FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Bhg 6)
Fekah atau hukum kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawab jarang disilibuskan dalam kitab2 fekah. Ia banyak dibincang dalam kitab2 kehakiman (qada') & kefatwaan (fatwa wa ifta). Seolah2 kecuaian hanya berlaku di mahkamah & di kamar seorang ahli fatwa.
Bagaimana pula kedudukan & fungsi ahli lembaga pengarah, CEO, audit dalaman, pengarah risiko atau kredit atau kelestarian (sustainability)? Adakah hukum halal & haram tentang kecuaian ada sempadan? Kalau ada, siapa yang letak sempadan ini?
Dalam ilmu pengurusan moden, kecuaian diberi definisi iaitu melakukan sesuatu perkara/tugas tanpa skil yang sepatutnya (high skill) penilitian yang sebenar (due diligence) & tanggungjawab keperihatinan (duty of care). Cantik & indahnya definisi kecuaian dalam karya2 moden.
Apakah definisi agama Islam tentang kecuaian di luar bidang kehakiman & kefatwaan? Saya bimbang kita belum ada. Sementara kita membina satu definisi baru, apa salahnya kita gunakan definisi & parameter kecuaian moden ini. Ia juga satu amalan baik yang boleh diguna pakai.
Sekiranya ada minda sifar kecuaian atau ada minda ketelitian yang tuntas, tidak mungkin ahli lembaga pengarah boleh memperakukan skim bonus kepada pegawai2nya yang bekerja di sebuah syarikat kebajikan dengan formula & skim yang sama atau lebih besar dari syarikat besar milik kerajaan (GLC). Sudah pasti lembaga pengarah akan meminta, antara lain dibuat perbandingan setara (benchmarking) dengan skim bonus dalam syarikat yang sama fungsi & jumlah aset syarikat/yayasan. Mungkin ini tidak salah tapi mungkin ada sedikit kecuaian profesionalisma. Macam tiada due diligence & duty of care.
Sehubungan itu, pasti tak akan berlaku seseorang yang masih ada pemerhatian audit dalaman dicalonkan untuk naik pangkat. Pencalonan sebegini tidak kena tempatnya. Ada juga banyak cerita orang yang masih dibelit beberapa laporan audit dalaman dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.
Rasa2 apa yang beliau akan lakukan bila beliau dilantik dalam kedudukan tinggi dalam sebuah organisasi yang membuat pemerhatian negatif terhadap dirinya? Hanya menunggu dicantas.
Fekah halal & haram hilang dalam di dunia pengurusan.
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「definisi kehidupan」的推薦目錄:
definisi kehidupan 在 Facebook 的最讚貼文
Perkongsian Tuan Addaem Chandran, Business and Life Coach
“Mesej yang ringkas dan biasa didengar, dan takkan jemu- jemu untuk menjadi pesanan dan ingatan buat semua untuk menghargai insan yang bernama ibu ini.
Sudah cukup menjadi bukti terbesar kasih sayangnya apabila beliau mengandungkan kita selama 9 bulan, menyusukan, mendidik dan membesarkan.
Bila sudah membesar, mungkin anak- anak yang belum matang ini mula membanding kehidupan ataupun kasih sayang ibunya dengan orang lain. Ingatlah, bahawa setiap orang (termasuk ibu) mempunyai kisah dan pengalaman hidup tersendiri, di mana apa jua bentuk kasih sayang kepada seorang anak adalah terhad kepada definisinya dan kemampuannya.
Dulu, semasa kecil, pernah juga saya tertanya- tanya semasa melihat rakan-rakan di sekolah dibekalkan makanan oleh orang tua mereka dan makan bersama- sama. Minda anak kecil ini teringin juga merasakan yang sama seperti mereka. Apabila saya mengingatinya semula, membuatkan saya lebih menyayangi dan kasih kepada ibu.
Kerana, kasih ibu kepada saya dimanifestasikan melalui kerja kerasnya pagi petang siang malam memastikan perut-perut anaknya terisi. Itulah definisi kasih sayangnya. Ma sha Allah. Nampak tak perbezaan definisi kasih sayang itu?”
definisi kehidupan 在 Facebook 的最佳解答
BERJAYA CARA KITA
Pernah rasa kecewa atau tertekan? Bila kita sudah berusaha, tapi result masih sama, tak seperti yg dijangka. Mula rasa nak berputus asa. Rasa gagal & tak ada peluang rasai kejayaan.
Pernah?
Ya itu sebahagian dari asam garam kehidupan. Tapi kita boleh pilih makna kejayaan kita secara peribadi, tak kira kecil atau besar.
Bahagiakan hati kita.
Ada org banyak bakat,versatile,multitask & dia berjaya.
Ada org juga yg ada satu fokus kerjanya tapi dia beri segalanya & dia rasa puas, itu pun satu definisi kejayaan bagi dia.
Ada juga yg tak mampu belajar ke peringkat universiti, tapi dia dpt bahagiakan & taat pada ibu bapa sehingga akhir hayat mereka. Itu pun satu kejayaan.
Bila kita kecapi kebahagiaan, maka kita berjaya, maksudnya bila hati kita tenang, kita juga berjaya buang perasaan hasad dengki pd org lain.
Lapang dada & yakin KehendakNya.
Kejayaan ini luas maksudnya, dan subjektif, yg maksudnya berbeza-beza bagi setiap individu.
Jalan terbaik adalah dgn memilih cara untuk 'berjaya' dgn cara kita. Kita definisikan utk hati kita, utk elak dari perkara negatif. Kita tentukan cara kita ingin berjaya.
Dapat ketenangan hati, berfikiran positif, bersangka baik, bersabar & redha, tak pernah berputus asa & paling penting kejar kejayaan di 'sana'.
Ada 1001 kisah kejayaan dlm hidup kita, dari kejayaan kecil hingga kejayaan besar. Kita beri definisi kepada kejayaan yg kita sendiri. Moga berjaya dgn penuh barakah dari Tuhan & penuh redha dari ibu bapa.
Yg lain akan menyusul & tak perlu puaskan hati semua org. Yakin pd diri sendiri supaya kita jadi yang terbaik.
Jauhkan diri daripada membandingkan kejayaan kita dgn org lain. Nampak org berjaya doakan mereka, biarpun sekecil-kecil kejayaan, mungkin bagi mereka, seluas lautan perasaan bahagia yg mereka rasa.
Jangan putus asa & terus melangkah. Jika kita ada tempat berteduh, kenderaan utk bergerak, rezeki yg halal, selagi kita bersyukur & taat pada perintahNya, kita akan rasa bahagia.
Bahagia dgn cara kita asalkan jauh dari murka Tuhan
Ingat,
MARILAH MENUJU KEJAYAAN💕
Apa ubat sickness ek?@juliananazarudin 😜🤔😂 #familylifeoftm #taleebmizad
📸 Throwback awal perkahwinan dulu,sama kn😂