Mansuh elaun: Penjawat awam bertambah malang
1. Sesudah bermacam-macam nasib malang menimpa penjawat awam - diugut, dikurangkan saiz perkhidmatan, dituduh pensabotaj, bonus dikurangkan, skim pencen mahu dihapuskan - kini beberapa elaun pula mahu dihentikan.
2. Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 yang dikeluarkan 20 Disember 2019, sebanyak 8 jenis elaun dimansuhkan bagi penjawat awam yang sedia ada. Antaranya ialah Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Khas Penolong Pemungut Hasil Tanah, Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris, Bayaran Insentif Angkat Najis dan lain-lain.
3. Satu lagi elaun yang dimansuhkan, berkuatkuasa bagi lantikan baharu penjawat awam bermula 1 Januari 2020: Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).
4. Elaun ini bermula pada tahun 1992, diberi khusus untuk penjawat dalam bidang kritikal seperti bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan, undang-undang dan lain lain (rujuk lampiran pada hujung artikel).
5. Kadar elaun:
i- Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima BIPK sebanyak 5% daripada gaji pokok
ii- Kumpulan Pelaksana menerima BIPK sebanyak 10% daripada gaji pokok
iii- Jururawat menerima BIPK sebanyak 15% daripada gaji pokok (tukar lantik kepada pegawai atau tenaga pengajar menerima 10%).
iv- RM750 untuk Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Farmasi
6. Apakah alasan kerajaan memansuhkan elaun ini? Alasannya, jawatan-jawatan kritikal ini sudah tidak lagi menepati ciri-ciri asal elaun iaitu untuk menambah kekurangan tenaga kerja dalam bidang tersebut.
7. Ia bercanggah dengan laporan semasa. Sebagai contoh, bulan lepas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melaporkan negara mengalami masalah kekurangan kakitangan hospital yang sangat serius. Kementerian Kesihatan turut memohon pertambahan 10,000 jawatan untuk kakitangan hospital khususnya jururawat, pegawai perubatan, farmasi dan pergigian (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/518036/mohon-tambahan-10675-jawatan-kesihatan).
8. Apa pun alasan kerajaan, sebab sebenar yang sudah diketahui rakyat ialah, duit kerajaan semakin susut kerana Pakatan Harapan sangat lemah mentadbir ekonomi negara, dan sejak dulu lagi PH benci kepada penjawat awam.
__________
Lampiran: Senarai skim jawatan yang menerima BIPK
1. Pegawai Kawalan Trafik Udara
2. Pembantu Perubatan
3. Pembantu Teknik Kapal Terbang
4. Penerbit Rancangan
5. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
6. Arkitek
7. Arkitek Laut
8. Jururawat
9. Jurutera
10. Jurutera Laut
11. Juruterbang/ Pemeriksaan Juruterbang
12. Juruukur Bahan
13. Malim
14. Pegawai Ehwal Ekonomi (di MIDA)
15. Pegawai Farmasi
16. Pegawai Laut
17. Pegawai Penyelidikan
18. Pegawai Pergigian
19. Pegawai Perikanan (kejuruteraan)
20. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma(kejuruteraan)
21. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Kejuruteraan)
22. Pegawai Pertanian (kejuruteraan)
23. Pegawai Pertanian (Kejuruteraan)
24. Pegawai Perubatan
25. Pegawai Undang-undang
26. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional
27. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional
28. Pemeriksa Kapal Terbang
29. Pemeriksa Kilang Dan Jentera
30. Pengajar (kejururawatan)
31. Penjaga Jentera Elektrik
32. Penolong Jurutera Laut
33. Penolong Pegawai Laut
34. Penolong Pemeriksaan Kilang Dan Jentera
35. Pensyarah Perubatan
36. Pensyarah Pergigian
37. Pensyarah UiTM (kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi).
38. Pensyarah Universiti (kejuruteraan, perundangan kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi).
Sumber:
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2019
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007
FB Korek Korek
Search