allah lebih dari segala- galanya. Saya bila mimpi jumpa hantu, saya akan kejar hantu tu dan tarik rambutnya- serius.
Jika korang bermimpi bersetubuh dengan isteri sendiri, itu tandanya korang adalah kekasih yang setia, tapi jika mimpi berzina dengan perempuan lain, itu tandanya korang bukan kekasih setia, lemah iman, dan rakus. Baik bertaubat.
Jika korang bermimpi solat subuh, tapi bila terjaga belum solat subuh dan haripun sudah siang, itu tandanya korang adalah orang yang tidur dengan niat nak solat.
Bagi pelajar, jika korang mimpi masuk exam tapi tak study, itu bermakna korang sangat serius dalam belajar, bagus!
Jika mimpi jumpa orang yang kita suka bukan bermakna dia rindukan kita, tapi kita yang rindukan dia.
Jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, dan mimpi jumpa arwah sedang kesedihan, bermakna arwah perlukan doa anak yang soleh, rujuk gambar, ada group wasap di kampung saya sedang berusaha kirimkan zikir sebanyak 70 ribu kepada arwah ibu dan bapa mereka, sangat bagus wasap ini sebab Ketika orang sedang gaduh atau stress, datang status update bilangan zikir pada arwah ibu bapa. Alhamdulilah.
Second last, jika korang bermimpi terasa nak kencing, berhati hati, nanti ada yang kencing dalam seluar. Woha!
Last, Jika korang bermimpi sedang memutarkan gasing kecil di atas meja, dan gasing itu tidak berhenti berputar buat selama-lamanya, itu tandanya korang sedang bermimpi. Woha! (petikan filem abang Nolan)
Arghh banyak pulak cerita tafsir mimpi saya, tadi nak cerita sikit jer, stop!, habis sampai sini.
Moral of the story: JANGAN MESEJ SAYA SURUH TAFSIR MIMPI KORANG LAGI! TOLONG!
Sekian.
Ps: Banyak kisah mimpi yang berlaku oleh sahabat dalam zaman merakam hadith, adalah berguna untuk rujukan ummat akhir zaman, setelah di tafsir oleh nabi Muhammad SAW, maka kita di zaman mengzahirkan hadith ini, tak perlu sangat nak tafsir mimpi kita seperti mereka, dengan sibuk cerita pada ustaz ulamak suruh tafsir mimpi korang yang tah apa apa, Baik kita zahirkan hadith Nabi dengan menjadi watak yang di suka oleh Allah dan Rasul…, dan ini adalah pendapat saya semata-mata.
Woha!
hantu betul 在 David Teo Youtube 的最讚貼文
Menceritakan mitos-mitos melayu yang sering dikatakan oleh nenek moyang kita. Tapi betul ke sama ada itu adalah fakta atau mitos semata-mata??
Betul Ke MAYAT JADI BERAT KALAU BARING SEMASA AZAN?
https://youtu.be/_zF3QLOm3Hk
TUMBUK LADA WAKTU MALAM BOLEH PANGGIL HANTU
https://youtu.be/0dWwieOPx6Y
BUAT KERJA SEPARUH JALAN NANTI JODOH TAK SAMPAI
https://youtu.be/vVtxu-6Cclg
Keguguran rambut? Ini penjelasan Dr. J
https://www.youtube.com/watch?v=Tfgd3...
Mas Idayu Berang Bekas Suami Tak Mahu Jumpa Anak!!
https://www.youtube.com/watch?v=LzEEp...
#SembangMitos #Mitos #NenekMoyang #trending #viral #FullMovie
====================================================
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
hantu betul 在 David Teo Youtube 的最佳貼文
Menceritakan mitos-mitos melayu yang sering dikatakan oleh nenek moyang kita. Tapi betul ke sama ada itu adalah fakta atau mitos semata-mata??
Betul Ke MAYAT JADI BERAT KALAU BARING SEMASA AZAN?
https://youtu.be/_zF3QLOm3Hk
TUMBUK LADA WAKTU MALAM BOLEH PANGGIL HANTU
https://youtu.be/0dWwieOPx6Y
BUAT KERJA SEPARUH JALAN NANTI JODOH TAK SAMPAI
https://youtu.be/vVtxu-6Cclg
Keguguran rambut? Ini penjelasan Dr. J
https://www.youtube.com/watch?v=Tfgd3...
Mas Idayu Berang Bekas Suami Tak Mahu Jumpa Anak!!
https://www.youtube.com/watch?v=LzEEp...
#SembangMitos #Mitos #NenekMoyang #trending #viral #FullMovie
====================================================
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
hantu betul 在 David Teo Youtube 的最讚貼文
Sama ada mitos ataupun fakta, kata orang dulu-dulu bagaimana keluarkan sesuatu dari tongkeng ayam tu, macam tulah keluarnya perkataan dan percakapan dari mulut kita.
HANTU PALING SERAM DI MALAYSIA??
https://www.youtube.com/watch?v=NO2Tj......
6 Pembunuhan Ngeri Di Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=i7xmS......
Syafiq Ahmad Kehilangan Insan Tercinta
https://www.youtube.com/watch?v=KVn4N......
Betul Ke Ini Masjid Yang Tercantik Di Dunia??
https://www.youtube.com/watch?v=1AFIF......
SERPIHAN MH370 DITEMUI!!
https://www.youtube.com/watch?v=IY4_U......
#SembangMitos #FaktaAuta #MigMovie #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth
====================================================
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
hantu betul 在 Hantu facebook betul lah kan? - CikLilyPutih 的推薦與評價
Hantu facebook betul lah kan? Pagi tadi, di kantin opis:- Opismate : Apsal lama x update blog? busy benau ke? Cik Lily : sebab bercuti la ... ... <看更多>
hantu betul 在 Favkookies - Pakat berebut2 dahh masing2 . Memang ... 的推薦與評價
Pakat berebut2 dahh masing2 . Memang penangan hebat betul Hantu Cookies ni.. . Klik link di bio untuk order. ... <看更多>